CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 14-11-2014 04:14 PM | Show all posts
wah... suspen.. suspen..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 10:33 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-11-2014 04:06 PM
Qusyairi melewati jalan menuju ke Taman Diraja yang terletak bersebelahan dengan dewan. Terasa malas ...

tron dah jumpa soulmate..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 12:45 AM | Show all posts
Syakilla termenung jauh. Sengaja dia ke sini berseorangan, meninggalkan sementara majlis santapan di dewan kecil. Bukan sengaja mahu memencilkan diri, tapi dia sememangnya kurang gemar berada dikelilingi oleh ramai orang. Tidak tenang rasanya. Lalu dia ke sini, mencuri waktu untuk diri sendiri. Lagipun, tiada keperluan untuk dia mendampingi Sang Puteri pada ketika ini.

Terang cahaya bulan menyinari sekitar kawasan Taman Diraja. Sekuntum bunga Moneira putih susu gugur lalu mengocak air kolam. Perhatiannya di curi seketika lalu Syakilla menumpahkan pandangan ke kuntuman Moneira yang kini menyusur perlahan dalam kolam.

Dan di situ, pandangan mata bersatu. Di biasan dalam air itu, anak mata mereka seolah-olah terkunci. Untuk beberapa lama, mereka berjeda. Hanya merenung wajah satu sama lain melalui bayang di kolam.

Sekuntum lagi Moneira gugur di air lantas bayangan mereka berkocak. Syakilla mengangkat wajah. Kini mereka bertentangan mata. Perlahan-lahan, Qusyairi meleretkan senyum nipis di bibir. Kemudian, dia menghampiri Syakilla. Moneira yang hanyut di dalam kolam itu dicapai dengan tangan lalu dia hulurkan Moneira itu pada Syakilla.

“Boleh aku duduk?”

Syakilla senyum. Moneira yang dihulurkan Qusyairi itu di ambil. Qusyairi melabuh duduk di sebelah Syakilla, di pinggir kolam itu.

“Apa nama bunga ini?” Soal Qusyairi.

“Moneira.”

“Oh.” Qusyairi terangguk-angguk. “Cantik..”

Syakilla tersenyum lagi.

“Mengapa bersendirian di sini?”

Syakilla mengangkat bahu. Pertanyaan dari Qusyairi dibiarkan saja tanpa jawapan. Seketika, dia memandang lagi wajah Qusyairi, kali ini mahu membaca riak.

“Mengapa kau ke sini?” Syakilla pula menyoal.

“Entah. Aku sekadar mengikut langkah kaki.”

“Aku yakin, Arania tidak sedar yang kau telah menghilangkan diri.”

Qusyairi senyum tawar dan kemudian, dia mengangguk. “Aku tidak mahu mengganggu perhatian Arania. Dia perlu melayan kebanyakkan tetamu yang hadir. Aku ini bukan siapa-siapa. Tiada kepentingan untuk aku berlama-lama di sana.”

“Katakan saja, Qi. Kau sebenarnya tidak selesa berada di situ, bukan? Kau rimas dengan setiap pandangan orang terhadapmu.”

“Iya…benar.” Akui Qusyairi. “ Aku tahu aku orang asing tetapi tidak perlulah memandang aku seperti aku ini terlalu pelik. Mereka melihat seperti aku ini gila atau…entah, haiwan pra-sejarah mungkin…”

“Apa itu?” Terlepas tawa kecil dari mulut Syakilla.

“Aaa…hhhmm. Dinasour.”

“Apa?” Tawa Syakilla lebih kuat kali ini. Tangan kanannya menutup mulut.

“Tak ada apa-apalah.” Qusyairi senyum. Memerhatikan tingkah gadis itu. Terpersona dengan senyum dan tawanya yang selama ini, tersembunyi di sebalik sikap angkuh dan garang. Last edited by Nicki_Meow on 15-11-2014 12:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 12:52 AM | Show all posts
amboihh... kucingnya menggedikk.. tuan kucing pon menggedik jugakkk..
jengan tak ingat nak balik sudah laa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 01:30 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 15-11-2014 12:52 AM
amboihh... kucingnya menggedikk.. tuan kucing pon menggedik jugakkk..
jengan tak ingat nak balik su ...

Biasalah...gedik-gedik santai malam minggu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 01:34 AM | Show all posts
Mereka berjeda lagi. Tangan Syakilla bermain-main dengan gigi air di tepian kolam. Ada getar yang cuba disembunyikan dalam hati lalu dia hanya tunduk memandang bayang sendiri. Untuk memandang ke arah pemuda itu, dia tidak mampu.

Tidak boleh begini! Syakilla memejamkan mata seketika. Getar itu kini cuba dibuang jauh-jauh. Rasa itu perlu dibiarkan pergi. Lalu, dia menghembuskan nafas kasar, berharap ianya akan pergi bersama angin yang lalu. Tapi, dia sendiri tahu tidak semudah itu. Tak akan semudah itu.

“Syakilla.” Qusyairi memecah sunyi. Sedari tadi, dia merenung asyik ke wajah itu. Jika boleh, dia mahu terus berada di sini namun, saat untuk dia pulang sudah tiba. Sayup-sayup, terdengar bunyi dengungan di telinga. Syakilla mengangkat wajahnya. Mata mereka bertautan lagi.

“Iya?”

“Boleh aku bertanya?”

“Silakan.”

“Bolehkah aku datang ke Amariya lagi?”

“Kenapa bertanya begitu?”

“Manalah tahu.”

“Aku pasti, Arania akan menerima kehadiranmu dengan senang hati.”

“Oh.” Qusyairi terangguk-angguk sebelum soalan ditanya lagi. “Bagaimana denganmu?”

“Aku?”

“Adakah kau juga akan menerima kehadiranku dengan senang hati?”

Syakilla terdiam. Merenung sebentar ke wajah Qusyairi sebelum melarikan pandangan lagi. “Untuk apa kau bertanyakan aku soalan itu?”

“Sekadar bertanya…”

Syakilla menarik nafas seketika. Sudi, sudah pasti dia sudi namun untuk menjawab tanya itu, dia tidak tahu bagaimana. “Aku…” Ayatnya termati di situ. Qusyairi senyum. Riak Syakilla sukar ditafsir. Gadis itu bagai menyembunyikan sesuatu.

“Aku perlu pergi…” Qusyairi berkata.

“Sekarang?” Syakilla seperti tersentak.

“Iya..sekarang.” Qusyairi terasa dengungan di telinga semakin kuat. Matanya juga mula berpinar. Dia mula mengurut tengkuk dengan perlahan.

“Sampaikan salamku pada Arania. Juga pada Raja Amsyar dan Ratu Malaeka.Katakan pada mereka, aku ucap berbanyak terima kasih kerana sudi menerimaku sebagai tetamu. Mohonkan kemaafanku pada mereka kerana pulang dengan begitu saja.”

Syakilla tidak bersuara hanya menganggukkan kepala.

“Qi…kau mahu pulang ke duniamu, bukan?” Tanya Syakilla setelah terdiam beberapa saat.

“Iya, pulang ke duniaku.”

“Jika kau kembali lagi ke sini, bolehkah kau ceritakan padaku, perihal duniamu?”

Qusyairi tersenyum. Syakilla berkias, dia faham itu. Soalannya tadi telah dijawab.

“Okay.” Balas Qusyairi.

“Okay.” Syakilla tertawa sedikit.

“Baiklah. Aku pulang dulu.” Qusyairi bangun dari duduknya.

“Jumpa lagi, Syakilla.”

“Jumpa lagi, Qusyairi.”

Qusyairi tersenyum lagi. Perlahan-lahan, dia berundur. Syakilla berpaling ke hadapan. Entah mengapa, dia tidak sanggup melihat pemuda itu hilang depan mata.  

“Bagai bidadari…” Suara itu berbisik namun kedengaran jelas di telinga. Terpinga-pinga, Syakilla menoleh namun tiada sesiapa pun yang ada di situ.

Dia sudah pergi. Kuntuman Moneira putih susu ditangan dibawa ke hidung. Harumannya dihidu. Bibir menguntum senyum.

Hati, mula berbelah bahagi.

Arania…

Senyuman dibibir pudar perlahan-lahan. Satu keluhan dilepaskan.

***
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2014 11:48 AM | Show all posts
Omarin, Pinggir Amariya

Judasi duduk berdiam di atas tangga. Itupun setelah puas dia mundar-mandir dari tadi. Sejak akhir-akhir ini, hidupnya tidak tenteram. Fikirannya sering kalut dan dia bagai dihantui bayang-bayang hitam. Tidak tentu arah sehingga adakalanya mahu menarik nafas pun terasa sesak. Semuanya kerana ramalan itu.

Ramalan tentang anak Raja Zulkhan.

Judasi bangun dari duduknya. Kali ini, dia turun dari tanggan dan lantas menuju ke ruang tamu rumah agam nan kosong itu. Walaupun matanya buta, segala susur dan susun atur dalam rumah ini sudah dia hafal. Baik jumlah anak tangga mahupun jumlah pintu bilik, semuanya dia tahu. Hanya matanya saja yang buta, mata hatinya masih terang lagi.

Dia sampai di ruang tamu. Dan di situ, dia berteleku lagi.

Anak Raja Zulkhan itu…

Judasi melepaskan nafas berat. Satu penyesalan hadir tak sudah. Dia tidak sepatutnya membuat ramalan itu. Dia tidak sepatutnya mengikut saja kata-kata Zaffar. Dan kini, hidupnya yang kelam makin tak tenteram.

“Bodoh sungguh aku ini.” Satu rengusan keluar dari mulutnya.

“Memang! Kau benar bodoh. Kau hanya mengikut saja telunjuk Zaffar sedangkan kau tahu, Zaffar itulah kepala pengkhianat paling besar. Pembelit.” Satu suara bergema kuat. Hampir pecah gegendang telinganya.

“Jangan kau tuduh sembarangan. Aku hanya lakukannya demi Zulkhan.” Judasi juga menjerit.

“Kau sendiri sudah tahu ceritanya, bukan? Sebijak-bijak Zulkhan, dia jatuh ke dalam perangkap Zaffar. Adakah kau mahu menurut jejak langkah yang sama? Lagipun, Zulkhan sudah lama mati. Apa perlunya kau berkorban diri lagi?”

“Tapi, anaknya masih hidup.”

“Lalu, apa yang kau mahu lakukan?”

Terdiam.

“Apa yang kau mahu lakukan?!”

“Aku tidak tahu. Aku…aku…” Judasi menekup wajahnya dengan tangan. “Ramalan itu. Aku tidak sepatutnya membuat ramalan itu.” Suaranya pilu. Badannya bergoyang-goyang ke depan dan kebelakang.

Anak Raja Zulkhan masih hidup dan anak Raja Zulkhan itu dalam bahaya. Sekiranya diri sebenar anak Raja Zulkhan itu diketahui, maka akibatnya…

“Dan kau juga dalam bahaya, Judasi.Nyawa kau akan tamat tak lama lagi.” Suara itu bergema lagi. Suara itu bukanlah suara penghuni lain dalam rumah agam ini. Suara itu keluar dari mulut Judasi. Terlalu lama hidup bersendirian, Judasi kerapkali bercakap dengan diri sendiri.   

Dan ramalan itu…

Ketika bayangan anak Raja Zulkhan menjelma, bayangan Judasi turut bertindih. Judasi telah meramalkan kematiannya sendiri. Matinya nanti di tangan pengkhianat.  

“Iya Judasi. Kau akan mati. Tidak lama lagi…”

“Tapi, sebelum aku mati, aku perlu memberi amaran kepada anak Raja Zulkhan itu.”

“Bagaimana kau mahu melakukannya?”

Buntu. Namun dia perlu mencari jalan.

Demi Zulkhan…


Tiada lagi suara-suara yang bergema. Judasi kembali berteleku. Badannya bergoyang-goyang. Last edited by Nicki_Meow on 15-11-2014 11:50 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 11:52 AM | Show all posts
Ipo posted on 14-11-2014 10:33 PM
tron dah jumpa soulmate..

Tu yang gatei semacam.

*nama sebenar awek Tron = prettyugglybabe. Nama samaran, Pretty.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2014 12:10 PM | Show all posts
tanggan tu apa nicki?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 12:11 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 15-11-2014 11:52 AM
Tu yang gatei semacam.

*nama sebenar awek Tron = prettyugglybabe. Nama samaran, Pretty. :lol ...

Tron tak sedor diri.. nak awek besor anak rimo
eh lupo.. Tron pon kecik cikit dr anak rimo
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-11-2014 05:49 AM
Tak faham. Ko copy masuk dalam software? Bab mana yg 10 pages?

Macam akak bagitau tadi, akak ta ...

wa faham lu hakak!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-11-2014 03:09 AM
BAB 22

Sepanjang majlis itu, Qusyairi lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap. Pesanan Syakill ...

Qi ni tubuh sasa? Hensem ke wei?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan posted on 14-11-2014 04:19 AM
kalo kita kata setiap hapdet dpt berpoloh2 tacang.. mesti sume gigih hapdet hari2 kan...

buatlah macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-11-2014 08:06 AM
Qusyairi melewati jalan menuju ke Taman Diraja yang terletak bersebelahan dengan dewan. Terasa malas ...


bila iolls nk masok cter ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 06:01 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-11-2014 05:34 PM
Mereka berjeda lagi. Tangan Syakilla bermain-main dengan gigi air di tepian kolam. Ada getar yang cu ...

perghh cayalah hakak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 15-11-2014 03:48 AM
Omarin, Pinggir Amariya

Judasi duduk berdiam di atas tangga. Itupun setelah puas dia mundar-mand ...

Judasi mengingatkan Cik Es pada Perempuan Kosong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2014 06:41 PM | Show all posts
Kenapa nyawa anak raja Zulkhan dalam bahaya? adakah Zaffar mahu membunuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 07:32 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 15-11-2014 06:41 PM
Kenapa nyawa anak raja Zulkhan dalam bahaya? adakah Zaffar mahu membunuhnya

err... errr... kalo tak salah pemahaman aku.. awal2 perang antara 2 pihak..
tapi sekarang ada pihak ketiga yg nak cari pasal? mcm tu ke?
pehtu dtg pemuda dari langit yang jadi penyelamat semua.. gitu ke @Nicki_Meow ?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2014 12:29 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 15-11-2014 07:32 PM
err... errr... kalo tak salah pemahaman aku.. awal2 perang antara 2 pihak..
tapi sekarang ada pi ...

@NaylaArisha

Gini...

Awal-awal tu, perang antara dua pihak, hasil hasutan pihak ketiga. (ingat nak reveal towards the end nanti tapi sebab Conan dah tanya...)

Perang kedua, pihak ketiga (org yg sama) cuba menangguk di air keruh. Anak Raja Zulkhan akan dipergunakan.

Nantilah aku cerita kat bab seterusnya. Bila nak sambung pun taktau. Idea ada tapi otak jam nak mengarang...

Pemuda dari langit tu errr... masih memikirkan haruskah Qusyairi orangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 12:36 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-11-2014 12:29 AM
@NaylaArisha

Gini...

pemuda dari langit tu dah disumpah jadi kucing
nanti tiba2 tron BERtUKARRRRRR jadi hero amariya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.120587 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list