CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 12-10-2014 12:39 AM | Show all posts
poyohabis posted on 11-10-2014 04:34 PM
Lps tu leh ingat ke hawa lak.. Combine citer sebelah.. Alih2 tt pening nak endingkan citer..

Kalau gitu, 896 episode tak abes, Poyo oi...

Thanks for reading
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2014 12:41 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 12-10-2014 12:31 AM
err... tron tadek jumpa aweks kucing kat amariya ka?

Apa motippp ko beri lebih perhatian kat Tron?



*Tron jatuh cinta kat Xora, boleh? Dapat anak kacukan kuda dengan kucing = Kukudacing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 10:23 PM | Show all posts
BAB 12

Masing-masing berjalan tanpa suara. Arania dan Qusyairi hanya mengekori langkah Syakilla yang mengetuai perjalanan mereka. Ke mana? Tidak pula mereka pasti. Riak wajah Syakilla yang tegang membuatkan masing-masing memilih untuk mengunci mulut.  Syakilla sedar, tingkahnya diperhatikan oleh dua pasang mata namun tidak dipedulikan.

“Syakilla.” Arania sudah tidak mampu menahan rasa hati. “Terus-terang padaku. Apa yang telah berlaku sebenarnya? Ishan dan Xora…adakah sesuatu telah menimpa mereka?" Arania menyoal.

Syakilla mengeluh perlahan sebelum menjawab.  “Ishan dan Xora  telah dihalang oleh seseorang.”

“Dihalang oleh siapa?”

“Aku tak tahu.”

“Jadi, Ishan dan Xora dalam bahaya?” Arania mula cemas. Xora itu kuda kesayangannya. Pemberian Raja Amsyar ketika umurnya mencecah 18 tahun. Jika terjadi apa-apa pada Xora, sudah pasti dia akan menyesal tak sudah.

“Itu kau tidak perlu risau. Tiada apa-apa yang tidak elok menimpa mereka.” Balas Syakilla. Kata-kata itu memberikan sedikit rasa kelegaan pada Arania.  

“Kau rasa, siapakah yang menghalang Ishan dan Xora? Ah, aku tahu. Pastinya orang suruhan ayahanda, bukan?” Arania terus meneka. Syakilla menggeleng tanda dia tidak punyai jawapan Benar, dia tidak tahu. Gerak hatinya mengatakan, Ishan dan Xora telah dihalang. Siapa yang menghalang, tak terjangkau firasatnya.  

“Maafkan aku, Syakilla. Jika bukan sebab kedegilanku mengikut hasrat hati, pasti perkara begini tidak akan berlaku.” Arania berkata, kesal. Andainya perkara ini diketahui oleh ayahanda dan bondanya, bukan saja dirinya, Syakilla akan turut dikenakan hukuman kerana bersubahat. Entah-entah, Teja juga akan diheret sama. Gelisah menerpa jiwa. Kesal semakin memberat.

“Tidak perlu kau terlalu memikirkan tentang itu. Kita belum tahu lagi, siapa yang menggendala rancangan kita.” Syakilla cuba menyedapkan hati. Sebenarnya, dia tidak terlalu risau seandainya perkara ini dibawa ke pengetahuan Raja Amsyar. Dia yakin, Raja Amsyar akan melepaskan puterinya itu. Jika dihukum pun, tidaklah seberat yang disangka. Yang lebih menganggu fikirannya sekarang, siapa yang menghalang Ishan dan Xora? Dan apa tujuan orang itu berbuat begitu?

Qusyairi hanya memerhatikan Syakilla dan Arania berbicara berdua. Walaupun tidak menyampuk sebarang kata, setiap bait perkataan yang mereka tuturkan kedengaran jelas di telinga. Pelbagai persoalan muncul dibenak Qusyairi. Bagaimana Syakilla tahu Ishan dan Xora dihalang oleh seseorang? Ilmu apa yang ada pada Syakilla sehingga mampu meneka keadaan Ishan dan Xora sekalipun tidak melihat dengan mata? Dan bermacam-macam soalan lagi.

Qusyairi merenung Syakilla dalam diam. Pemilik nama Syakilla ini mempunyai misteri yang tersendiri.

“Mereka ada di sana.” Syakilla bersuara lantas mempercepatkan langkah. Arania dan Qusyairi tergocoh mengikut Syakilla yang kini berjalan laju..

Mereka sampai ke tempat yang dituju. Nafas Syakilla seakan tertahan melihat ada seseorang sedang mengusap perlahan kepala Ishan. Wajah lelaki itu tidak dapat dilihat kerana membelakangkan mereka. Ishan pula, membiarkan saja kepalanya diusap. Selalunya, Ishan tidak akan membenarkan dirinya disentuh oleh orang yang tidak dikenali. Xora pula berada di sebelah Ishan, juga tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia sedang rungsing.

Siapa dia? Syakilla berteka-teki. Dia saling berpandangan dengan Arania yang wajahnya juga, beriak tanda-tanya.

“Kuda-kuda itu milik kami.” Tanpa memberi sebarang mukadimah perkenalan, Syakilla terus berkata kepada lelaki yang sedang membelakangi mereka.

“Aku mohon agar kau lepaskan mereka dan tidak mengganggu rencana kami.” Syakilla bersuara lagi apabila lelaki itu kekal mendiamkan diri.

“Perkenalkanlah diri, kita boleh berbicara secara berhadapan.” Suara Syakilla semakin tegas kali ini. Mula meradang apabila kata-katanya bagai tidak dipedulikan. Dalam masa yang sama, dia berwaspada. Tidak akan teragak-agak menyerang jika lelaki itu mahu mencari pasal.

“Kau tidak sepatutnya membiarkan Arania keluar dari Istana tanpa pengawal.” Lelaki itu mula bersuara, masih membelakangi Syakilla, Arania dan Qusyairi.

“Adakah kau yakin, kau mampu menjaga Arania? Sekiranya sesuatu berlaku pada Puteri, mahukah kau bertanggungjawab?” Lelaki itu menyambung kata. Syakilla menggetap bibir.

“Kau siapa mahu masuk campur dalam hal ini?” Syakilla membalas soal. Lelaki itu ketawa, membuatkan Syakilla bertambah jengkel.

"Kau tidak kenal aku, Syakilla?"

"Usah berteka-teki denganku." Syakilla bertegas.

Seketika kemudian, lelaki itu berpaling ke belakang. Tersenyum sinis.

“Kau?” Kening Syakilla terangkat. Last edited by Nicki_Meow on 12-10-2014 10:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 10:28 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-10-2014 10:23 PM
BAB 12

Masing-masing berjalan tanpa suara. Arania dan Qusyairi hanya mengekori langkah Syakilla  ...

ni tentu dariz kan?? kan??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 10:38 PM | Show all posts
Ipo posted on 12-10-2014 10:28 PM
ni tentu dariz kan?? kan??

bukan.. tu adam.. die dah bawak diri smp amariya dah tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 11:50 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 12-10-2014 10:38 PM
bukan.. tu adam.. die dah bawak diri smp amariya dah tuh

amboih..adam tercampak ke bumi amariya kerana kecewa dengan hawa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2014 08:21 AM | Show all posts
Ipo posted on 12-10-2014 11:50 PM
amboih..adam tercampak ke bumi amariya kerana kecewa dengan hawa..

dh kecewa sangat Ipo... bawa dirilah jawabnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 09:35 AM | Show all posts
Ipo posted on 12-10-2014 10:28 PM
ni tentu dariz kan?? kan??

Dariz busy uols. Takde masa nak mengekor...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2014 09:40 AM | Show all posts
“Zuhril..” Arania turut bersuara dan kemudian, menghembuskan nafas berat. Kepala tergeleng beberapa kali.

“Ya. Aku.” Balas Zuhril. “Raja Amsyar pastinya tidak mengetahui yang kamu semua berada di sini ketika ini. Agaknya, jika Tuanku tahu, apa agaknya hukuman yang bakal dikenakan nanti…” Senyuman sinis terukir lagi di bibirnya.

“Suka benar kau menjaga perihal orang lain. Zuhril.” Apakah kau tiada lagi urusan yang lebih penting yang hendak dilakukan?” Syakilla membalas. Benar-benar jengkel. “Oh, aku terlupa pula. Anak pembesar seperti kau, mana mungkin punyai kerja hendak dilakukan selain menjaga tepi kain orang?” Sindir Syakilla.

“Lidahmu masih tajam seperti dulu, Syakilla. Lebih baik kau menjaga bahasamu. Terlajak kata, badan binasa.”

“Iya? Harap kau pun sedar diri. Mengata dulang paku serpih nampaknya…” Giliran Syakilla tersenyum mengejek. Zuhril mengangkat kening. Syakilla direnung seperti hendak ditelan. Memang sejak dari dulu lagi, dia dan Syakilla tidak sefahaman. Syakilla baginya hanya gadis picisan yang tak sedar diri. Nasibnya beruntung kerana diambil menjadi anak angkat keluarga diraja. Lagi mahu menunjuk lagak seolah-olah diri itu benar-benar setaraf.

Malang sungguh Arania mempunyai shabat dan pendamping seperti Syakilla. Sehingga kini, Zuhril tidak mengerti mengapa Raja Amsyar mahu mengambil Syakilla tinggal di Istana.  

Zuhril memerhatikan wajah dihadapannya satu demi satu. Sejak awal tadi dia sengaja mengekori Syakilla dan Arania, mahu mengetahui ke mana Sang Puteri dan pendampingnya itu pergi. Apabila matanya memandang Qusyairi, pandangan bertukar tajam. Qusyairi dipandang dari atas ke bawah.

Qusyairi sedar dirinya direnung lalu dia juga mengangkat muka membalas pandang, pura-pura berlagak berani. Hakikatnya, dia sendiri terasa kecut perut dipandang begitu oleh lelaki yang dipanggil Zuhril itu. Orangnya tinggi, berbadan tegap dan sasa berbanding dirinya yang kurus melengkung. Sekali dihayun lengan, mahu terpelanting ke belakang. Namun, kerana mahu menjaga air muka dihadapan Syakilla dan Arania, Qusyairi mengekalkan wajah selamba.

“Kau siapa?” Soal Zuhril kepada Qusyairi.

“Dia saudara jauhku.” Belum sempat Qusyairi bersuara, Syakilla sudah menjawab bagi pihaknya.

“Ah. Kau fikir aku bodoh?” Zuhril menyanggah.

“Iya…memang nampak begitu.” Syakilla pantas menjawab lalu tersenyum mengejek lagi. Zuhril merengus.

“Tak usah berbohong, Syakilla. Bukankah kau anak yatim piatu? Hidup berkelana sendirian lalu dipungut menjadi anak angkat. Dari mana pula muncul saudara jauhmu ini?”   

Riak wajah Syakilla berubah apabila Zuhril mengungkit soal itu.

“Benar, aku saudara Syakilla. Sudah lama aku cuba menjejaki Syakilla, satu-satunya saudaraku yang tinggal. Mujur berjumpa.” Qusyairi berkata. Seboleh mungkin, dia membuat muka yang meyakinkan. Puas juga menahan gelak. Terasa seperti berlakon dalam filem purba…

“Dari mana asalmu?” Zuhril menyoal lagi.

“Keramat.” Jawab Qusyairi. Tidak berbohong kali ini. Memang tempat tinggalnya di Keramat…

“Sebenarnya, apa yang kau mahu, Zuhril?” Syakilla bertanya. Seboleh mungkin, dia tidak mahu Qusyairi bersoal-jawab dengan Zuhril lebih banyak.

“Aku risaukan Puteri. Kau membawanya keluar tanpa pengawal. Bukankah itu merbahaya?” Bidas Zuhril.

“Itu saja tujuanmu ke sini?”

Zuhril diam.

“Atau kau sebenarnya memang sengaja mahu mengekori Arania? Apa kau fikir, dengan cara begini, Arania akan jatuh cinta denganmu?” Syakilla menyambung kata. Kulit wajah Zuhril yang cerah itu bertukar kemerahan. Kesabarannya dengan Syakilla semakin hilang.

“Kau…dasar tak sedar diuntung.” Zuhril meninggikan suara. Percikan api pertengkaran semakin besar.
Last edited by Nicki_Meow on 13-10-2014 10:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:47 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-10-2014 09:40 AM
“Zuhril..” Arania turut bersuara dan kemudian, menghembuskan nafas berat. Kepala tergeleng beberap ...

wah!Qi dh berani sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 11:04 AM | Show all posts
Zuhril.. anak pembesar yang berangan nak kawin ngan anak raja kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 12:07 PM | Show all posts
“Sudahlah kamu berdua.” Arania akhirnya masuk campur. Pertikaman lidah diantara Syakilla dan Zuhril tidak boleh dibiarkan. Akan berlarutan sehingga ke malam hari jika tidak ditamatkan secepat mungkin. Kedua-duanya keras kepala. Sejujurnya, Arania sendiri tidak menyenangi kehadiran Zuhril namun dia tidak mahu menunjukkannya secara nyata. Sebagai pewaris Amariya, dia telah diajar untuk sentiasa menjaga sikap santun dengan sesiapa saja. Tidak boleh terlepas laku.   

“Merbahaya kau keluar begini tanpa pengawal, Arania.” Zuhril bertegas.

“Aku tahu, kau risaukan aku.” Arania menguntum senyum di bibir.

“Sudah semestinya. Aku tidak mahu terjadi sesuatu yang tidak elok padamu.”

“Terima kasih di atas keperihatinanmu itu, Zuhril. Aku sangat menghargainya.” Arania sengaja bermanis kata. “Tapi, aku boleh menjaga diriku sendiri. Lagipun, aku bersama Syakilla. Jadi, tiada apa-apa yang perlu kau risaukan.”

“Kenapa kau terlalu percayakan dia, Arania? Tarafnya bukan seperti kita.” Nada keangkuhan Zuhril terserlah. Syakilla merengus dan memutarkan biji mata.

Arania mara ke depan lalu mendekati Zuhril. Dia berdiri dengan jarak sedepa. Bibirnya kekal tersenyum. Matanya yang bundar merenung terus ke mata pemuda itu sehingga akhirnya, wajah Zuhril yang tegang mula bertukar riak menjadi lebih tenang.

“Zuhril.” Arania memanggil lunak. Zuhril bagaikan terpukau.

“Iya…puteri.”

“Usahlah kau risaukan aku. Pandailah aku menjaga diriku sendiri.” Ujar Arania.

“Tapi…puteri…”

Arania menyentuh lengan Zuhril sebelum berkata. “Begini sajalah. Apa kata, kau beredar saja dari sini? Aku yakin, ada ramai yang memerlukanmu di tempat yang lain. Anak pembesar sepertimu, jika berkhidmat dengan orang ramai, pasti akan dipandang mulia.” Pujuk Arania. Lengan Zuhril disentuh beberapa saat sebelum menarik jarinya kembali.

“Baiklah, puteri. Jika begitu hasratmu.” Balas Zuhril, bagaikan terpukau.

“Dan aku benar-benar berharap, agar kau tidak memberitahu sesiapa tentang perkara ini. Terutama sekali, pada ayahanda dan bondaku. Kau pasti tidak mahu aku ditimpa kesusahan, bukan?”

“Apa saja untukmu, Puteri.” Zuhril menurut.

“Jika begitu, beredarlah sekarang. Pulanglah ke rumahmu atau pergilah ke mana-mana saja dimana khidmatmu diperlukan. Usah mengekori kami lagi, ya?” Suruh Arania. Zuhril mengangguk. Dia berpaling lalu mula membuat siulan dari mulutnya. Tidak lama kemudian, muncul seekor kuda hitam dari arah bertentangan.

“Aku pergi dulu, Puteri.” Zuhril berkata saat dia sudahpun berada di atas kuda hitam miliknya.

“Iya, pergilah.” Arania tersenyum lagi. Tanpa berlengah, Zuhril memacu kudanya dan sekelip mata, kelibatnya hilang.
Arania menarik nafas lega. Satu masalah selesai.

“Pandai sungguh kau memujuk.” Syakilla memecah sunyi. Arania tertawa.

“Jika dibiarkan lebih lama, pertengkaranmu dengannya tak akan habis. Lebih baik dia pergi saja. Bolehlah rencana kita diteruskan.” Arania menjawab.
Syakilla menggeleng dalam senyuman.”Berapa lama dia akan terpukau begitu?”

“Sekurang-kurangnya sehingga kita pulang ke istana.”

“Bagaimana kalau dia tersedar?”

“Akan kufikirkan tentang itu kemudian.”

Senyuman Syakilla kekal di bibir. Dia kemudiannya mara ke arah Ishan. “Mujur tiada apa-apa yang berlaku padamu.” Kepala Ishan diusap-usap penuh kasih-sayang.

“Xora.” Panggil Syakilla. Xora berjalan ke arah tuannya. Muka Xora dibelai seketika sebelum memanjat naik.

Syakilla membisikkan sesuatu pada Ishan. Kuda itu terangguk-angguk.

“Kau masih mahu mengikut kami?” Syakilla berpaling ke arah tempat Qusyairi berdiri. Tercengang melihat Qusyairi sudah tiada di situ.

“Ke mana dia?” Syakilla tertanya-tanya. Memandang pula ke arah Arania yang turut menunjukkan riak tanda tanya.

“Bukankah tadi, dia ada bersama kita?” Soal Arania pula. Syakilla mengangkat bahu. Pandangan ditebarkan ke sekeliling. Kelibat Megatron juga sudah hilang.

“Sudah dua kali dia muncul tiba-tiba, dan hilang tanpa jejak.” Syakilla berkata sendiri. Bagai ada satu perasaan yang sukar ditafsirkan apabila Qusyairi ghaib begitu saja.

“Qi. Qusyairi!” Arania memanggil.

“Qusyairi.”

Senyap. Tiada jawapan.

“Siapa sebenarnya Qusyairi itu ya?” Arania bertanya. Riak kecewa tergambar jelas di wajahnya apabila Qusyairi menghilangkan diri.

“Pemuda dari Keramat.” Syakilla menjawab. Gerak hatinya mengatakan, pemuda itu pasti akan muncul kembali namun tidak pula menyatakan fikirannya itu kepada Arania. Last edited by Nicki_Meow on 13-10-2014 12:56 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 12:11 PM | Show all posts
“Qusyairi.”

“Qusyairi.”

“MUHAMMAD QUSYAIRI! BANGUN. Terlepas solat subuh nanti!”

Terdengar ketukan dipintu. Begitu kuat sekali. Terus Qusyairi tersentak lalu matanya terbuka, terus bangkit dan duduk. Berpinar matanya akibat tindakan secara tiba-tiba itu.

“Qusyairi! Bangun. Dah nak habis subuh ni.”

Terdengar suara yang sama. Qusyairi terpinga-pinga. Matanya memandang ke sekeliling. Dia berada di atas katil. Dia berada di dalam biliknya sendiri. Dan suara itu pasti suara Puan Raziah. Bukan suara lunak milik Arania.

“Qi!”

Qusyairi bingkas bangun lalu menerpa ke pintu. Sebaik saja pintu biliknya terbuka, wajah Puan Raziah terpacul.

“Kenapa liat kamu nak bangun pagi ni? Abah kejut kamu nak ajak ke surau, pun kamu tak bangun-bangun.” Puan Raziah bersuara.

“Banyak kerja, mak. Tidur lambat malam tadi.” Qusyairi beralasan.

“Hhhmmm. Kerja memang tak pernah habis. Jangan kamu jadi hamba kerja, sudahlah.”

Qusyairi terangguk-angguk. Puan Raziah menggeleng lalu turun ke bawah, mahu ke dapur. Tak perlu nak membebel lama dengan anak bujang yang sudah besar panjang.

Qusyairi menutup pintu lalu bersandar seketika. Terkebil-kebil lagi.

“Eh…” Segera pula dia melihat diri sendiri. T-Shirt berlambangkan Superman dan seluar yang dipakai malam tadi tersarung dibadan. Bukanlah pakaian milik Dariz.

Keliru namun setiap perkara yang terjadi kepadanya di Amariya dapat diingat dengan jelas satu demi satu. Qusyairi memandang pula ke arah Megatron. Sedang enak-enak tidur di lantai.

Mimpi lagi ke budak ni? Qusyairi terfikir-fikir sendiri.

“Alamak. Dah dekat pukul 7.”

Qusyairi bergegas mencapai tuala. Tidak mahu terlepas solat subuh. Apa saja yang bermain diminda akan difikirkan kemudian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 12:13 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-10-2014 09:47 AM
wah!Qi dh berani sekarang...

Depan awek, kenalah cover macho. Walau hakikatnya, tak lah macho sangat pun....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 12:13 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 13-10-2014 11:04 AM
Zuhril.. anak pembesar yang berangan nak kawin ngan anak raja kah?

Something like that....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan Rafi tadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 04:59 PM | Show all posts
lawak plak cerita kali ni.. menarik habis

pls  Nicki_Meow, cpt skit buat sambungan nya,,,

x sbr nk bca next chapter.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 06:15 PM | Show all posts
mizuki20 posted on 14-10-2014 04:59 PM
lawak plak cerita kali ni.. menarik habis

pls  Nicki_Meow, cpt skit buat sambungan nya,, ...

tunggu jelah @mizuki20... @Nicki_Meow nak tengok market tu... sabor ya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 15-10-2014 06:15 PM
tunggu jelah @mizuki20... @Nicki_Meow nak tengok market tu... sabor ya...

Nicki tersangkut kat rumah ipo.. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pen_biru posted on 15-10-2014 07:45 PM
Nicki tersangkut kat rumah ipo.. Hehehe

inilah jawapan yg kita cari... 10 markah untuk anda @pen_biru... hebat... hebat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.140607 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list