CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 17-9-2014 12:47 AM | Show all posts
wipers81 posted on 17-9-2014 12:44 AM
Isu ini yang sedang hangat didebatkan di kalangan penulis.

kita ckp pasal benda yg sama kan...

shortform as in: bhs, dlm, ckp, sbg

bukannya mahu jadi mau, tahu jadi tau..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2014 12:48 AM | Show all posts
Malam semakin larut. Waktu sudah pun melepasi waktu 12 tengah malam. Qusyairi masih meneruskan kerjanya. Kali ini, Qusyairi membuat kerjanya di dalam bilik untuk mengelakkan omelan Puan Raziah. Katilnya menjadi meja kerja. Sejak peristiwa dia tertidur di meja makan tempoh hari, ibunya itu kerapkali memberi ingatan supaya tidak bekerja terlalu kuat. Kesihatan perlu di ambil berat dan macam-macam lagi.

Biasalah. Ibu mana yang tidak risaukan anak?

Masih banyak lagi yang perlu di buat dan sistemnya tidak sampai separuh disiapkan. Kalau ikut kiraan hari, ada lebih kurang 46 hari lagi. Qusyairi menghembus nafas kasar. Tidak banyak sedikit, merasa terbeban dengan tugasan itu. Bukan saja jawatan SSE menjadi taruhan, air muka Puan Azlina juga perlu di jaga.

Harap-harapnya, mampulah dia menyiapkan tugasan ini. Harap-harapnya, mampulah dia membuat pembentangan di hadapan wakil Tresna Bank nanti.

Kecut perut memikirkannya.

“Meow.”

Suara Megatron mengalih tumpuan. Qusyairi menjengah ke lantai. Entah bila Megatron berada dalam bilik, tidak pula Qusyairi sedar. Kucing kesayangannya itu dibiarkan saja terbaring santai.

Terdetik dalam hati seketika untuk bercakap dengan Megatron namun segera dipadamkan niat tak berapa logik itu. Masakan Megatron boleh bercakap? Ini bukan dunia kartun Walt Disney.

Tapi…

“Tron.” Qusyairi memanggil. Menjengah Megatro di lantai.

“Tron.”

Tiada sahutan. Megatron enak-enak saja berbaring bergolek di situ. Memandang ke arahnya pun tidak.

Aje gila aku ni…   

Qusyairi tersengih sendiri.

Terasa lenguh lalu Qusyairi membuat sedikit regangan. Jarinya diletupkan serta lehernya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Bunyi derakan yang bergema memberi satu kelegaan yang teramat. Suasana sunyi membuatkan Qusyairi merasa bosan. Lalu dia membuka pautan You Tube, mencari sedikit hiburan. Memilih lagu-lagu dendangan kumpulan Wings sebagai peneman, Qusyairi kembali meneruskan kerja.



Bila pun engkau menjelma
Disini aku berdiri ku menanti
Walau hilang ceritamu di hati tetap abadi
Sentuhanmu

Mana Syakila
Siapa Syakila
Aku pun tak tahu

Lagu Misteri Mimpi Syakilla membuatkan Qusyairi menghentikan kerjanya. Dia yang memang telah lama menghafal lirik lagu itu turut menyanyi walaupun suaranya tidak sesedap Awie.

Wajah Syakilla secara tiba-tiba muncul mengambil-alih tumpuan. Berganti gilir dengan wajah Puteri Arania. Qusyairi pun tidak tahu, kenapa kerap benar wajah mereka muncul? Bukankah mereka itu hanya mimpi...

Benarkah mimpi? Qusyairi mengeluh.

Apa yang dia harap sebenarnya? Mahu berjumpa dengan mereka lagi?

“Kau tak cari balik link tu?”

Kata-kata Mat Noh siang tadi menerpa minda. Qusyairi teragak-agak. Perlukah dia mencari pautan itu?

Apa salahnya, iya tak?


Qusyairi menekan papan kekunci. Di tingkap internet, dia menaip Amariya.

Beberapa pautan Amariya keluar tetapi bukan itu yang dicari. Dia meneruskan carian. Beberapa perkataan seperti 'Hikayat Amariya', 'Kisah Amariya', 'Apa itu Amariya' dan beberapa lagi perkataan yang bersangkut-paut dengan Amariya ditaip.

Hampa. Yang dicari, tiada.

“Tak boleh jadi.” Qusyairi menggosok tapak tangan. Kali ini, dia mahu menggunakan segala kemahiran dan kepakaran yang dia ada untuk mencari pautan itu. Dia kerja di bahagian IT. Setakat kerja menggodam, perkara mudah baginya.

"Let's do this, bebeh!"

Tekad dipasang. Amariya akan dicari sampai jumpa.
Last edited by Nicki_Meow on 17-9-2014 09:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:51 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 17-9-2014 12:47 AM
kita ckp pasal benda yg sama kan...

shortform as in: bhs, dlm, ckp, sbg

dalam dialog, mau, tau, aje dibolehkan sebab itu bahasa yang kita cakap (bahasa pasar).
tetapi dalam naratif, kena tulis yang betul ejaannya.
Eh, Nicki_Meow, maaf jadi tempat sembang pula.
teruskan muat naik entri ye.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:22 AM | Show all posts
selamat pagi Nicki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 08:31 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 17-9-2014 08:22 AM
selamat pagi Nicki...

Selamat pagi Zam...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:33 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-9-2014 08:31 AM
Selamat pagi Zam...

Nice story Nicki... nanti free sambung ya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-9-2014 08:34 AM | Show all posts
“Arrghhh.” Qusyairi melepaskan sedikit tekanan. Setelah setengah jam, kerjanya sia-sia. Segala selok-belok dan lorong di alam cyber dia pergi. Semua cara dia cuba. Apa yang dicari kekal tersembunyi. Buat seorang pakar IT sepertinya, Qusyairi benar-benar rasa tercabar. Cissss....

“Apalah aku ni. Kan mimpi tu…” Asanya sudah berkurangan. Memang benarlah apa yang di alami itu cuma mimpi. Tak mungkin nyata.

“Lantaklah.” Qusyairi sudah malas mahu mencari. Matanya pun sudah mula berat. Cermin mata ditanggalkan lalu dia menggosok mata dan kemudian, menggeliat sepuasnya. Dalam pada ketika itu, sempat menjeling skrin komputernya yang perlahan-lahan bertukar legam.

"Eh..."

Mahu ke Amariya lagi?

Ianya muncul lagi setelah dua hari menghilang. Sukar Qusyairi menelah perasaannya ketika ini. Bercampur-baur didalam kepelikan dan teruja. Seram pun ada.  Qusyairi pantas memakai cermin matanya kembali untuk membaca dengan lebih jelas.  

Nanti kejap…

Mahu memastikan yang dia tidak berkhayal, Qusyairi menekan butang X di hujung sudut atas kanan. Paparan legam dan tulisan itu hilang. Gambar Megatron kembali menghiasi skrin. Qusyairi menarik nafas. Dalam masa yang sama, menanti seandainya tulisan merah itu muncul lagi.

10 saat berlalu. Tiada apa-apa yang berlaku. Qusyairi menghembus nafas kasar. Entah mengapa, ada sedikit rasa kecewa menyelinap dalam hati.

Jadi, kamu sudah tidak sudi ke Amariya?


Skrinnya berubah lagi. Ayat lain pula muncul. Qusyairi tercengang-cengang.

“Macam mana aku nak reply ni?” Qusyairi terfikir-fikir. Jarinya kembang kuncup. Otaknya memberi arahan supaya menaip saja di papan kekunci. Lalu dengan satu tarikan nafas, jarinya mengetuk papan kekunci.

Siapa kamu sebenarnya?

Butang 'enter' ditekan. Dua saat kemudian, ayat yang ditaipnya tadi itu muncul di skrin komputer riba. Qusyairi senyum walaupun masih dilanda kepelikan dan seram.

Mahu tak seram? Dibuatnya Cik Ponti keluar dari skrin, harus pengsan di situ juga!
Last edited by Nicki_Meow on 17-9-2014 08:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:38 AM | Show all posts
makin menarik Nicki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2014 09:09 AM | Show all posts
Seperti kamu, aku juga makhluk Tuhan.

Membaca jawapan yang tertera, Qusyairi terangguk-angguk sendiri. Jarinya menaip lagi.

Adakah kamu benar-benar wujud?

Kita sedang berbicara, bukan? Adakah itu bermaksud aku tidak wujud?

Maknanya, aku tidak bermimpi?


Aku tidak punya jawapannya. Adakah kau rasa seperti bermimpi?

Qusyairi terkebil-kebil. Mencubit sedikit lengan kiri. Iyalah, kata orang kalau terasa sakit maknanya itu bukan mimpi. Sakit! Itu maknanya, dia masih di alam nyata. Qusyairi meneruskan perbualan. Sudah seperti 'berchatting' pula.

Siapa kau sebenarnya? Hantu? Makhluk asing?

Sudah aku beritahu sebentar tadi, aku juga makhluk Tuhan seperti kamu. Apa kamu tidak percaya dengan kuasa Tuhan?

Maaf. Bukan begitu maksud aku. Aku cuma mahukan penjelasan tentang siapa kamu sebenarnya. Aku sangat keliru sekarang ini. Aku tak rasa aku bermimpi. Dalam masa yang sama, aku tak berapa yakin yang kamu benar-benar wujud.


Iya, aku faham perasaanmu. Kalau aku katakan, yang aku wujud di dimensi yang berbeza, adakah kamu akan percaya?

Mungkin.

Kau mahu mencari kebenaran itu?

Qusyairi terfikir-fikir seketika sebelum menaip semula.

Mahu.

Mahu ke Amariya?

Qusyairi tidak membalas apa-apa.

Jika mahu, sila tekan pautan ini.

Qusyairi menarik nafas dalam-dalam. Teragak-agak dan terfikir-fikir. Pautan itu sungguh misteri. Entah apa sebenarnya. Hantu? Jin? Makhluk Asing? Jika benar, pandai pula 'mereka' menggunakan teknologi dan internet. Cuak, berbaur dengan sedikit sangsi. Manalah tahu, ada manusia lain yang sengaja mengenakan gurauan ke atasnya. Kalau benarlah begitu, gurauan ini memang melampau dan langsung tidak kelakar!

Rasa ingin tahu dalam diri membuak-buak. Qusyairi merenung skrin komputer ribanya agak lama.

Kemudian, tangan kanannya mula bergerak mencapai tetikus.
Last edited by Nicki_Meow on 17-9-2014 09:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 09:22 AM | Show all posts
spooky betul...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 09:34 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-9-2014 09:09 AM
Seperti kamu, aku juga makhluk Tuhan.

Membaca jawapan yang tertera, Qusyairi terangguk-angguk sen ...

ok Qusyairi...let's do this..

tekan saja...

nanti jumpa puteri Arania dan Syakilla tu..

kanggg...duk terbayang2 plak cam Adam tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 09:36 AM | Show all posts
Ipo posted on 17-9-2014 09:34 AM
ok Qusyairi...let's do this..

tekan saja...

pandai Ipo... tp nampaknya mcm Ipo plk yg excited lebih... hahahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 09:42 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 17-9-2014 09:36 AM
pandai Ipo... tp nampaknya mcm Ipo plk yg excited lebih... hahahahahha

kan ipo suka benda pelik2 ni...msitik, misteri, seram..

nanti Qusyairi akan masuk ke dalam skrin komputer tu..dan tercampak ke bumi Amariya..macam citer fantasi mat saleh tu...or citer The Ring tu...hantu kuar dari kaca tv..or macam citer Death Note..buka je komputer, ada mesej..."Your Turn"

tak gitu Nicki??
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 10:26 AM | Show all posts
Ipo posted on 17-9-2014 09:42 AM
kan ipo suka benda pelik2 ni...msitik, misteri, seram..

nanti Qusyairi akan masuk ke dalam ...

... menarik tu Ipo... Nicki... sambung lg...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 10:59 AM | Show all posts
mana syaaaaaaakilaaaa.... mana syaaaaaakilaaa...akupon tak tahuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 02:27 PM | Show all posts
ooohh.. ohh...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 09:28 PM | Show all posts
oh.. oh....
dapat masuk tak dunia amariya tu?

debo
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 02:24 PM | Show all posts
Cer baca ni Nicky.. sama konsep kah ngan citer ni?

http://www.penulisan2u.my/2012/09/cerpen-mia-quzaira/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 02:47 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 18-9-2014 02:24 PM
Cer baca ni Nicky.. sama konsep kah ngan citer ni?

http://www.penulisan2u.my/2012/09/cerpen-mia-q ...

Baru baca.

Yup, sama konsep - travel to another 'world'.

Ada beberapa buku yg konsep mcm ni

Rayyan Fantasi - RAM
Yuda di Padang Maya - Xarine
Tak ingat tajuk tapi ada watak Rizal dan Alaynis

And film - Narnia, Avatar, Thor, Alice in Wonderland, Never Ending Story

Iols buat sumber inspirasi gituks...



Last edited by Nicki_Meow on 18-9-2014 02:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 03:04 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-9-2014 02:47 PM
Baru baca.

Yup, sama konsep - travel to another 'world'.

iye tapi dlm citer meow ni..
Qusyairi dan pembaca masih lagi terkebil2.. bermimpikah? realitikah? fantasikah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.076966 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list