CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3020|Reply: 33

[Tempatan] Cina Dap perlu buang ultra kiasu untuk diterima jadi Malaysian sejati

[Copy link]
Post time 29-8-2014 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Saya amat bersetuju dengan kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, bahawa peluang untuk melihat rakyat negara ini tidak terpisah dengan batas kaum sangat kecil. Bermakna, politik perkauman memang tidak dapat dielakkan, malah semakin menebal.

Katanya lagi, perkara ini berpunca dari “kontrak sosial” yang dipersetujui, agar setiap kumpulan etnik dapat mengekalkan identiti budaya dan cara hidup tersendiri. Keadaan semakin serius, bila mana kita tidak mahu berubah. Kita tidak akan berjaya menjadi warga Malaysia sebenar.

Keadaan ini berbeza dengan negara seperti Filipina, Thailand dan Indonesia, yang mana golongan minoriti dan keturunan mereka mendukung budaya dan bahasa tempatan (nasional). Misalnya, 3 orang bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra (juga adiknya, Yingluck) dan Chuan Leekpai, bekas presiden Filipina Corazon Aquino, serta gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama, kesemuanya berketurunan Cina.

Kenapa semua pemimpin di atas boleh diterima oleh penduduk asal, walaupun mereka berbeza bangsa? Jawapannya mudah, mereka telah mengasimilasikan diri mereka menjadi orang tempatan. Agenda tempatan menjadi agenda negara. Budaya dan cara hidup bangsa pribumi diutamakan dari segalanya.

Jika persoalan bangsa dibangkitkan, mereka akan meletakkan nama negara/bangsa asal terlebih dahulu, seperti kata-kata saya orang Indonesia Cina, atau Filipina Cina.

Bukan seperti kita, awal-awal akan sebut kita akan sebut bangsa di hadapan berbanding negara. Lebih jelik lagi, kadangkala kita malu untuk mengaku rakyat Malaysia.

Kenapa jadi sebegini? Kenapa kita gagal menanamkan semangat patriotisme, cintakan agenda negara?

Kegagalan membina bangsa Malaysia cinta agenda negara, tidak hanya terhenti kepada orangnya (rakyat) malah lebih buruk lagi kepada institusinya. Cuba lihat pada insitusi pendidikan dan sewaktu dengannya. Adakah bahasa Melayu didaulatkan? Misalnya bangunan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) yang hampir siap di Seri Kembangan, Serdang. Belum pun siap bangunan tersebut, logo Cina mereka sudah dinaikkan dan berdiri megah kepada sesiapa sahaja yang melalui lebuhraya berhampiran Petronas Solaris Serdang.

Lebih pelik lagi, sebuah bank yang dahulunya bank bumiputera, pada 21 Jun 2011, turut menyumbangkan wang sebanyak RM200,000 bagi turut pembinaan dan sumbangan peribadi bernilai RM5000, bagi tujuan pembinaan bangunan 13 tingkat tersebut.
Pernahkah PBT atau majlis perbandaran atau sesiapa sahaja yang menderma mengenakan syarat, bahawa agenda kebangsaan hendaklah didaulat kepada orang dan bangunan. Langsung tidak pernah bukan? Demokrasi kita terlalu bebas? Tidak hairan jika ada pesta bogel.

Ke mana hala tuju Malaysia? Sudahlah perlembagaan memberikan kelonggaran, setiap bangsa bebas untuk mengamalkan agama, sekolah dan bahasa masing-masing. Kita mengambil kesempatan dan memanipulasikan semua keadaan.

Kita langsung tidak mensyaratkan supaya apa jua premis-premis atau papan tanda atau nama bangunan (kedai) agar mendaulatkan bahasa kebangsaan. Saya sarankan, jika sudah tidak pandai jaga bandar, letak jawatan sahaja.

Sama juga SJKC. Sangat sedikit yang logo atau lencana atau nama bangunan sekolah diletakkan bahasa Melayu sebagai yang pertama. Lebih ekstrim lagi ada yang sepatahpun bahasa Melayu tidak ada pada lencana dan bangunan sekolah.

Sekolah tersebut seolah-olah tidak berada di Malaysia, tetapi di China, Hong Kong dan Taiwan. Saya semakin keliru, kita mahu bawa ke mana negara kita ini? Apakah pemimpin negara pernah terfikir tentang perkara ini? Atau kita sengaja mahu membiarkan negara kita ini caca merba?


Saya amat yakin, selepas artikel ini disiarkan, ia dipublisitikan serta dipropagandakan laman web ultra kiasu, supaya saya akan dihentam, dikutuk dan dihina seteruk-teruknya.

Adakah seruan saya tidak menyeru kepada perpaduan nasional? Jika perpaduan itu dalam pelbagaian (Unity in diversity) adalah idaman kita, kepelbagaian yang bagaimana yang perlu dibentuk? Perlu ada garis panduan. Jika tidak, perbezaan ini akan membawa kehancuran.

Saya bukanlah mencadangkan perpaduan itu adalah kesegaraman (unity is uniformity) seperti yang dilakukan banyak negara lain. Kita sudah hampir mustahil untuk mencapai ke arah itu. Tetapi sekurang-kurangnya, ambillah sedikit inisiatif untuk menyatu-padukan rakyat berbilang kaum dan budaya ini, sebelum terlambat, dengan berpegang kepada agenda nasional. Bukan dibiarkan bebas begitu sahaja

Pertama, wujudkan undang-undang atau garis panduan dalam mendaulat agenda negara. Kuatkuasakan serta merta. Kata-kata Malaysia truly Asia, memang sedap didengar, lagunya sedap. Tetapi apakah Truly Asia itu caca merba. Tidakkah perlu ada sesuatu yang perlu dipegang bersama?

Kedua, kerajaan atau syarikat swasta mesti menghentikan sumbangan terhadap badan/institusi atau NGO yang tidak mendaulatkan agenda negara. Tidak tidak beri pengecualian cukai.

Ketiga, tindakan hendaklah diambil terhadap mereka yang meminggirkan agenda kebangsaan. Mulai sekarang, wajibkan penggunaan bahasa Melayu dikhalayak dan sekolah. Setiap nama bangunan mesti dimulakan dengan bahasa Melayu, diikuti dengan bahasa lain. Begitu juga dengan nama jalan dan sebagainya.

Keempat, Sekolah Wawasan mesti lebih banyak dibina dan dipaksakan, bukan menambahkan SJKC/T.

Bertindaklah sebelum terlambat. Jika tidak, sampai bila-bilapun kita akan terus menghadapi masalah yang sama.



PSST : Saya amat bersetuju dengan kata-kata Saudara Ridhuan Tee ini. Kalau puak-puak ultra kiasu Cina Dap ini hadap sangat dengan bahasa dan budaya depa, seharusnya lebih baik berampos aja ke China atau Taiwan. Tapi jika depa memilih untuk terus tinggal di Malaysia, Bahasa Kebangsaan dan budaya tempatan harus dijunjung tanpa sebarang syarat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 10:03 PM | Show all posts
dongzhong tu siapa jumpa? cina dap atau ds najib? siapa yang luluskan peruntunkan untuk sjkc? yang bagi status kolej utar kepada universiti siapa?

tepuk kepala sila berfikir. cina mmg mahukan semua mereka punya. tp pemimpin melayu takut cina. kenapa tak salahkan pemimpin melayu lebih tegas??

kalau pemimpin melayu tak tegas jadi mcm singapore. dulu singapore milik malaysia. sekarang dh jadi 2 kali ganda maju berbanding malaysia.

singapore maju tanpa umno
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:05 PM | Show all posts
cina kiasu dlm bn (mca/gerakan) je yg ada.
dorang mana reti bercampur dgn kaum lain.

hapus je parti2 perkauman dgn pertubuhan2 ketuatnan rasis.
komfom malaysia aman.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:10 PM | Show all posts
harap lebey ramai cina DAP yg comel camni

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:11 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana pulak setakat 3 PM Thailand berketurunan Cina? Dah berbelas dah. Abhisit Vejjajiva, Suchinda Kaprayoon, Chatichai Choonhavan, Thanin Kraivixien, Anand Panyarachun semua tu keturunan Cina. Ramai lagi selain mereka ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2014 10:16 PM | Show all posts
bangcak posted on 29-8-2014 10:05 PM
cina kiasu dlm bn (mca/gerakan) je yg ada.
dorang mana reti bercampur dgn kaum lain.

yang racist :

UMNO - MELAYU
MCA - CINA
MIC - INDIA

yang tak racist :
PKR- MELAYU CINA INDIA
PAS- MELAYU CINA INDIA
DAP - MELAYU CINA INDIA

jadi sebab politik DAP dipersalahkan.

sedangkan yang tuntut agenda cina sjkc, kolej UTAR , dong zhong adalah MCA. jadi cmne nak salahkan DAP? pembohongan penipuan pekara biasa bagi politician.

siapa yang jadi PM masa singapore berpisah daripada malaysia? kenapa PM tak tegas terhadap cina kiasu?

betul cakap tun, cina2 kiasu dah besar kepala, tp puncanya apa?? punca sebab pemimpin melayu tunduk pada cina..agenda bangsa malaysia saya tidak sokong, sebab melayu akan ditindas.

bila cina, india jadi satu bangsa malaysia, bangsa melayu akan lagi ditindas. tidak cukup pemimpin melayu rompak duit rakyat, ternak lembu dalam kondo, bank islam hutang rm 70 juta, pkfz, rasuah sana sini? nak tambah lagi naikkan bangsa lain?

fikirlah untuk bangsa melayu. kalau bangsa melayu tak prihatin tengoklah nanti generasi akan datang. tengok di johor. orang melayu duduk mana? siapa duduk kawasan mewah?? siapa yang kaya raya? siapa yang banyak duit? johor kubu UMNO?

tengok nasib indonesia, mana nasib orang melayu indon? siapa kaya di indon? adakah melayu? adakah melayu indon terbela. banyak kesan negatif sekiranya agenda bangsa malaysia di hidupkan. bangsa melayu masih lemah. pemimpin melayu lagi lemah.

jangan dilayan kehendak DAP dan MCA, kenakan tekanan pada mereka untuk bantu bangsa india dan melayu. ni malaysia. bukan tanah besar china.

fikirkan lah orang melayu.




Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudikah awek Melayu join MCA?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Habibie pernah ckp " golongan minoriti kalau ditindas, mereka akan semakin kuat kerana mereka akan bersatu"

Jadi malaysia juga kene hentikan penindasan dan diskriminasi terhadap golongan minoriti , mcm kuota bumi, hak istimewa dll yg menimbulkan ketidak puas hatian terhadap antara rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:47 PM | Show all posts
nmpk tajuk, mesti kitkan ridhuan teh
si teh ni dh ditendang upnm april lps...

jap lg geng2 ikan masuk la....an, dijek dan yg sewaktunya

ps: masih x dpt layan amoi jipun lg kah? mlm2 geni sunyi sgt?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 10:54 PM | Show all posts
kiasu konon.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
aku x rasa dap tu racist. aku rasa mca tu yg racist. mca, gerakan dedua racist.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:10 PM | Show all posts
Allahyarham Tun Dr Ismail dan Tun Pak Lah,

tok wan belah mak Cina Muslim
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:21 PM | Show all posts
PongKang posted on 29-8-2014 11:05 PM
aku x rasa dap tu racist. aku rasa mca tu yg racist. mca, gerakan dedua racist.

DAP ada pelbagai kaum dalam parti. MCA, UMNO dan MIC cuma ada kaum tertentu dalam parti. Now you tell me, who's more racist?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 29-8-2014 11:21 PM
DAP ada pelbagai kaum dalam parti. MCA, UMNO dan MIC cuma ada kaum tertentu dalam parti. Now you t ...

aku n kawan2 non partisan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 11:59 PM | Show all posts
Sekolah Srjk cina tak boleh diorang nak ketepikan...ni diorang punya sekuriti esok jadi apa apa sini senang balik sana,bahasa mandarin dah reti senang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 12:11 AM | Show all posts
kbyne posted on 29-8-2014 11:59 PM
Sekolah Srjk cina tak boleh diorang nak ketepikan...ni diorang punya sekuriti esok jadi apa apa sini ...

Ko ni bergurau je kan? Ko ingat semua Cina di Malaysia fasih Mandarin? Jika fasih pun, Cina ada ke nak balik sana? Cina boleh hidup mana-mana sajalah.
Ikut balik perlembagaan napa SRJK masih wujud baru boleh berbincang lebih lanjut bro.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Haramkan sjkc..dan berbagaikan bahasa di sek kebangsaan..tak suka angkat kaki..pi mana lu suka..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 04:55 AM | Show all posts
bubarkan BTN dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 05:22 AM | Show all posts
. Lebih ekstrim lagi ada yang sepatahpun bahasa Melayu tidak ada pada lencana dan bangunan sekolah.

SJKC mana tuh ? Boleh bagi contoh ?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.497494 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list