CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1418|Reply: 19

[Tempatan] Cadangan wujudkan bandaraya ke-2 bagi Lembah Klang

[Copy link]
Post time 1-9-2014 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Pembinaan bandar raya kedua dan sistem kereta api laju bagi menyelesaikan masalah kesesakan di Lembah Klang adalah antara idea yang dibangkitkan di Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan Ke-17 yang baru saja berakhir.
   Ketika sesi persidangan 'Perumahan Mampu Milik -Memenuhi Permintaan Semakin Meningkat: Pemikiran Baharu dan Strategi Baharu', peserta menyuarakan kebimbangan mereka berhubung isu semasa seperti kenaikan harga hartanah serta kesesakan lalu lintas.
   Seorang daripada peserta berkata, sistem kereta api laju yang menghubungkan wilayah utara, yang harga tanah adalah berpatutan, dan Kuala Lumpur bukan saja 'membuka' ekonomi negeri tetapi turut membantu mengurangkan kos sara hidup.
  "Kawasan Lembah Klang padat dengan penduduk dan kami sanggup untuk melakukan perjalanan jauh jika terdapat pengangkutan dan saya kira akses adalah elemen penting untuk menyelesaikan semua masalah.
   "Lihat Jepun sebagai contoh. Rakyat Jepun melalui perjalanan yang jauh ke tempat kerja di bandar raya setiap hari. Kita juga boleh melakukan perkara yang sama," katanya sambil menambah bahawa rakyat Malaysia bersedia untuk membayar bagi kualiti kehidupan yang lebih baik.

   Sementara itu, Presiden Syarikat Perumahan Negara Bhd, Prof Datuk Dr Kamarul Rashdan, berkata idea untuk mewujudkan pinggiran bandar semasa bekerja di Kuala Lumpur adalah idea yang baik.
   Kamarul, yang juga seorang daripada penceramah pada sesi itu, berkata cadangan itu membabitkan pelbagai perkara.
   "Ia memerlukan perancangan yang terperinci dan menelan perbelanjaan yang besar dalam mewujudkan sistem pengangkutan yang cekap, pengambilalihan tanah dan pembangunan infrastruktur.
   "Membina bandar raya kedua berhampiran bandar raya utama, seperti Putrajaya, satu lagi kawasan pertumbuhan baharu yang berpotensi boleh diwujudkan. Ini akan membantu mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur," katanya.
   Beliau berkata, cadangan itu secara tidak langsung akan membantu mengatasi masalah kenaikan harga rumah berikutan harga tanah akan menjadi lebih murah berbanding di Lembah Klang, yang meningkat sejak tiga tahun lalu. - BERNAMA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
katanya ada ura2 nk letak nilai kan sbg bandaraya ke 2
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 10:51 PM | Show all posts
"Membina bandar raya kedua berhampiran bandar raya utama, seperti Putrajaya, satu lagi kawasan pertumbuhan baharu yang berpotensi boleh diwujudkan. Ini akan membantu mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur," katanya.

   Beliau berkata, cadangan itu secara tidak langsung akan membantu mengatasi masalah kenaikan harga rumah berikutan harga tanah akan menjadi lebih murah berbanding di Lembah Klang, yang meningkat sejak tiga tahun lalu. - BERNAMA
Murah ker rumah kat Putrajaya nun?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 10:51 PM | Show all posts
bandaraya ke2 = putrajaya




Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:47 AM | Show all posts
PongKang posted on 1-9-2014 10:50 PM
katanya ada ura2 nk letak nilai kan sbg bandaraya ke 2

nilai jalan dh jem janganlah tambahkan jem.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:48 AM | Show all posts
airfilterkotor posted on 1-9-2014 10:51 PM
Murah ker rumah kat Putrajaya nun?

ura2 akak dgr cyberjaya akan dibangunkan,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 2-9-2014 01:47 AM
nilai jalan dh jem janganlah tambahkan jem.

tula.. depa kene buat kereta terbang menjelang wawasan 2020
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Nilai tuh x jauh pon Dr lembah klang...

Apa kate buat jauh skit...in 30 yrs jadi la cam KL skrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
bandaraya ke2 kat sg buluh( rrri lama)
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 05:00 AM | Show all posts
bukit beruntong  
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 06:25 AM | Show all posts
"Ia memerlukan perancangan yang terperinci dan menelan perbelanjaan yang besar dalam mewujudkan sistem pengangkutan yang cekap, pengambilalihan tanah dan pembangunan infrastruktur.

memang besar pembelanjaan.....ditelan.....Prof Datuk Dr Kamarul Rashdan
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 07:32 AM | Show all posts
Apalah profesor ni. Tak buat research mendalam ke sebelum mencadangkan.
Bandaraya ke-2 dah ada iaitu Putrajaya.

Keretapi laju pun dah ada iaitu KL-KLIA2. Di sepanjang perjalanan ada stesen-stesen tertentu seperti Putrajaya dan Salak Tinggi. Tapi harga dia yg terlalu mahal menyebabkan ramai yg bergadai nyawa naik motor.

Bandaraya ke-3. Sebenarnya dah ada iaitu Seremban. Seremban dan Nilai akan digabungkan menjadi Bandaraya Seremban.

Perkara simple yg boleh kerajaan buat ialah extend ERL drp KLIA2 ke Seremban 2, Seremban dan Senawang.
Pembangunan biar swasta yg buat dgn kawalan harga dan infra oleh kerajaan.

Transnasional dah buat konsep yg sama dgn BET untuk laluan KL-Seremban.

Cuma saya cadangkan perlu ada perhentian di sepanjang Lebuhraya KL-Seremban yg integrasi dgn public transport. Contoh Bukit Jalil (Bus/LRT), Serdang (Bus/Komuter).
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 07:44 AM | Show all posts
putrajaya bandaraya hantu tak ada urang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 08:43 AM | Show all posts
tobby posted on 2-9-2014 05:00 AM
bukit beruntong

area Rawang tu mcm2 cara, usaha di buat
masih susah org nk menghuni di sana
sesiapa yg nk menyewa di sana tanpa perlu byr sewa rumah cuma byr bil air, letrik dipersilakan cari rumah di sana
byk pemilik rumah tgh cari!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:55 AM | Show all posts
tak guna kalau create bandar ke-2 or ke-3 or ke-4 kalau at the end of the day, rakyat masih bergantung dengan kereta untuk masuk KL.

apa yg ditekankan adalah jaringan public transport dari luar bandar ke dalam bandar. harus la effiecient and reliable at any time with affordable cost untuk daily travel.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:49 AM | Show all posts
camflo03 posted on 2-9-2014 08:55 AM
tak guna kalau create bandar ke-2 or ke-3 or ke-4 kalau at the end of the day, rakyat masih bergantu ...

Betul tu.
Basic di negara maju bukannya bangunannya tinggi atau canggih tetapi reliable and efficient public transport.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 12:55 PM | Show all posts
Plan system public transport dah la, bandaraya tu automatic muncul.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:28 AM | Show all posts
kluangman posted on 2-9-2014 07:32 AM
Apalah profesor ni. Tak buat research mendalam ke sebelum mencadangkan.
Bandaraya ke-2 dah ada iait ...

Wat ken we expek words from those spnb people... masih terngiang-ngiang apa kawan aku penah komen sinis pasal dorang neh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:40 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 2-9-2014 01:48 AM
ura2 akak dgr cyberjaya akan dibangunkan,

Yang wa tau, umah-umah di Putrajaya pun ada yang sama harga seperti di S.Alam/Setia Alam/Aman Perdana/Cheras Bukit/Hulu Langat.
Kalu yang kerja kat KL tu rasa-rasa endak ker bermastautin diam-diam dia kejauhan Putrajaya?
Sambar satu s/storey kat sec 14,16,17 PJ pun dah okey.
Dengan rege RM400K tak kesah laa leasehold kaa, edah lease nak tamat 20 tahun kaa... janji ada A&W PJ dan Digital Mall.



*dengan rege sekarang, rela aku berdiam diri kat Ijok nun, tak pun kat Batang Berjuntai.... murah pun murah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 01:53 AM | Show all posts
nak compare dgn Jepun? apa ke bongoknya.. Jepang sana cuaca, muka bumi suma nya lain, asal boleh ja nak bagikan contoh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.068791 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list