CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 8-9-2014 12:26 AM | Show all posts
tak lain tak bukan esti si rafi jeles.. nak tau apa bos die mau sama Qi khennnn...

kucing nama megatron??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2014 02:08 AM | Show all posts
Nasib baik qi ni elergik ngan bauan yang menusuk hidung,....sikit lagi nak tergoda dengan aksi manja abby. Rasanya si abby ni nak merisik rahsia on behalf rafi...rafi dah 'terbau' sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 08:29 AM | Show all posts
ada udang sebalik mee ni... si rafi & abby nak tegur Qi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 03:31 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 8-9-2014 12:26 AM
tak lain tak bukan esti si rafi jeles.. nak tau apa bos die mau sama Qi khennnn...

kucing nama me ...

Introducing..... Megatronnnnnnnn....






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 03:33 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 8-9-2014 08:29 AM
ada udang sebalik mee ni... si rafi & abby nak tegur Qi...

@sapp73

Mungkin. Maklumlah, Rafi kan tak boleh tengok orang lebih dari dia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 03:36 PM | Show all posts
BAB 4

Jam sudah menunjukkan lima minit selepas dua belas malam. Qusyairi masih tak berganjak dari menghadap komputer ribanya. Bagaikan mendapat semangat baru, Qusyairi benar-benar memberi sepenuh perhatian pada projek Tresna Bank. Dari pejabat membawa ke rumah, Qusyairi berterusan menyambung kerja. Mana yang perlu ditukar, dia tukar. Mana yang perlu ditambah, dia tambah. Mana yang tak perlu, dibuang terus. Bukan itu saja, dia perlu merujuk kepada beberapa buku dan juga internet. Ditemani Megatron, kucing gemuk berbulu lebat yang terbaring menelentang di  sebelah komputer ribanya, Qusyairi tekun sekali.

Di rumah teres dua tingkat yang terletak di Keramat ini, Qusyairi tinggal bersama kedua ibu bapanya serta adik bongsunya yang berumur 17 tahun. Abang dan kakaknya sudah berkahwin maka mereka tidak tinggal di sini lagi. Dia memang lebih suka tinggal dengan keluarga. Tidak perlu risau akan makan dan minum. Lagipun, elok juga dia masih tinggal dengan keluarga. Sekurang-kurangnya, ada yang menjaga orang tuanya. Dan lagi, dia tidak perlu susah-payah membayar duit sewa.

“Sibuk betul kamu sejak dua menjak ni..” Puan Raziah, ibu Qusyairi yang baru keluar dari ruang dapur menegur. Qusyairi menoleh lalu senyum dan mengangguk tanda ‘Iya’.

“Bawak-bawak tidurlah Qi. Dah malam ni…” Puan Raziah meyambung kata sambil meletakkan mug berisi kopi di atas meja makan. Suruh tidur tapi tetap tersedia kopi kerana Puan Raziah tahu, hingga berbuih sekalipun mulutnya bercakap, belum tentu Qusyairi akan menurut.

Senyum Qusyairi makin lebar. Untung masih tinggal dengan emak, ada juga yang tolong buat air. Nak harapkan bini yang tolong buat air, entah bila agaknya….

“Terima kasih, mak.” Ucap Qusyairi sambil meletup-letupkan jari menghilangkan lenguh. Kemudian, dia menanggalkan cermin matanya lalu menyapu muka.

“Kesian pulak mak tengok kamu ni. Kerja siang malam tak habis-habis.”

“Kerja mana pernah habis mak…” Balas Qusyairi. Puan Raziah geleng kepala.

“Kalau kamu terus macam ni, memang mak tak dapatlah menantu baru…”

“Isk…mak ni. Tak payahlah bukak topik menantu.” Pantas Qusyairi menjawab. Puan Raziah tergelak. Tiada niat apa-apa, saja mahu menyakat. Dulu, pernah juga beberapa kali dia bertanya jika Qusyairi ada berkenan dengan mana-mana gadis. Ialah, umur pun bukan makin muda, takkanlah tidak teringin hidup berkeluarga? Namun jawapan Qusyairi ialah ‘Tiada’ dan jawapan itu masih kekal sehingga ke hari ini.

Berpegang pada konsep ‘Jodoh itu ketentuan Tuhan’, Puan Raziah tidak pernah mendesak Qusyairi untuk segera mendirikan rumahtangga walau sesekali terdetik dihati mahu mendapat menantu baru. Tapi, biarlah. Qusyairi sudah besar panjang untuk menentukan haluan hidupnya sendiri. Tak perlu dipaksa-paksa.

“Kamu tahu, anak Cik Non tu baru habis belajar….” Puan Raziah menyakat lagi.

“Mak. Cukuplah tu…” Qusyairi memutarkan biji mata. Puan Raziah ketawa.

“Mak masuk tidur dululah.” Puan Raziah meminta diri dan berlalu. Qusyairi mengangguk dan kembali menumpukan perhatian pada kerjanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-9-2014 03:39 PM | Show all posts
Letih!

Sekali lagi Qusyairi meletup-letupkan jari dan membuat sedikit regangan. Badan disandarkan pada kerusi. Berjam-jam menghadap benda yang sama, naik jelak juga. Mug yang berisi kopi buatan Puan Raziah dicapai. Isinya dihirup beberapa teguk. Terasa segar sedikit.

Bosan dengan kerja, Qusyairi memutuskan untuk merehatkan mindanya sebentar. Tak mengapalah, masih ada 48 hari lagi untuk menyiapkan kerja. Bak kata pepatah orang putih - All work and no play makes Jack a dull boy. Walaupun namanya bukan Jack, tapi dia pun sudah terasa Dull saat ini. Sistem yang baru suku direka akhirnya di Save dan ditutup. Akan disambung lagi sebentar nanti.

Qusyairi kemudiannya membuka laman Mukabukunya. Sudah seminggu tidak dibuka. Bermacam-mcam notifikasi yang diterima. Hari Lahir orang-orang itu, ‘jemputan’ untuk bermain permainan talian oleh orang-orang ini dan beberapa lagi. Selalunya dibiarkan saja.

Qusyairi menekan butang ‘Like’ pada gambar-gambar rakan-rakannya yang telah dimuatnaik. Ada yang lucu, ada yang kelakar, ada juga yang menjengkelkan tapi entah mengapa, butang ‘Like’ itu ditekan juga. Begitulah caranya dia menghubungkan silaturrahim pada rakan-rakan jauh, hanya menekan butang ‘Like’ menandakan dia masih wujud. Qusyairi sendiri tidak pernah mengemaskini status atau gambar di laman mukabukunya. Gambar profilenya juga masih gambar Megatron sejak dua tahun lepas.

Pada Qusyairi, tiada keperluan untuk dia meletakkan apa-apa status. Iya, hidupnya memang bergelumang dengan segala jenis gadget dan komputer. Sebut saja apa jenis, hampir kesemuanya dia tahu. Tetapi, dia tidak fanatik dengan laman sosial. Tujuan dia membuka akaun Facebook itu pun adalah untuk menyambung silaturrahim dengan rakan-rakan. Dia tidak gila untuk memuat-naik gambar makanan setiap kali mahu makan. Dia tidak gila untuk memberitahu keberadaanya setiap kali. Dia tidak gila untuk mempamerkan kebahagian dengan cara memuat-naik gambar bersama keluarga, teman atau kekasih hati.

Memang dia sengaja tidak mahu 'Up To Date' dengan gaya bersosial masa kini.

Ataupun, dia sebenarnya seorang yang kesunyian sehingga tiada apa-apa yang menarik untuk diwar-warkan?

Untuk mengatakan dia tidak bersosial langsung pun, tidak juga. Jika tidak bekerja, ada masa-masanya dia akan bermain futsal dengan rakan-rakan. Sesekali, ada juga dia melepak di kedai mamak bersembang dengan kawan-kawan. Dan…itu sajalah.

Ego Qusyairi menghalang dari mencari jawapan. Mana mungkin mahu mengaku yang dia sedang memasuki fasa Forever Alone.

Qusyairi menghembuskan nafas perlahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 03:41 PM | Show all posts
Kadang kala, timbul juga perasaan mahu bercinta. Naluri manusia, begitulah. Sebagai lelaki normal, sudah pasti dia tertarik dengan dengan kaum Hawa. Cuma hendak memulakan langkah pertama itu, Qusyairi ada sedikit segan. Bak kata Mat Noh, nak cakap dengan awek pun gagap, macam mana mahu ada awek?

Yang sebenarnya, bukanlah dia langsung tidak pernah jatuh hati pada mana-mana gadis. Pernah. Dan sehingga kini, gadis yang sama juga masih berada dalam hati.

Jarinya menekan tetikus lalu di klik pada nama Amira Nordin.

Gambar gadis itu terpapar di skrin. Senyuman Amira telah lama membuat hatinya terpikat. Amira atau lebih mesra dipanggil Mira telah lama dikenali semenjak belajar di Universiti yang sama. Sesekali berbalas mesej bertanya khabar. Untuk berjumpa jarang sekali kerana Amira kini berada di Selatan.  Sehingga hari ini, mereka masih kekal bersahabat.

Sehingga hari ini, Amira tidak pernah tahu yang dia ada menaruh hati.

Amira periang orangnya. Suka bercakap tetapi bukanlah suka membebel. Comel dengan lesung pipit dipipi. Apa saja tentang Amira, mampu membuatkan hatinya mencair. Pernah juga dia cuba untuk meluahkan rasa tetapi, Qusyairi tidak berapa yakin. Tidak pernah yakin bahawa Amira sudi untuk menerimanya lebih dari sahabat.

Tidak tahu sampai bila dia harus menyimpan rasa. Mungkin sampai bila-bila kerana Amira sepertinya sudah ada kekasih hati.

Satu keluhan dilepaskan. Walaupun tidak pernah bercinta, terasa kehilangan apabila Amira sudah berpunya.

Laman Mukabuku dikatup. Gambar Amira hilang dari pandangan. Malas mahu melayan emosi. Kalau dilayan, boleh menangis dibuatnya.

Kopi dihirup lagi. Laman sesawang blog kegemarannya dibuka. Sambil-sambil membaca, tangannya mengusap perut Megatron yang masih lagi terlentang sebelah komputer riba. Mata Megatron terpejam rapat walaupun ekornya bergerak-gerak.

Untuk kesekian kali, Qusyairi menggeliat. Mahu menyambung kerjanya tetapi terasa agak malas. Cermin mata ditanggalkan lalu diletakkan atas meja.

Qusyairi menggosok matanya seketika.

Saat matanya terbuka semula, Qusyairi kehairanan melihat skrin komputernya tiba-tiba bertukar warna. Hitam semuanya. Yang ada hanya tulisan.

Sila tekan pautan ini

Cermin mata dipakai semula. Last edited by Nicki_Meow on 17-9-2014 09:13 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2014 03:46 PM | Show all posts
“Website apa ni?” Kening Qusyairi berkerut. Teragak-agak mahu menekan tetikus. Akhirnya, Qusyairi memutuskan untuk menutup saja lama itu. Butang X dihujung sudut atas kanan ditekan. Gambar Megatron kembali terpapar di skrin.

Tidak sampai lima saat, skrin computer kembali hitam.

Sila tekan pautan ini

Keluar tulisan yang sama. Qusyairi terkebil-kebil. Dua saat kemudian, butang X ditekan.

Sila tekan pautan ini

Warna hitam bertulisan merah itu muncul lagi.

“Apahal lak ni…” Qusyairi mula mahu merungut. Otaknya tiada memikirkan perkara lain melainkan VIRUS.

“Tension ah…” Butang X ditekan.

Sila tekan pautan ini

Tidak berputus asa, butang X ditekan.

Sila tekan pautan ini

“Ah sudah…”

Berkali-kali butang X ditekan, berkali-kali juga paparan hitam itu muncul kembali.

Sila tekan pautan ini

Sila tekan pautan ini

Sila tekan pautan ini

Tolonglah tekan pautan ni....


“Okay…okay. Aku tekan!” Qusyairi terasa agak sewel kerana melayan tulisan itu yang langsung tidak mahu berputus asa untuk muncul berkali-kali tanpa diundang. Bertambah sewel lagi, kerana dia merasakan tulisan itu gigih memujuk.

Pautan itu ditekan. Skrinnya berubah pula menjadi imej putaran taufan.

Qusyairi menunggu sekiranya ada apa-apa yang pelik berlaku.

“Tak ada apa-apa pun…”

Qusyairi mengalih pandang pada Megatron yang berubah posisi sebelum turun dari meja makan. Mata kembali ke skrin.

Hikayat Amariya

Qusyairi terpaku pada ayat terbaru yang muncul di skrin komputernya. Last edited by Nicki_Meow on 17-9-2014 09:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 04:26 PM | Show all posts
Kalo die tak click jugak link tu apo jadi agaknya?
lagi panjang ka ayat rayuan yg kuar?
kalo kata die tutup lappy die.. adakah lappy die akan bukak balik sendiri
dan terpampang ayat rayuan tu lagii?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 04:32 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 8-9-2014 04:26 PM
Kalo die tak click jugak link tu apo jadi agaknya?
lagi panjang ka ayat rayuan yg kuar?
kalo kata  ...

Kalo Qi tak click link tu, maka cerita ni pun tak wujud......

Kalau Lappy terbukak sendiri tu dah masuk kategori misteri. @Ipo je yg mampu buat cerita misteri belit-belit heksagon tak sekata.

Kan Ipo kan?




Sori Ipo. Gurau jerss....




Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 05:10 PM | Show all posts
hmmm... makin menarik cite ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 09:11 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 8-9-2014 04:32 PM
Kalo Qi tak click link tu, maka cerita ni pun tak wujud......

Kalau Lappy terbukak sendiri tu ...

ala..Nicki boleh belit macam DNA apa citer Qi ni..cuba selit megatron tu banyak sikit wataknya walaupun  hanya Meow saja
Rafi dan Abby tu akan belitkan Qi punya watak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 03:18 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 7-9-2014 11:31 PM
“Tak adalah. Tadi I lalu. Lepas tu, I nampak you macam termenung aje. You ada masalah ke?” Rabiatu ...

cewah...mentang2 bidg IT...tucen ala2 robotikcat dah munyiknya...



MEGATRON...MEOWW...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 03:20 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 8-9-2014 03:31 PM
Introducing..... Megatronnnnnnnn....

x cukup megatron ler niki....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 03:32 PM | Show all posts
maka 'click this link' akan membawa anda ke alam maya tanpa sempadan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2014 03:39 PM | Show all posts
Ipo posted on 8-9-2014 09:11 PM
ala..Nicki boleh belit macam DNA apa citer Qi ni..cuba selit megatron tu banyak sikit wataknya wal ...

Yelah. Mungkin Megatron boleh bertukar jadi Bumblemeow ke gitu kan....

Tetiba rasa pening nak sambung. Tulah, gatal lagi nak cuba genre baru. Sendiri sakit kepala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 03:42 PM | Show all posts
sellie003 posted on 9-9-2014 03:18 PM
cewah...mentang2 bidg IT...tucen ala2 robotikcat dah munyiknya...

Ololololo.....

Iye...haruslah nama kucen ikut bidang tuan. Nak letak Optimus Prime macam panjang bebenor le pulak...





Last edited by Nicki_Meow on 9-9-2014 03:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 03:46 PM | Show all posts
Ipo posted on 8-9-2014 09:11 PM
ala..Nicki boleh belit macam DNA apa citer Qi ni..cuba selit megatron tu banyak sikit wataknya wal ...

betul2.. bayangkan hasil kerja Qi ilang dr lappy die..
sangkanya raf punye kije.. rupanya2 megatron sedap punye landing kat lappy Qi
tak sedor dah terdelete kerja tuan die..

nahhhh aku punye belit
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 03:46 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 9-9-2014 03:39 PM
Yelah. Mungkin Megatron boleh bertukar jadi Bumblemeow ke gitu kan....

Tetiba rasa pening na ...

ada jugaknovel yg bertukar jadi cerkot ni kang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.099008 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list