CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6523|Reply: 135

[Tempatan] 4 juta rakyat gaji di bawah RM2,000

[Copy link]
Post time 1-9-2014 11:11 PM | Show all posts |Read mode
        SHAH ALAM - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa Suruhanjaya Sekuriti supaya mensyaratkan syarikat-syarikat yang tersenarai untuk menerbitkan kepelbagaian dalam laporan tahunan mereka.
        Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nizam Mahshar berkata, langkah itu sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu sektor korporat itu menyenaraikan jantina, kumpulan etnik dan umur dalam organisasi masing-masing kepada umum bagi pengambilan pekerja.
        “Ini akan membolehkan masyarakat awam dan juga para pemegang saham untuk bertanya jika ada syarikat Malaysia menjalankan pemprofilan kaum dalam pengambilan pekerja.
        “Kami juga meminta syarikat-syarikat korporat di Malaysia untuk mendedahkan nisbah gaji ketua eksekutif dengan gaji pekerja biasa dalam syarikat,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
        Mengulas lanjut, Nizam menambah pihaknya juga meminta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) agar memantau jumlah syarikat tersenarai di Malaysia yang membayar pekerja mereka pada tahap gaji yang paling rendah.
        “MTEM menekankan bahawa pada 2013 menurut data gaji Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hampir 4 juta daripada 13.5 juta pekerja Malaysia mendapat gaji kurang daripada RM2,000.
        “Dalam erti kata lain, hampir 30 peratus daripada pekerja Malaysia hidup dengan gaji di bawah RM2,000 sebulan,” ujarnya.
        Sementara itu, ketidaksamaan pendapatan di antara kaum perlu dihindari dalam mencapai matlamat berpendapatan tinggi untuk memastikan pengagihan kekayaan yang saksama di kalangan rakyat.
        “MTEM juga percaya bahawa ketelusan ini amat diperlukan sebagai permulaan syarikat-syarikat di Malaysia untuk mempraktik amalan-amalan yang terbaik dalam menjalankan perniagaan agar memastikan pembahagian yang adil daripada pendapatan mereka diberikan sewajarnya kepada pekerja,” katanya lagi.
       
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 11:24 PM | Show all posts
baru nak tahu...hmm....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:31 PM | Show all posts
untuk dekatkan jurang perbezaan gaji diantara kaum sila naikkan gaji pekerja gomen
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup...dedahkan sekali yg mendapat gaji bawah 2k ni berkelulusan apa?..beri sbb2nya sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:11 AM | Show all posts
Pemberian gaji mengikut warna kulit are so outdated punya penindasan manusia zaman moden.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:12 AM | Show all posts
Tapi saya sungguh tak puas hati gaji Iron Man dan Captain America lebih tinggi dari gaji saya walaupun kami sama-sama menyelamatkan dunia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 1-9-2014 11:37 PM
Yup...dedahkan sekali yg mendapat gaji bawah 2k ni berkelulusan apa?..beri sbb2nya sekali..

Sebab sibuk jadi Macai umno macam kau. Dhlah tua, xsedar diri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
UMNO perintah Malaysia ekonomi melayu tetap lembap Dan lemah. Apa lah nasib org melayu di tipu di tindas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 12:27 AM | Show all posts
actually melayu tak boleh lagi harapkan kerajaan tak kira kerajaan tu bn atau pr...sebab cuba tengok pertambahan penduduk melayu sangat pesat...takkan kerajaan mampu nak tolong semua orang melayu...kita kena ada inisiatif sendiri la...ambik sijil2 profesional ke...susahla kalau semua nak tunggu kerajaan...

biar kerajaan concentrate pada golongan bawahan...yang middle class ni cari inisiatif dan peluang sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:40 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 2-9-2014 12:15 AM
UMNO perintah Malaysia ekonomi melayu tetap lembap Dan lemah. Apa lah nasib org melayu di tipu di ti ...

klau sendiri pemalas nak ckp ditindas apanya....
sblm slhkan gomen umno slhkan diri sendiri dulu.... yg ubah tu diri sendiri bkn pemerintah...... sbb tu kena tanya gj bwh 2k kelulusan apa......
zamana skrg ni takde reason ko tak bljr.... antara rajin n malas je...... pastu skit2 ckp melayu kena tindas..... sbb rasa secure sgt la jd malas....

leh slhkan gomen....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:43 AM | Show all posts
nanacinta posted on 2-9-2014 12:27 AM
actually melayu tak boleh lagi harapkan kerajaan tak kira kerajaan tu bn atau pr...sebab cuba tengok ...

tu aku ckp... takyah berhrp ngan parti politik segala..... depa ttp angkut kroni...
takde niat nak dabik dada ke apa..... aku pun mkn gaji juga....tp ade jugak buat part time.... takde la hidup dipenuhi dgn maki hamun rosmah yg boros tu je......yg nak menganti pun azab......
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
nanacinta posted on 2-9-2014 12:27 AM
actually melayu tak boleh lagi harapkan kerajaan tak kira kerajaan tu bn atau pr...sebab cuba tengok ...

Saya lihat kerani yg berkelulusan spm gred 3 bekerja di sykt Guaman convensing clerk selepas kerja 2 tahun..basic gaji pun dah rm2.300..tapi kena rajin lah dan jgn malas belajar.

Kalau dia dah tahu semua kerja berkaitan dgn convensing pindah ke co lain sudah tenth basic gaji yg lebih tinggi lagi.

Masalahnya ramai melayu tak nak kerja2 Susah..nak kerja2 yg senang..mengulau tapi gaji mesti tinggi..kalau gaji tak tinggi tu salah umno.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dino posted on 2-9-2014 12:40 AM
klau sendiri pemalas nak ckp ditindas apanya....
sblm slhkan gomen umno slhkan diri sendiri  ...

Leh. Akak Ckp pasal ekonomi melayu . mana hasil transformasi ekonomi melayu? 57 tahun merdeka ekonomi melayu xcapai 30%.

Takpe. Tunggu bumi di jajah kapitalis. Nnti nyanyi ramai2 Anak kecil main api.

Yang atas duk rompak negara.yang bawah gaduh politik. Yang atas kenyang. Yang bawah jadi macai.

Bila lah agaknya ekonomi melayu nak berkembang ek?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
dino posted on 2-9-2014 12:40 AM
klau sendiri pemalas nak ckp ditindas apanya....
sblm slhkan gomen umno slhkan diri sendiri  ...

Tu cara berfikir saja..kalau pendidikan sampai tahap srp je.. sama ke cara berfikir dgn org yg ada ijazah?..

Org yg bermindakan kelas ketiga tenth tak sama dgn minda kelas pertama..

Sbb tu dia dididik segala kegagalannya bukan berpunca dari dirinya..semuanya berpunca dari org lain..tipikal punya melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg grad degree pon keje kerani gaji 800... Mungkin malas berdaya saing atau Takde rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:14 AM | Show all posts
kena tengok rezeki masing2 jugak . aku kerja hotel 4 bintang basic 650 . tambah tolak xsampai 900 pun aku dapat kerja bagai nak putus nyawa . tahap aku stp . majikan pulak pandai dia kata kalau customer tanya gaji kamu berapa kata je basic 900 . moga hidup anda diberkati bos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sadis kerna daku ahli 4 juta itu walau..
Jgnla dihina kami mcm2x klu x berada dlm keadaan kami..penganiayaan yg berlaku kami tempuhi jua demi mencari rezeki halal..Alhamdulillah ckup utk hidup x menyusahkan sesiapa..yg penting jgn putus asa..rezeki drpd Tuhan bkn manusia..

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai fresh grad yg keje retail asistant gaji basic mereka bukan 2k tp 900.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Uols setuju x? Kalau gaji di Malaysia ni double standard?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
nh83 posted on 2-9-2014 02:44 AM
Sadis kerna daku ahli 4 juta itu walau..
Jgnla dihina kami mcm2x klu x berada dlm keadaan kami..pen ...

Rm 2000 duk KL xcukup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.093490 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list