CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 15-9-2014 10:36 AM | Show all posts
alkisahnya... mimpi jd kenyataan lah lepas ni... tak gitu TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2014 04:29 PM | Show all posts
Qushairi.... I like.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Qi ada darah pahlawan. Last edited by Esmiria on 15-9-2014 09:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 04:03 PM | Show all posts
rasa macam duk dalam cerita
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 09:41 PM | Show all posts
Puan Azlina

Oh nama sebenar saya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2014 10:28 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 15-9-2014 04:29 PM
Qushairi.... I like.....

I like it too...









Thanks for reading Last edited by Nicki_Meow on 16-9-2014 10:32 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-9-2014 10:31 PM | Show all posts
awanjingga posted on 15-9-2014 09:04 AM
...ok iols tggu abm zulzill mncul nnti
yg kiri zulkhan , kanan zulzill..acaner..emsem kan...; ...

Mak aiihh... ada harapan crook lagi hensem dari hero ni. Takleh la kasi crook mati gamaknyeee....



Last edited by Nicki_Meow on 16-9-2014 11:03 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2014 10:35 PM | Show all posts
Ipo posted on 14-9-2014 03:19 PM
Laaa....haish..mimpi rupanya..
bila nak tercampak betul2 nih?

@Zamzam2013

Mungkin ianya hanya mampu kekal sebagai mimpi...

eceh!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2014 10:37 PM | Show all posts
pen_biru posted on 16-9-2014 04:03 PM
rasa macam duk dalam cerita

@wipers81

Thanks for reading

Wipers, minta tunjuk ajar utk penggunaan BMT, kalau tak keberatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2014 10:38 PM | Show all posts
Esmiria posted on 15-9-2014 08:58 PM
Qi ada darah pahlawan.

Mungkinlah kalau di polish-polish...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2014 10:43 PM | Show all posts
BAB 7

Hari ini, mereka tidak ke Restoran Periuk seperti biasa. Baru dapat gaji, jadinya Kumar mengajak Mat Noh dan Qusyairi untuk makan tengahari di sebuah restoran makanan barat pula. Saja mahu tukar angin sekali-sekala.

Qusyairi sudah habis menjamu selera, begitu juga Kumar. Kini menikmati minuman masing-masing. Mat Noh pula masih lagi menyuap makanan. Di masa terluang ini, entah mengapa, Qusyairi terbuka hati hendak bercerita tentang mimpinya dua hari lepas. Dan entah mengapa, kedua-dua rakannya mengambil serius akan perkara itu. Masing-masing tekun mendengar cerita.

“So, what happen after that?” Soal Kumar.  

“That’s all. Aku terjaga sebab mak aku kejut.” Jawab Qusyairi..

“Two Kings, a war and a talking cat? Cool...” Kumar tersengih menampakkan giginya yang berseri.

“Aku tahu, tak logik. Tapi mimpi tu aku rasa macam real gila.” Tegas Qusyairi.

“Mungkin kau tengok movie sebelum tu. What… movie is that eh?” Kumar memetik jari beberapa kali dan kemudian menunjal dahi sendiri, cuba mengingati tajuk filem.

“Cerita apa? Captain America?” Mat Noh menyampuk.

“Nope.”

“Thor?”

“Nope. It's Gerald Butler.”  

Mat Noh, Qusyairi dan Kumar saling memandang antara satu sama lain dengan kening terangkat.

“Three Hundred?” Kata Mat Noh beberapa saat kemudian.

“That’s right, bro. Three Hundred.” Sahut Kumar. “This is Spartaaaaa!” Sambung Kumar lengkap dengan gaya King Leonidas. Qusyairi tersengih.

“Lepas tu kau tertidur sampai mimpi.” Kumar menyambung kata.

“Tak adalah. Busy dowh! Mana ada masa nak bersantai tengok movie bagai…” Qusyairi pandang Kumar.

“Aku rasa, kau tengah stress ni bro. Should find some time to chill out.”

“Stress?”

“Yup. Ada teori. Kalau terlalu stress, kau boleh dapat nightmare. Fikir terlalu banyak, aktiviti otak kau meningkat sampai masa tidur pun, otak kau tak boleh berehat. It's like your brain is keep on working.”

Qusyairi menganggukkan kepala. Mungkin ada benarnya kata-kata Kumar. Memang kebelakangan ini, dia agak tertekan dengan kerja. Projek Tresna Bank perlu diberi perhatian sepenuhnya. Puan Azlina pula, lebih cerewet dari biasa. Cuma agak menghairankan. Jika tekanan kerja, kenapa mesti bermimpikan sebuah negara yang bernama Amariya? Kenapa tidak bermimpikan tentang perkara lain yang lebih berkaitan? Mimpikan Tresna Bank contohnya. Mimpi jadi pemilik Tresna Bank lalu menjadi antara individu terkaya di Asia Tenggara. Duit berkepuk bertingkat-tingkat dan mendapat pangkat Tan Sri.

Pasti lebih logik, bukan?

Ataupun mimpikan Puan Azlina yang walaupun tampak garang tapi ada daya tarikan tersendiri?

Gila apa? Kejadahnya nak mimpi Puan Azlina… Last edited by Nicki_Meow on 16-9-2014 10:51 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2014 11:00 PM | Show all posts
Qusyairi menggeleng lagi. Secara tiba-tiba, dua wajah bidadari menyapa fikiran. Puteri Arania dan Syakilla. Wajah-wajah yang silih berganti ini kerap kali bermain di dalam kepalanya. Puteri Arania bermata bundar. Mempunyai raut wajah yang sungguh ayu hingga mampu mempersonakan mana-mana mata yang memandang. Rambutnya yang lurus mencecah ke pinggang berwarna sedikit keperangan menambahkan lagi seri di wajah yang berbujur sirih itu. Tinggi lampai orangnya dan berkulit ledang. Suaranya pula lunak merdu umpama buluh perindu mampu menggetarkan hati para jejaka apabila dia menutur kata. Persona seorang puteri terpancar jelas pada diri Puteri Arania.

Raut wajah yang sama turut dikongsi oleh Syakilla. Berbeza dengan Puteri Arania, dia mempunyai aura seseorang yang tegas. Gadis lampai bertubuh langsing dan kulit pula bertona sawo matang. Rambut ikal panjang yang panjang mengurai menambahkan lagi kejelitaan dan yang paling diingati adalah matanya. Tajam bak helang namun bersinar memikat.

Okay jugak mimpi pasal awek…

“Hoi!” Mat Noh mengetuk meja. Qusyairi tersentak, terus kembali ke alam realiti. Wajah Puteri Arania dan Syakilla berserakan terbang dan terus hilang.

“Takkan siang-siang macam ni pun mimpi kot?”

Qusyairi sengih segan mendengar perlian Mat Noh.

“Website tu, apa cerita?” Tanya Mat Noh.

“Hilang.” Pendek jawapan Qusyairi.

“Just like that?” Kumar menyampuk.

Qusyairi angguk. “Terus tak muncul.”

“Kau tak cari balik link tu?” Mat Noh menyambung soalan. Qusyairi diam seketika sambil membetulkan cermin matanya. Kemudian, perlahan-lahan dia menggeleng.

“Kenapa?” Soal Mat Noh lagi.

“Err...entah.” Qusyairi teragak-agak menjawab. Dia pun tak tahu kenapa dia tidak mencari kembali pautan itu. Andai difikir dengan logik akal, apa yang dialami itu hanyalah mimpi. Jadi, apa perlunya dia cuba mencari kembali laman sesawang itu. Pastinya tidak wujud.

Benarkah tidak wujud? Benarkah apa yang dialami itu hanya sekadar mimpi?

Biasan wajah Puteri Arania dan Syakilla hadir lagi dalam fikiran. Visualnya begitu terang dan jelas seolah-olah mereka kini benar-benar depan mata.

Adakah mereka itu juga sebenarnya hanyalah khayalan?

“Qi, Qi!”

Lamunan Qusyairi mati sekali lagi. Dia mengangkat muka lalu memandang Kumar dan Mat Noh, silih berganti. Kedua-dua lelaki itu dilihat mengangkat kening.

“Seriously, you really need some time-out.” Kata Kumar.

“Aku okay.” Qusyairi menarik nafas lalu melepaskannya perlahan.

“Jom,” ajak Mat Noh sambil melihat jam di tangan kirinya. Sudah tiba masanya untuk mereka kembali ke pejabat. Setelah selesai urusan pembayaran di kaunter, mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke pejabat.

***
**
Last edited by Nicki_Meow on 17-9-2014 07:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 11:09 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-9-2014 10:37 PM
@wipers81

Thanks for reading

boleh je. Pm saya

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 11:19 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-9-2014 11:00 PM
Qusyairi menggelengkan kepala lagi. Secara tiba-tiba, dua wajah bidadari menyapa fikiran. Puteri Ara ...

Qusyairi dah teringat2 dan terbayang2 dah tu..

oh i see..rambut perang..panjang lurus ke pinggang

hmm..macam siapa ek?



Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 11:31 PM | Show all posts
Qusyairi menggelengkan kepala lagi. Secara tiba-tiba, dua wajah bidadari menyapa fikiran. Puteri Arania dan Syakilla. Wajah-wajah ini kerapkali bermain dikepalanya kini.

Puteri Arania. Muka bujur sirih, bermata bundar. Wajahnya sungguh ayu. Rambutnya warna sedikit keperangan, panjang lurus hingga ke pinggang. Tinggi lampai berkulit ledang. Suaranya lembut merdu. Persona seorang Puteri terpancar jelas.

Syakilla. Juga berwajah bujur sirih. Punyai aura seseorang yang tegas. Rambutnya panjang ikal mayang. Juga tinggi lampai. Kulitnya sawo matang. Yang paling diingati adalah matanya. Tajam bak helang namun bersinar memikat.

Okay jugak mimpi pasal awek…

“Hoi!” Mat Noh mengetuk meja. Qusyairi tersentak, terus kembali ke alam realiti. Wajah Puteri Arania dan Syakilla berserakan terbang dan terus hilang.

“Takkan siang-siang macam ni pun mimpi kot?”

Qusyairi sengih segan mendengar perlian Mat Noh.

“Website tu, apa cerita?” Tanya Mat Noh.

“Hilang.” Pendek jawapan Qusyairi.

“Just like that?” Kumar menyampuk.

Qusyairi angguk. “Terus tak muncul.”

“Kau tak cari balik link tu?” Mat Noh menyambung soalan. Qusyairi diam seketika sambil membetulkan cermin matanya. Kemudian, perlahan-lahan dia menggeleng.

“Kenapa?” Soal Mat Noh lagi.

“Err...entah.” Qusyairi teragak-agak menjawab. Dia pun tak tahu kenapa dia tidak mencari kembali pautan itu. Andai difikir dengan logik akal, apa yang dialami itu hanyalah mimpi. Jadi, apa perlunya dia cuba mencari kembali laman sesawang itu. Pastinya tidak wujud.

Benarkah tidak wujud?

Benarkah apa yang dialami itu hanya sekadar mimpi?

Biasan wajah Puteri Arania dan Syakilla hadir lagi dalam fikiran. Visualnya begitu terang dan jelas seolah-olah mereka kini benar-benar depan mata.
Adakah mereka itu juga sebenarnya hanyalah khayalan?

“Qi. Qi!”

Lamunan Qusyairi mati sekali lagi. Dia mengangkat muka lalu memandang Kumar dan Mat Noh. Kedua-duanya sedang mengangkat kening.

“Seriously, you really need some time-out.” Kata Kumar.

“Aku okay.” Qusyairi menarik nafas lalu melepaskannya perlahan.

“Jom.” Ajak Mat Noh seambil melihat jam. Sudah tiba masanya untuk mereka kembali ke pejabat.

Mereka bertiga kemudiannya membuat bayaran di kaunter lalu beredar dari situ.

***


Qusyairi menggeleng lagi. Secara tiba-tiba, dua wajah bidadari menyapa fikiran. Puteri Arania dan Syakilla. Wajah-wajah yang silih berganti ini kerap kali bermain di dalam kepalanya. Puteri Arania bermata bundar. Mempunyai raut wajah yang sungguh ayu hingga mampu mempersonakan mana-mana mata yang memandang. Rambutnya yang lurus mencecah ke pinggang berwarna sedikit keperangan menambahkan lagi seri di wajah yang berbujur sirih itu. Tinggi lampai orangnya dan berkulit ledang. Suaranya pula lunak merdu umpama buluh perindu mampu menggetarkan hati para jejaka apabila dia menutur kata. Persona seorang puteri terpancar jelas pada diri Puteri Arania.

Raut wajah yang sama turut dikongsi oleh Syakilla. Berbeza dengan Puteri Arania, dia mempunyai aura seseorang yang tegas. Gadis lampai bertubuh langsing dan kulit pula bertona sawo matang. Rambut ikal panjang yang panjang mengurai menambahkan lagi kejelitaan dan yang paling diingati adalah matanya. Tajam bak helang namun bersinar memikat.

'Okey jugak mimpi pasal awek,'

Hoi!” Mat Noh mengetuk meja. Qusyairi tersentak, lamunannya pecah berderai umpama kaca retak seribu, terus dia kembali ke alam realiti. Wajah Puteri Arania dan Syakilla berserakan, terbang dan terus hilang.

“Takkan siang-siang macam ni pun boleh mimpi kot?” Perlian Mat Noh itu membuatkan Qusyairi meleret sengih segan. Hampir sahaja bertebakan roan-rona merah di wajahnya.

Website tu, apa cerita?” tanya Mat Noh.

“Hilang,” pendek jawapan Qusyairi.

Just like that?” Kumar menyampuk.

Qusyairi menggangguk. “Terus tak muncul.”

“Kau tak cari balik ke link tu?” Mat Noh menyambung soalan. Qusyairi diam seketika sambil membetulkan kaca matanya yang sedikit melorot itu. Kemudian, perlahan-lahan dia menggeleng.

“Kenapa?” soal Mat Noh lagi.

Err... entah,” Qusyairi teragak-agak mahu menjawab. Dia pun tidak tahu kenapa dia tidak mencari kembali pautan itu. Andai difikir dengan logik akal, apa yang dialami itu hanyalah mimpi semata-mata. Jadi, apa perlunya dia cuba mencari kembali laman sesawang itu. Sudah pasti tidak wujud.

'Benarkah tidak wujud? Betulkah apa yang aku alami tu hanya sekadar mimpi?' Qusyairi mengelamun lagi. Biasan wajah Puteri Arania dan Syakilla hadir lagi di dalam fikiran. Visualnya begitu terang dan jelas seolah-olah mereka kini benar-benar di depan mata.
Adakah mereka itu hanyalah khayalan semata-mata?

“Qi, Qi!” Lamunan Qusyairi mati sekali lagi. Dia mengangkat muka lalu memandang Kumar dan Mat Noh, silih berganti. Kedua-dua lelaki itu dilihat mengangkat kening.

Seriously, you really need some time-out.” Kata Kumar.

“Aku oke ajey,” Qusyairi menarik nafas lalu melepaskannya perlahan.

“Jom,” ajak Mat Noh sambil melihat jam di tangan kirinya. Sudah tiba masanya untuk mereka kembali ke pejabat. Setelah selesai urusan pembayaran di kaunter, mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke pejabat.

*****


Okey Nicki_Meow. Tak banyak salah pun. Cuma saya betulkan sikit tatabahasa (bukan pandai sangat ea). Untuk tanda (*) ini, tok guru saya kata hanya lima sahaja bilangannya, kenapa? saya tak tahu. Tengoklah macam mana olahan tu. Tak okey beritahu aje.
Last edited by wipers81 on 17-9-2014 12:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-9-2014 10:37 PM
@wipers81

Thanks for reading

bmt tu pe?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 11:38 PM | Show all posts
Esmiria posted on 16-9-2014 11:36 PM
bmt tu pe?

oh..BMT tu..Bahasa Melayu Tinggi

nak mencelah jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 11:44 PM | Show all posts
wipers81 posted on 16-9-2014 11:31 PM
Qusyairi menggelengkan kepala lagi. Secara tiba-tiba, dua wajah bidadari menyapa fikiran. Puteri Ara ...

ilmu yang bagus

ipo ada jugak belajar sikit2

macam perkataan 'je'..sebenarnya..'aje'

korang -----kau orang

dan perkataan menggeleng tu sudah menerangkan dengan jelas ia ditujukan pada  kepala, so, tak boleh tulis menggeleng kepala. Cukup hanya menggeleng. Understood already it is refer to kepala yang menggeleng..

*takkan lutut pulak menggelengkan?

maaf lagi nicki..ipo mencelah dengan ilmu senipis bawang..tapi novel ipo main taram je tatabahasa nya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 11:58 PM | Show all posts
Ipo posted on 16-9-2014 11:44 PM
ilmu yang bagus

ipo ada jugak belajar sikit2

umpama ko nak wat lawak.. pastu ko ckp dulu kat org ko nak wat lawak..
pastu ko wat lawak.. pastu eksplain plak kat org kenapa itu lawak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 11:59 PM | Show all posts

PROLOG

Bumi Amariya seolah-olah bergegar. Ratusan tentera yang merempuh masuk bagai tak mampu dikalahkan. Namun keras semangat mereka yang bergelar pahlawan masih jitu. Tak akan gentar biarpun hingga ke titisan darah yang terakhir. Pilihan mereka cuma satu.

Berjuang.

Hidup atau mati selepas ini sudah tidak difikirkan lagi.  

Biarlah langit Amariya melihat, keringat yang mengalir adalah demi mempertahankan Negara.
Biarlah bumi Amariya menjadi saksi, tumpahnya darah mereka adalah untuk tanah air tercinta.

Perjuangan mereka adalah untuk Amariya. Mereka bersungguh-sungguh demi Amariya. Perang ini perang terakhir. Perang yang akan menentukan pemilik ketuanan sebenar bumi ini. Andai kalah, maka lenyaplah Amariya.

Lenyaplah mereka.

Yang datang itu musuh. Mereka tidak diundang malah langsung tidak layak menjejakkan kaki ke tanah ini. Mereka tak berhak untuk memiliki bumi Amariya.

Keadaan semakin getir. Satu demi satu Pahlawan Amariya gugur. Dia melihat jelas tubuh para pejuang itu rebah ke tanah. Dia yang turut bergelar pahlawan Amariya, tidak mampu berbuat apa-apa kerana saat ini, dia sendiri turut berjuang. Sungguhpun tanah Amariya bukan tanah kelahirannya, namun mereka yang gugur itu sudah dia anggap saudara.Mereka yang rebah itu adalah sahabatnya.
Tubuh-tubuh yang bergelimpangan itu adalah tubuh mereka yang telah berjuang untuk mempertahankan Negara.

Demi Amariya, kuatkan semangatmu!

Kata-kata itu dijadikan azimat agar terus bertahan.Pedang terus dihayun kiri dan kanan. Tiada belas kasihan pada musuh. Akan ditentangnya habis-habisan walau nyawa menjadi taruhan.

Satu jeritan nyaring menggendala tumpuan. Jeritan dari Srikandi Amariya itu membuatkan jantungnya hilang rentak.

“Bertahan!”

Dengan segala asa, dia berlari ke arah sana.  

Namun, segalanya berlaku dengan pantas. Mungkin kerana sudah lelah. Mungkin kudratnya semakin lemah lalu Srikandi Amariya itu melutut jatuh di hadapan musuh yang ditentang.

Dia berlari semakin laju. Mahu menyelamatkan Srikandi itu. Apa-apa saja halangan dihadapan terus dicantas dengan pedang. Dalam cemas, sempat dia melihat Sang Musuh menyeringai.

"Tidak." Dia menjerit

Pedang terangkat tinggi.




PROLOG

Bumi Amariya seolah-olah bergegar. Ratusan tentera yang merempuh masuk bagai tidak mampu untuk dikekang apatah lagi dikalahkan. Namun semangat keras yang masih tertanam di dalam jiwa mereka yang bergelar pahlawan masih utuh hingga tidak mampu digugat walau datanglah sehebat mana badai yang melanda. Mereka tidak akan gentar biarpun hingga ke titisan darah yang terakhir. Hidup atau mati, tidak wujud dalam pemikiran mereka lagi. Pilihan mereka hanya satu... BERJUANG!

Biarlah langit Amariya melihat, keringat yang mengalir adalah demi mempertahankan negara.
Biarlah bumi Amariya menjadi saksi, tumpahnya darah mereka adalah untuk tanah air tercinta. Tanah Amariya akan bermandi darah. Perjuangan mereka adalah semata-mata untuk Amariya hingga sanggup menggadai nyawa. Mereka bersungguh-sungguh demi mempertahankan Amariya. Perang ini adalah perang yang terakhir. Perang yang akan menentukan pemilik ketuanan sebenar bumi ini. Andai kalah, maka lenyaplah Amariya. Lenyaplah mereka sepenuhnya kelak andai itu yang berlaku. Yang datang itu adalah pihak yang sengaja menceroboh. Kedatangan mereka sama sekali tidak diundang malah mereka juga tidak layak menjejakan kaki ke tanah bertuah ini. Mereka tidak berhak untuk memiliki bumi Amariya kerana mereka adalah MUSUH.

Keadaan semakin getir. Satu demi satu pahlawan Amariya gugur. Dia, melihat jelas tubuh para pejuang itu rebah ke tanah. Dia yang turut bergelar pahlawan Amariya, tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia juga sedang berjuang. Sungguhpun tanah Amariya bukan tanah kelahirannya namun mereka yang gugur itu sudah dianggap sebagai saudara. Mereka yang rebah itu adalah sahabat-sahabatnya.
Tubuh-tubuh yang bergelimpangan itu adalah tubuh mereka yang telah berjuang demi mempertahankan negara Amariya ini.

"Demi Amariya, kuatkan semangatmu!" Kata-kata itu dijadikan azimat untuk terus bertahan. Pedang terus dihayun kiri dan kanan. Tiada langsung rasa belas kasihan terhadap musuh. Mereka perlu diajar kerana berani menceroboh Amariya. Akan ditentang habis-habisan walau nyawa menjadi taruhan. Dia nekad.

Satu jeritan nyaring menggendala tumpuan. Jeritan dari Srikandi Amariya itu membuatkan jantungnya hilang rentak.

“Bertahan!”

Dengan segala asa, dia berlari ke arah sana. Namun segala-galanya berlaku dengan pantas. Kerana diasak dengan rasa lelah kudratnya semakin lemah lalu Srikandi Amariya itu melutut di hadapan musuh yang sedang ditentang. (yang ni Nicki cerita tentang srikandi or pahlawan tu?)

Dia mula berlari dan kini semakin laju. Niat hanya satu, mahu menyelamatkan Srikandi itu. Apa-apa saja halangan di hadapan terus dicantas dengan pedang yang semakin dahagakan darah. Dia sudah tidak peduli lagi. Dalam saat cemas, sempat lagi dia melihat Sang Musuh menyeringai kesakitan. Ternyata ketajaman pedangnya masih ampuh.

"Tidak!" Dia menjerit. Pedangnya sudah terangkat tinggi.



Okey Nicki. Cuba tengok yang ni pula. Tak banyak salah pun.


Last edited by wipers81 on 17-9-2014 12:09 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.135341 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list