CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 18-12-2014 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak timbulkan persoalan kat sini.. bos Qi ngan rafi tak rasa pelik ke ngan perubahan Qi? Kot la dia ada buat gila kat pejabat.. btw dah buat pembentangan projek bank tu ke belom? Tak sabar nk tgk Qi yg 'baru' ni buat pembentangan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2014 09:09 AM | Show all posts
Latisan Taman Di Raja itu ditelusuri dengan langkah perlahan. Sinar matahari juga semakin lama semakin redup. Senja bakal menjelma tidak lama lagi dan seterusnya, bulan akan menggantikan tugas matahari di waktu malam.

Syakilla gundah. Pertemuan dengan Raja Amsyar tadi membuatkannya berfikir banyak. Tidak, Raja Amsyar tidak murka. Cuma, permintaan Raja Amsyar itu yang membuatkan dia berada dalam persimpangan.

Ada cinta yang mula bersemi...

Ada hati yang perlu dijaga...

Ada titah yang perlu diturut...

Kakinya terhenti di kolam yang terletak di tengah-tengah taman. Seketika, terimbas kembali kenangan bersama seseorang. Walaupun sekejap, ianya kekal terpahat dalam ingatan. Sungguh, dia tidak pernah berasa begini. Hati, yang selama ini dijaga, ditutup rapat dan dikunci rapi, seolah-olah telah direntap dan dibuka. Peliknya, dia terasa rela membiarkan si pencuri itu membawa hatinya lari.

Bunga-bunga Moneira yang gugur di sekeliling kolam mengundang senyum dibibir. Tapi, tidak lama. Senyuman berganti keluhan berat. Imbasan kenangan terbang berserakan. Syakilla melabuh duduk di pinggir kolam. Termenung. Bayu petang yang berpuput lembut membuatkan rambut ikal mayangnya terbuai-buai.

Apa yang perlu aku lakukan?

Bunga baru berputik. Lebih elok dibiarkan mati sebelum berkembang. Namun, tegarkah dia melakukannya?

Hati...jika sudah remuk, entahkan mampu pulih semula.  

Tapi, titah Raja itu perintah. Perintah itu bukan saja-saja dibuat. Ianya bersebab. Jika tidak dituruti...

“Adakah aku akan menjadi penderhaka?” Suaranya bergema lalu hilang di bawa angin lalu. Syakilla menghela nafas lalu dilepaskan.

Secara tiba-tiba, terasa bahunya dihantuk lembut. Syakilla berpaling ke kiri.

“Ishan...” Senyuman kembali terukir dibibir. Ishan mengangguk dua kali dan kemudian, menggeselkan hidungnya ke pipi Syakilla menyebabkan dia ketawa. Kemudian, wajah kuda kesayangannya itu diusap.

“Jangan risau, Ishan. Aku tak apa-apa.” Ucap Syakilla kepada Ishan. Satu dengusan keluar dari mulut kuda itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapan.

“Benar, Ishan. Aku baik-baik saja. Cuma, ada beberapa perkara yang sedang aku fikirkan ketika ini.”

Ishan mengangguk, sepertinya memahami. Dan dia tercegat sahaja di situ, menemani Syakilla yang sudah kembali bermenungan.

“Syakilla!” Last edited by Nicki_Meow on 18-12-2014 09:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-12-2014 01:09 AM
Latisan Taman Di Raja itu ditelusuri dengan langkah perlahan. Sinar matahari juga semakin lama semak ...

Ishan tu kucing kn?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-12-2014 12:53 AM
Ko ni akak tengok, kecelaruan dah....



Hmmm... Okay2 fhm.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-12-2014 12:53 AM
Ko ni akak tengok, kecelaruan dah....



qi tak taff. klo dia taff, lma aku suka..haha
Betul, aku terpikat dgn watak syakila. Hihi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 10:02 AM | Show all posts
Perhatiannya beralih lagi. Syakilla mengangkat muka ke arah empunya suara. Satu senyuman diukir pada bibir untuk menutup galau. Tidak mahu mempamerkan rasa sebenar hatinya.

“Aku mencarimu di kamar tadi.” Arania berkata tatkala Syakilla dihampiri. Syakilla kekal tersenyum, tidak bersuara.

“Mengapa kau berseorangan di sini?” Tanya Arania, seraya turun dari Xora.

“Ambil angin.” Jawab Syakilla. Arania senyum.

“Bagaimana harimu dengan bonda?” Syakilla pula bertanya.

“Seronok.” Arania melabuh duduk di sebelah Syakilla. “Kami melawat kota. Sempat juga aku membeli-belah. Aku ada hadiah untukmu. Kain Cindai dari Samara.”

“Oh, terima kasih.” Ucap Syakilla. Arania tersenyum manis.

Mereka berdiam diri. Pandangan ditebarkan luas ke depan. Ishan dan Xora dibiarkan merumput berdua tidak jauh dari situ.

“Dari tadi aku perhatikan. Sepertinya ada sesuatu yang mengganggu fikiranmu. Apa yang kau fikirkan?” Soal Arania.

“Hhhmmm. Tiada apa-apa.” Syakilla berdalih. Untuk berterus-terang, dia tidak mampu dan dia tidak tahu. Hati Arania itu sentiasa didahulukan, lebih dari kepentingan dirinya sendiri.

“Kau memang suka benar menyembunyikan rasa.” Ada rajuk dalam suara Arania. Terus, Syakilla tertawa.

“Usah muncung begitu. Hilang seri wajahmu nanti.” Syakilla sengaja mengusik. Arania mencebik.

“Pemuda itu tak akan mampu bertahan lama dalam dunia kita. Bila tiba masanya nanti, dia akan pergi buat selama-lamanya. Arania masih muda. Jiwanya masih rapuh. Ayahanda risau, jika dia terbawa-bawa dengan perasaan itu, dirinya akan merana. Jika itu berlaku, Amariya bakal kehilangan pemerintah. Amariya akan menjadi huru-hara.”

Terngiang-ngiang kata-kata Raja Amsyar sebentar tadi di telinga Syakilla.

“Arania tidak setabah dirimu, Syakilla.”

“Syakilla.” Panggil Arania lagi. Timbul kerisauan dalam diri apabila melihat Syakilla seperti menghadapi masalah berat.

“Jika ada masalah, jangan di simpan seorang diri.”

Syakilla senyum sumbing. “Maaf. Bukan niat aku untuk membuatkan dirimu bimbang. Betul, aku tak apa-apa.”

“Adakah puncanya dari ayahanda?” Arania menduga. Dia tahu, Syakilla dipanggil mengadap Raja Amsyar siang tadi. Syakilla senyum. Soalan Arania dibiarkan tanpa jawapan.

Mereka berjeda lagi.

“Arania…”

“Iya…”

“Kau tahu bahawa aku sangat menyayangimu, bukan?”

Arania senyum.

“Aku mahu kau tahu, apa saja yang aku lakukan…dan apa akan aku lakukan selepas ini, adalah semata-mata untuk melindungi dirimu.”

“Syakilla.” Arania berasa pelik. “Mengapa kau bersikap begini?”

“Sebab kau sudah ku anggap saudaraku, hidup dan mati.” Syakilla memandang mata Arania saat ayat itu dituturkan.

“Kau menakutkan aku, tahu tak?”

Syakilla ketawa…pura-pura. “Lakukan apa saja. Jauhkan pemuda itu dari Arania.” Titah Raja Amsyar bergema di kepala. Satu keluhan dilepaskan.

“Mari kita pulang.” Ajak Arania. Matahari sudah hampir hilang. Syakilla mengangguk. Mereka beredar meninggalkan Taman Di Raja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2014 10:07 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 18-12-2014 09:03 AM
Aku nak timbulkan persoalan kat sini.. bos Qi ngan rafi tak rasa pelik ke ngan perubahan Qi? Kot la  ...

Orang-orang keliling dah pelik - cuma tak describe secara details.

Qi belum buat pembentangan....sebab...sebab... sebab aku pun taktau camno org IT buat pembentangan.
Nantilah aku research2 apa yg perlu.

Susah sangat kang, aku skip aje part pembentangan tu...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 10:07 AM | Show all posts
Esmiria posted on 18-12-2014 09:28 AM
Ishan tu kucing kn?



Kemudian, wajah kuda kesayangannya itu diusap.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-12-2014 02:07 AM

sorry.tak perasan.hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-12-2014 02:02 AM
Perhatiannya beralih lagi. Syakilla mengangkat muka ke arah empunya suara. Satu senyuman diukir pada ...

Asal syakila ni bodoh sgt nk korbankn perasaan. Elleh, qi pun bkn taff sgt. Arania ni mengganggu  betul.

Aku rasa marah pada Arania.
*ketap bibir*
*membentuk buku lima*

#kauyangtulisakurasamarah
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-12-2014 02:02 AM
Perhatiannya beralih lagi. Syakilla mengangkat muka ke arah empunya suara. Satu senyuman diukir pada ...

Aku tak suka qi jadi rebutan. I mean, qi bkn taff ke pe. Ilmu pahlawan pun takde. Balik2 cinta. org lki dulu2 ada ilmu taw.

Oh syakila!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-12-2014 10:07 AM
Orang-orang keliling dah pelik - cuma tak describe secara details.

Qi belum buat pembenta ...

Xyah detailkan pembentangan tu.. aku nk tau reaksi org2 yg tgk Qi buat pembentangan tu je.. skip pon boleh. Citer terus apa jd lps pembentangan.. kot2 dorg rasa Qi dah mcm org mabuk ketum ke.. atau org yg join pembentangan tu muka mcm org amariya ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 10:30 AM | Show all posts
wah..dah banyak entri rupanya...

syakilla dah suka Qi....sedih aku..

sambung lagi best2..bila nak berperang????


Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 11:08 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-12-2014 10:07 AM


Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 11:30 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-12-2014 02:39 PM
Hai Teh.... thanks sebab sudi jengah benang ni.

Yg tang forever alone tu - asalnya cerpen. Dala ...

lahhh...ok wat kalu FA tuh ending camtu...bila tau Zareen janda...tetiba ada org dtg jemput...pastu bunyi gagak kat pala zack pom okey...


Last edited by sellie003 on 18-12-2014 08:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 11:42 AM | Show all posts
ye la sapa la kita ni kan.. pembaca bertauliah jek..
tak layak pon nak bagi idea2 jalan cerita..
komen2 pon ntah2 ada yg tak suka
ye laa.. sapa kau nak komen cerita aku, nak ajar aku menulis???
gitu katanyaaaaaa....................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 11:55 AM | Show all posts
manyak lambat mau tunggu update
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
sellie003 posted on 18-12-2014 03:30 AM
lahhh...ok wat kalu FA tuh ending camtu...bila tau izreen janda...tetiba ada org dtg jemput...past ...

tiba2 teringat rahsia diari merah yg tertukar plotnya.haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 12:02 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 18-12-2014 11:42 AM
ye la sapa la kita ni kan.. pembaca bertauliah jek..
tak layak pon nak bagi idea2 jalan cerita..
k ...



kenapa daku rasa komen ini dekat di hati ek?


daku like post ni..  
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 01:00 PM | Show all posts
wah... ketinggalan rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.075499 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list