CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3139|Reply: 14

Kencing jemput ajal

[Copy link]
Post time 2-9-2014 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Bunyola, Sepanyo:

Seorang remaja yang maut akibat terkena renjatan elektrik ketika dia kencing pada sebatang tiang lampu ketika menyertai satu festival di Mallorca.

Media semalam melaporkan, remaja terbabit membuang air kecil tanpa mengesyaki apa-apa pada awal pagi.

Difahamkan, remaja lelaki berusia 18 tahun itu menghadiri konsert di sebuah bandar Bunyola di Pulau Ballearic.

Saksi berkata, sebaik disedari mengalami renjatan elektrik mangsa cuba diselamatkan.

Beberapa pihak cuba sedaya upaya menekan dadanya bagi menggerakkan semula jantung remaja malang itu, namun tiada satu pun berjaya.

Ketika kejadian, orang ramai leka berpesta dan menikmati alunan muzik yang dimainkan secara langsung atau melalui cakera padat dikendali deejay.

Sementara itu, sumber berkata, remaja terbabit kencing berhampiran tiang lampu rosak, tetapi dia tidak menyedarinya.

“Sambil kencing dia bersandar pada tiang lampu berkenaan menyebabkan aliran elektrik merenjatnya,” katanya.


Sumber lain pula berkata, ada kemungkinan kencing remaja terbabit menjadi bahan perantara membawa aliran elektrik kepada mangsa.


Pesta tahun ini adalah yang ke-30 diadakan di bandar kecil yang mempunyai penduduk kurang daripada 6,000 orang.

Datuk Bandar Bunyola, Jaume Isern, menyatakan kesedihan terhadap kemalangan itu.

Pesta berkenaan juga ditamatkan serta-merta ekoran kemalangan berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 05:39 PM | Show all posts
kalau kt malaysia jgn kencing dekat busut, nnti kena rasuk jin
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:53 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 2-9-2014 05:39 PM
kalau kt malaysia jgn kencing dekat busut, nnti kena rasuk jin

kencingkan rakyat takpe..dpt pegang negeri kayo..kayo jijah kipas pasni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:56 PM | Show all posts
kentel posted on 2-9-2014 08:53 PM
kencingkan rakyat takpe..dpt pegang negeri kayo..kayo jijah kipas pasni..

kencing rakyat dpt rumah rm 24 juta, ternak lembu dalam kondo, dpt tender kroni, beli scredriver mahal, mcm2 lagilah pun takpe. kita meratib anwar
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 08:03 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 2-9-2014 08:56 PM
kencing rakyat dpt rumah rm 24 juta, ternak lembu dalam kondo, dpt tender kroni, beli scredriver m ...

meratib malaysia, sbb dapat pemimpin semua sangap dgn duit...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:10 AM | Show all posts
DAH AJAL DIA KAT SITU............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 10:12 AM | Show all posts
mcm dlm 3 idiots dh
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:25 AM | Show all posts
mcm ni pon ade
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 11:16 AM | Show all posts
Takziah...lain kali cari le toilet lebih selamat
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:02 PM | Show all posts
alahai kesiannya
salah tempat daaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 12:29 PM | Show all posts
Dia kencing tak mintak kebenaran dulu....lain kali  cakap ' atuk, anak cucu tumpang kencing'.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 03:24 PM | Show all posts
elok jadi pengajaran buat ummah yang suka menyiram / menabur merata2 neh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 04:55 PM | Show all posts
krenjatan bukan sebab aliran kencing tu..kat mythbusters dah tunjuk. Tapi rasanya air kencing dia yang dah kat tanah tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 05:27 PM | Show all posts
Nak kencing pun biar lah bertempat......jangan jadi seperti anjing mana mana tempat pun dia suka kencing..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 10:32 PM | Show all posts
Pengajaran buat lelaki2 lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.388303 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list