CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2119|Reply: 41

[Tempatan] Pulak dah ... Wanita PAS nafi beri sokongan pada Wan Azizah

[Copy link]
Post time 2-9-2014 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Wanita PAS nafi beri sokongan pada Wan Azizah

Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf kecewa dengan pihak yang menyebar satu kenyataan didakwa menyatakan sokongan tidak berbelah bagi pada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Sedangkan, beliau tidak meneliti kandungan kenyataan tersebut dan tidak menandatangani apa-apa kenyataan yang menyatakan sokongan seperti itu.

"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," katanya seperti dilaporkan lidah parti itu, Harakahdaily.

Kenyataan tersebut didakwa disokong oleh Siti Zailah dan ketua sayap wanita parti anggota Pakatan Rakyat, Chong Eng dari DAP dan Zuraida Kamaruddin dari PKR.

Kenyataan yang memberi sokongan padu kepada Wan Azizah tersebut dikeluarkan oleh Wanita Pakatan Rakyat semalam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 12:55 PM | Show all posts
... PKR pun nak jadi pembelit cam  utusan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 12:58 PM | Show all posts
puak lidah bercabang mmg cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:00 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Kenyataan Wanita Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak ditandatangani oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Malah, kenyataan itu juga belum sempat diperhalusi Siti Zailah berkaitan ayat-ayat dan maksud kenyataan tersebut, tegas Siti Zailah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, pagi ini.

"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," tegas beliau lagi yang sibuk dengan jadualnya di Sabah, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, beliau memang ada menyatakan sokongannya terhadap Wan Azizah, tetapi ia berdasarkan kepada keputusan PAS Pusat yang mencadangkan Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

Siti Zailah yang kesal dengan penyebaran kenyataan tersebut turut menegur pimpinan wanita yang bertindak menyebarkan kenyataan tersebut tanpa tandatangan beliau.

"Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. Wala' kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja," kata beliau lagi.

Semalam, Wanita Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Kenyataan itu didakwa turut ditandatangani Siti Zailah, yang dilihat tidak selari dengan keputusan PAS Pusat berhubung krisis politik di Selangor itu. - HARAKAHDAILY 2/9/2014
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:01 PM | Show all posts
pulak??

ayoo macm2..

bubar jea dun slgor..

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:20 PM | Show all posts
setelah kena sound dgn puak2 pengurat UMNO tentu saja kena buat U-Turn...

Nanti tak pasal2 kena usul kutukan dewan ulamak.. karang mau tak masuk syurga bila kena kutukan ulamak... betul dak...???

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 01:26 PM | Show all posts
fitnah selagi boleh ....
awal2 lagi ketua umum dah sound  Adun2 PKR , kerusi MB sila bagi laluan kat WA .... ...  ini kenyataan yg keluar dari mulut ketua umum sendiri tahu? ...
kalau bangkang kalau ... sila keluar parti .... khekhekhe
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 01:49 PM | Show all posts
akughi posted on 2-9-2014 12:58 PM
puak lidah bercabang mmg cam ni

sama2 terbelit tergigit lidah semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 01:54 PM | Show all posts
Sedangkan, beliau tidak meneliti kandungan kenyataan tersebut dan tidak menandatangani apa-apa kenyataan yang menyatakan sokongan seperti itu.

"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," katanya seperti dilaporkan lidah parti itu, Harakahdaily.




Kan aku dah kata... PAS ni sekadar parti TUPPERWARE je dlm PR tu... jadik bahan mainan je dek DAP & PKR... Rasain loh.!!! Muhahahaha.. Last edited by namirulmukminin on 2-9-2014 01:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:10 PM | Show all posts
Hahahaha.....lobainita PAS PIS PUS.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:57 PM | Show all posts
hurmm..mcm2 hal..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru muslimah pas kena chop sister In Islam..dah buat uturn mcm ulamak2 tu ke..

Kenapa tak amik tindakan pads yg kata muslimah pas sokong wan jijah.

Tara telur juga ka?..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 07:50 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 2-9-2014 03:10 PM
Baru muslimah pas kena chop sister In Islam..dah buat uturn mcm ulamak2 tu ke..

Kenapa tak amik t ...

Dah ada lobai masuk salahkan UMNO AN? Prrrrrrrrrrrrrpfffftght
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 07:56 PM | Show all posts
Apa2 jelah....

Esok dateline pencalonan nama MB kan..
Asal bukan Wan Azizah

Kalau kat opis ni nak buat pencalonan pekerja cemerlang pun susah.
Nak kena buat justifikasi cemerlangnya pekerja itu...

Yg ni nak jd MB atas dasar dia Pengerusi PKR...
Piraaaaahhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:14 PM | Show all posts
Ingatkan bersih sangat. Takde fitnah. So not so bersih after all.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:16 PM | Show all posts
munchkin posted on 2-9-2014 08:14 PM
Ingatkan bersih sangat. Takde fitnah. So not so bersih after all.

yang semalam terhegeh hegeh buka thread pun geng engkau juga  


http://mforum1.cari.com.my/forum ... read&tid=827124

[Tempatan]MUSLIMAT PAS = SIS Versi Baru

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 08:18 PM | Show all posts
ladydutch posted on 2-9-2014 08:16 PM
yang semalam terhegeh hegeh buka thread pun geng engkau juga  

Ko pergi ke mana mana mesti terasa kan? Kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:19 PM | Show all posts
munchkin posted on 2-9-2014 08:18 PM
Ko pergi ke mana mana mesti terasa kan? Kesian.

so what? siapa yang terhegeh hegeh buka thread di ci?

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:20 PM | Show all posts
ladydutch posted on 2-9-2014 08:19 PM
so what? siapa yang terhegeh hegeh buka thread di ci?

Biaq pilah lah siapa nak buka thread pun. Yg ko terasa sangat dah kenapa. Pastu terhegeh reply post orang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:21 PM | Show all posts
munchkin posted on 2-9-2014 08:20 PM
Biaq pilah lah siapa nak buka thread pun. Yg ko terasa sangat dah kenapa. Pastu terhegeh reply pos ...

butthurt ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.204357 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list