CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5364|Reply: 71

[Tempatan] PAS mahu ketuanan Melayu, Umno mahu hak istimewa, kata Pemuda PAS

[Copy link]
Post time 30-8-2014 06:22 PM | Show all posts |Read mode
PAS mahu ketuanan Melayu, Umno mahu hak istimewa, kata Pemuda PAS
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 30 August 2014

Exco Pemuda PAS Dr Fadli Ghani bercakap di Wacana Kemerdekaan di Universiti Selangor, Shah Alam, hari ini. Beliau berkata hak istimewa Melayu yang diperjuangkan Umno menghina orang Melayu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014.Pemuda PAS hari ini menggariskan lima perkara yang menjadi pertembungan ideologi terbesar di antara parti Islam itu dengan Umno sejak zaman menuntut kemerdekaan lagi.
Satu daripadanya ialah di antara mempertahankan hak ketuanan Melayu yang diperjuangkan PAS dan hak keistimewaan orang Melayu yang dituntut Umno, yang disifatkan Exco Pemuda PAS Dr Fadli Ghani sebagai "banyak merugikan orang Melayu".
"PAS berkeras Melayu mesti ditegaskan hak ketuanannya, tetapi Umno berkata hak istimewa," kata beliau, sambil memberikan perbandingan sebuah rumah.

"Kalau rumah ini rumah kita, tuan mempunyai hak atas rumah. Tetamu hanya dapat hak istimewa tempat yang tuan rumah berikan. Hak istimewa bererti mengecilkan dan menghina orang Melayu," katanya dalam Wacana Kemerdekaan di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.
Perkara kedua, kata Fadli, ialah tentang Islam sebagai agama rasmi.
Katanya, PAS sentiasa mahu Islam dijadikan agama rasmi negara, bukan seperti Umno yang menjadikan Islam agama Persekutuan.
Katanya, apabila Islam disebut sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan, maka ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebuah negara sekular.
"PAS berpegang Islam mesti menjadi agama rasmi supaya Islam boleh ditegakkan secara adil.
"Umno berpegang Islam menjadi agama Persekutuan dengan maksud negara ini berpegang kepada keduniaan atau negara sekular," katanya.
Berkenaan merdeka, Fadli berkata PAS dari dahulu mahu kemerdekaan yang dikecapi negara dinikmati sepenuhnya dan bukan dari aspek politik semata-mata.
Katanya, apa yang dihajati Umno hanyalah mengadakan sebuah kerajaan sendiri walaupun ekonomi negara masih ditadbir penjajah.
"PAS bercakap sejak awal, kemerdekaan itu mesti kemerdekaan yang penuh, bukan dari segi politik sahaja, tetapi dari segi ekonomi dan agama.
"Sedangkan Umno bercakap soal berkerajaan sendiri. Maknanya, yang penting boleh jadi kerajaan, walaupun British kawal ladang dan lombong tidak menjadi masalah.
"Yang penting mereka boleh jadi perdana menteri dan memerintah," katanya.
Seperkara lagi yang menjadi pertembungan antara PAS dan Umno menurut Fadli ialah berkaitan kerakyatan yang diberi secara prinsip Jus Soli kepada orang Cina dan India di bawah kontrak sosial pada 1957.
Katanya, paling menyedihkan dalam sejarah lebih 50 tahun kemerdekaan negara ialah Umno didakwa dengan mudah sanggup menjual kerakyatan negara kepada MCA.
Ini berbeza dengan PAS yang mahu seseorang warganegara itu diiktiraf berdasarkan kesetiaan mereka kepada negara dan keinginan menetap di negara ini.
"PAS mengiktiraf imigran bukan Melayu menjadi rakyat dengan syarat kesetiaan. Jika dia setia dan berniat untuk tinggal di sini selama-lamanya, kita boleh terima.
"Sedangkan, Umno menjualnya kepada MCA dengan murah dan menerima kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran," kata Fadli. – 30 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.2JR4olmG.dpuf

calling @MelahJanda
skrg pas pun main ketuanan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
aik bkn ke  biasanya pas sinonim dgn perjuangkn islam tak kisah apa bangsa?

rasa pelik bila pas sebut ttg ketuanan dan bangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendek cerita, pas dan umno tak perlu bersatu.
dalam pakatan PR sekarang apa yg PAS dpt pulak. Adakah apa yg diperjuangkan oleh PAS itu mampu dicapai.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 06:58 PM | Show all posts
Bodohnya Fadli ghani.


Hak istimewa = lambang ketuanan. Sebagaimana pegawai atasan dalam sesebuah syarikat nikmati lebih keistimewaan berbanding pekerja biasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2014 07:08 PM | Show all posts
Suchi posted on 30-8-2014 06:28 PM
aik bkn ke  biasanya pas sinonim dgn perjuangkn islam tak kisah apa bangsa?

rasa pelik bila pas s ...

ak pon tekejut juga.. umno isma skr ni pas plak main ketuanan haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:21 PM | Show all posts
PAS ni memang parti kuat mebuhung...... Maideen tengok mbuhung ni dah macam suatu way of life bapi geng sarban nih.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2014 07:21 PM | Show all posts
Merugikan melayu konon. Ye lah tu.



Last edited by BotakChinPeng on 30-8-2014 07:22 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2014 07:26 PM | Show all posts
Maideen. posted on 30-8-2014 07:21 PM
PAS ni memang parti kuat mebuhung...... Maideen tengok mbuhung ni dah macam suatu way of life bapi ...

pas dah hilang sokongan org cina.. sekarang nak main ketuanan pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas dah mabuk daun ketum lah tu.

Waima apa pun pas mahu..ketuanan ka..hak tuan rumah ka..Islam agama rasmi ka...ko tetap tidak diterima oleh majoriti org melayu.

Krn pas dilihat tidak berpendirian..bila2 masa boleh flip flop uturn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2014 07:31 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 30-8-2014 07:27 PM
Pas dah mabuk daun ketum lah tu.

Waima apa pun pas mahu..ketuanan ka..hak tuan rumah ka..Islam ag ...

pas mmg mudah uturn pasal byk ketua dalam parti tu.. ada suara ulama(konon), liberal,aktivis dn lain2. masing2 nak menang sebab tu byk uturn.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. posted on 30-8-2014 07:21 PM
PAS ni memang parti kuat mebuhung...... Maideen tengok mbuhung ni dah macam suatu way of life bapi ...

Melayu tu assiobiah..assobiah kehulu assobiah kehilir...isle tak ajar bangsa2...isle lagi penting..
..lani pas ckp pasal ketuanan melayu..

Nak ckp hudud pun skrg payah..pas nak isle agama rasmi...Mcm lah dap dan pkr akan angguk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat depan sana boleh U turn....ambik kiri, himpit kanan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:39 PM | Show all posts
diner posted on 30-8-2014 07:26 PM
pas dah hilang sokongan org cina.. sekarang nak main ketuanan pulak

Golongan Melayu rendah akal pon ada jugak yang termakan pembuhungan PAS ini. Izinkan Maideen dengan rendah diri berkongsi dengan diner salah satu pembuhungan PAS untuk peringatan dan renungan bagi kita bersama.....

Lobai lobai PAS sering membawa cerita untuk menipu golongan rendah akal untuk mengkagumi mereka. Jika sebelum ini mereka membawa cerita yang pesawat yang membawa mayat Fadil Noor ke kampongnya untuk dikebumikan senantiasa diiringi awan, izinkan Maideen dengan rendah diri berkongsi cerita tentang kisah seorang lobai PAS bernama Hoslan Hussin ...

Hoslan Hussin merupakan seorang lobai PAS yang terpaksa meninggalkan quarters Masjid yang didiami dengan keluarganya kerana dia tidak lagi menjadi penolong imam di Masjid tersebut. Tuan punya quarters itu telah mendapatkan perintah untuk Hoslan keluar. Dia merayu sampai ke mahkamah Persekutuan. Malangnya di mahkamah Persekutuan rayuannya telah difailkan di luar masa dan Mahkamah Persekutuan tidak mahu mendengar rayuannya.

Lobai Hoslan telah kemudian membaling seliparnya kepada Hakim Hakim yang bersidang.

Akibah dari perbuatannya yang biadap dan menghina Mahkamah ini, lobai Hoslan telan dijatuhkan hukuman satu tahun penjara! Ini berlaku pada bulan Mac 2012. Dihari yang sama Kuala Lumpur telah banjir. Maka lobai lobai PAS pon mengambil kesempatan mengaitkannya dengan kezaliman yang telah dilakukan terhadap lobai Hoslan (oleh Kerajaan dan UMNO. Siapa lagi? Prrrrrrrrpffftght)

Tak apa lah itu.... yang lebih menarik lagi ialah lobai lobai PAS telah mengatakan bahawa semasa di penjara Lobai Hoslan selipar telah berjaya mengIslamkan 2 orang banduan lain. Maka kagumlah orang orang berakal rendah dengan kehebatan PAS. Maideen percaya ramai yang menitiskan air mata kesyukuran....

Izinkan Maideen pastekan di sini keratan laporan tentang dakwaan itu:

Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. -mk


Maideen yakin dengan tersiarnya berita ini, golongan akal rendah akan merasa yakin bahawa Lobai Hoslan Selipar berada di pihak yang Haq!

Bila membaca laporan itu ada ulamak PAS yang menginsuniasikan bahawa sebenerrrrnya bukan Lobai Hoslan yang membaling selipar kepada hakim hakim tetapi Allah SWT yang membalingnya.

Lantas mereka mengeluarkan ayat Quran yang ada diterjemahkan seperti berikut:

Maka (hakikatnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka tetapi Allah jua yang membunuh mereka. Dan bukan kamu (pada hakikatnya) yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah jua yang melempar. Dan Dia (Allah) hendak menguji orang yang beriman dengan ujian yang baik daripada-Nya (daripada Allah). Sesungguhnya Allah adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).Al-Anfal: 17

Oleh kerana sifat mahu menipu orang memanjang, maka terpaksa pulak pihak penjara mengeluarkan kenyataan akhbar berikut:

Izinkan Maideen mengepastekan laporan yang disiarkan oleh Sinar harian:

Jabatan Penjara nafi Hoslan islamkan banduan
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Mac 2012


SHAH ALAM - Jabatan Penjara menafikan laporan media bahawa bekas imam Hoslan Husin, yang kini ditahan di penjara berhubung kesalahan menghina mahkamah, telah mengislamkan dua orang banduan di Penjara Kajang.

Hoslan menjalani hukuman penjara satu tahun sejak 8 Mac lalu kerana membaling kasut ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan.

"Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan oleh media berkenaan kerana mendapati ia bertentangan dengan tatacara dan prosedur Jabatan Penjara.

"Hasil siasatan mendapati laporan (media) adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan media.

Menurut Supri, berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan di penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya oleh banduan lain.

Misalnya menurut beliau, sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk Islam, proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan.

"Ia bagi memastikan pengislaman tersebut dilaksanakan secara teratur," katanya.

Menurut beliau, salah seorang yang dilaporkan diislamkan oleh Hoslan sebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dia dipenjarakan.

"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam, yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat," kata beliau.

Malah dalam kenyataannya, Supri menekankan bahawa "dimaklumkan juga pegawai agama atau pembantu pegawai agama yang menjadi imam kepada banduan di surau-surau di dalam penjara dan bukannya banduan."

Selain itu kata beliau, semua program keagamaan Jabatan Penjara akan dikendalikan oleh penceramah bertauliah atau pegawai agama penjara.

"Kemungkinan penama (Hoslan) di atas hanya menjadi imam di sel di mana dia dia ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari

.
"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu, pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah dalam sel, pada waktu tersebut  banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka," katanya lagi.


Nah ..... inilah sifat dan perangai PAS PIS PUS yang menaku memperjuangkan Islam. Fitnah dan tifu adalah "Way of life" bagi mereka.

Wallahualam.


Lobai Hoslan Selipar, pejuang Isle PAS

Last edited by Maideen. on 30-8-2014 08:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik.....ape dah jadi PAS........agen perpecahan ummah
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
PAS mau makan taik sundiri...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 07:49 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 30-8-2014 07:33 PM
Melayu tu assiobiah..assobiah kehulu assobiah kehilir...isle tak ajar bangsa2...isle lagi penting. ...

Dia lupa dia dulu assobiyyah ke hulu assobiyyah ke hilir...... prrrrrrrrrpffffftght
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 07:59 PM | Show all posts
aku ingatkan diorang tentang UMNO sebab UMNo rasis, rupanya sebab tak cukup rasis....

next !



Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 08:07 PM | Show all posts
Maideen. posted on 30-8-2014 07:39 PM
Golongan Melayu rendah akal pon ada jugak yang termakan pembuhungan PAS ini.  Izinkan Maideen de ...

ambo kagum aaa ngan maideen.... sah nanti dikutuk tolak islam kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 08:13 PM | Show all posts
dino posted on 30-8-2014 08:07 PM
ambo kagum aaa ngan maideen.... sah nanti dikutuk tolak islam kan...

Bukan setakat tolak Isle, malah anti dan menghina Isle......prrrrrrrrrrrrpfffffftght
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. posted on 30-8-2014 08:13 PM
Bukan setakat tolak Isle, malah anti dan menghina Isle......prrrrrrrrrrrrpfffffftght

Ago yo seen mmg ubah my perspective towards pas...kalau deen tak bgtau I mmg tak tau cerita ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.304106 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list