CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 22-9-2014 10:46 AM | Show all posts
sila sambung part tron yang comel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 03:34 PM | Show all posts
Baru berkesempatan mbaca cerita ni balik..nasib belum jauh ketinggalan

@cmf_conan begitu pantas sel2 otak kamu berhubung dlm isu hempap menghempap...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 09:01 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 21-9-2014 11:40 AM
Aku plak asyik baca tajuk kejap jadi phantasgomaria.. kejap2 jd phantasmagoria.. :l9l:

Phantasgomaria?

Itu nak buat citer ala-ala fast & furious bolehlah....

Pantas - Go - Maria
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 09:02 AM | Show all posts
Ipo posted on 21-9-2014 11:55 AM
hok aloh...ye laaa...

sorang terlentang..sorang tertiarap di atas...

Itu namanya berkias....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 09:03 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 22-9-2014 03:34 PM
Baru berkesempatan mbaca cerita ni balik..nasib belum jauh ketinggalan

@cmf_conan begitu pantas s ...

Memanglah tak tinggal jauh, hapdet pun lambat...

Masih busy dgn adaptasi?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 09:06 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 22-9-2014 10:46 AM
sila sambung part tron yang comel

Okay...sambung sikit



@sellie003 iols pinjam idea uols, bawak masuk Megatron ke Amariya. Walaupun tak tau lagi apa pentingnya Megatron kat situ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-9-2014 09:12 AM | Show all posts
BAB 9

Qusyairi menarik nafas panjang. Seakan putus nafasnya melihat kehadiran Megatron di situ. Semakin dia terasa semua ini mengarut. Adakah dia bermimpi? Jika ini hanya mimpi, dia mahu terjaga sekarang. Qusyairi menampar sedikit pipinya. Pedih sedikit.

Maknanya, dia tidak bermimpi? Qusyairi meraup wajah.

“Eh…” Wajahnya diraba-raba dengan jari. Baru dia sedar,  dia dapat melihat dengan jelas tanpa bantuan cermin mata. Qusyairi menarik nafas perlahan dan kemudian, dia tersandar di perdu sebatang pokok. Pelbagai soalan bermain di fikiran hingga terasa sesak. Cuba mencari jawapan namun otaknya terbejat untuk memikirkan segala logika. Amariya, Puteri Arania, Syakilla dan Megatron yang boleh berkata-kata, semua ini agak surreal untuk di terima akal. Matanya terpejam.

Kalau ini cuma mimpi, bangunlah sekarang. Bangunlah. Bangun. Bangun. Bangun!

“Qi…”

Terdengar suara yang lunak itu memanggil namanya. Qusyairi kekal memejam matanya rapat-rapat.

“Qi..”

Qusyairi membuka sedikit sebelah mata kanan. Pemandangan masih sama seperti tadi.

“Kamu tak apa-apa?”   

Sah! Itu suara Puteri Arania. Maknanya, dia masih di Amariya. Akhirnya, Qusyairi membuka mata sepenuhnya, memandang Puteri Arania, Syakilla dan Megatron bergilir-gilir.

“Qi…kamu tidak apa-apa?” Soal Puteri Arania lagi. Jelas kelihatan riak bimbang di wajahnya.

“Aku…tak faham apa yang jadi pada aku sekarang ni. Mimpi ke? Atau real ni?”

“Real?” Puteri Arania membalas dengan soalan. “Apa itu real?”

Soalan Puteri Arania agak lucu pada pendengarannya. Qusyairi tersenyum kelat.

“Kamu tidak bermimpi. Tapi kamu sebenarnya sudah gila. Mungkin otak kamu ada tercicir di mana-mana tadi…” Syakilla pula bersuara, seolah menyindir. Entah kenapa, Qusyairi terasa jengkel melihat reaksi dingin dan bagai tidak mempunyai perasaan yang dipamerkan oleh gadis itu.

“Kau apsal?” Soal Qusyairi pada Syakilla.

“Aku? Kenapa denganku?” Balas Syakilla.

“Macam tak puas hati aje. Tak puas hati, cakap.”

Syakilla membeliakkan biji mata. “Apa kamu mahu gaduh sama aku?”

“Sudahlah.” Puteri Arania berkata, mahu meleraikan tikaman lidah antara Syakilla dan Qusyairi. “Tak usah bergaduh di sini.”

“Entahnya. Dengan awek pun nak gaduh.” Megatron menyampuk. Qusyairi mengangkat kening tetapi Megatron hanya sengih menyeringai. Last edited by Nicki_Meow on 27-9-2014 06:30 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 09:20 AM | Show all posts
“Syakilla, mari teruskan rancangan kita.” Puteri Arania bersuara lagi. Wajahnya kelihatan tambah berseri-seri dek kerana teruja. Syakilla mengukir senyuman dan mengangguk.

“Aku juga sudah mengajak dia untuk turut menyertai kita…” Sambung Puteri Arania.

Senyuman Syakilla pudar sedikit demi sedikit. “Kau ajak dia?” Qusyairi di pandang dari atas ke bawah.

“Hmm..iya.” Jawab Puteri Arania. “Tiada salahnya bukan? Aku yakin, dia juga mahu melawat Amariya. Maklumlah, datangnya dari…err…jauh…mungkin…”

Qusyairi kekal mendiamkan diri tatkala dirinya menjadi bahan perbualan. Sesekali memandang Megatron yang kini mundar-mandir di sekitar. Megatron kelihatan biasa saja, seperti tiada apa-apa yang pelik berlaku padanya.

“Arania. Kita tak kenal siapa si gila itu sebenarnya. Dari mana dia datang? Asal-usulnya? Bagaimana jika dia itu merbahaya?” Syakilla mempersoalkan tindakan Puteri Arania.

Kurang asam. Si gila kau panggil aku? Qusyairi memandang Syakilla manakala Syakilla hanya membalas dengan senyum sinis.

“Merbahaya?” Puteri Arania memandang Qusyairi sekilas, dari atas ke bawah. “Dari penampilannya, aku yakin dia tidak merbahaya.”

“Tapi…Arania…”

“Syakilla, malas aku mahu bertikam lidah denganmu.” Puteri Arania menghentikan soal jawab. “Qi, kamu mahu mengikut kami, bukan?”

“Nak.” Jawab Qusyairi, memandang Syakilla dengan senyum sinis kali ini. Sengaja mahu menyakitkan hati gadis bermata bak helang itu. Syakilla memutarkan biji mata.

“Kalau begitu…” Puteri Arania memandang Syakilla. “Boleh kita bergerak sekarang? Masa semakin suntuk. Kita perlu pulang ke istana apabila matahari condong dua pertiga ke barat.” Sedikit tegas suaranya.

“Iya, baiklah. Elok kiranya kita pergi sekarang.” Syakilla mengalah akhirnya. Puteri Arania tersenyum.

“Tapi, kamu perlu menukar busanamu. Dengan pakaian begini, mudah benar kamu dikenali. Aku tak mahu timbul persoalan pada orang-orang yang melihatmu nanti.” Ujar Syakilla.

“Baiklah." Puteri Arania mengangguk setuju.

“Hei, si gila. Kamu juga perlu menukar pakaianmu yang pelik itu. Sungguh kurang sopan.” Syakilla memandang kepada Qusyairi apabila berkata. Qusyairi terpinga-pinga lalu memandang dirinya sendiri. Terus, dia menepuk dahi.

Berseluar pendek paras lutut dan Baju T menyarung tubuh, memanglah nampak pelik dan…kurang sopan.

“Dan lambang di bajumu itu, apa maksudnya?” Syakilla menyambung soalan. Qusyairi pandang pula baju T nya. Hampir terlepas tawa melihat lambang ‘S’ yang mewakili Superman.

“Setiap kali kamu hadir, kamu memakai lambang yang sama. Aku harap kamu bukan pemuja syaitan kerana jika benar, aku tidak akan teragak-agak membunuhmu.” Agak keras suara Syakilla memberi amaran.

“Syaitan? Gila kau? Bukanlah. Ini lambang Superman.” Balas Qusyairi.

“Su..par..men?”

Kali ini tawa Qusyairi terburai, tak mampu ditahan. Pandangan tajam Syakilla tidak dipedulikan. Apatah lagi apabila melihat senyum simpul di bibir Puteri Arania.

“Sudah habis berlucu?” Soal Syakilla, garang. Qusyairi tersengih.

“Mari kita pergi.” Ajak Puteri Arania. Last edited by Nicki_Meow on 27-9-2014 06:33 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 09:49 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 23-9-2014 09:20 AM
“Syakilla, mari teruskan rancangan kita.” Puteri Arania bersuara lagi. Wajahnya kelihatan tambah  ...

Nasib baik Qi x pakai spender kat luar...

@Nicki_Meow
Alhamdulillah. Settled... Tu yg dpt jengah sini

Tak pasal2 jd bidan terjun... Rombak n rewrite skrip. Penat tp puas hati..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 09:51 AM | Show all posts
Syakilla mengangguk. Dia merapatkan kedua bibirnya lalu membuat satu siulan. Bunyinya pelik tetapi merdu. Beberapa saat kemudian, datang berlari dua ekor kuda dari satu arah. Seekor berwarna putih salji dan seekor lagi berwarna coklat perang.

“Wah…dahsyat. Macam mana kau buat tu?” Soal Qusyairi, kagum namun soalannya langsung tidak dijawab Syakilla.

“Cuma ada dua. Aku tak tahu yang kau akan turut serta…” Ujar Syakilla, merujuk pada kuda-kuda itu. Qusyairi tidak menyahut.

“Kau boleh bawa Ishan. Aku dan Arania akan menunggang Xora.”

Qusyairi terkebil-kebil. “Mana satu Ishan, yang mana pulak Xora?” Syakilla tersenyum kali ini sambila tangannya membelai Ishan. Qusyairi terpana seketika. Gila lawa kalau senyum…

“Yang putih salju ini Xora, milik Arania. Ini Ishan, milik aku.” Jawab Syakilla.   

“Oh…” Qusyairi terangguk-angguk.

“Apa lagi yang kau tunggu?” Syakilla menembak soalan apabila Qusyairi tidak berganjak.

Nak kena naik kuda ke? Qusyairi memandang saja kuda yang di beri nama Ishan itu. Entah mengapa, Qusyairi merasakan kuda itu juga garang seperti tuannya.

“Aku pilih berjalan kaki saja.” Qusyairi membuat keputusan.

“Jalan kaki? Ia akan memakan masa lebih lama dari yang sepatutnya.” Syakilla seperti merungut. Qusyairi diam.

“Tunggang sajalah.” Suruh Syakilla.

“Errr…Syakilla. Aku…” Qusyairi menarik nafas. Syakilla mengangkat kening, menanti bicara seterusnya.

“Aku..tak reti…errr… naik…hhhmm…tunggang  kuda .” Qusyairi berterus-terang, terpaksa.

“Apa? Kau tidak tahu?”

Qusyairi menggeleng. Syakilla memandangnya, lama. Seolah-olah tak percaya.

“Kat tempat aku, kita orang tak guna kuda. Kita orang naik errr…motor, kereta…basikal…”

Kening Syakilla terangkat lebih tinggi. Puteri Arania pula ketawa kecil.

“Pemuda seperti kamu tidak tahu menunggang kuda?”

“Tak, aku tak tahu! Apa lagi nak tanya?”

Syakilla menggelengkan, memandang sebentar pada Puteri Arania dan kembali memandang Qusyairi. Kemudian, perlahan-lahan dia mengusap muka Ishan dan berbisik sesuatu di telinga kuda kesayangannya itu.

Qusyairi memandang saja tingkah-laku Syakilla. Jelas amat yang gadis itu sangat menyayangi kudanya. Ishan pula sepertinya memahami kata-kata Syakilla kerana kuda itu kelihatan terangguk-angguk beberapa kali.

“Kamu dengar sini.” Syakilla berkata pula pada Qusyairi. “Begini caranya…” Lalu dia menerangkan serba ringkas akan cara-cara menunggang kuda.

“Kamu faham?” Soal Syakilla setelah habis berbicara.

“Faham…kot…” Jawab Qusyairi, tersengih kerang.

“Apa lagi? Naiklah.” Suruh Syakilla, garang.

Teragak-agak, Qusyairi menurut juga. Kali pertama, gagal. Kali kedua, juga gagal. Kali ketiga, hampir-hampir jatuh namun dia berjaya juga.

“Ishan hanya akan mengikut segala arahanku. Jadi, kalau kau tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku padamu, lebih baik kau menjaga tingkah-laku…” Ujar Syakilla, memberi amaran dalam senyum sinis. Qusyairi tidak membalas kata-kata itu walaupun mulutnya terasa gatal mahu menjawab. Gila nak menjawab? Kalau Syakilla suruh Ishan buat ‘willy’, harus terpelanting.

“Boleh kita pergi sekarang?” Soal Puteri Arania. Qusyairi mengangguk. Syakilla mengambil Megatron dari atas tanah. Dengan memeluk Megatron erat di sebelah tangan, Syakilla naik ke atas kuda dan duduk di belakang Puteri Arania.

Gedik pulak budak sekor ni…

Qusyairi memandang Megatron yang tersengih menyeringai dalam pelukan Syakilla dengan kening terangkat.

Syakilla merapatkan bibir dan mula membuat bunyi merdu itu semula. Ishan dan Xora bergerak mengikut arahan. Qusyairi hanya mampu berharap tiada apa-apa berlaku ketika menunggang Ishan.

Tanpa sedar, ada sepasang mata memerhatikan mereka dengan tajam tidak jauh dari situ. Last edited by Nicki_Meow on 27-9-2014 06:36 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 09:53 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 23-9-2014 09:49 AM
Nasib baik Qi x pakai spender kat luar...

@Nicki_Meow

Boleh mintak royalti lebih sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 10:09 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 23-9-2014 09:51 AM
Syakilla mengangguk. Dia merapatkan kedua bibirnya lalu membuat satu siulan. Bunyinya pelik tetapi m ...

wah! dah naik kuda!

nak bersiar-siar kekdahnya..

Ishan..Qi kena hati2..kang tak pasal2 kena sepak terajang
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 10:25 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 23-9-2014 09:53 AM
Boleh mintak royalti lebih sikit....

Royalti? iols buat free... Sukarela demi karya tercinta.

back to topic...
Megatron tu kecik ye? Tak perasan. Malas nak selak balik
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 11:21 AM | Show all posts
miang ye tron
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgh imagine tron wat perangai gedik kat situ... pehtu Qi tarik telinga tron..pastu die bebel kat tron.. pastu rasa diri sendiri tak betul sbb gado ngan kucing
aku terbayang tron kat amariya perangai die cam garfield tu Last edited by cmf_conan on 23-9-2014 12:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 05:57 PM | Show all posts
Nicki... ada perubahan tajuk ya... nice... sesuai sgt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 08:58 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 23-9-2014 12:05 PM
Aku tgh imagine tron wat perangai gedik kat situ... pehtu Qi tarik telinga tron..pastu die bebel kat ...

Oh, kuceng ka? Nape iols ingat robot? Rasa mcm ada ternampak nicki tepek gambar robot

Nicki dan kuceng berpisah tiada...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
ladyFinger12 posted on 24-9-2014 08:58 AM
Oh, kuceng ka? Nape iols ingat robot? Rasa mcm ada ternampak nicki tepek gambar robot

Nicki da ...


Kucing gumuk qusyairi laa.. nama die megatron
Nama manja.. tron... Last edited by cmf_conan on 24-9-2014 09:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 01:50 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 23-9-2014 09:06 AM
Okay...sambung sikit

apa lak tak pentingnya...mana tau kalu tuannya dlm kesusahn dtg membantu..kot2 masuk jail jd tahanan ke...sekurang2nya tron leh jd perantaraan dptkn bantuan ke...hah..nampk x kepentign tron nnti...

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 01:54 PM | Show all posts
tak perlulah mimpi2 nih klise sgt... elok kekalkn aje tajuk asal....dah nama pom novel fantasi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.075092 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list