CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2322|Reply: 24

[Tempatan] Kendong anak ke akhir hayat

[Copy link]
Post time 2-9-2014 08:16 AM | Show all posts |Read mode
Manjung: Hasrat seorang lelaki mengutip duit sewa rumah bertukar tragedi apabila dia bersama dua anak berusia lima dan tujuh tahun maut apabila motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang di Batu 6, Lekir, di sini lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian  jam 10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Suhaini Abu Samat, 39, yang menunggang motosikal bersama dua anak lelakinya maut selepas tercampak ke laluan bertentangan sejurus kenderaan mereka dirempuh dari  belakang.


Mangsa yang bekerja sendiri, bersama dua anaknya, Mohamad Kuzaimy, tujuh tahun dan Haikal Firdaus, lima tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut adik mangsa, Rosnita Abu Samat, 32, abang dan dua anak saudaranya itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Limau, Kampung Pasir Pandak, di sini, selepas mereka ke rumah arwah ibunya di Taman Keris Batu 6.

KEMALANGAN maut yang melibatkan tiga beranak di Batu 6 Lekir, Manjung.

KERETA yang merempuh mangsa diterbalikkan orang ramai.



“Arwah abang dan anaknya ke rumah arwah ibu kami yang disewakan kepada orang lain untuk mengutip duit sewa rumah.

“Mereka tiga beranak keluar selepas Isyak dan apabila tiba di sana penyewa  tiada di rumah, lalu mereka bergerak pulang semula ke rumah di Sungai Limau.

“Malangnya, dalam perjalanan pulang itu mereka  terbabit kemalangan dan kami  dimaklumkan tiga beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian,”” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Seri Manjung, di sini, semalam.

Rosnita berkata, hubungan Allahyarham bertiga begitu rapat dan anak saudaranya begitu manja dengan arwah abangnya sejak kematian ibu mereka  dua tahun lalu.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kendonganakkeakhirhayat/Article/index_html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 08:18 AM | Show all posts
kesiannya..
Innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:30 AM | Show all posts
ksiannya...sobsss...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:47 AM | Show all posts
Tengok cara kete tu terbalik, aku syak konfem driver bawak laju
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai posted on 2-9-2014 08:47 AM
Tengok cara kete tu terbalik, aku syak konfem driver bawak laju

Rasanya orang ramai yg terbalikkan kereta tu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:08 AM | Show all posts
innalillah..al fatihah...


tak tau nak kata apa..apa yg aku tgk pemandu2 skrg nie bawak keta mcm kene kejar gan hantu..laju berdesup2 tah apa yg dikejarkan pon tak tau la..pd aku kita bawak la kete sedang2 laju tak payah laju sgt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 09:09 AM | Show all posts
takziah.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:09 AM | Show all posts
buat apalah bawak anak2 lepas isyak...

nie mesti takpakai topi keledar, naik bertiga pulak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 09:10 AM | Show all posts
dah kenapa org ramai terbalikkan kereta tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:17 AM | Show all posts
kes kete yg bawak laju + tak pakai topi keledar...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:35 AM | Show all posts
kasihannya.. takziah
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:46 AM | Show all posts
byknya kes 3 beranak meninggal sejak dua menjak ni.. tak ingat tp dlm sehari dua lepas ada mak meninggal ngan 2 anak sbb kes yg hampir serupa camni jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nampak motorist bawak anak tu tolonglah ada perasaan empathy sikit...walau ikut law itu jalan kita dan priority until kita...bglah jalan tu pd motor tu....insyaallah kalau kita buat mcm tu orang buat mcm tu jugak pd kita atau anak cucuk kita nanti ...tak perlulah ego...tak kemana ego atas jalan tu boleh bawak kita dlm hidup ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:34 AM | Show all posts
Al-Fatihah ...

Allahyarham bertiga begitu rapat dan anak saudaranya begitu manja dengan arwah abangnya sejak kematian ibu mereka  dua tahun lalu.


sekeluarga ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:36 AM | Show all posts
takziah.. hilang tiga sekaligus
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki posted on 2-9-2014 09:50 AM
Kalau nampak motorist bawak anak tu tolonglah ada perasaan empathy sikit...walau ikut law itu jalan  ...

Saya tak mengira ada budak ker tidak...memang saya 'takut' dengan motorists.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 2-9-2014 10:34 AM
Al-Fatihah ...



oh mak depa dah ninggal yea.. sian
akhirnya semua pergi
semoga roh mereka dicucuri rahmat
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:55 AM | Show all posts
Suchi posted on 2-9-2014 11:45 AM
oh mak depa dah ninggal yea.. sian
akhirnya semua pergi
semoga roh mereka dicucuri rahmat

tu la kot d bawak nya anak2 sekali
sebab takde yang menjaga kat rumah masa keluar tu

semoga urusan d permudahkan untuk waris2

.....

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:11 PM | Show all posts
kesian nye..

kete laju la nie tu yg org marah sampai tebalik kn kete..

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:17 PM | Show all posts
Innalillahhiwainnailahirajiun. sedihnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.076007 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list