CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Bukti DAP cabar perlembagaan : Video LGE hasut PPS lawan KPN di post # 184

[Copy link]
Post time 2-9-2014 06:20 AM | Show all posts
blastoff posted on 1-9-2014 11:21 AM
PR sendiri buat mende tak kena so tak yah dok tuduh salahkan orang lain bila perbuatan depa sendir ...

itu yang meke nak kita tahu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2014 08:10 AM | Show all posts
Pelindung posted on 1-9-2014 10:04 PM
aku pun x peduli pps cume terkejut jugak time merdeka, time tu juga tangkap. Apa wayang polis nk m ...

Nape polis tangkap time perarakan ? Reason yang aku boleh fikirkan

1) Time tulah boleh tangkap ahli2 serentak beratus orang , senang dan tak bazir masa buru sorang2.

2) Kalau tangkap time biasa2 kang LGE boleh simply nafikan je kewujudan PPS ni , almaklum la dah la tak berdaftar segala .
So polis nak prove camne kewujudannya tu. Dah depa keluar berarak siap beruniform segala dengan announcement kewujudan pertubuhan ni kepada orangramai time perarakan tu , tunggu apa lagi apabila bukti dah depan mata gitu .... tangkap je le

2) Rakyat boleh lihat sendiri akan kewujudan PPS memandangkan depa berarak depan mata rakyat dan wartawan .
So tarak sapa yang boleh kata polis cuba fitnah LGE mengenai kewujudan PPS ni .
Persepsi rakyat penting agar tak wujud keadaan di mana polis terpaksa habis masa layan tuduhan liar rakyat ke atas depa , memandangkan depa deal dengan satu kerajaan negeri yang punya ramai pengikut taksub yang sentiasa cari jalan nak kenakan polis je .

3) Perarakan hari merdeka maka hari terbaik untuk memerdekakan Penang dari cengkaman ketua mafia dan macai2 mafianya yang bergelar PPS .

So bagi aku pihak polis cukup bijak apabila mereka memilih hari tu untuk bertindak .

Wa tabik lu la pak polisi because you plan first discreetly before you act unlike LGE .

Last edited by blastoff on 2-9-2014 08:16 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 08:25 AM | Show all posts
kecimpret posted on 1-9-2014 11:14 PM
ke nak kena tgg lebih 5 tahun cam PPS ni baru amik tindakan?

Of course nak kena tunggu hingga terkumpul banyak bukti sebelum tangkap, lagi pun polis tentu nak tengok dulu hala tuju pertubuhan ni sebenarnya camne  , so sekarang dah terbukti ia boleh mengancam keselamatan negara maka tunggu pe lagi tangkap je le.

Gitu jugak dengan pertubuhan arqam dulu, mana ada tangkap terus walau berapa lama depa dok sebarkan ajaran depa tu, dah dikenal pasti ancamannya baru lah polis bertindak walau makan masa bertahun sekali pun.

Lagi lama tunggu, lagi banyak kesalahan yang depa buat, lagi banyak bukti , lagi senang nak charge depa di mahkamah . Its all about planning discreetly and wisely with great patience.

Something yang para pemimpin PR totally lack of.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 08:45 AM | Show all posts
Sehari sebelum 31 haribulan, LGE mengisytiharkan dengan lantangnya di perhimpunan PPS bahwa dia dan ahli2 PPS telah bersedia untuk melawan ketua polis negara ,

malah segala peruntukan pembiayaan dari kerajaan negeri sudah ada untuk membantu dalam segala sudut termasuk saraan kaum keluarga jika ada ahli2 PPS yang di tangkap kerana aktiviti mereka melawan penguatkuasa tertinggi negara .


Click link ni    http://www.bnbbc.my/?p=22809   untuk lihat video ucapan LGE yang berapi2 menghasut ahli2 PPS untuk melawan ketua polis negara , its all recored in a video for all to see  


-------------------------
http://www.bnbbc.my/?p=22809
Video: Guan Eng isytihar PPS menentang KPN
        
        1 SEPT: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikatakan sengaja mencetuskan provokasi dengan  membakar semangat anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS)  supaya menentang Ketua Polis Negara itu.
Ia berikutan kenyataan  Guan Eng dalam satu perhimpunan bersama anggota PPS sehari sebelum 31 Ogos yang menegaskan mereka hanya menentang Ketua Polis Negara dengan alasan untuk mempertahankan kebenaran.
Menerusi rakaman video, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, mereka tidak melawan anggota polis sebaliknya Ketua Polis Negara sahaja.
Malah Guan Eng menjerit akan melawan habis-habisan dengan mana-mana pihak yang cuba menghalang PPS daripada beroperasi.
Tindakan di luar batasan Guan Eng ini menunjukkan beliau mahu anggota PPS meneruskan aktiviti tanpa khuatir perundangan negara.
Disini ada sebahagian klip video yang dirakam ketika perhimpunan itu yang antara lain Guan Eng berkata, pihaknya akan menyediakan peguam mempertahankan anggota PPS yang ditahan. – bnbbc.my



Last edited by blastoff on 2-9-2014 04:06 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 08:57 AM | Show all posts
Kerajaan M'sia perlu tangkap LGE kerana menubuhkan satu pertubuhan untuk menentang perlembagaan dan undang2 negara . Dah ada video sebagai bukti hasutan yang di buatnya .

Jangan biarkan sebuah negeri gitu di kuasai oleh pemimpin yang terang2 menghasut rakyat untuk memberontak .  Its high level treason .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 09:20 AM | Show all posts


PAS akan pertahan Unit Amal, kata Mat Sabu
The Malaysian Insider – 43 minutes ago

  • View Photo
    PAS akan pertahan Unit Amal, kata Mat Sabu
        PAS akan mempertahankan pasukan Unit Amal yang ditubuhkan parti itu sekiranya dikenakan tindakan sama seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
        Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam PAS Pulau Pinang semalam, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, berkata setakat ini belum ada apa-apa tindakan pihak berkuasa terhadap Unit Amal PAS itu.
        Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan mana-mana pasukan atau pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan dikenakan tindakan sama seperti terhadap PPS di Pulau Pinang semalam.
        Semalam, polis menahan 156 anggota PPS, termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan RoS.
        Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang turut hadir pada majlis itu, dalam ucapannya berkata kerajaan negeri akan memberikan sumbangan kepada semua anggota PPS yang ditahan dan meraikan mereka dalam satu majlis sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan mereka.
        "Kerajaan negeri akan memberikan RM200 sehari mengikut berapa hari mereka di dalam lokap. Kalau dua hari dia akan dapat RM400. Sumbangan ini tidak seberapa dengan pengorbanan mereka yang terpaksa berada dalam lokap," katanya. – Bernama, 2 September, 2014.



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-9-2014 09:23 AM | Show all posts
156 pemberontak dan pengkhianat negara bakal dapat RM 200 x bilangan hari di lokap . Duit rakyat di guna untuk tujuan high level treason, itu tak masuk pembiayaan segala aktiviti pemberontakan depa lagi tu yang membabitkan jutaan ringgit .



Last edited by blastoff on 2-9-2014 09:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaum tu sbnarnya xda taat setia pd negara..dh dasar keturunan pendatang..xsedar diri..jgn bagi muka lama2 pijak kpala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2014 09:33 AM | Show all posts
Nak bantu polis konon , padahal nak lawan ketua polis negara yang sama macam nak jatuhkan the whole sistem penguatkuasaan undang2 negara la , kerana ketua polis negara mengetuai semua penguatkuasa undang2 di M'sia .......

Apa aktiviti depa hah sebenarnya ?

Ronda2 satu penang sana sini untuk buat apa sebenarnya nih bagi menunjukkan depa melawan ketua polis negara ?

Untuk menghasut rakyat agar lebih ramai menjadi anggota depa kaaa bagi membentuk angkatan pemberontak yang lebih besar ?

Dari 10 000 bakal membiak jadi 100 000 kemudian 1 000 000 ?

So dah terbukti PPS adalah gerakan menghasut rakyat untuk menjadi pemberontak dan pengkhianat negara .



Last edited by blastoff on 2-9-2014 10:26 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 09:39 AM | Show all posts
nazsh posted on 2-9-2014 09:33 AM
Kaum tu sbnarnya xda taat setia pd negara..dh dasar keturunan pendatang..xsedar diri..jgn bagi muka  ...

Tak semua kaum china lagu tu , yang menyokong DAP secara tegar aje yang bersikap begitu , itu yang DAP cuba perbanyakkan tu, imagine dah bertahun2 PPS wujud baru dapat kumpul nearly 10 000 pemberontak tapi tetap bahaya kalau di biarkan membiak ..... so masih ada banyak lagi kaum china yang tak menyetujui apa yang DAP buat ni atau pun not aware aktiviti depa .

Last edited by blastoff on 2-9-2014 09:41 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 10:31 AM | Show all posts
Najib,

click this link  http://www.bnbbc.my/?p=22809   and watch the video la, tunggu pa lagi

dah terang LGE nak lawan seluruh sistem penguatkuasa undang2 dengan target ketua polis negara gitu

Tangkap sama dia .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 10:35 AM | Show all posts
Tunjukkan video ni di semua media utama negara , siarkannya agar rakyat dapat lihat jelas dari perkataan LGE sendiri jenis pengkhianatan dan pemberontakan apa yang PPS dan dia dah plan nak laksanakan untuk menghuru-hara kan negeri dan negara  .

Last edited by blastoff on 2-9-2014 10:38 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 10:43 AM | Show all posts
Kalau kecam polis pun tiada maaf dah, inikan pulak hasut rakyat untuk melawan KPN malah siap planning macam2 plak tu untuk jayakannya , lagi2 la tiada maaf whatsoever ...... so tengah tunggu ni apa tindakan yang LGE akan kena, dan juga tengah tunggu nak tengok apa kata2 biadap yang LGE si mulut capoi akan luahkan di media    




https://my.news.yahoo.com/tiada- ... tter-140619589.html
Tiada maaf bagimu, kata KPN kepada pengguna Twitter kecam polis

The Malaysian Insider – 12 hours ago

  • View PhotoTiada maaf bagimu, kata KPN kepada pengguna Twitter kecam polis


mengambil tindakan terhadap dua pengguna laman sosial Twitter yang dikesan menghina pasukan keselamatan itu, walaupun seorang daripadanya telah memohon maaf dalam catatan laman Twitternya.
        Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata hari ini polis akan meneruskan siasatan terhadap kedua-dua mereka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Hasutan 1948.
        "Tiada maaf baginya. Tindakan akan diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama sebagai mengulas permohonan maaf Viktor Wong, yang menulis "Hello both @PDRMsia @KBAB51, I am retracting the suggestion on the bastardization and apologize to you and all your members of the force" (saya menarik balik cadangan mengenai 'bastardization' dan meminta maaf kepada anda dan semua anggota pasukan anda).
        Semalam, Viktor Wong dalam Twitternya menulis "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia".
        Heinrich Himmler merupakan antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman.
        Khalid berkata tindakan undang-undang juga tetap diambil terhadap seorang lagi individu yang menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar walaupun dia telah memadamkan "post" dalam laman Twitternya.
        Semalam, Nasrul mengeluarkan kenyataan mengecam polis dan Khalid.
        Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan. – Bernama, 1 September, 2014.


Last edited by blastoff on 2-9-2014 10:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 10:55 AM | Show all posts
Kata dua Zahid kepada Guan Eng           
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
POLIS mendapat perintah tahanan reman sehari ke atas 136 daripada 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan di bawah Akta Pertubuhan 1966 selepas menyertai perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, kelmarin.- UTUSAN/Azman Asmayatim



KUALA LUMPUR 1 Sept. - Kementerian Dalam Negeri mengarahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang membubarkan segera Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) kerana badan itu merupakan sebuah organisasi haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,jika Lim Guan Eng berdegil tidak mahu membubarkan PPS, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu bersedia dan berani untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang dalam masa terdekat.
Beliau yang berdiri teguh dan menyokong penuh tindakan tegas polis ke atas PPS berkata, laporan menunjukkan pasukan itu bukan sahaja bermotif politik tetapi ada dalam kalangan ahlinya terlibat dengan jenayah kekerasan sama ada memukul atau mengugut.
"Tindakan polis ke atas PPS dibuat kerana organisasi ini tidak berdaftar sebagaimana disahkan ROS dan tentu sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah perbuatan mencabar undang-undang sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Memang sejak dari awal lagi polis tidak meluluskan walaupun Guan Eng ada membuat permohonan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kerana kita mendapat tahu bahawa wujud sesuatu yang tidak kena di sebalik objektif mahu menjadikan PPS sebagai sebuah pasukan sukarelawan.
"Jadi sebelum berlanjutan, elok bubarkan sahajalah kerana kalau dibiarkan nanti, negeri lain juga mahu melakukan perkara sama dan ini tidak baik," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Segambut di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Kamarudin Ambok.
Polis semalam menyahut cabaran Guan Eng untuk bertindak ke atas PPS apabila menahan 154 anggota pasukan itu di bawah Akta Pertubuhan 1966 selepas mereka berarak dengan memakai jaket keselamatan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada pukul 10.15 pagi.
Kepada soalan portal propembangkang apakah tidak keterlaluan menahan sehingga 154 anggota PPS, Ahmad Zahid dalam nada sinis menjawab:
"Berapa jumlah yang (difikirkan) sesuai (oleh pembangkang)? (adakah) Kalau tahan dua baru sesuai?"
Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, penahanan 154 anggota PPS dibuat berdasarkan undang-undang selepas beberapa siri peringatan diberi agar mereka menghentikan segala kegiatan tetapi tidak dihiraukan.
Katanya, walaupun beliau tidak terlibat secara langsung dalam isu PPS kerana perkara tersebut membabitkan soal operasi polis, tetapi kementerian memuji ketegasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam hal berkenaan.
"Nasihat saya kepada orang yang mencabar polis ini (Guan Eng) supaya lihat dan baca Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu. Soal keselamatan dan pertahanan ini adalah bidang kuasa kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri seperti yang beliau dakwa.
"Jadi janganlah mencabar polis kerana hanya kerajaan Pusat sahaja yang mempunyai kuasa untuk menubuhkan apa-apa badan bagi tujuan keselamatan dan keamanan," katanya.


Last edited by blastoff on 2-9-2014 10:59 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 11:24 AM | Show all posts
nampaknya PAS dah mula mengasingkan diri dari PKR dan DAP   , Hadi dok sebut cara donations di gunakan oleh PAS , hmm macam nak sindir DAP je yang guna duit kerajaan negeri biayai penjenayah .....

ala PAS weyyy, tunggu pa lagi berpisah je la , DAP kat penang tu dah terang2 pengkhianat negara dan sekarang ni berada dalam self destruct mode , kalau tunggu lebih lama dengan hampa pun akan meletup sekali .

Btw, kalau dah PAS aim nak laksanakan Islam di selangor dan anggap PKR tak sama langsung dengan PAS dari segala segi , nape dok bagi nama ADUN PKR je pada sultan sebagai calon ? Cakap tak serupa bikin la PAS ni ye .







Jangan anggap PAS sama dengan parti lain                                                
                                                HARAKAHDAILY | 01 September 2014.                                                         
                                                                                                               
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.

Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.
Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.
" Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.
Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat.
Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Duat: Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah oleh AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Azhar Yaacob, Duat: Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah oleh Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri dan Duat: Mendepani Cabaran Perang Cyber oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Pidato Am bertajuk Duat: Agen Jamaah akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohd Nor dan AJK DUPP merangkap Ketua DUPN Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan merasmikan majlis penutup pada jam 5.00 petang. - HARAKAHDAILY 1/9/2014






----------------------------------
http://www.nst.com.my/node/29165
    Hadi:  We differ from PKR, DAP          
By AINA NASA - 2 September 2014 @ 8:14 AM       
   
  

      KUALA LUMPUR:  PAS yesterday drew a clear  line between the Islamist party, and  PKR and DAP, raising further questions on its future with the loose opposition coalition.
    Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, a key figure in the Selangor menteri besar row  plaguing the Pakatan pact, said the party was not “the same as PKR and DAP”.
“We are on the side of righteousness and we uphold the true teachings of Islam.
“Don’t assume we are the same, that is wrong,” he said after launching  the “Nadwah Pemerkasaan Duat”  programme at the party headquarters in Taman Melewar here yesterday.
   Hadi also told the  crowd of about 1,000 people that the party needed to be  sincere in all tasks, including collecting funds.
“Advocators of Islam, or preachers, should never deceive others in carrying out their tasks, more so in collecting donations. Donations are collected in the name of Islam, not for their  benefit.”
The funds should be collected with the aim of   spreading the message of Islam, he said, and  not be an end in itself.   
At the same event, Pas Syura Council information chief Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri echoed  Hadi’s stance that the three Pakatan parties advocated  different values.
What makes us stand out from DAP and PKR is that we are aiming to be in  power in the name of Islam. Our aim is for the state (Selangor) and country to be run in the Islamic way.
Khairuddin said the concept of  justice in Islam was not similar to the one  advocated by  other parties.
“Pas is Pas, our struggle has always been for Islam.
“That is why we reject secularism and even democracy, in a way, because democracy is only a temporary tool in gaining leadership, it is not the goal.
DAP and PKR run systems unlike ours. Pas is for Islamic leadership and power.”





Last edited by blastoff on 2-9-2014 11:52 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau duk malaysia ikut laa undang2 malaysia..ni nk kpala derang saja..ni kat office aku ada sekor asyik duk mghasut..mnyampah tul aku..nmpak sgt dlm diri tu xda taat stia pd negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2014 11:37 AM | Show all posts
nazsh posted on 2-9-2014 11:28 AM
Dah tau duk malaysia ikut laa undang2 malaysia..ni nk kpala derang saja..ni kat office aku ada sekor ...

memang pasti ada rakyat yang terpedaya dengan dakyah depa, aktiviti PPS gunanya untuk memperhebatkan kegiatan menghasut rakyat menentang undang2 negara , agar golongan yang membenci meluap-luap pada perundangan dan perlembagaan Msia akan jadi lebih ramai .

Last edited by blastoff on 2-9-2014 11:42 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 11:47 AM | Show all posts
Tugas saya untuk menguatkuasakan undang-undang - KPN           

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan melayan kerenah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berdebat secara terbuka berhubung isu penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
Khalid menegaskan, tiada gunanya berdebat dengan Guan Eng kerana beliau bukanlah seorang ahli politik sebaliknya tugasnya adalah untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada.
"Saya terbuka jika ada ahli politik yang mahu berdebat dengan beliau (Guan Eng). Kerja saya menguatkuasakan undang-undang, kerja Guan Eng untuk berdebat.
"Sekiranya beliau langgar dan cabar undang-undang, saya akan ambil tindakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 12:39 PM | Show all posts
Cuepacs Supports Police Action Against PPS                        


KUALA LUMPUR, Sept 1 (Bernama) --  The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) today voiced its full support for police action of arresting 156 members of the Penang Voluntary Patrol Unit (Pasukan Peronda Sukarela or PPS) yesterday for alleged violation of the law.

Cuepacs president, Azih Muda said stern action should be taken against those involved in order to ensure peace and public safety, besides upholding the law and curbing illegal activities.

"PPS is not a registered body compared to our police force, of which its long establishment has been recognised nationally and internationally. It is impossible for a state not to fully recognise the police's role in security maintenance that it needs another security unit to do the job," he told Bernama, here, Monday.

He also regretted that irresponsible quarters had made uncouth statements and remarks on social media like Twitter and blogs against the police.

Azih said Cuepacs was also opposed to Penang Chief Minister Lim Guan Eng challenging Inspector-General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar for an open debate on the PPS issue.

"As chief minister, Lim should not be resorting to such an action to resolve issues. It's not a rational approach," he added.

Yesterday, Penang police arrested 156 PPS members in George Town, including its chairman and state executive councillor Phee Boon Poh for ignoring police warning not to carry out anymore of its activities as the body is not registered with the Registrar of Societies, hence is illegal.

Last Thursday, Deputy Home Minister Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar said the federal government did not allow any state to set up its own security unit as security maintenance was the responsibility of the federal government.

The PPS issue came to the fore when a social activist recently claimed that he was assaulted by PPS members for criticising the state government through Facebook.

Last Wednesday, the Penang police headquarters disclosed that 16 reports had been lodged against PPS.

-- BERNAMA         

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 03:45 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 1-9-2014 08:23 PM
isa ...kena ada balik laa...ade relevance nya...

DAP boleh guna hatta 1000 peguam sekalipun tapi apabila dah ada bukti video LGE menghasut ahli2 PPS untuk lawan KPN , tarak peguam mana pun yang boleh menolong orang yang mencabar perundangan dan perlembagaan M'sia gitu .

Kerana tugas lawyer hanya beroperasi dalam ruang lingkup undang2, dan bukan bertindak mencabar undang2 atau mempertahankan orang yang nak cipta undang2nya sendiri yang berlawanan dengan constitution sedia ada .

Kalau semua orang boleh mencipta undang2 sendiri , dan mencabar perlembagaan menggunakan lawyer di mahkamah dan menang, nescaya negara ni akan sentiasa berubah2 sistem pemerintahannya lah , dari demokrasi ke ntah hapa-hapa lah plak jadinya , apabila 100 kali menang 100 kali perlembagaan kena di review di parlimen semula untuk mengubahnya menurut keputusan mahkamah tu semua .

Apa yang LGE buat ni memang tak masuk akal dan kebodohan yang tiada taranya, macam mana dia rasa dia boleh challenge the whole system and still become CM yang effective dalam masa yang sama ? Betul2 tak masuk akal tindakan dia .




-----------------------------------
http://www.bharian.com.my/node/3773

Isnin, 1 September 2014 @ 1:05 PM         
Kes anggota PPS ditahan, 20 peguam dilihat memasuki IPD Timur Laut  
                                 

      GEORGETOWN: Kira-kira 20 peguam dilihat memasuki perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, dipercayai bagi mewakili 134 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang masih dalam tahanan polis.
Diketuai Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh Deo, semua mereka dibenarkan masuk jam 12.10 tengah hari tadi selepas berunding dengan pegawai polis.
Turut kelihatan menunggu di luar IPD Timur Laut ialah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa.







Last edited by blastoff on 2-9-2014 03:57 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.072085 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list