CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3074|Reply: 8

Ni bukan Gosip...Pak Jamil Sulong sakit

[Copy link]
Post time 1-9-2014 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua, ada engar tak ttg seniman negara Pak Jamil Sulong sedang sakit agak serius di PPUM....

Sama2lah  kita  doakan  semoga  beliau  diberi kekuatan  dan  ketabahan...semoga  keluarga  beliau  tabah menghadapi
dugaan  ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 03:41 PM | Show all posts
Pengarah Filem, Jamil Sulong Koma Akibat Strok
[size=0.75em]Jamil Sulong (kiri) bersama isterinya Rosnani Jamil (tengah) dan teman seangkatan dengan mereka, Datuk Maria Menado pada satu majlis pada tahun 2012.



PETALING JAYA: Pengarah filem terkenal Datuk Jamil Sulong berada dalam keadaan koma selepas diserang penyakit strok di kediamannya di sini pada pagi Khamis.

Anak kedua beliau, Dr. Anwardi Jamil ketika dihubungi mStar Online berkata, bapanya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

"Bapa saya diserang strok pagi ini dan keadaannya agak kritikal namun stabil buat masa ini," katanya ringkas.

Anwardi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan bapanya termasuklah lokasi pengarah itu mendapatkan rawatan selain meminta agar keluarga mereka diberi ruang untuk mengharungi masa sukar itu.



[size=0.75em]Jamil Sulong



Jamil, 88, adalah pengarah filem Melayu kedua terbanyak mengarah filem selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Filem-filem arahannya seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasaridan Raja Bersiong.

Karya arahan beliau juga banyak merangkul anugerah bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa.

Jamil juga turut terlibat menghasilkan gurindam selain menulis dan mencipta lagu-lagu untuk P.Ramlee termasuk Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah.

Beliau berkahwin dengan Datin Rosnani Jamil dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:15 PM | Show all posts
Semoga cepat sembuh dan semoga kita semua sama sama dirahmati tuhan...amin...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:24 PM | Show all posts
semoga cpat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:25 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh...
moga keluarga kuat menghadapi dugaan ini
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Syafakallah, semoga cepat sembuh pak jamil sulong.

Bertabahlah seisi keluarga pak jamil.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 02:49 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 02:52 PM | Show all posts
speedy recovery dato...aminnn....dah 88 thn rupanya, Alhamdulillah pnjng umur.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 05:09 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh... we want to know your stories with p ramlee... tak de sesiapa nak jumpa dia dan bukukan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.396185 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list