CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

'Tuduhan Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengarut!' - David Teo #pg6

[Copy link]
 Author| Post time 4-9-2014 12:37 PM | Show all posts
"Hentikan Fitnah Kepada MIG dan Saya," - David Teo Respon Gambar Aeril Zafrel



Sebelum ini, GUA pernah melaporkan isu mengenai kehilangan kereta model Suzuki Swift bernombor pendaftaran WWY 5833 dan pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkongsi rasa kecewa terhadap individu yang ‘mencuri’ kereta mereka sekitar tahun lalu.
Jelas Aeril ketika dihubungi, bukan kehilangan kereta tersebut yang membuat mereka kecewa. Sebaliknya tingkah laku individu tersebut yang sering berpura-pura seolah-olah tidak tahu menahu tentang kehilangan kereta terbabit.
“Kami tidak kecewa kehilangan kereta tersebut. Kami kecewa dengan tingkah laku seorang inidividu ini. Kami memang dah kenal lama dengan dia. Ada masanya dia merasa begitu rapat dengan kami. Tapi dia boleh pura-pura tak tahu sedangkan dia adalah punca,” kata Aeril sinis.
Apabila ditanya siapakah gerangan orang yang dimaksudkan itu, Aeril enggan mendedahkannya kerana perkara ini masih dalam siasatan pihak polis. Namun begitu, baru-baru ini Aeril mengemaskini laman Instagramnya dengan memuatnaik satu entri yang berbunyi,
Dengan rasa rendah hati, saya memohon jasa baik wakil MIG atau David Teo memulangkan dokumen-dokumen penting dan pakaian saya dan Wawa Zainal yang berada dalam kereta yang ‘DIAMBIL' (?) itu. Terima Kasih.
Sehubungan dengan kenyataan Aeril itu, David Teo tampil memberikan kenyataan balas.

“Saya rasa hairan dan sedih kenapa saya sering menjadi mangsa keadaan apabila timbul isu-isu seperti ini. Bermula dengan isu menyembunyikan hal perkahwinan dan nikah dua kali yang menurut mereka disebabkan takut kepada saya, sedangkan itu tak sepatutnya berlaku kerana mereka patut takut kepada Tuhan, bukan saya.

“Malah, saya bersama beberapa staf MIG pernah bertanya kepada Wawa sendiri beberapa kali mengenai hubungannya bersama Aeril kerana ianya tidak perlu disembunyikan, supaya pihak syarikat boleh mengatur perjalanan kerjaya Wawa mengikut kesesuaian namun segala hubungan dengan Aeril dinafikan sendiri oleh Wawa di hadapan kami,” ujar David kepada portal MIG Online.

Dalam pada itu, kini timbul isu terbaru apabila pelakon drama bersiri ‘Cinta Jannah’ ini mendakwa kereta Wawa dicuri oleh pihak syarikat dan Aeril turut menuntut semula barangan serta dokumen milik mereka yang berada di dalam kereta tersebut.




“Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi pada 12 Februari lalu menjemput Wawa datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru dan kereta tersebut sekiranya Wawa benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat, namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa pada 18 Februari 2014. Dalam surat itu, Wawa mendakwa dia kini keluar dari pengurusan MIG untuk bergerak sendiri dan Wawa tiada kena mengena, tidak perlu dicari dan dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa masih ada kontrak dengan MIG sehingga 2015.


“Pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pihak syarikat oleh pihak Aeril, namun sebagai bapa angkat yang pernah memimpin, membimbing dan membantu pasangan tersebut, saya masih bertolak ansur walaupun pihak syarikat boleh mengambil tindakan undang-undang kepada mereka berdua atas fitnah dan dakwaan yang dilemparkan kepada pihak syarikat dan saya sendiri melalui media sosial seperti Instagram. Kesabaran setiap individu ada hadnya, jadi saya ingin menasihatkan terutamanya kepada Aeril supaya menghentikan segala fitnah dan dakwaan tak berasas kepada pihak syarikat dan saya sendiri,” kata David lagi.

Dalam pada itu, David sempat menitipkan kata-kata buat Aeril dan juga Wawa yang pernah bernanung di bawah pengurusan MIG.

“Sekiranya mereka menghadapi masalah, kesempitan hidup, saya sedia membantu mereka apa yang termampu. Datang saja ke pejabat, kita berbincang secara jujur, ikhlas dan betul, tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan sedangkan saya sentiasa menganggap mereka tak ubah seperti anak saya sendiri. Saya mendoakan mereka berdua berjaya dan bahagia hingga ke syurga,” ujar David.



Last edited by maxim on 4-9-2014 12:41 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 budak 2 org ni. Dahlah aku x suka cerita cinta kita tu. Moral ntah hapa2... Berlagak baik
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 12:54 PM | Show all posts
kenapa korang tak duduk berbincang face to face setel semua problem nie once and for all..?

bila dah dipanggil nak berbincang depan2, takmo pulak..alasan jangan dicari lagi la hape la..kalau gitu, sampai kesudah la main berbalas statement kat media..



Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Psgn yg plg propa..nikah 2 kali?? Mmg propa gler
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:43 PM | Show all posts
poyo x abes2...kalau dah dalam geran tu terang2 nama MIG mcmana plak ekk..swift pun nak berebot..ntah apa2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 03:30 PM | Show all posts
adoyay tak abes2 ke pasal keta swift ni
tu ha uncle david dah jawab
aku tetap percaya pasangan ni mmg propah
perangai tak semenggah btol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2014 03:52 PM | Show all posts
hmm.... Wawa keluar dari MIG.. so logically apa jua harga MIG, MIG ada hak nak tarik balik.. contohnya kereta tu.

Tapiiiiiiiii... sepatutnya pihak MIG inform couple ni pasal dorang ambik balik kereta tu and dorang boleh ambik kereta tu secara baik.. bukannya main tarik cam tu aje sampai bawak ke laporan polis. Sudahnya memang takleh nak renew la road tax ke insurance ke since kereta tu dah dilabel sebagai kereta yang dicuri (barang kes).

Wawa ni aku rasa dia ni naive.. so senang kena manipulate. Lepas ni aku berharap dia belajar dari pengalaman dan kesilapan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 04:02 PM | Show all posts
Malu la orang non-muslim boleh berfikir and ajak berbincang2 baik

yang muslimnya masa buat PC pakai kopiah n selendang sbb nak kaburi perbuatan diorg dengan agama

I sangat marah dgn couple ni sbb menggunakan agama utk kepentingan peribadi - macam mana org nak respect kalau pekerti tak baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 04:10 PM | Show all posts
walaupun aku mmang meluat tengok filem sampah davide teo ... tp sama taraf meluat aku tgk drama wawa ngan laki dia  ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 05:49 PM | Show all posts
pulang jelah brg2 diorg dlm kereta tue david oii... diorg kate takmo dah kereta tue...
kot2 lah ade surat2 penting kontrak ke ape simpan dlm kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 06:46 PM | Show all posts
acik rasa la kan erel ngan wawa ni dah malu sebab buat cerita orang curi kereta walhal kereta tu memang milik syarikat. so takmo malu spin lah pulak konon nak dokumen dan baju pulak. kaki spin memang begini. kalau dah hampir2 tewas pastinya akan spin ke lain pulak.

jadahnye simpan dokumen peribadi dalam kereta? tak reti jaga barang betol.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 07:13 PM | Show all posts
bila gamaknya drama dorg ni nak habis....
mcm2 kes...
cuba semuka... senang...
benda boleh settle dlm setengah jam jadi berbulan2...
buang ego masing2... x salah berjumpa utk cari penyelesaian
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 07:32 PM | Show all posts
Napa mel rasa mel sokong david teo...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 08:13 PM | Show all posts
Tu david dh kate jumpe la die kalau ape2 hal
Lagi korg merempan kat media social lagi buruk la imej korg
Setel blakang2 sudah
Nanti yg buruk korg gak
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 08:17 PM | Show all posts
banyaknye kontroversi.. dh ala2 hollywood plak aku tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kapel kaki spin...tgk plak knyataan bls
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 08:44 PM | Show all posts
huk aloh kontrak sampai 2015
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 02:52 PM | Show all posts
mohon David Teoh saman WZ sbb x abeskan kontrak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 03:39 PM | Show all posts
Ko nyanyi je lagu kacang tu kat dorg david oiii.... Aku side ko kali ni.... Hehehehe...

Udah2 la menipu. Dulu masa galaksi call hawa ni pasal gosip dah kawin sorok2, hawa nafi, katanya dia tau pihak mana yg sebar gosip.... Tup2 pastu, buat press conference...

Yg laki dia pulak, tiba2 tiap2 kali nak cakap, nak kait dgn Islam... Ko nak berubah, tinggal je la berlakon ni.... Banyak lagi keje yg x syubhah...

Tu la.... Masa sekolah, xnak belajar betul2. Last2 jadi artis. Kalau artis berpelajaran, kita boleh beza tingkah laku dgn yg kureng cerdik ni. Mcm laki bini ni lah.... Auta pon nampak loser... Buat2 la balik kampung. Tanam sayur. Org jual sayur kat pasar pun boleh buat banglo tau x...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
johnazizul posted on 5-9-2014 03:39 PM
Ko nyanyi je lagu kacang tu kat dorg david oiii.... Aku side ko kali ni.... Hehehehe...

Udah2 la  ...

Wawa Bang.. Bukan hawa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.535661 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list