CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 28-9-2014 08:24 AM | Show all posts
sambung sikit dari bab 9
-------------------

Dengan menunggang kuda, mereka menyusuri latisan meninggalkan kawasan istana. Suasana disekeliling begitu indah. Rimbunan pohon-pohon menghiasi kiri dan kanan jalan. Terasa redup walaupun matahari kian tegak. Melihatnya, terbit rasa kagum dalam hati Qusyairi. Cantik, memang cantik. Qusyairi memuji sendiri dalam hati.

Tidak tahu berapa lama mereka menuruni kawsan berbukit itu. Qusyairi duduk hampir tidak bergerak di atas Ishan. Pinggangnya mula terasa kejang. Sebenarnya, dia merasa teruja, namun tetap tidak mampu menyingkirkan rasa bimbang dari hati. Seumur hidupnya, ini adalah pertama kali dia menunggang kuda. Tidak tahu bagaimana mahu mengawalnya. Bagaimana hendak disuruh berhenti, jalan atau berlari? Bagaimana jika tiba-tiba saja Syakilla sengaja mahu mengenakannya lalu mengarahkan Ishan berbuat yang bukan-bukan?

Tidak dapat tidak, ada sedikit prasangka kurang baik pada Syakilla. Bukanlah mahu mengatakan Syakilla itu jahat, cumanya sikapnya yang garang tak bertempat itu mengundang rasa jengkel dan gerun sekaligus. Mujur ada Arania yang baik hati itu. Sekurang-kurangnya, tidaklah dia terasa seperti terdampar bersendirian di sini. Nak harap Megatron, kucing itu pula bagai lupa diri.

Apalah yang mampu diharap pada seekor kucing? Qusyairi menggeleng tiba-tiba. Terasa sewel sekali lagi.

Sekali lagi, persoalan sama menerjah minda. Adakah ini mimpi? Dia berada dalam dunia apa? Siapakah mereka ini? Jin? Bunian? Makhluk Asing? Bagaimana pautan laman sesawang itu boleh membawanya ke Amariya? Dan lebih pelik lagi, bagaimana pula Megatron turut terseret masuk ke sini?

Semakin difikirkan, semakin buntu otaknya. Cuba mencari penjelasan logik namun gagal. Entahkan dia masih waras, entah tidak. Dalam masa yang sama, bagai ada satu suara lain menasihati agar dia tidak terlalu memikirkan perkara ini. Dan Qusyairi memilih untuk mengikut saja nasihat itu dek kerana sudah penat berfikir.

Semakin jauh mereka berjalan, ukuran pokok-pokok itu juga semakin lama semakin kecil. Kini, mereka berada di persimpangan. Arania memberi arahan pada Xora untuk berhenti, dan Ishan menurut di sebelah. Qusyairi lega apabila Ishan tidak lagi bergerak. Barulah dia berani menggeliat untuk menghilangkan lenguh di pinggang.

Syakilla membelai kepala Ishan seketika. Sayang benar nampaknya Syakilla pada Ishan sehinggakan Qusyairi terasa bersalah pula. Kerana dia, Syakilla tidak bersama Ishan sebaliknya terpaksa menunggang Xora bersama Arania.

“Kau nampak canggung benar.” Syakilla bersuara secara tiba-tiba.

“Errr….kau cakap dengan aku ke?” Soal Qusyairi, mahukan kepastian. Ayat itu ditujukan pada dia, atau pada Ishan? Iyalah, Ishan itu sepertinya memahami bahasa pertuturan manusia, jadi Qusyairi betul keliru.

Syakilla memandang Qusyairi beberapa saat sebelum memutarkan anak mata. Qusyairi sengih kelat, masih keliru dengan perlakuan Syakilla. Last edited by Nicki_Meow on 28-9-2014 05:21 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2014 08:30 AM | Show all posts
Ah, lantak kaulah. Qusyairi malas mahu memikirkannya.

“Jalan yang kita telusuri tadi, adalah jalan di belakang istana.” Ujar Syakilla. Arania mengangguk. Dia memang tahu terdapat jalan menuju keluar dari kawasan Istana Surian. Walaubagaimanapun, ini adalah pertama kali dia menggunakan jalan itu. Sejenak dia terfikir, jika perlakuannya ini diketahui oleh Raja Amsyar dan Ratu Malaeka, pasti teruk hukuman yang bakal diterima. Lebih teruk lagi, Syakilla bakal terheret sama. Timbul resah di hati Arania.

“Arania.” Panggil Syakilla.

“Iya?”

“Apa yang kamu fikirkan? Tiba-tiba saja kamu bermenungan...” Tanya Syakilla apabila Arania terdiam tak semena-mena.

Ah! Segera Arania membuang fikiran itu jauh-jauh. Tidak mahu rancangannya hari ini rosak dengan memikirkan perkara itu. Dia dan Syakilla kini sudah separuh jalan. Dia enggan berpatah balik.

“Tiada apa-apalah.” Jawab Arania, memaksa bibirnya mengukir senyuman walaupun Syakilla dibelakangnya tak dapat melihat.

“Kamu resah, bukan?” Mudah saja Syakilla meneka.

“Sedikit.” Akui Arania. “Tapi aku mahu meneruskannya.”

“Baiklah.” Syakilla tidak mahu bersoal-jawab. Jika dipujuk pun, dia yakin Arania tidak akan berpatah-balik. Lalu, tugasnya kini adalah menjaga keselamatan Arania sebaik mungkin. Jika boleh, tidak mahu ada walau satu calar sekalipun pada tubuh pewaris utama kerajaan Amariya itu. Sejak Raja Amsyar dan Ratu Malaeka membawanya tinggal di istana untuk menjadi pendamping kepada Arania, dia telah meletakkan tugas menjaga keselamatan Arania di tempat teratas. Tiada sesiapa yang memaksa dia melakukannya. Tugas itu dilakukan dengan rela demi membalas jasa baik Raja Amsyar dan Ratu Malaeka. Dia sendiri menyayangi Arania seperti seorang adik walaupun mereka tiada pertalian darah.  

Qusyairi hanya memasang telinga mendengar perbualan itu. Hendak mencelah, dia tidak berani. Angin Syakilla sukar diteka dan dia tidak mahu mencari pasal. Dalam masa yang sama, kedua gadis itu dipandang tak berkedip. Kecantikan yang mereka miliki membuatkan dia sukar mengalihkan mata.  

Tersedar bagai yang ada yang memerhati, Syakilla mengangkat muka. Dia memandang sekeliling sebelum anak matanya merejam pandangan Qusyairi. Lama mata mereka bertaut hingga akhirnya, Syakilla sendiri yang tunduk, melarikan pandangan.

“Di persimpangan ini, membawa kita ke dua arah.  Arah kanan ini, ianya akan membawa kita ke laluan utama Istana Suriyan. Jika kita terus ke utara, ianya akan membawa kita ke kota.” Tutur Syakilla.

“Tapi hari ini, aku tak berniat untuk membawa kamu berdua ke kota.” Syakilla berkata lagi. “Kita akan ke sebuah lata di pinggiran desa Atari.” Sambung Syakilla.  

“Aku suka sekali. Terima kasih, Syakilla.” Sahut Arania, teruja. Wajahnya tampak berseri-seri dengan senyuman meleret di bibir. “Bagaimana dengan kamu, Qi?”

“Aaaa? Aku?” Qusyairi terpinga-pinga saat namanya disebut. “Aku…okay. Okay je.”

Dua pasang mata memandang ke arahnya, beriak tanda tanya. Pantas Qusyairi menyedari bahawa dua gadis itu tidak memahami kata-katanya. Megatron yang kini sudah beralih tempat ke dalam pegangan Arania turut menoleh.

“Maksud aku, aku baik-baik saja.” Terang Qusyairi. Kening Syakilla terangkat manakala Arania tersenyum simpul.

“Mari kita pergi.” Kata Arania. Kemudian, dia tunduk lantas berbisik sesuatu di telinga Xora. Xora angguk sekali dan terus bergerak ke depan.

Melihat Syakilla dan Arania sudah meninggalkannya, Qusyairi tercengang. Ishan masih tidak bergerak. Hanya ekornya saja beroleng-oleng kiri dan kanan sedangkan Xora yang membawa Syakilla dan Arania sudah jauh.

“Oi. Takkan nak tinggalkan aku kat sini kot?” Qusyairi berkata, suaranya dikuatkan supaya Syakilla atau Arania dapat mendengar. Namun, tiada respon.

“Arania.” Panggil Qusyairi. “Syakilla.” Kedua-duanya langsung tidak berpaling.

“Aduh.” Qusyairi panik. “Ishan…errr…jalan.” Suruh Qusyairi walaupun tidak pasti, sama ada ini adalah cara yang betul atau tidak.  Tidak betul pastinya kerana Ishan tidak bergerak walau setapak.

“Alahai. Macam mana nak suruh kau jalan ni?” Qusyairi menepuk perlahan kepala Ishan, dengan harapan kuda itu akan bergerak. Cubaannya tetap gagal.

Tatkala Qusyari berkira-kira hendak turun saja, terdengar pula siulan merdu. Dan tak semena-mena, Ishan terus berlari-lari anak maju ke depan, ke arah yang sama di lalui oleh Xora. Qusyairi nyaris terpelanting dek tindakan Ishan yang tiba-tiba itu. Mujur dia sempat mencapai tali pedati.

Qusyairi pasti, ini mesti ulah Syakilla untuk mengenakannya. Tali pedati digenggam kuat. Walaupun larian Ishan tidak laju, Qusyairi tetap ada rasa bimbang andai terjatuh.

“Kurang asam punya awek.”  Walaupun tidak dapat melihat, Qusyairi pasti, Syakilla tersenyum sinis ketika ini.
Last edited by Nicki_Meow on 28-9-2014 05:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 10:29 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-9-2014 08:30 AM
Ah, lantak kaulah. Qusyairi malas mahu memikirkannya.

“Jalan yang kita telusuri tadi, adalah jal ...

nak bayangkan..lata pinggiran desa Atari..

ada air terjun..ada pokok2..ala fairytale..akar2 terjuntai sampai ke air..rama2 berterbangan...bunga2 berkembang..pastu ada spesies hobbit. tak pun dwarf...

ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 10:58 AM | Show all posts
Baca karya nicki kali ni memaksa otak bkerja lebih sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2014 08:24 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 23-9-2014 05:57 PM
Nicki... ada perubahan tajuk ya... nice... sesuai sgt..

Haah, Zam. Tukar sikit bagi sesuai dan lebih pemahaman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2014 08:25 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 24-9-2014 08:58 AM
Oh, kuceng ka? Nape iols ingat robot? Rasa mcm ada ternampak nicki tepek gambar robot

Nicki da ...

Kucen itu trademark katenyee
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2014 08:26 PM | Show all posts
sellie003 posted on 24-9-2014 01:54 PM
tak perlulah mimpi2 nih klise sgt... elok kekalkn aje tajuk asal....dah nama pom novel fantasi...

Mimpi menyambungkan Qi dengan dunia Amariya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2014 08:27 PM | Show all posts
Ipo posted on 28-9-2014 10:29 AM
nak bayangkan..lata pinggiran desa Atari..

ada air terjun..ada pokok2..ala fairytale..akar2 ter ...

Memang membayangkan gitu...

Cuma takde hobbit dgn orang kenit je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2014 08:30 PM | Show all posts
sarizu posted on 28-9-2014 10:58 AM
Baca karya nicki kali ni memaksa otak bkerja lebih sket

Otak iols pun terpaksa berimaginasi lebih dari biasa nak buat cerita ni.

Banyak kali tukar sana, edit sini. Kekadang feel tak sampai so ayat pun jadi tunggang-langgang. Terus tutup lappy sebab takde mood. Tu yg hapdet lambat (Alasan baeekk punyeee )

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2014 08:35 PM | Show all posts
BAB 10

Ishan dan Xora berjalan seiring. Tidak terlalu perlahan, tidak terlalu laju. Ishan dan Xora pastinya telah dilatih untuk mengikut arahan. Benar-benar patuh dengan setiap suruhan pemiliknya.

Memang patuh habis. Hampir-hampir dia terpelanting tadi. Qusyairi memandang Syakilla yang seolah-olah menyembunyikan senyum sinis. Langsung tidak memandang ke arahnya. Ingin saja Qusyairi bertanya, adakah sebentar tadi Syakilla sengaja mahu mengenakannya namun niat itu di telan saja.

Mereka masih melalui lorong yang dihiasi pokok di kiri dan kanan. Cuma kali ini tidaklah serimbun di kawasan Istana Suriyan. Jalan ini juga seperti telah biasa dilalui oleh orang-ramai. Sesekali, mereka bertembung juga dengan beberapa penduduk yang mungkin tinggal di kawasan sekitar. Ada yang senyum. Ada yang pandang-memandang dan berbisik-bisik tatkala melihat Arania dan Qusyairi.

“Kita perlu cepat.” Syakilla mula kurang senang. Pakaian Arania terlalu menonjol sebagai Puteri Diraja manakala pakaian Qusyairi pula pelik. Jelas benar dia orang asing. Arahan diberi dengan siulan lalu Ishan dan Xora bergerak lebih laju.

Qusyairi kekal berdiam di atas kuda, hanya mengikut rentak perjalanan. Tali pedati tetap dipegang kejap walaupun kini, dia sudah mendapat rentak tunggangan. Masih belum dapat mempercayai Syakilla dan Ishan seratus peratus.

“Xora. Ishan. Berhenti.” Syakilla memberi arahan secara lisan, tidak lama kemudian. Seperti biasa, kuda-kuda itu patuh. Qusyairi memandang sekeliling. Pokok-pokok rimbun sudah tiada. Kini, mereka berada di atas kawasan padang yang berbukit.

“Di bawah kawasan berbukit inilah, letaknya Desa Atari. Desa yang paling hampir dengan Istana Suriyan.” Terang Syakilla. Arania senyum manakala Qusyairi terangguk-angguk. Hampir? Rasanya ada lebih kurang setengah jam juga perjalanan mereka. Pandangan ditebarkan jauh ke depan. Hijau! Itu yang bermain dalam fikiran Qusyairi tatkala melihat pemandangan indah itu.

“Syakilla.” Panggil Qusyairi. Syakilla menoleh tetapi tidak bersuara. Hanya wajahnya saja menyatakan riak persoalan ‘Ada apa?’

“Kalau kau tak keberatan, boleh kau beritahu…” Qusyairi menunggu beberapa saat sekiranya Syakilla mahu meningkah kata-katanya. Tiada. Lalu dia meneruskan soalan.

“Itu tempat apa?” Tanya Qusyairi sambil matanya mengarah ke kawasan lapang yang tandus. Jauh dari sini tetapi, oleh kerana mereka berada di perbukitan, mudah saja matanya menangkap kawasan itu. Kawasan lapang dan tandus itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Dikerah otaknya supaya berfikir namun susah benar untuk mendapat jawapannya.

“Oh, tempat itu.” Riak wajah Syakilla berubah sedikit. Kelihatan dia menarik nafas dalam-dalam. “Itulah tempat di mana telah berlakunya peperangan.” Kata-kata Syakilla terhenti seketika.

“Amariya pernah berperang puluhan tahun dahulu. Perang diantara dua raja. Perang diantara dua saudara. Seorang darinya mahu merampas takhta manakala seorang lagi perlu mempertahankan haknya ke atas Amariya. Ramai yang terkorban. Salah seorang darinya adalah…”  Sekali lagi Syakilla menarik nafas.

“Bapaku…” Ada sedikit getaran dalam suara Syakilla tatkala dia menyambung kata. Sayu. “Dia dibunuh…oleh…” Syakilla tidak dapat meneruskan bicara.

“Syakilla.” Arania menggenggam tangan Syakilla erat, sepertinya memberi semangat.

Untuk seketika, tiada sesiapa yang bersuara. Last edited by Nicki_Meow on 28-9-2014 08:37 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2014 08:42 PM | Show all posts
“Tapi nyata, yang batil telah kalah. Kerajaan Amariya telah diperintah oleh yang sepatutnya.” Tutur Syakilla lagi. Suaranya tidak lagi sayu seperti tadi.

“Maaf, Syakilla. Aku tidak bermaksud untuk membuat kau bersedih.” Rasa bersalah terbit dalam hati Qusyairi. Kata-kata itu walaubagaimanapun, tidak dipedulikan Syakilla.

“Kau nampak gunung itu?” Syakilla mengangkat telunjuk, mengarah ke timur. Arania dan Qusyairi melihat ke arah yang sama.

“Gunung itu dipanggil Gunung Gemora, gunung yang disumpah. Tempat tinggal mereka yang terbuang.” Terang Syakilla.

“Mereka yang terbuang?” Qusyairi mengulang soal.

“Aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. Tetapi menurut cerita, mereka yang terbuang adalah terdiri dari pesalah-pesalah yang menerima hukuman berat. Para pemuja syaitan dan juga, saki-baki tentera Raja Zulkhan.”

“Raja Zulkhan?”

“Raja Zulkhan yang berperang dengan ayahandaku suatu ketika dulu.” Kali ini, Arania pula yang berkata-kata. Matanya tak lepas dari memandang ke arah Gunung Gemora.   

“Menurut ceritanya juga, mereka-mereka itu telah dibuang ke gunung itu, tidak akan boleh kembali menjejakkan kaki ke tanah dasar. Jika tidak, mereka akan mati.” Sambung Syakilla.

“Oh…” Qusyairi terangguk-angguk, melopong.

“Tapi, seperti yang aku katakan tadi, aku tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Cerita yang aku dengar hanyalah kisah dari mulut ke mulut. Dongengan ini telah aku dengari sejak kecil. Mungkin ianya benar, mungkin juga tidak.” Syakilla mengakhiri cerita. Qusyairi terangguk-angguk lagi.

Syakilla mendongak, mencongak waktu dengan melihat kedudukan matahari. Sikit lagi, matahari akan tegak di kepala. Mereka perlu beredar sekarang.

“Mari aku bawa kamu berjumpa dengan seseorang.” Tutur Syakilla. “Rumahnya terletak di hujung desa, tidak jauh dari kawasan lata. Sekali lagi, aku minta maaf. Kamu berdua tidak boleh dilihat dalam keadaan begini. Arania, jika kehadiranmu di sini diketahui, pasti riuh-rendah nanti. Dan kau…” Syakilla memandang Qusyairi atas bawah. “Entah-entah, akan diligan dengan penyapu.”

Megatron ketawa secara tiba-tiba. Qusyairi memandang kucing yang sudah tidak boleh dikategorikan sebagai ‘kucing kesayangan’ itu dengan pandangan jengkel. Terasa seperti Megatron berpaling tadah. Megatron itu kucingnya, bukan? Sepatutnya Megatron mempertahankan dia, bukan menyebelahi Syakilla.

Siaplah kau nanti!

“Mari.” Ajak Syakilla. Arahan diberikan secara lisan lalu Ishan dan Xora bergerak menuruni bukit, menuju ke kawasan perkampungan Atari.

*****
Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2014 08:50 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2014 10:42 PM | Show all posts
Syakilla memilih untuk melalui lorong dihujung bukit itu. Lorong itu agak tersorok sedikit namun dalam keadaan ini, ianya lebih selamat berbanding menggunakan jalan utama ke Desa Atari. Syakilla juga tidak lupa memberi arahan kepada Ishan dan Xora agar berhati-hati tatkala melalui jalan itu yang agak berbatu. Silap langkah, boleh tersungkur.

Tidak berapa lama kemudian, mereka sampai di betul-betul di dalam kawasan desa. Syakilla tetap memilih untuk menggunakan lorong kecil berbanding jalan utama kerana mahu mengelakkan penduduk desa. Mujur di waktu begini, tidak ramai yang berada di rumah kerana keluar mencari rezeki. Desa Atari terkenal dengan hasil tani dan juga ternakan terbaik.

Qusyairi membuang pandang ke sekeliling, menikmati panorama depan mata. Kawasan desa ini tidak jauh bezanya dengan kampung pedalaman biasa yang dia pernah lihat dan pergi. Rumah-rumah di sini di bina dari kayu semata dan mirip perkampungan Melayu.  

Mereka bergerak sehingga hampir ke sebuah rumah yang terletak di hadapan padang luas. Rumah itu agak besar dan merupakan satu-satunya rumah yang ada di situ.

“Kalian tunggu di sana.” Suruh Syakilla sambil telunjuknya diarahkan ke sebatang pokok yang berampak rendang, tidak jauh dari situ. “Aku mahu memastikan orang tuanya tiada di rumah. Pastikan diri kalian terlindung dari pandangan orang ramai.” Syakilla berpesan. “Aku akan kembali sebentar nanti.” Syakilla lalu turun dari Xora.

“Jaga-jaga dirimu, ya?” Sempat Syakilla menggosok kepala Megatron sebelum berjalan ke arah rumah itu. Terbeliak mata Qusyairi melihatnya. Megatron seperti ulahnya yang biasa, hanya tersengih menyeringai.

Qusyairi dan Arania kemudiannya bergerak ke pohon rimbun yang ditunjukkan oleh Syakilla tadi. Penat menunggang Ishan, Qusyairi membuat keputusan untuk turun saja. Arania juga berbuat begitu. Hanya Megatron masih kekal duduk di atas Xora. Sekali lagi, Qusyairi memandang pelik ke arah kucingnya. Megatron boleh bercakap di Amariya tetapi saat ini, kelihatannya ia memilih untuk mendiamkan diri.

Mata Arania memandang ke arah jejak Syakilla yang kini sudah berdiri di hadapan rumah. Qusyairi turut berbuat yang sama. Kelihatan seorang pemuda keluar dari pintu utama. Syakilla dan pemuda itu berbual-bual seketika.

“Arania. Rumah siapa yang Syakilla pergi tu?” Soal Qusyairi, tak lepas dari melihat Syakilla yang sedang berbual. Mesra kelihatannya.

"Rumah keluarga angkatnya." Jawab Arania. "Syakilla itu yatim-piatu. Ketika kecil, hidupnya berpindah-randah dari satu penjaga ke penjaga yang lain. Keluarga itu adalah keluarga terakhir yang memelihara Syakilla sebelum ayahanda dan bondaku berkeputusan untuk membawa Syakilla tinggal di istana.

"Oh." Qusyairi mengangguk. "Jadi, itu abang angkat Syakilla?"

"Iya." Jawab Syakilla. "Aku ada dengar cerita, ura-ura Pak Hatim suami isteri mahu menjodohkan Syakilla dengan anak mereka itu." Arania tertawa kecil setelah berkata.

"Iya?" Soal Qusyairi. "Syakilla terima ke?" Qusyairi memandang tepat pada Arania.

"Entah. Mungkin ya, mungkin tidak. Aku pun tak tahu. Syakilla jarang hendak berbicara tentang soal perasaan denganku." Jawab Arania. Qusyairi tidak membalas apa-apa kali ini. Matanya tepat memandang Syakilla.  
Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2014 08:52 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2014 12:03 AM | Show all posts
“Dariz.” Tegur Syakilla. Memaksa senyuman terukir dibibir apabila terlihat pemuda itu muncul di depan pintu. Terkejut sedikit kerana dia tidak menjangka Dariz ada di sini. Jika ikut perancangan, Dariz tidak sepatutnya berada di sini kala ini.

Dariz turut membalas senyuman Syakilla. Hatinya berbunga-bunga tatkala terlihat gadis itu depan mata. Sejak akhir-akhir ini, agak jarang sekali Syakilla datang menyinggah ke rumah orang tuanya.

“Apa khabar?” Dariz berbasa-basi.

“Aku baik-baik saja.” Balas Syakilla. “Kau?”

“Seperti biasa.”

Syakilla mengangguk.

“Bapa dan ibu tiada di rumah. Jika mereka tahu yang kau akan singgah ke mari, sudah pasti mereka tidak akan ke kota.” Ujar Dariz.

“Kebetulan saja aku melalui kawasan ini. Jadi aku membuat keputusan untuk singgah sebentar.” Balas Syakilla. Berbohong sebenarnya kerana dia sudah pun membuat perancangan lebig awal dengan Teja, adik Dariz. Memang dia tahu bahawa pada hari ini, Pak Hatim suami isteri akan keluar ke kota. Dariz seperti kebiasaannya, keluar bekerja. Teja akan tinggal seorang diri dan ini adalah masa terbaik untuk dia membawa Arania singgah sebentar untuk menukar pakaian, mengambil bekalan makanan secukupnya sebelum menuju ke lata.

Nampaknya, perancangannya kurang menjadi.

“Adakah kau tidak bekerja hari ini, Dariz?” Syakilla pula bertanya.

“Kerja. Cuma aku risaukan Teja, lalu aku kembali sebentar. Pelbagai pula sakitnya hari ini. Sebentar tadi sakit perut. Kemudian, sakit kepala. Aku bawakan sedikit buah-buahan dan masak apa yang perlu. Boleh juga dia mengalas perut sementara menantikan bapa dan ibu pulang.”

“Oh. Teja itu mengada-ngada saja nampaknya. Mungkin sengaja mahu bermanja denganmu.”

Dariz ketawa mendengar kata-kata Syakilla. Wajah gadis itu ditatap lama buat menghilangkan rindu. Iya benar. Rindu yang hanya dia saja yang tahu. Syakilla itu pastinya tidak terasa apa-apa. Hati gadis itu sejuk beku bak salju di musim dingin. Tidak tahulah sama ada Syakilla tidak mengerti atau pura-pura tidak mengerti akan perasaannya.

“Adakah kau akan singgah lama di sini?” Dariz bertanya.

“Tidak, Dariz. Hanya sebentar saja.” Jawab Syakilla. Dariz mengangguk perlahan.

“Hari yang cerah ini akan lebih indah jika kau sudi menyinggah lebih lama.” Dariz berkias dengan kata. Syakilla tersenyum mendengar kata-kata Dariz.

“Maaf Dariz. Mungkin di lain waktu saja.”

“Aku perlu pergi. Teja ada di dalam. Masuklah.”

“Baiklah.” Syakilla mengangguk.

“Aku pergi dulu.” Dariz meminta diri.

“Jaga diri, Dariz. Harap kita ketemu lagi.”

“Iya Syakilla. Aku berharap benar untuk bertemu denganmu lagi.” Dariz merenung Syakilla agak lama sebelum berlalu pergi. Syakilla hanya memandang.

Beberapa tapak melangkah ke depan, langkah Dariz terhenti. Dia berpusing kebelakang lalu melambai. Syakilla turut membalas lambaian itu beserta dengan senyuman. Dariz berpaling semula dan kali ini, langkah diteruskan. Tidak menoleh lagi.
Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2014 08:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 12:12 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-9-2014 12:03 AM
“Dariz.” Tegur Syakilla. Memaksa senyuman terukir dibibir apabila terlihat pemuda itu muncul di de ...

nampaknya Qi ada pesaing..dariz ni hencem tak?

ni..kisah syakilla ni dah berbelit..heksagon gak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2014 12:20 AM | Show all posts
“Dariz itu gilakan kau, tahu tak?”

Terdengar suara di muka pintu. Lantas Syakilla berpaling. Tersenyum melihat wajah Teja terpacul.

“Ada-ada saja kamu ini.” Syakilla menjawab. Teja tersenyum riang lalu turun dari tangga mendapatkan Syakilla. Mereka berpelukan sebentar.

“Aku berkata benar. Sudah beberapa kali dia menyuruh bapa membawa kau balik ke sini. Tak usah tinggal di istana lagi. Kau saja yang buta perasaan.” Teja berkata saat pelukan dilepaskan. Syakilla mencebik bibir dan kemudian tertawa kecil.

“Apa kurangnya abangku itu? Kurang kacak? Kurang baik?”

“Tidaklah.”

“Jadi?”

“Sudahlah, Teja. Aku tak mahu berbicara tentang itu.” Tegas Syakilla. Kali ini, Teja pula yang mencebik, mengejek Syakilla. Syakilla ketawa dan tergeleng beberapa kali.

“Mana tuan puteri?” Soal Teja.

“Ada, tidak jauh dari sini. Aku menyuruh dia berselindung dahulu, mahu memastikan bapa dan ibu tiada. Mujur aku berbuat begitu. Tak kusangka, Dariz ada di sini.”

“Iya, Dariz itu risau tak bertempat. Bapa dan ibu berkeras mahu aku mengikuti mereka ke kota. Lalu aku terpaksa mencipta pelbagai alasan. Perutku sakit, kepalaku sakit, kakiku sakit. Barulah mereka tidak memaksa lagi. Siapa tahu, abangku itu terlebih menyibuk. Pulang sebentar membawa buah-buahan dan memasak juga. Lucu sekali. Pecah juga perutku dibuatnya.” Terang Teja panjang lebar disusuli dengan tawa.

“Nakal sungguh kamu. Dariz itu bukan menyibuk, tahu? Dia mengambil berat tentang adiknya.” Balas Syakilla, turut ketawa.

“Ah, apa-apa sajalah.” Ujar Teja. “Sekarang ini, mana tuan puteri? Sudah agak lama juga aku tak berjumpa dengannya.”

Syakilla menarik nafas lau dihembus perlahan. “Teja…”

“Iya?”

“Aku perlukan lebih bantuan darimu.”

“Hhhmm? Apa dia? Katakan saja.” Wajah Teja beriak tanda soal.

“Aku juga mahu meminjam pakaian Dariz.” Ujar Syakilla.

“Pakaian Dariz? Untuk apa?”

“Selain Arania, aku juga membawa seorang lagi…hhmmm. Rakanku…” Terang Syakilla. “Dan rakanku itu…errr…hhhmm. Dia orang asing. Pakaiannya pelik. Jadi aku perlukan pakaian Dariz untuk dia pakai agar tiada sesiapa yang curiga.”

“Apa…kau sudi membantuku?” Syakilla menyoal apabila melihat Teja menikus terkebil-kebil tanpa jawapan.

“Sudah pasti aku akan membantumu.” Teja menjawab akhirnya.

“Terima kasih, Teja.” Syakilla tersenyum.

“Dimanakah mereka semua?”

“Mari. Aku bawa kau berjumpa dengan mereka.” Ajak Syakilla. “Tapi, kau perlu berjanji denganku.”

“Janji apa?”

“Janji yang kau tidak akan meceritakan hal ini pada sesiapa.”

“Hhmm. Baiklah.” Teja mengikat janji.

Syakilla tersenyum lega. “Marilah.”

Mereka berjalan beriringan. Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2014 08:41 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2014 12:28 AM | Show all posts
Ipo posted on 29-9-2014 12:12 AM
nampaknya Qi ada pesaing..dariz ni hencem tak?

ni..kisah syakilla ni dah berbelit..heksagon g ...

Rasa-rasa Dariz hensem ke?

Dalam cerita ni semua hensem kot. Crook pun hensem giler. Yg tak hensem si Qusyairi tu je. Boleh?

Heksagon eh? Ini baru Syakilla. Belum belit tang Arania lagi. Tak masuk lagi belit dalam dunia realiti lagi nih. Ayyoyoyo...kadawalle..

Ipolah punya pasal. Dah aku pun terikut sama nak belit sana sini. (Boleh tak nak salahkan org lain gitu? )








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2014 12:32 AM | Show all posts


Panjang pulak rasa. Dah masuk 3,4 bab dalam satu malam, air terjun pun tak jejak-jejak lagi nih.

Layan ajelah ek?

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 12:35 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 29-9-2014 12:28 AM
Rasa-rasa Dariz hensem ke?

Dalam cerita ni semua hensem kot. Crook pun hensem giler. Yg tak  ...

hahaa...ok apa belit2 nih..

biar reader jenuh duk pikir..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 08:42 AM | Show all posts
interesting... makin menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak lagi...nak lagi...

Menarik tertarik..

   ^_^
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.382168 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list