CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 21-10-2014 11:28 AM | Show all posts
Esmiria posted on 20-10-2014 04:17 PM
camno lagu boleh kasi idea? hihi

Errr....

Akak pun tak tau camno nak jawab soklan ko ni....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2014 11:32 AM | Show all posts
BAB 15

Suasana dan pemandangan di Taman Di Raja ini tidak pernah menjemukan Arania. Hatinya menjadi lebih tenang tatkala di kelilingi pepohon yang rimbun dan pelbagai jenis bunga yang indah bak pelangi. Perlahan-lahan, dia senyap menyusur langkah, berjalan lebih jauh ke dalam taman. Sambil berjalan, Arania masih memikirkan perbualan dengan Raja Amsyar sebentar tadi.

Rasa bersalah berbaur rajuk masih ada dalam diri. Iya, diakui kesilapannya kerana keluar dari istana secara curi-curi. Tapi dia hanya mahukan sedikit kebebasan. Dia mahu merasai sendiri pengalaman mengembara. Dia mahu bersiar-siar tanpa ada yang mengawal. Bukanlah menidakkan darah yang mengalir dalam diri tetapi, ada masa-masanya dia mahu dilayan seperti rakyat jelata, bukan seperti Puteri Di Raja.

Arania melepaskan keluhan. Kata-kata Raja Amsyar masih segar di minda.

“Anakanda tidak boleh berkelakuan begitu, anakanda tahu itu bukan? Keluar secara curi-curi dari istana, apatah lagi melalui pintu rahsia. Itu merbahaya. Bagaimana jika sesuatu berlaku pada anakanda?” Suara Raja Amsyar tenang namun tegas.

“Maaf. Anakanda tahu, tidak sepatutnya anakanda berkelakuan begitu.” Perlahan saja suaranya. Langsung tidak berani memandang mata ayahandanya.

“Kenapa anakanda tidak mahu berjumpa ayahanda, mendapatkan kebenaran?”

“Kerana anakanda tahu, ayahanda pasti tidak akan memberi keizinan. Mana mungkin ayahanda membenarkan anakanda keluar tanpa pengawal?”
Kali ini, Raja Amsyar tersenyum sedikit namun itu belum dapat menghilangkan rasa galau dalam hati.

“Anakanda tidak bertanya, bagaimana pula anakanda pasti, ayahanda tidak akan memberi izin?” Soal Raja Amsyar. Dia berdiam diri. Tidak tahu bagaimana harus dijawab akan soalan itu.

“Anakanda hanya membuat sangkaan saja. Sedangkan, anakanda sendiri tidak pasti.” Sambung Raja Amsyar. Dia kekal berdiam diri.

“Arania, jika mahukan kepastian, apa yang perlu anakanda lakukan adalah bertanya. Tiada salahnya. Itu lebih baik daripada tersalah anggapan. Itu lebih baik dari bersikap bodoh sombong. Apatah lagi berburuk sangka.” Nada suara Raja Amsyar lebih lembut kala ini.

“Anakanda gusar akan dimarahi, jika membuat permintaan begini.” Balasnya.

“Kegusaran itu boleh dileraikan dengan kepastian. Kepastian itu datang apabila mendapat jawapan. Jawapan perlu dicari, anakanda. Bukan bersangka-sangka lalu membuat telahan yang bukan-bukan.”

“Anakanda minta maaf.” Sekali lagi, maaf dipohon.

“Ayahanda amat berharap, jangan diulangi lagi perbuatan ini.”

Dia mengangguk perlahan.

“Arania.” Syakilla menegur. Arania lantas berpaling dan tersenyum nipis. Semua fikiran yang bermain dalam mindanya terbang berserakan. Syakilla membalas senyumannya. Last edited by Nicki_Meow on 21-10-2014 03:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:39 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-10-2014 03:32 AM
Suasana dan pemandangan di Taman Di Raja ini tidak pernah menjemukan Arania. Hatinya menjadi lebih t ...

Arania ni ngado2. Phm2 lah awok  orang perempuan. Cik Es faham rasa tak bebas sebab Cik Es rasainya pada saat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:48 AM | Show all posts
haihhhh.. aku baca dah macam arania ni berchenta ngan syakilla pulok dah  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 11:49 AM | Show all posts
“Wajahmu muram saja. Kenapa?”

Senyum Arania masih kekal di bibir. Soalan Syakilla tidak dijawab. Dia hanya meneruskan langkah ke depan.

Syakilla juga berjalan senyap di sebelah Arania. Permintaan Arania untuk di temani ke taman ini dipenuhi dengan rela. Malah, apa saja permintaan Arania, seboleh-bolehnya akan dipenuhi selagi dayanya ada. Jarang sekali dia berkata tidak pada Arania.

Wajah Arania yang muram dan sikap Arania yang lebih banyak diam kala ini mengundang tanda-tanya. Teka Syakilla, pastinya ada kena-mengena dengan pertemuannya bersama Raja Amsyar sebentar tadi. Mungkin Arania dimarahi?

Pastinya tidak. Raja Amsyar tidak mungkin akan memarahi Arania kerana perkara sebegitu.

“Aku masih rasa bersalah.” Arania bersuara perlahan setelah terdiam lama.

“Bersalah? Kerana rencana kita yang keluar curi-curi dari istana?” Syakilla membalas dengan soalan.

“Bukan rencanamu, tapi rencanaku. Kau tahu bukan, berita tentang itu sudah sampai ke pengetahuan ayahanda. Aku telah menyusahkan kamu. Aku juga nyaris mengheret Teja ke dalam masalah ini. Kenapalah aku tidak boleh berfikir panjang?"

"Usahlah menyalahkan dirimu lagi, Arania. Perkara sudah terjadi. Anggap saja ianya pengajaran. Untuk kau...dan untuk aku juga." Syakilla cuba memujuk.

Arania tersenyum kelat. Matanya memandang ke arah Syakilla. "Kau rasa, siapa yang membawa berita itu kepada ayahnada? Kau tahu?"

Syakilla diam. Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak.

"Aku rasa, Zuhril yang membawa cerita.” Sambung Arania apabila Syakilla tidak menyahut.

“Kau pasti tentang itu?” Syakilla bersuara kali ini.

Nasihat Raja Amsyar bergema lagi dalam kepalanya. Segera Arania menggelengkan kepala. Tidak baik berburuk sangka, bukan? Apatah lagi tanpa kepastian.

“Aku akui, aku tak suka dengan pemuda bongkak seperti Zuhril itu. Tapi aku yakin, bukan Zuhril yang menjaja cerita. Dia terlalu angkuh untuk mengakui, telah terkena serapahmu.” Syakilla tertawa kecil.

“Atas sebab itu juga, ayahanda menegurku. Tidak sepatutnya aku memperlakukan Zuhril begitu.” Arania tersenyum kelat.

“Tidak perlu rasa bersalah pada Zuhril, Arania. Anggap saja, kau sedang berlatih, untuk menajamkan lagi ilmumu.” Ujar Syakilla membuatkan Arania pula tertawa.

“Syakilla…Syakilla. Benci benar kau pada Zuhril.”

“Hhhmm. Betul. Jika boleh, aku tidak mahu berdiri dengan dia di bawah satu langit.”

Arania tertawa lebih kuat kali ini. Syakilla tersenyum cuma. Lega apabila Arania tidak lagi bermuram seperti tadi.

“Zuhril itu ada hati denganmu, Arania. Aku yakin, kau sedar tentang itu.” Syakilla sengaja mengusik Arania.

“Iya? Maksudmu, bagaimana? Sama seperti Dariz yang tegar menyimpan cintanya padamu?” Arania membalas usikan. Syakilla tersenyum sumbing.

“Mengapa ya, kau tidak mahu membalas cinta Dariz?” Soal Arania pula. Walaupun tersenyum, suaranya tidak pula menandakan dia bergurau.

“Dariz…” Syakilla menggeleng. Apa yang perlu diulas tentang Dariz?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 12:58 PM | Show all posts
“Syakilla. Apa kurangnya Dariz di matamu?” Arania menduga.

“Tiada apa yang kurang pada Dariz.” Jawab Syakilla.

“Lalu, mengapa kau menolak cinta Dariz?” Arania mengulang soalan. “Aku tahu, Dariz benar-benar cinta padamu.”

“Cinta, adakalanya datang sekelip mata. Adakalanya mengambil masa. Namun, cinta tak boleh dipaksa. Bagaikan bintang-bintang bergemerlapan di langit namun cuma ada satu bintang saja yang menjadi igauan. Jika bertuah, dapatlah digapai. Jika tidak, pasti ada bintang yang jauh lebih bersinar buat si pemuja.”

Kata-kata Syakilla membuatkan kening Arania terangkat. Bibirnya menguntum senyum. “Pandai kau bermadah.”

“Aku hanya mengatakan yang benar.” Balas Syakilla. Arania kekal tersenyum.

“Lagipun, aku sering lebih suka meletakkan cintaku pada yang lebih berhak.”

“Yang lebih berhak?” Kening Arania berkerut.

“Cintaku pada tanah airku ini. Pada Amariya.”

“Apa maksudmu?”

“Kau tahu Arania, sejak kecil lagi aku terfikir, mahu menyertai barisan pertahanan Amariya. Aku mahu menjadi seperti bapaku, seorang wira yang terkorban demi Negara.” Syakilla memandang jauh ke hadapan.

“Syakilla…” Arania merenung wajah Syakilla, tak berkelip. Setiap kali Syakilla berbicara tentang bapanya, Arania juga turut terasa rawan.

“Pernah aku suarakan isi hatiku ini pada ayahanda. Tapi ayahanda menyatakan, menjadi srikandi bukan hanya dibarisan pertahanan.”

“Kenapa ayahanda berkata begitu?”

“Aku tak tahu. Bila aku bertanya lagi, ayahanda mengatakan suatu masa nanti, aku akan faham maksudnya.”

“Hhhmmm.” Arania turut memandang ke depan.

Secara tiba-tiba, riak wajah Syakilla bertukar. Badannya selajur menegak. Dia berpaling ke belakang, ke arah sebatang pohon yang rending. Matanya tajam memerhatikan pohon itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2014 01:35 PM | Show all posts
“Syakilla. Mengapa?” Arania turut menjadi waspada.

Syakilla diam. Renungannya semakin tajam seolah-olah telah menembusi balik pohon.

“Lebih baik kau keluar sekarang, wahai pemuda dari Keramat.” Seru Syakilla tak semena-mena. Suaranya dikuatkkan.

“Atau kau mahu aku memaksa kau keluar dari situ?”

Perlahan-lahan, Qusyairi keluar lalu dari balik pokok lalu berdiri tegak kaku.Kehadirannya sudah diketahui. Qusyairi tidak mampu berbuat apa-apa melainkan senyum sengih sendiri sambil membuat isyarat ‘peace’ dengan jari. Yang sebenarnya, dia tidak mahu menonjolkan diri depan dua gadis itu kerana pada saat ini, dia sedang melakukan sedikit eksperimentasi. Tapi, Syakilla itu pula terlebih handal. Mudah saja Syakilla menduga kehadirannya. Ilmu apa yang Syakilla pakai, tak tahulah.

Arania tertawa manakala Syakilla menggelengkan kepala. Qusyairi membatukan diri. Gerun sedikit pada Syakilla yang merenungnya tajam. Kenapalah minah ni suka tenung-tenung orang?

“Qi, ke marilah. Usah takut.” Arania berkata sambil menjeling Syakilla seketika sebelum kembali memandang Qusyairi. Qusyairi menurut. Langkahnya diatur mendekati dua gadis itu.

“Sudah berapa lama kau berada di sini?” Tatkala menghampiri, terus saja Syakilla menyembur Qusyairi dengan pertanyaan.

“Kau ni kan, suka sangat main sergah-sergah macam tu. Boleh tak, kau jangan garang sangat dengan aku?” Qusyairi membalas soalan Syakilla sambil tersengih kerang. Syakilla memutarkan biji mata. Namun, entah kenapa, dia sendiri mahu ketawa. Bibir bawahnya digigit agar tawanya tidak terlepas depan Qusyairi.

“Sudah berapa lama kamu berada di sini?” Arania mengulangi soalan Syakilla. Nada suaranya lebih lembut.

“Hhhmm. Tak tahu. Agak lama juga.” Balas Qusyairi.

“Kenapa kau suka muncul secara tiba-tiba begini?”

“Aku bukannya muncul secara tiba-tiba. Tapi aku dibawa ke sini.” Qusyairi menjawab.

“Di bawa oleh siapa?” Syakilla pula menyoal.

“Errr…aaaaa…hhhmmm.” Qusyairi teragak-agak. Entah macam mana nak menjawab soalan itu.

“Oleh siapa?” Syakilla meninggikan suara.

“Err…website.”

Syakilla dan Arania berpandangan. Qusyairi sengih lagi. Dia tahu, sudah pasti dua gadis itu tidak mengerti.

“Anyway ladies. I wish I could stay longer but I can’t.”  Qusyairi berkata lagi. Masanya sudah tiba. Dia perlu kembali kerana ketika ini, dia sedang melakukan sedikit eksperimentasi. Arania dan Syakilla tercengang-cengang. Hampir saja Qusyairi ketawa melihat reaksi mereka sebegitu.

“Aku tak faham. Apa maksudmu?” Segera Arania menyoal.

“Bila ada masa, aku akan kembali. Tapi, sekarang ini….” Qusyairi menoleh kiri dan kanan. Telinganya telah menangkap satu bunyi. Matanya mula berpinar.

“Aku kena pergi. Kita jumpa lagi.” Qusyairi berkata lantas segera beredar menuju ke pohon yang sama tadi.

“Qi. Nanti.” Arania cuba menahan namun tidak di endahkan.

“Qusyairi. Tunggu.”   

Qusyairi berlalu ke belakang pohon. Kelibatnya hilang begitu saja.

“Qusyairi.” Arania cuba menjejaki Qusyairi namun Syakilla menahan.

“Tak perlu di seru lagi. Dia sudah pergi.”

“Hmmm?” Arania memandang Syakilla penuh tanda-tanya.

“Dia sudah pergi.” Ulang Syakilla. Arania melepaskan keluhan.

“Kenapa dia suka datang dan hilang secara tiba-tiba?” Arania berkata. Suaranya bernada kecewa.

Syakilla pula mendiamkan diri. Otaknya deras berfikir. Ada sesuatu yang sungguh misteri sedang berlaku.

Apakah ramalan itu merujuk pada pemuda dari Keramat?


Jika benar, pemuda itu pasti akan muncul lagi.

***
Last edited by Nicki_Meow on 21-10-2014 02:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:42 PM | Show all posts
dah ko experiment apa lak ni Qi?
buat magic now you see now you dont ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2014 02:04 PM | Show all posts
Mata Qusyairi telah terbuka. Dia memandang ke sekeliling. Setelah yakin dia berada dalam biliknya sendiri, Qusyairi bingkas bangun. Telefon lama berjenama NOKIA 3310 yang terletak atas katilnya digapai. Bingit telefon itu berbunyi. Telefon itu telah diprogramkan ke mode alarm lebih awal. Segera alarm itu dimatikan. Bunyi bingit itu yang dia dengar ketika di Amariya tadi. Bunyi itu juga yang membangkitkan dia di alam nyata.

Setelah itu, Qusyairi berdiri lalu menuju ke meja tulisnya. Memerhatikan seketika skrin komputer riba yang sudah bertukar kelam. Tetikus digerakkan. Pautan ke Amariya sudah tiada. Gambar Megatron kembali menghiasi skrin.

“Kena tukar gambar ni. Asyik-asyik muka kau.”

Qusyairi mengambil pula kamera digital yang juga terletak atas meja. Kamera itu telah di posisikan secara strategik atas meja. Mode video juga telah diprogramkan lebih awal supaya dapat merakam segala yang berlaku dalam bilik ini. Qusyairi mahu merakam gerak-gerinya sendiri. Dia mahu tahu, apa yang berlaku saat dirinya berada di dunia Amariya.

Butang yang mematikan mode video ditekan. Kemudian, Qusyairi memainkan kembali video yang telah dirakam.

Apa yang dilihat dalam video, benar-benar menimbulkan tanda tanya. Dahi Qusyairi berkerut. Perlahan-lahan dia pergi ke arah katil lalu dia melabuh duduk.

Misteri yang muncul, semakin berselirat. Last edited by Nicki_Meow on 21-10-2014 03:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 03:09 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 21-10-2014 01:42 PM
dah ko experiment apa lak ni Qi?
buat magic now you see now you dont ka?

Lebih kuranglah...

teringat lak movie Now You See Me...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 03:11 PM | Show all posts
Esmiria posted on 21-10-2014 11:39 AM
Arania ni ngado2. Phm2 lah awok  orang perempuan. Cik Es faham rasa tak bebas sebab Cik Es rasainy ...

Remaja Dik. Gitulah. Nak cari identiti, nak cari makna hidup, nak cari pengalaman. Harap gunakanlah masa remaja itu sebaiknya. Chewwah. Apa motipp akak bebel kat kau pun akak tak tau....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:13 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-10-2014 07:11 AM
Remaja Dik. Gitulah. Nak cari identiti, nak cari makna hidup, nak cari pengalaman. Harap gunakanla ...

Me too..


Akok pun sama...updatela lgi..lambatla
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Waa...q wat xperimen apa nicki?
Dia da jumpa cara dtg n blk ea?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 10:46 AM | Show all posts
BAB 16

Motorsikal yang ditungganginya diperlahankan. Secara berhati-hati, Qusyairi memakirkan EX5 milik ayahnya itu di tempat parkir yang disediakan, tidak jauh dari restoran mamak yang hendak ditujui. Entah apa mimpi ayahnya hari ini, mahu ke surau dengan menunggang Kawasaki Ninjanya pula. Perasan mudalah tu. Jadi, terpaksalah dia perasan tua dengan menunggang EX5 itu. Tidak mengapalah. Ayahnya punya pasal, Qusyairi relakan saja.

Melangkah saja masuk ke dalam restoran, pantas mata Qusyairi melilau mencari seseorang. Janjinya pukul lapan malam. Qusyairi melihat jam, sudah melepasi lima minit dari yang sepatutnya. Akukah yang terlambat?

“Qi!”

Terdengar namanya dilaung. Pantas Qusyairi mengangkat muka, ke arah empunya suara.. Lega apabila melihat Amir sudah pun sampai terlebih dahulu. Segera pula Qusyairi mengatur langkah ke arah Amir.

“Assalamualaikum.” Ucap Qusyairi lalu menghulur tangan.

“Waalaikummusalam.” Balas Amir. Tangan Qusyairi disambut.

“Lama dah kau sampai?” Soal Qusyairi.

“Baru aje.” Amir tersenyum kala menjawab. Qusyairi duduk. Helmet dan beg galas diletakkan atas kerusi di sebelahnya. Amir pula melambai kepada salah seorang pekerja, mahu membuat pesanan.

“Teh tarik.” Pesan Amir kepada pekerja yang dia yakin, bukan warganegara Malaysia.

“Sama.” Amir turut memesan. “Kurang manis.”

“Makan?” Soal si pelayan. Amir dan Qusyairi menggeleng. Si pekerja restoran mengangguk dan terus berlalu.

Amir pandang Qusyairi, kening dijongket satu kali. “So, apa cer?”

“Citer apa ada? Biasa aje..” Balas Qusyairi, turut tersenyum. “Kau?”

“Aku pun macam biasa. Kerja…kerja…kerja. Kadang-kadang tu, terfikir gak nak resign. Buat bisnes sendiri. Mana tau….masyuk?”

“Ala, sekarang pun apa kurangnya? Masyuk gak apa?” Qusyairi tersengih. Amir, rakan satu universitinya dahulu. Berbeza kursus tapi sentiasa bersama susah dan senang sejak dari tahun pertama sehingga tamat pengajian. Dia di bidang teknologi maklumat manakala Amir memilih kejuruteraan.

“Syukur Alhamdulillah.” Balas Amir. Mereka menyambung sembang pelbagai topik. Walaupun setelah tamat pengajian, mereka membawa haluan masing-masing namun silaturrahim masih terjalin erat. Jika ada masa terluang, pastinya mereka melepak bersama. Sama ada bermain futsal ataupun berborak santai begini di kedai mamak.

“So…Qi. Apa benda yang kau nak tunjuk kat aku tu?” Soal Amir. Qusyairi senyap seketika. Kemudian, tangannya menyeluk poket jeans sebelah kiri lalu mengeluarkan telefon pintar miliknya. Jari dilalukan di skrin, mencari video yang telah dirakam malam kelmarin. Setelah jumpa, telefon itu dihulurkan pada Amir.

“Apa ni?” Amir kehairanan.

“Cuba kau tengok dulu. Lepas tu komen.” Suruh Qusyairi. Amir menurut. Telefon pintar bertukar tangan. Amir melihat skrin seketika sebelum butang ‘play’ ditekan. Tumpuan penuh diberikan. Kening berkerut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:15 AM | Show all posts
apo yang dorg nampak??? cepat la nicky oittt  
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:20 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 23-10-2014 11:15 AM
apo yang dorg nampak??? cepat la nicky oittt

Hahahaha. Leh bayang macam mana muka cmf_conan tengah merah.
Nicki_Meow, cepatlah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 11:49 AM | Show all posts
wah..Qi dah ajak Amir sekali la tu nanti masuk ke Amariya..

*Amir pandang skrin..dia klik pautan
tak semena-mena dia tercampak ke Amariya..terpinga-pinga..
"Aku kat mana ni? Mana Qi?? (sambil garu kepala)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 11:50 AM | Show all posts
“So?” Soal Qusyairi apabila Amir selesai menonton video itu.

“Kau nak suruh aku komen apa? Biasa aje aku tengok. Tak ada apa yang best. Iyalah, bukannya kau rakam video awek pun kan….”

Qusyairi mengangkat kening. Amir sengih.

“Cuma aku tak faham. Apa motif kau nak rakam video diri sendiri ni?” Sambung Amir.

“Kau ingat tak, aku pernah cerita pasal mimpi pelik aku…” Ujar Qusyairi. Amir mengangguk.

“Yang pasal kau termasuk dalam dunia Amora tu…”

“Amariya.” Pantas Qusyairi membetulkan. Amir sengih lagi.

“Video yang kau tengok tadi, aku rakam masa aku mimpikan Amariya.” Qusyairi menyambung kata.  Dahi Amir berkerut lagi kala ini, terdiam sambil memandang Qusyairi dengan riak ‘Biar betul?’

“Betul.” Qusyairi cuba menyakinkan sahabatnya. “Aku tak tipu kau. Sebelum aku masuk…” Dua jari telunjuk Qusyairi terangkat tatkala menyebut perkataan ‘masuk’. “Aku dah set kamera video awal-awal. Aku nak tengok apa sebenarnya jadi masa aku ada kat Amariya.”

“Tapi Qi, video ni biasa aje. Kau duduk depan lappy, lepas tu kau menguap. Lepas tu kau jalan-jalan kejap keliling bilik. Lepas tu kau naik katil, tidur. Lepas tu, kau terjaga sebab bunyi alarm. Kau bangun, off alarm, off video. That’s it. Apa yang kau nak tunjukkan sebenarnya?”

Qusyairi menghembus nafas kasar. Benar, video itu tidak menunjukkan apa-apa yang luar biasa. Langsung tidak membuktikan dia berada di tempat lain. Jasadnya masih di situ walaupun Qusyairi seratus-peratus yakin, kala video itu dirakam, dia berada di Amariya.

Entahlah. Apa yang hendak dibuktikan sebenarnya? Kewujudan Amariya? Mungkin lebih mudah dijelaskan seandainya jasadnya hilang dan muncul semula sebagai bukti yang dia benar-benar berada di Amariya.

Sekejap.
Jadi, ini menunjukkan hanya rohnya saja yang berada di Amariya manakala jasadnya tidak? Kepelikan apakah ini? Alam Amariya itu alam apa? Jin? Bunian? Planet Makhluk Asing? Mimpi semata?

“Qi…” Panggil Amir apabila melihat Qusyairi terdiam lama.

“Serius dowh. Masa ni, aku ada kat Amariya. Tapi…aduh!” Qusyairi garu kepala yang tak gatal. Amir memandang Qusyairi yang tampak kalut. Tak tahu sama ada mahu gelak atau bersimpati, atau turut sama menyiasat kejadian pelik yang menimpa Qusyairi?

“Cuba kau explain right from the start…” Suruh Amir. Qusyairi menarik nafas seketika.

“Okay. Kan aku dah cerita, aku mimpikan Amariya. Awek cun nama Arania, Syakilla. Megatron boleh bercakap…”

“Stop. Sila fast forward. Yang tu aku dah tau.” Amir memintas. Qusyairi memutarkan biji mata.

“Apa yang jadi pada aku selalunya macam ni. Link tu muncul kat skrin lappy. Ayat dia sama aje, dowh. Sila tekan pautan ini. Selalunya, lepas aku tekan link tu, keluarlah website. Cerita pasal Amariya, bla…bla…bla. . Then, sedar-sedar aje, aku dah tertidur dan aku mimpi. Selalunya aku terjaga sebab kena kejut.”

“Okay...” Amir memberi tumpuan.

“So, malam kelmarin aku decide nak rakam video. Aku nak tengok apa yang sebenarnya jadi pada aku. Bila aku dah set kamera dengan alarm segala, aku pun tunggu. Lama jugalah dia nak muncul.”

“Link tu muncul tiap-tiap hari ke macam mana?” Amir sempat mencelah.

“Tak. Ikut suka hati dialah nak muncul bila. Nasib aku baik, malam kelmarin link tu muncul. Tapi kali ni, aku tekan dan aku terus pejam mata. Aku rasa macam berpinar sekejap. Bila aku buka mata, aku dah ada kat Taman Diraja.” Terang Qusyairi, panjang lebar. Amir diam. Kening berkerut lagi.

“Then, masa aku nak balik…” Dua jari tejunjuk ternaik lagi ketika Qusyairi menyebut perkataan ‘balik’. “Pun aku rasa benda yang sama. Kepala rasa macam berpinar. Tapi, sebelum tu, aku terdengar bunyi alarm.”

“Bunyi alarm?” Amir meminta kepastian.

“Bunyi alarm.” Qusyairi mengiyakan.

“Bak sini telefon kau tu sekali lagi…” Pinta Amir. Qusyairi menurut. Telefon pintar bertukar tangan lagi. Amir menonton kembali video yang dirakam Qusyairi, Kali ini, dengan fokus dua kali ganda dari tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:54 AM | Show all posts
errkkk.. Qi berjalan dlm tido??
megatron tak masuk dlm itu video ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:55 AM | Show all posts
Ipo posted on 23-10-2014 11:49 AM
wah..Qi dah ajak Amir sekali la tu nanti masuk ke Amariya..

*Amir pandang skrin..dia klik pa ...

jommmm kita serang amariyaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.432665 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list