CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: abubakarta

Doa kucing pada tuannya.

[Copy link]
Post time 6-9-2014 05:28 PM | Show all posts
ilhamammar posted on 30-8-2014 04:36 PM
abg aku kawin 25 taon xde anak...start die bela kucing taon lps, taon ni kak ipar aku ngandung.. jgn ...

Silap silap kucing tu pulak yg lenjan isteri abang ko...manalaa tau kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2014 08:25 AM | Show all posts
elok jek mak aku ngasuh baby dr umo 3 bulan hingga dh setahun lebih dgn berbelas-belas ekor kucing kat rumah tuh. takde plak mak baby tu mengadu anak dia sakit, lelah ke apa. makin aktif lg ada larr... sedap dok membuli kucing2 kesayangan aku tu. dan leh lak time tgh melalak2 sampai serak anak tekak pas tgk kucing terus gelak2. apa punya teori daa...?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 11:40 AM | Show all posts
doa kucing hanya memberi kesejahteraan kepada sesiapa yang memberi kucing tu makan / kepada tuan yang menjaganya..

pasal membawa kemudaratan kepada penjaganya, itu kuasa Allah s.w.t semata-mata..

arwah sepupu(perempuan) suami,bela kucing. anak pertama gugur, anak kedua pulak sepupu meninggal dunia sebab lung infection.

Puncanya?
Mungkin dari kucing / persekitaran / allergic / pembawakan baby, tapi yang ktorang cuma tahu ini cuma penyebab saje..
Yang berkehendak, tetap dari Allah Yang Maha Esa..

Janganlah meletakkan hukuman beban yang berat kepada makhluk lain yang tak berdosa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 11:52 AM | Show all posts
Arwah mak aku sangat sukakan kucing dan selalu membela kucing dari dia muda lagi sampai lah anak bongsu dia yang ke 15 berusia 30 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 03:13 PM | Show all posts
Kucing aku cam...
"Manusia bodoh...!!! Mana makanan aku? Tengok aku..!!! Jangan main laptop..!! Jangan pergi kerja...!!!!TENGOK AKU!!!! Now, bagi makanan ko kat aku.!!!! Ko x yah makan!!!!!"
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 05:42 PM | Show all posts
aku dlu pun pernh dangr hal ini..bnda ni bg aku kebetuln n rezeki memasing..kucing memg ade sejenis kuman dimana akan mnjejaskn janin.


ade dua perstwa yang berlaku pernh aku nmpk sndri...ade satu kisah ni jiran lama aku,lama dia bela kucing,org cakap klu kucing kite bela tu kite bru khwin memg kite susah dapt anak,sebb kucing tu tkut tuan dia beralih kash sayang kalau ade anak,tu sebb dia xbg tuan dia ngdung.sejauh mane kebnaran tu tk thula,so 5thun dia khwin tkde anak dia pun tknk da la bela kucing,dan akhirnye sambil hri2 makn taugeh n tidak ade kucing lg akhrnye beliau ngdung..kebetulan atau belum rezeki,walaulam

kisah kdua ni..dia pun lama kwin takde anak,so bosan la kt umh laki je keje bini tak keje,dia pun bela la kucing untk elak rasa sunyi,dan tk lama tu dia ngdung..ade org cakap kite bela kucing,kdg kucing tu doa untk tuan dia jugak..walaulam..


sorri kalau kisah ni dah lari dr tjuk TT..perkongsian semata2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2014 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Stupid punya teori!
teori2 mcm ni la yg buat org xmo bela..takut xde anak la..xboleh beranak la..bodoh!

rezeki tuh dr Allah..pekejadah plak kucin nk doa2 mcm tuh...kita bela ikhlas...Allah balas rezeki yg baik...
rezeki yg baik dlm pelbagai cara...ujian Allah utk stp org lain2..
awat kalu xde anak tuh kn campak dlm neraka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:48 AM | Show all posts
isk,sian kucing dituduh gitu. aku bela kucing, n skng dah masuk dua anak, alhamdulillah. Lg best kucing aku yg sll teman baby aku tido...syg btol die kat baby aku..hehehe Last edited by sparkling_nonie on 9-9-2014 11:51 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 01:11 PM | Show all posts
Kucing Haiwan Yang Bersih!

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?

Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?

Jawapannya, kulit haiwan ini mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan  

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor.

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.



Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.

Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”

Kabsyah menjawab, “Ya”.

Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.

Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.

Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.

Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.259267 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list