CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Bukti DAP cabar perlembagaan : Video LGE hasut PPS lawan KPN di post # 184

[Copy link]
 Author| Post time 2-9-2014 09:30 PM | Show all posts
Ahli2 PPS di tipu hidup2 oleh LGE ....   


P.PINANG - Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng didalam satu perjumpaan bersama anggota-anggota pertubuhan haram Pasukan Peronda Sukarela (PPS), berjanji akan tetap mempertahankan setiap anggota terbabit dari tindakan pihak berkuasa.

Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, menjelaskan bahawa DAP Negeri akan menjaga kebajikan setiap anggota PPS dan juga keluarga mereka yang dikenakan tindakan oleh pihak Polis. Selain itu, Guan Eng juga mahu setiap anggota PPS tidak takut atau gentar dengan ancaman oleh Ketua Polis Negara yang memberi amaran akan menahan dan mengarahkan anggota PPS menyerah diri.

Didalam perjumpaan berkenaan, Lim Guan Eng menegaskan bahawa dia bukan mahu menentang Pasukan Polis, tetapi hanya menentang Ketua Polis Negara yang disifatkannya tidak adil dan berlaku kejam. Sebelum ini, seramai 156 anggota PPS ditahan oleh Polis selepas mengingkari arahan Ketua Polis negara supaya tidak melakukan sebarang aktiviti.

Turut sama ditahan ialah Pengerusi PPS iaitu Ahli Exco Negeri Phee Boon Poh. - Utaranews.com -

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2014 09:37 PM | Show all posts
bangcak posted on 2-9-2014 09:29 PM
hukum hudud diwujudkan beratus taon sebelom perlembagaan.
tetiba hari nih ada plak yg mengaku isl ...

Tok sah dok cakap pasai hudud laa apabila dah terang lagi bersuluh pemimpin hampa nak laksanakan sistem dinasti ala komunis dengan kuasa mutlak sepenuhnya milik pemimpin tertinggi hampa , ada Tuhan suruh buat lagu tu kaa ?

Tuhan suruh mencegah yang mungkar menyuruh yang maaruf, tapi pemimpin hampa totally melarang memana ahli2 parti hampa yang nak menegur atau membangkang apa saja tindakan pemimpin tertinggi hampa tu, sebab tu hampa jadi pak hangguk je pada segala kemungkaran pemimpin hampa .

Jangan jadi hypocrite lah dok suruh orang lain ikut Islam tapi hampa tu totally mengamalkan sistem kepimpinan yang melanggar perintah Tuhan .

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 10:02 PM | Show all posts
munchkin posted on 2-9-2014 08:11 PM
Cult? Hehehe. Selalu baca novel pasal cerita ada cult and org taksub percaya.

Tak sangka denga ...

Jadi fanatik. Tak leh fikir. Hilang akal. Hilang pendirian. Hilang 'soul'.


Tepat dan padat ayat kau ni , itu yang berlaku kepada pemimpin PR everytime depa bersuara, asyik u-turn dan merapu di media 24/7  
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:05 PM | Show all posts
blastoff posted on 2-9-2014 10:02 PM
Jadi fanatik. Tak leh fikir. Hilang akal. Hilang pendirian. Hilang 'soul'.

Pemimpin tu tak boleh buat apa. Yang pengikut tu tak boleh menahan. Otak ada takleh pikir. Cam kes pukau pulak. Hakikatnya tak dipukau, tapi bongok ya amat angguk yes yes master. Lol

Selagi ada orang sokong kepimpinan bodoh, buat apa pemimpin tu stop. Pemimpin tu teruskan. Yang pandai pemimpin. Yang bodoh tu pengikut sebab mempercayai segalanya. Last edited by munchkin on 2-9-2014 10:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 10:14 PM | Show all posts
munchkin posted on 2-9-2014 10:05 PM
Pemimpin tu tak boleh buat apa. Yang pengikut tu tak boleh menahan. Otak ada takleh pikir. Cam kes ...


Oh yaa pemimpin depa memang pandai ... bab putarbelit

Disebabkan pemimpin depa pandai putarbelit maka pengikut hanya mampu hangguk2 je dek kerana leher dah terbelit sebab slalu sangat kena putar
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:19 PM | Show all posts
blastoff posted on 2-9-2014 10:14 PM
Oh yaa pemimpin depa memang pandai ... bab putarbelit  

Disebabkan pemimpin depa pandai put ...

Dah putar, pening, pinau. Tu yang yes master yes master. Hahaha. Master dia elok je. Nak kata kesian tak leh nak kesian pengikut ni. Lantak pilah depa. Siapa yg ada akal tu gunakan dan pikirkan. Hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 06:00 AM | Show all posts
ARTIKAL BERPELAJARAN

KM Pulau Pinang: KPN tak patut salah guna undang-undang elak kritikan
Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 SEPT: Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar patut tidak menyalahgunakan undang-undang jenayah dalam mempertahankan diri daripada kritikan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tindakan Khalid mempergunakan kedudukannya dalam pasukan Polis itu adalah tidak adil sama sekali.Katanya, Khalid sepatutnya mengambil saluran betul bagi menangkis dakwaan yang dikatakan fitnah terhadapnya.

“Khalid Abu Bakar perlu ketepikan sikap sombong dan sedar bahawa beliau tidak boleh dikritik, tetapi hanyalah seorang penjawat awam yang dibayar oleh rakyat untuk melaksanakan kewajipan berkanun bagi memerangi jenayah.

“Jika Khalid meletakkan usaha dalam membanteras jenayah dan penjenayah sebagaimana usaha mempertahankan dirinya dan terhadap mereka yang menyatakan pendapat mereka, maka Malaysia akan lebih selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
http://bm.selangorku.com/

Ah Lim..lu tak taw kah...dia dilantik olih KDN taw...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 06:51 AM | Show all posts
Menghasut manusia untuk menentang penguatkuasa tertinggi negara sesekali tak boleh di samakan dengan kritikan . LGE menghasut rakyat untuk memberontak , period.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.123861 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list