CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 17-9-2014 12:07 AM | Show all posts
Ipo posted on 16-9-2014 11:44 PM
ilmu yang bagus

ipo ada jugak belajar sikit2

nak guna korang, diorang, sorang boleh tapi kena Italic kan perkataan tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 12:11 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 16-9-2014 11:58 PM
umpama ko nak wat lawak.. pastu ko ckp dulu kat org ko nak wat lawak..
pastu ko wat lawak.. pastu ...

ahhaha..ni memang lawak..

ya la, ipo sedarkan diri sekali lagi, ipo ni tak cukup ilmu..

budak sains nak redah sastera...gitu lerr jadinya..

sebab tu kut ada part pelik dan ajaib tuh..



Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:13 AM | Show all posts
wipers81 posted on 17-9-2014 12:07 AM
nak guna korang, diorang, sorang boleh tapi kena Italic kan perkataan tu.

ya betul tu wiper..

percakapan pasar kena italickan..sama macam perkataan inggeris..

eceh..macam cikgu plak aku nih..
kdg2 terlepas pandang juga..nak taip cepat..


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:20 AM | Show all posts
Ipo posted on 17-9-2014 12:11 AM
ahhaha..ni memang lawak..

ya la, ipo sedarkan diri sekali lagi, ipo ni tak cukup ilmu..
...

aku bukan budak sastera jugak..
but i know a good write up when i see one..
kebykan kes pelik ipo ni when your brain works faster than your finger, itu la jadinye..
no hal pong..
mcm ko wat report.. semak berkali2 nmpk okay..
bila print baru nk nampak ada salah sana sini.. pi btulkan..
print lagi.. lagi nampak ada salah sana sini.. typo ke apa..
masa ni rasa mcm nak sepak printer tu jauh2..

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:22 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 17-9-2014 12:20 AM
aku bukan budak sastera jugak..
but i know a good write up when i see one..
kebykan kes pe ...

hahaha..100% correct!
otak aku fikir lagi laju, jemariku lambat macam siput b@# bergerak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang dikatakan bahasa Melayu Tinggi itu,
mudah sahaja. Jangan disusah-susahkan.
Ikut sahaja peraturan ini :
1. Setiap ayat dan frasa hendaklah lengkap.
2. Setiap perkataan hendaklah lengkap.
Tidak ada perkataan yang dikontotkan:
bukan --> kan;
mahu --> mau;
ini --> ni, nie.
Tidak ada imbuhan yang digugurkan:
menggunakan --> mengguna.
3. Setiap huruf hendaklah diucapkan dengan
sempurna dan betul.
Tidak ada huruf yang digugurkan:
besar --> besa.
Tidak ada huruf yang ditukar menjadi huruf
lain:
kecil --> kecik;
habis --> habeh.
Tidak ada huruf yang ditambah:
pula --> pulak;
apa -->aper;
ya --> yer.
4. Setiap perkataan basahan digantikan
dengan perkataan formal:
cakap --> berkata, bertutur;
bagi --> memberi, membahagi;
kena --> perlulah, hendaklah, dll.
Ini adalah sedikit perkongsian dari Profesor
Ameritus Abdullah Hassan. Dekan Fakulti
Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris.
4/22/12 · Public
Like · 8 Comments · Share · Like Page ·
Report
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2014 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sumber:https://m.facebook.com/AinMaisarah.Novelis?ref=stream&__tn__=C
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:31 AM | Show all posts
BAB 1

Satu Pagi di Pejabat Alpha Technology

Suasana dalam bilik pejabat itu senyap sunyi. Puan Azlina yang baru dua bulan menjadi Pengurus Projek memandang Qusyairi dan Rafi bergilir-gilir. Berwajah garang dan jarang tersenyum, mimik serius Puan Azlina membuatkan mereka tidak berani untuk mengucap kata-kata sebarangan.

“Saya dah teliti kertas cadangan yang awak berdua berikan.” Puan Azlina berkata sambil memandang tepat ke depan. “Dan saya dah buat keputusan…” Puan Azlina menarik nafas seketika.

“Rafi, sistem program yang awak cadangkan lebih menepati kehendak pihak Hotel Mayang Sari. Jadi saya akan serahkan projek Mayang Sari pada awak.”

Kata-kata Puan Azlina mengundang senyum dibibir Rafi. Manakala Qusyairi pula, tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Sedikit sebanyak, dia sudah dapat menjangka keputusan itu. Memang selama ini, Rafi yang lebih banyak menonjol dikalangan mereka. Sikap Rafi yang mudah mesra dan personalitinya yang menarik menyebabkan lelaki itu amat disenangi.

Qusyairi bukanlah sakit hati, jauh sekali mendengki. Cuma, dia tahu sikap yang ditonjolkan Rafi itu cuma di luaran. Di sebalik sikap itu, Rafi pada Qusyairi adalah seorang yang sangat hipokrit. Tidak keterlaluan jika dikatakan Rafi itu adalah kaki bodek bos. Sebab itu, kebanyakan projek syarikat banyak diserahkan pada Rafi. Lebih-lebih lagi ketika mereka berada di bawah Encik Hamidi dahulu.

Sejak dua bulan lalu, tempat Encik Hamidi digantikan oleh Puan Azlina. Sangka Qusyairi, keadaan akan berubah. Rafi tidak akan lagi mendominasi kebanyakan projek yang diperolehi syarikat. Tapi, menghakimi keadaan yang berlaku sekarang, sangkaan Qusyairi benar-benar meleset. Keadaan masih seperti dulu. Rafi masih menjadi pilihan utama.

Dalam diam, Qusyairi mengeluh sebal. Nasib dia dan beberapa orang rakan sejawatannya masih tidak berubah walaupun sudah bertukar pengurus. Tetap seperti ketika zaman Encik Hamidi.

Perbincangan ringkas di antara Rafi dan Puan Azlina langsung tidak menarik perhatian Qusyairi. Namun telinganya dapat menangkap perkataan yang disebut Rafi seperti ‘Saya akan lakukan yang terbaik’, ‘Saya akan cuba memuaskan hati pihak Mayang Sari’ dan beberapa lagi ‘ayat kipas’ yang menyebabkan telinganya berbulu.

“Baiklah. Kalau tak ada apa-apa lagi, awak boleh keluar sekarang.” Puan Azlina akhirnya menoktahkan perbincangan. Rafi angguk dan tersenyum lebar. Sempat memberikan senyum sinis pada Qusyairi.

“Terima kasih, Puan Azlina. I won’t let you down.” Ujar Rafi.

Membodek aje yang kau tau! Qusyairi menghembus nafas geram dalam diam.





BAB 1


Satu Pagi di Pejabat Alpha Technology

Suasana di dalam bilik pejabat itu senyap sunyi. Masing-masing mempamer riak serius di wajah. Puan Azlina yang baru dua bulan menjadi Pengurus Projek memandang Qusyairi dan Rafi bergilir-gilir. Mimik garang dan jarang tersenyum yang selalu Puan Azlina hidangkan membuatkan mereka tidak berani untuk menuturkan kata-kata sembarangan. Bimbang jika diherdik dengan lengkingan suara oleh puan itu.

“Saya dah teliti kertas cadangan yang awak berdua berikan,” Puan Azlina berkata sambil matanya tepat dihala ke depan.

“Dan saya dah buat keputusan…” Puan Azlina menarik nafas seketika kemudian menyambung,

“Rafi, sistem program yang awak cadangkan lebih menepati kehendak pihak Hotel Mayang Sari. Jadi saya akan serahkan projek Mayang Sari ni pada awak.” Kata-kata Puan Azlina iut membuatkan Rafi menyungging senyuman yang mempunyai maksud tersirat.

Qusyairi yang duduk selang satu kerusi dari lelaki itu hanya diam. Kejung reaksi di wajahnya. Dia memang sudah menjangka keputusan itu. Memang selama ini, Rafi yang lebih banyak menonjol di kalangan mereka. Sikap Rafi yang mudah mesra dan personalitinya yang menarik menyebabkan lelaki itu amat disenangi. Qusyairi bukanlah sakit hati apatah lagi mahu berdengki. Dia jengkel sebenarnya kerana dia tahu sikap yang ditonjolkan Rafi itu hanya di luaran sahaja. Di sebalik sikap itu, Rafi adalah seorang yang sangat hipokrit. Tidak keterlaluan jika dia katakan, Rafi itu adalah kaki bodek orang atasan. Sebab itulah, kebanyakan projek syarikat senang-senang sahaja diserahkan kepada Rafi. Lebih-lebih lagi, semasa mereka berkhidmat di bawah seliaan Encik Hamidi dahulu.

Puan Azlina, baru sahaja dua bulan berkhidmat di sini, menggantikan Encik Hamidi yang dinaikan pangkat. Sangka Qusyairi, keadaan akan berubah. Fikirnya, Rafi tidak akan lagi mendominasi kebanyakan projek yang diperolehi oleh pihak syarikat. Namun penghakimannya ternyata salah, keadaan masih seperti dulu. Rafi, tetap menjadi pilihan utama. Dalam diam, Qusyairi mengeluh sebal. Nasib dia dan beberapa orang rakan sejawatan masih tidak berubah walaupun sudah bertukar pengurus. Tetap seperti ketika di zaman Encik Hamidi.

Perbincangan ringkas di antara Rafi dan Puan Azlina langsung tidak menarik perhatian Qusyairi. Namun tebal telinga saat menangkap perkataan yang disebut oleh Rafi, ‘Saya akan lakukan yang terbaik’. ‘Saya akan cuba memuaskan hati pihak Mayang Sari’. Sudah lama telinganya dihidang dengan  'ayat-ayat kipas’. Berbulu rasa telinganya hingga jika diukur tidak tahu akan panjang mana?

“Baiklah, kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh keluar sekarang,” Puan Azlina akhirnya menoktahkan perbincangan. Rafi menggangguk dan melebarkan lagi senyuman yang pasti terkandung maksud 'puas hati' di dalamnya. Dia mengerling Qusyairi dan sempat memberikan senyum sinis kepada lelaki itu.

“Terima kasih, Puan Azlina. I won’t let you down,” ikrar Rafi. Qusyairi sudah mencebik sedikit mulutnya.

'Membodek aje yang kau tau!'Qusyairi merengus geram dalam diam.



Psttt Nicki, ni bab satu part 1. Tengoklah gaya bahasa saya tu. Okey ke tak?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2014 12:32 AM | Show all posts
wipers81 posted on 16-9-2014 11:31 PM
Qusyairi menggelengkan kepala lagi. Secara tiba-tiba, dua wajah bidadari menyapa fikiran. Puteri Ara ...

Wahhh... nice one. Thanks wipers... (atau patutkah saya panggil Puan Azlina? )

Mohon nak copy ke post yang asal.

Niatnya nak gunakan dua stail. BMT untuk dunia Amariya dan bahasa santai untuk dunia realiti - untuk membezakan dua dunia ini. Me and my experiment . Harapnya menjadiklah.

Untuk tanda (*), cuma utk membezakan bahagian lain dalam satu bab. so bila saya letak (*), maknanya ada kesinambungan.

Untuk prolog:

Dengan segala asa, dia berlari ke arah sana. Namun segala-galanya berlaku dengan pantas. Kerana diasak dengan rasa lelah kudratnya semakin lemah lalu Srikandi Amariya itu melutut di hadapan musuh yang sedang ditentang. (yang ni Nicki cerita tentang srikandi or pahlawan tu?) - yang jatuh adalah srikandi.

Dia mula berlari dan kini semakin laju. Niat hanya satu, mahu menyelamatkan Srikandi itu. Apa-apa saja halangan di hadapan terus dicantas dengan pedang yang semakin dahagakan darah. Dia sudah tidak peduli lagi. Dalam saat cemas, sempat lagi dia melihat Sang Musuh menyeringai kesakitan. Ternyata ketajaman pedangnya masih ampuh.

Yang ini mungkin ayat saya yg tak clear. 'Sang Musuh' yg saya tulis merujuk pada musuh yg sedang berlawan dgn srikandi. Bukan musuh di sekitar.

Apa-apapun, thanks wipers. Banyak belajar hari ni...


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 17-9-2014 12:07 AM
nak guna korang, diorang, sorang boleh tapi kena Italic kan perkataan tu.

Akak ni novelis?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:34 AM | Show all posts
Ipo posted on 17-9-2014 12:22 AM
hahaha..100% correct!
otak aku fikir lagi laju, jemariku lambat macam siput b@# bergerak tuh

betul kata cmf_conan. Semak berkali-kali, tak ada ruginya. Manuskrip sulung saya dekat berbelas kali saya semak sebelum dihantar ke penerbit. Alhamdulillah, semua puas hati.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:34 AM | Show all posts
Esmiria posted on 17-9-2014 12:28 AM
Yang dikatakan bahasa Melayu Tinggi itu,
mudah sahaja. Jangan disusah-susahkan.
Ikut sahaja peratu ...

pernah baca cerpen ditulih pakai bahasa sms dan yg sewaktu dgnnya?
memang penulis tuh kene maki berjemaah kat bhgian komen
mcm org terencat je rasa bila baca penulisan mcm tuh..haiihhhh


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:35 AM | Show all posts
Esmiria posted on 17-9-2014 12:28 AM
Yang dikatakan bahasa Melayu Tinggi itu,
mudah sahaja. Jangan disusah-susahkan.
Ikut sahaja peratu ...

Esmiria, akak lebih suka rujuk Dewan Bahasa. Kat sana lagi tepat maklumat yang kita dapat. Rajin-rajinlah jengah ke website sana.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:38 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 17-9-2014 12:34 AM
pernah baca cerpen ditulih pakai bahasa sms dan yg sewaktu dgnnya?
memang penulis tuh kene maki b ...

Bahasa kita banyak rosak dengan berleluasanya penggunaan perkataan-perkataan SMS. Tambah pula perkataan baru yang bila saya baca rasa macam duduk dekat planet lain pula.
Contoh :
aq= aku



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 12:38 AM | Show all posts
Ipo posted on 17-9-2014 12:11 AM
ahhaha..ni memang lawak..

ya la, ipo sedarkan diri sekali lagi, ipo ni tak cukup ilmu..
...

Eh sama. Aku pun bukan budak sastera.

Tu yg tatabahasa jadi tunggang langgang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:39 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-9-2014 12:32 AM
Wahhh... nice one. Thanks wipers... (atau patutkah saya panggil Puan Azlina? )

Mohon nak copy ...

Apalah sangat saya tolong. Sekadar berkongsi apa yang saya tahu. Nicki, jadikan ia novel. Saya akan tolong semak. Hantar pada publisher. Cerita menarik. Sangat menarik.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 12:41 AM | Show all posts
wipers81 posted on 17-9-2014 12:38 AM
Bahasa kita banyak rosak dengan berleluasanya penggunaan perkataan-perkataan SMS. Tambah pula perk ...

itu ler.. aku ok je ngan penulisan gaya santai ni.. tapi bila guna shortform dlm ayat..
adehhhh.. tak kira la shortform biasa2 atau bahasa alien..
mmg tak la aku baca.. it's totally wrong..

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:44 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 17-9-2014 12:41 AM
itu ler.. aku ok je ngan penulisan gaya santai ni.. tapi bila guna shortform dlm ayat..
adehhhh.. ...

Isu ini yang sedang hangat didebatkan di kalangan penulis.


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:45 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-9-2014 12:32 AM
Wahhh... nice one. Thanks wipers... (atau patutkah saya panggil Puan Azlina? )

Mohon nak copy ...

cadangan yang baik guna bahasa macam tu. Cubalah Nicki. Saya yakin Nicki boleh.


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:46 AM | Show all posts
Esmiria posted on 17-9-2014 12:33 AM
Akak ni novelis?

Akak novelis?
Huhuhu, novelis ke akak?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.100267 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list