CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2505|Reply: 12

[Tempatan] Filem Melayu Ke Laut Di Bulan Kemerdekaan.Respon Anda?

 Close [Copy link]
Post time 1-9-2014 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Filem Melayu 2014 Terkini di Malaysia VS Filem Indonesia di Bulan Kemerdekaan. Metrowealth Perosak Kualiti Filem Tempatan? Respon Anda?
Filem Melayu 2014 Terkini di Malaysia VS Filem Indonesia : Filem kita wajah bangsa kita. Terpanggil Berita Semasa untuk mengupas isu filem Melayu 2014 Terkini yang sekarang ini terus berlambakkan di pawagam-pawagam berdekatan memandangkan filem Melayu menguasai pasaran tempatan berbanding filem Cina dan Tamil di Malaysia. Berita Semasa cukup… memandang serius situasi ini melihatkan senario lambakan filem yang kurang ada jiwa dan kualitinya industri filem Melayu di malaysia sekarang ini semakin menjadi-jadi.

Lebih-lebih lagi di bulan Kemerdekaan 2014 ini, tiada satu pun filem Melayu 2014 terkini yang bertema patriotisme ataupun kalau tidak ada filem bertemakan patritime pun, tidak kelihatan langsung filem Melayu 2014 yang membawa kualiti apa yang dinamakan filem Malaysia (filem kita melambangkan bangsa kita) untuk disajikan kepada rakyat Malaysia.

Balik-balik “menu-menu dan hidangan” filem Melayu 2014 terbaru untuk anak muda amnya dan rakyat Malaysia umumnya bagi melihat seni dan karya baru orang tempatan hanyalah gengstar, cinta, hantu, komedi seram, Mat rempit, komedi gangster. Pusing-pusing ini sahaja….

Senarai Filem Melayu 2014 Terkini di Malaysia?
Dan hasilnya inilah filem Melayu 2014 terkini setakat ini yang dihidangkan untuk anda. Pilih mana yang berkenan di hati…


Ada yang berminat?
Kemudian, Berita Semasa “terbang” pula ke Indonesia melihatkan senarai filem Indonesia 2014 yang terbaru lebih-lebih lagi dalam suasana dan tempoh mereka menyambut Hati merdeka 2014 pada 17 Ogos yang lalu, dalam lihat seperti di bawah ini, ada banyak juga pilihan filem-filem yang pada kaca mata Berita semasa lebih menarik untuk ditonton. Antara ialah :
Senarai Filem Indonesia 2014 Terbaru di Bulan Kemerdekaan ?

  • HIJRAH CINTA – Tentang perjalanan hidup Ustaz Jefri al-Buchori, & pengalaman hidupnya sehingag menjadi seorang pendakwah yang disegani di Indonesia.
  • SOEKARNO (EXTENDED VERSION) – Tentang kehidupan dan perjuangan Presiden Soekarno dalam merintis kemerdekaan Indonesia dengan lebih khusus & terperinci lagi
  • NEGERI TANPA TELINGA – Tentang filem komedi satira politik yang yang secara sinisnya mengkritik penguasa dan institusi di Indonesia yang sering tercemar dengan jenayah kolar biru dan skandal seks.
  • HAJI BACKPACKER – Tentang perjalanan seorang anak muda dalam mencari makna diri, makna kewujudan tuhannya. Dan bakal ditayangkan di 9 buah negara…

Di mana pergi filem-filem tempatan seperti di bawah ini? Adakah bilangan dan koleksi filem Melayu Malaysia yang berunsur patriotime hanya berhenti setakat ini sahaja? Atas nama pasaran lebih berkehendakkan genre yang Berita Semasa senaraian seperti di atas tadi. Ermmmm….

“Filem Melayu 2014 sekarang lebih banyak yang bajet rendah tetapi berimpian tinggi untuk mendapat pulangan besar”


Bagi Berita Semasa jarang sekali kita menonjolkan jati diri kita dari segi patriotisme, sejarah serta filem-filem fiksyen dalam filem Melayu Malaysia. Sangat-sangat kurang….

Lagi satu apa yang Berita Semasa perhatikan, kita terlalu sensitif jikalau buat filem sejarah, tidak boleh kontroversi langsung, hanya “one side of the story” dibenarkan, siapa mahu tengok? Contohnya, lihat di zaman dahulu contohnya filem “Sultan mahmud Mangkat Dijulang“, ada elemen kontroversinya, sangat menarik untuk ditonton.

Contoh pada pemikiran Berita Semasa antara kisah yang boleh difilemkan semula. Antara lainnya ialah :

  • Kisah & Tragedi Lahad Datu
  • Kisah tentang bagaimana pasukan tentera Malaysia menyelamatkan komando US sekitar 90 an di Somalia yang pernah ditutup sisi pengorbanan tentera Malaysia dalam filem barat BlackHawk Down.
  • Atau, kisah bagaimana “Serangan Subuh oleh 4 individu elit Malaysia” terhadap pasaran saham LCE (London Stock Exchange) pada tahun 1981
  • Pergolakkan krisis Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1987
  • Ada yang mahu tambah?
Senarai Filem Melayu di Malaysia Berunsur Patriotisme

Yang meluluskan filem Malaysia pun takut dengan kebenaran, takut dengan sejarah. Filem 13 Mei? Jauh sekali. Jikalau di US, filem yang berkisah orang kulit hitam dibuli di US contohnya berlambak-lambak, siapa ada yang menang oscar lagi. Malaysia mahu buat begitu? Silap-silap tidak lulus penapisan. Mungkin?
Saranan Berita Semasa adalah lebih baik, Menteri yang bertanggungjawab lebih tegas dan memandang isu ini dengan lebih serius.

  • Buat dasar filem negara
  • Martabatkan filem yang membuka & menjana filem negara
  • Haramkan filem yang tiada faedahnya seperti filem rempit, filem hantu, filem komedi hantu yang boleh merosakkan pemikiran budak-budak yang baru hendak kenal dunia
Buat apalah kita memikirkan apa keuntungan yang bakal dinikmati oleh segelintir pembuat filem yang hanya memikirkan keuntungan sahaja sehingga “merogol” karya tempatan berbanding halatuju jutaan anak muda dan rakyat malaysia di mana akibat jika tidak dikawal pemikiran anak muda hari ini lebih mudah terpengaruh dengan elemen-elemen yang tidak baik dibawakan dalam filem-filem tempatan hari ini.

Berita Semasa tidak mahu rakyat Malaysia dimomok dengan corak filem seperti mana di zaman 20,30 an yang disogokkan cerita hantu semata. Nasib baiklah P Ramlee tampil membuat cerita berdasarkan patriotik dan sosial Melayu zaman 60an kerana tidak mahu lagi Melayu disogokkan dengan filem Melayu.

Jika kita tidak bertindak daripada sekarang? Sampai bila filem-filem berkelas E, akan terus menghiasi pawagam Malaysia. Kita tidak boleh menghalang anak muda terutamanya menonton filem di pawagam, tetapi kita boleh tawarkan “buah tangan” yang berkualiti untuk mereka kupas dan hadam “hidangan yang elok bukannya yang busuk“. Apa pendapat anda pula dengan lambakan filem Melayu 2014 sekarang ini?

P/S : Terus terang Berita Semasa ingin katakan di sini, semanjak kewujudan Metrowealth, lambakan filem-filem sampah semakin menghiasi pawagam hari ini. Apa respon anda pula?


Read here: http://www.beritasemasa.com.my/f ... -malaysia-indonesia
Last edited by GhostWalking on 1-9-2014 12:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 08:37 PM | Show all posts
memang betul filem 2014 guna bajet rendah nak berangan lepas box office . dan aku muak dengar 'siapa lagi nak sokong filem tempatan kalau bukan negara dia sendiri ' . seriusly macam nak sokong kalau tak berbaloi,beli tiket wayang kami bayar macam tu punya cerita pengarah bagi tengok . lagipun tggu la dua tiga bulan ada je tayang filem2 nie kat astro

aku suka gila tengok filem patriotisme, bagi aku tanda putera hati malaya tu mengalir la jugak air mata . cerita mcm sarjan hassan dll mmg best la . zaman sekarang ada ke pengarah nak buat cerita perang ? ada ke ? ke aku je yang tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jasmine 1 dan 2...best.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 09:05 PM | Show all posts
Haji Backpacker macam menarik
Cume poster x bape sesuai sbb die shirtless depan Al-Quran
Kalau ke ataskan sikit suar tu ok jg
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 09:12 PM | Show all posts
Daripada bikin filem sejarah yang banyak bullshit  lebih baik  jangan buat langsung.

Walau bagaimanapun ada gak berapa kerat filem macam Leftenan Adnan yang bebas dari tokok tambah
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 09:20 PM | Show all posts
Filem Kanang anak Langkau tu bukan filem local yg patriotik ker? Ker, filem tokoh Sarawak tak masuk list?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2014 09:32 PM | Show all posts
Muntz posted on 1-9-2014 09:20 PM
Filem Kanang anak Langkau tu bukan filem local yg patriotik ker? Ker, filem tokoh Sarawak tak masuk  ...

filem blum release tak kira lg la....

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tk mnat nk tgk film mlayu skrg slalu mgecewakan..dh le tiket mhl filem tahap sampah..tp film bukit kepong mmg aku ske sgt2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 12:15 AM | Show all posts
atekome posted on 1-9-2014 10:04 PM
Tk mnat nk tgk film mlayu skrg slalu mgecewakan..dh le tiket mhl filem tahap sampah..tp film bukit k ...

Ini salah David Teoh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:01 AM | Show all posts
apa nak expect dr negara yg gigeh nak pecah rekod selfie terbanyak di donia
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:10 AM | Show all posts
Muntz posted on 1-9-2014 08:20 PM
Filem Kanang anak Langkau tu bukan filem local yg patriotik ker? Ker, filem tokoh Sarawak tak masuk  ...

Setakat ini filem tentang perjuangan kaum Dayak yang make it to the big screen,

yang saya tahu cuma filem Sleeping Dictionary lakunan Jessica Alba saja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:33 PM | Show all posts
dino posted on 1-9-2014 09:32 PM
filem blum release tak kira lg la....

Haji Backpacker tu pun belum release gak. Tak silap aku bulan Oktober baru release. Filem Kanang anak Langkau tu belum release tapi dengar2 nak main waktu Hari Malaysia nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:33 PM | Show all posts
beta_carotene posted on 2-9-2014 01:10 AM
Setakat ini filem tentang perjuangan kaum Dayak yang make it to the big screen,

yang saya tahu  ...

Dalam penggambaran/penerbitan skarang ialah filem Kanang anak Langkau dan Rentap. Tunggu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.817101 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list