CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4635|Reply: 102

[Tempatan] Akta Hasutan - Krisis MB dan Isu PPS membuktikan ia perlu.

[Copy link]
Post time 3-9-2014 07:20 AM | Show all posts |Read mode

Dah terang lagi bersuluh pemimpin2 PR dan ahli2 akademik tahap longkang mereka menghasut rakyat membenci, mencabar dan seterusnya menolak perlembagaan dan penguatkuasaan perundangan M'sia dengan cara memutar belit fakta lalu menggantikannya dengan "fakta" ciptaan mereka sendiri.

Maka memang akta ini perlu di gunakan sepenuh-penuhnya oleh kerajaan untuk mengawal manusia gila kuasa dalam PR dari menghuru harakan negeri dan negara .

Apa yang PR takutkan sangat dengan akta nih, apabila hampa di heret ke mahkamah jawab je la depan hakim , malah ajak le hakim berdebat dengan hampa kalau hampa rasa hampa tu betul sangat.




-----------------------------------------------------------------------------------

http://www.thestar.com.my/News/N ... -act-being-misused/

PETALING JAYA: Datuk Seri
                Nation
Home > News > Nation
                           
                Published:                Tuesday September 2, 2014 MYT 11:04:00 PM               
                Updated:                Tuesday September 2, 2014 MYT 11:08:18 PM            
                            Anwar claims Sedition Act being misused                                    Anwar Ibrahim has claimed that the Sedition Act is being used selectively, which represents a gross affront to the democratic process.
"To date, five Members of Parliament, two state assemblymen as well as several other Pakatan leaders have been prosecuted," said the Opposition leader on Tuesday.
"If the prosecutions are successful, it is likely that at least six Parliamentary by-elections and three state assembly by-elections will ensue," he said in a statement on his blog.
Anwar was referring to sedition cases against Pandan MP Rafizi Ramli, Padang Serai MP N. Surendran, Deputy Selangor State Assembly Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad, Seputeh MP Teresa Kok, Batu Tiga MP Tian Chua, Shah Alam MP Khalid Samad, Seri Delima MP R.S.N. Rayer and former Changkat Jering MP Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
   


In making the statement, Anwar also criticised the use of the law against Universiti Malaya law lecturer Azmi Sharom over his views on the Perak crisis in 2009.
"Incidentally, though, it was not a view that was pro-Umno, neither was it pro-PKR in any way.
"As a firm believer in academic freedom, I maintain that Azmi has every right to express his views," Anwar said.
Anwar also lamented that it was ironic that the recent spate of sedition charges took place around the Merdeka Day period, which is "supposed to be a celebration from the yoke of colonialism for our new found freedoms and rights".





Last edited by blastoff on 3-9-2014 07:19 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2014 07:29 AM | Show all posts
Penjajahan pe nye, habih tu nak di biarkan kau dan LGE menghasut rakyat untuk jadi pemberontak ke ? Nak tengok aje korang berdua berlagak macam negeri dan negara makpaktiri korang yang punya ?

Kau tu yang menjajah ahli2 parti dan ADUN2 kau sampai depa nak bersuara mengkritik dan membangkang kau pun tak boleh , asyik kau nak tendang keluar depa dari parti dan kerajaan je pe hal ?

Kalau kau masih menyimpan impian memerintah seluruh M'sia dengan cara kuku besi kau tu , jangan harap laa , majoriti rakyat tak bodoh la nak jadi pak hangguk pada dinasti kaum keluarga kau dan LGE .





_________________________________________



Penjajahan’ guna Akta Hasutan perlu dihentikan, kata Anwar

The Malaysian Insider – 9 hours ago
  • View Photo‘Penjajahan’ guna Akta Hasutan perlu dihentikan, kata Anwar




                                                   
        Tindakan Putrajaya meluaskan cengkaman dengan mendakwa pensyarah undang-undang mengikut Akta Hasutan adalah melampau dan keterlaluan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
        Anwar berkata, tujuh pemimpin pembangkang dan seorang ahli akademik yang ditahan menggunakan akta itu menunjukkan pelanggaran proses demokratik dan juga kelemahan prinsip undang-undang.
        "Hari ini, gelombang itu juga dirasai Prof Azmi Sharom yang mengutarakan pandangannya berhubung krisis menteri besar di Selangor.
        "Secara tidak langsung, kenyataannya bukanlah pro Umno mahupun PR, namun menjunjung kebebasan akademik. Saya percaya Azmi berhak menyuarakan pendapatnya," kata ketua umum PKR itu lagi dalam satu kenyataan hari ini.
        Menurut Anwar sehingga hari ini, lima anggota Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sudah didakwa.
        "Ia merupakan senarai panjang yang akan berterusan namun tiada satu pun pemimpin Umno dan pertubuhan haluan kanan mereka yang rasis dikenakan tindakan," katanya.
        Antara ahli Parlimen PR yang didakwa mengikut akta itu adalah Rafizi Ramli (Pandan), N Surendran (Padang Serai), Teressa Kok (Seputeh), Chua Tian Chang (Batu), dan Khalid Samad (Shah Alam).
        Manakala, Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adun Seri Demila RSN Rayer serta bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut didakwa mengikut akta berkenaan.
        Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, sekiranya pendakwaan itu berjaya, sudah pasti akan berlaku enam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen dan tiga PRK Dewan Undangan Negeri (DUN).
        "Apa yang sedang kita lihat adalah cubaan tidak tahu malu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merampas demokrasi apabila menjadikan pemimpin PR dilucutkan kelayakan menjadi calon pilihan raya.
        "Ini bakal menjadi kesalahan serius melalui pintu belakang Pejabat Peguam Negara," kata Anwar.
        Anwar turut mengecam tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Pertubuhan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang semalam yang menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan.
        Anwar berkata, 156 anggota PPS yang ditahan adalah rakyat menjalankan tanggungjawab mereka kepada orang awam untuk mengekalkan keamanan.
        "Malah, turut terdapat ancaman oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan sama terhadap Unit Amal PAS.
        "Unit Amal dikenali sejak sekian lama menjaga kawalan ketika perhimpunan pembangkang selain tugas kemanusiaan dan kebajikan mereka," katanya.
        Beliau berkata, kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkenaan pemansuhan Akta Hasutan 1948 juga sebagai "penipuan" memandangkan insiden pendakwaan yang berlaku sekarang.
        "Akta itu digunakan untuk pendakwaan sekarang. Bagaimana kita boleh memperoleh keyakinan kerajaan serius melakukan pembaharuan perundangan?" soal Anwar.
        Anwar berkata, fungsi penuh demokrasi adalah melalui salah guna badan eksekutif dapat disemak melalui badan perundangan.
        "Soalannya, adakah kita mempunyai sistem kehakiman yang bebas, dan percaya ahli politik yang mempunyai kuasa eksekutif perlu bertindak berlandaskan undang-undang dan bukannya kesesuaian politik mereka," katanya.
        "Adakah kita mempunyai hakim yang akan membuat penghakiman tanpa sebarang rasa takut berlandaskan keadilan?" katanya lagi.
        Anwar berkata, kerajaan Najib juga gagal dengan teruk mentadbir dengan adil.
        Beliau berkata, ucapan-ucapan berunsur perkauman oleh pemimpin Umno, jentera propaganda mereka dan kumpulan ekstremis berhaluan kanan masih lagi berleluasa dan bebas.
        "Kumpulan yang menyuarakan kebebasan dan kebenaran untuk keharmonian rakyat sebaliknya didakwa sebagai penjenayah," katanya.
        Anwar berkata, Hari Kemerdekaan perlu disambut bagi memperingati kebebasan negara daripada penjajahan, namun apa yang berlaku adalah penahanan penjajah abad ini terhadap pemimpin pembangkang. – 2 September, 2014.










Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 07:35 AM | Show all posts
Kalau boleh sila wujudkan balik ISA...
Akta Hasutan saja tak cukup nak sekat malaun2 yg makin besar 'tut' skrg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 07:35 AM | Show all posts
Berani buat berani tanggung laaa





Last edited by blastoff on 3-9-2014 07:38 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 07:43 AM | Show all posts
Kau ketinggalan ketapi ke ahmad zahid weyy, LGE bukan stakat cabar KPN tapi dia siap2 mewujudkan tentera penghasutnya sendiri yang dia guna untuk lawan KPN. Itu dah melepasi tahap cabar mencabar atau kritik mengkritik dah tu , itu dah sampai tahap merancang pemberontakan terhadap pihak penguasa tertinggi negara , yang merupakan high level treason .



---------------------------------------------------

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/30/guan-eng/
                           
            PPS: Lim Guan Eng Sepatutnya Bincang, Bukan Cabar KPN - Ahmad Zahid       
Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 7:51 PM
                                   
                                                    (Ubah saiz teks)        
        KLUANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di negeri itu, dan bukannya mencabar Khalid, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Tidak perlu mencabar (Ketua Polis Negara), sepatutnya beliau (Lim) harus menemui Ketua Polis Negara untuk adakan perbincangan. Kita alukan jika ada inisiatif yang mahu jaga keselamatan komuniti tetapi bukan dengan cara mencabar.   

"Jika ada pihak yang mahu membantu polis dan bekerjasama, nyatakan dengan perkataan yang baik bukan dengan cara seolah-olah mencabar kewibawaan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kluang Md Jais Sarday, Ketua Wanita Bahagian Datuk Sharifah Azizah Syed Zain serta Ketua Pemuda Umno Bahagian Datuk Khairul Anwar Rahmat.  

Ahmad Zahid berkata Pendaftar Pertubuhan dan Ketua Polis Negara menyatakan bahawa  PPS bukan pertubuhan yang sah kerana ia tidak pernah didaftarkan.   

Ahmad Zahid yang juga merupakan Naib Presiden Umno berkata soal keselamatan negara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk menubuhkan agensi menjaga keselamatan.   

"Soal keselamatan termaktub dalam undang-undang Persekutuan, tiada undang-undang atau enakmen negeri yang izinkan mana-mana pertubuhan untuk menjaga keselamatan.

Oleh yang demikian, soal keselamatan adalah soal Persekutuan atau kerajaan Pusat, bukan hak negeri," kata beliau.   

Menurutnya PPS tidak boleh disamakan dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) yang penubuhannya dilaksanakan menerusi penggubalan undang-undang Persekutuan.   

Ditanya sama ada anggota PPS yang terus berdegil untuk menjalankan tugas bakal berhadapan dengan tindakan ditangkap oleh Polis,  beliau berkata itu boleh dilakukan mengikut undang-undang.

Menurutnya tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil alih tugas polis adalah jelas mengikut undang-undang.  



Last edited by blastoff on 3-9-2014 07:44 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 07:46 AM | Show all posts
Innrukia posted on 3-9-2014 07:35 AM
Kalau boleh sila wujudkan balik ISA...
Akta Hasutan saja tak cukup nak sekat malaun2 yg makin besar ...

Kalau di wujudkan ISA nescaya anwar, LGE dan seluruh pemimpin PR dan macai2 depa akan berguling2 tengah jalan menangis meraung sesambil menyebut "kita di aniaya" demi meraih simpati rakyat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 07:59 AM | Show all posts
begitu kata pejuang perasan syumul yg hanya berani salah guna undang2 untuk digunakan demi kepentingan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 08:04 AM | Show all posts
blastoff posted on 3-9-2014 07:46 AM
Kalau di wujudkan ISA nescaya anwar, LGE dan seluruh pemimpin PR dan macai2 depa akan berguling2 t ...

I dont care...manusia memang suka langgar peraturan...sejarah dah prove mmg tu sifat manusia.
sbg pemimpin memang kena jd diktator...lembut mcm najib @ paklah mmg org akan amik kesempatan.
those yg konon sokong kebebasan bersuara & kebebasan mengutuk maki aku cuma nk kata kebebasan hotak lu ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 08:06 AM | Show all posts
dari kaca mata org akademik...
bukan macai jalanan

Mohammad Agus Yusoff15 hours ago


AZMI SHAROM DAN KEBEBASAN AKADEMIK

Apabila rakan akademik saya didakwa, saya menjadi takut untuk menulis. Saya perlu takut kerana saya tidak mahu didakwa seperti beliau.

Tetapi, sebagai guru politik apakah wajar jika saya mendiamkan diri sahaja tanpa berkongsi idea dengan rakan-rakan yang lain jika saya mempunyai idea dan pendapat politik yang hendak disampaikan?

Saya fikir jika diam, saya tidak adil kepada amanah yang saya pegang. Amanah saya ialah untuk menyampaikan ilmu dan memberi pandangan balas kepada sesuatu isu politik yang saya fikir perlu diperbetulkan. Bukan untuk mencabar sesiapa atau membenci atau menyukai sesiapa, tetapi untuk kita saling menegur bagi mendapatkan yang terbaik antara yang baik.

**************************

Saya tidak mengenali Azmi Sharom secara rapat. Saya pernah menemu bual beliau sekali dalam Rancangan Hujah dalam TV9 yang saya kendalikan suatu waktu dulu. Selepas itu, saya mengenali beliau melalui tulisan beliau dan melalui perbincangan dengan kawan rakan.

Satu yang dapat saya katakan dari pengamatan saya, Azmi seorang yang tenang dan mempunyai pandangan politik dan undang-undang yang jujur. Beliau tidak mengata orang dan menulis berdasarkan pandangan ilmu yang ada pada beliau.

Jadi apabila beliau didakwa, saya berasa terkilan jika saya tidak menulis pandangan saya tentang beliau. Pandangan saya tentang Azmi ialah beliau seorang yang berotak dingin (baca: tenang), menulis dalam keadan yang terkawal dan paling penting memberikan pandangan berdasarkan ilmu yang beliau yakini benar.

Pandangan beliau mungkin salah dan mungkin betul. Ilmu undang-undang dan politik adalah begitu. Ia banyak bergantung kepada tafsiran seseorang. Dan janganlah kerana kita mempunyai perbezaan tafsiran, maka kita tidak boleh menerima kelainan tafsiran kita dengan beliau.

***************************

Saya menulis tentang Azmi ini kerana satu lagi sebab yang paling penting, yakni kebebasan akademik. Saya tahu kebebasan akademik mesti ada batasannya. Tidak ada kebebasan mutlak. Itu saya tahu.

Tetapi dalam dunia akademik, janganlah kebebasan untuk mempunyai pandangan berbeza itu disekat. Jangan takutkan golongan cendikiawan. Mereka adalah harta negara yang kita perlu jaga.

Yakinilah kehebatan sesebuah universiti itu bukan terletak pada bangunannya yang cantik tetapi terletak kepada keupayaan mahasiswa dan pensyarahnya untuk berbincang, mengkaji dan menulis dalam suasana yang mempunyai ruang untuk meraikan persamaan dan juga perbezaan.

Doa saya untuk Azmi Sharom.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 11:34 AM | Show all posts
Menegur dan mengkritik perkara yang benar2 berlaku tak menjadi masaalah sebab selama ni pun kerajaan kita sentiasa membenarkan berbagai2 kritkan di buat terhadap dasar2 kerajaan.

Kalau tidak tak wujud lah media pembangkang dan juga forum2 di internet seperti forum cari ni sendiri yang merupakan gelanggang yang aktif untuk mengkritik dasar kerajaan mana pun yang tidak di persetujui .

Yang berlaku sekarang adalah bukan dasar kerajaan yang di kritik , tapi perlembagaan negeri dan negara di seleweng makna dan tafsirannya oleh PR dan macai2 PR yang yang bergelar "pakar" dan "ahli akademik" , dengan meletakkan tafsiran dan makna mereka sendiri yang totally bertentangan dengan apa sebenarnya yang tertera di perlembagaan tu sendiri .

Itu tindakan menipu dan memutar belit serta tak boleh sesekali di samakan dengan mengkritik .

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 12:08 PM | Show all posts
Satu perkara yang perlu kita fikirkan adalah :=

Wujud tak freedom of expression dan freedom of speech dalam PKR dan DAP ?

Adakah anwar dan LGE benarkan sesapa pun dalam parti depa sendiri melakukan aktiviti menghasut secara terbuka untuk bangun melawan dan menentang memana keputusan yang di ambil oleh pucuk pimpinan parti memasing ? Di benar kan ke tidak untuk buat gitu ?

Pernah tengok di memana media ADUN PKR dan DAP mengkritik secara terbuka keputusan yang di buat pucuk pimpinan depa dan masih boleh berada dalam parti ?

Come on lah , Anwar dan LGE demand total loyalty dari ahli2 parti memasing . Keputusan pucuk pimpinan bukan stakat tak boleh di bangkang , jauh sekali la nak putar belit atau salah tafsir, lagi akan kena terajang keluar lala tu jugak dari parti .

Itu baru dalam ruang lingkup kecil parti dah tak wujud freedom of expression or speech langsung dah tu !

Jadi tak masuk akal untuk Anwar dan LGE meroyan agar kerajaan benarkan depa dan macai2 depa bersuara sesuka hati di media untuk menyeleweng perlembagaan negara demi kepentingan politik depa , sedangkan depa sendiri tak pernah membenarkan wujud langsung kebebasan bersuara in any way dalam parti memasing in the first place .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 12:26 PM | Show all posts
PR tak layak bercakap mengenai demokrasi kerana PR dah membuktikan melalui gaya pemerintahan di penang dan selangor yang depa tak mengamalkan demokrasi .

Its all about kehendak pemimpin tertinggi memasing with no compromise whatsoever .

Kehendak dan pilihan rakyat anytime depa pijak2 kalau perlu demi merealisasikan cita2 politik depa sendiri , sementara duit rakyat plak depa anggap macam piggy bank parti depa sendiri untuk depa gunakan bila masa dirasakan perlu bagi tujuan politik memasing  .

Dah berlaku depan mata pada bekas adun kajang yang merupakan pilihan rakyat yang di paksa keluar dari jawatan , dan pada penubuhan PPS yang di biayai guna duit kerajaan negeri  . Itu memperlihatkan pilihan dan duit rakyat di selewengkan untuk cita2 politik pemimpin tertinggi PR sendiri.

Macam ni gayanya nak di benarkan perintah seluruh m'sia sedangkan dua negeri kecil tu pun dah ketara tarak demokrasi totally  .
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:29 PM | Show all posts
kalo hasut rakyat benci PR bolehhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 01:23 PM | Show all posts
kecimpret posted on 3-9-2014 12:29 PM
kalo hasut rakyat benci PR bolehhhhhhhhhhh

Selama ni post2 kau dan macai2 PR di forum ni boleh di kategorikan sebagai menghasut rakyat membenci kerajaan BN , no good whatsoever comes out from your mouth mengenai dasar2 kerajaan , tak gitu ?

Tapi tarak tindakan di ambil pun oleh forum Cari atau oleh kerajaan M'sia sendiri terhadap korang semua .

So its not about menghasut rakyat membenci sesapa per se yang dikenakan akta hasutan , tapi ia hanya melibatkan perbuatan menyeleweng perlembagaan dan perundangan M'sia , serta menghina dan memaki hamun pemimpin2 untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah .

Forum Cari sendiri tak benarkan perbuatan maki hamun sesapa pun , di delete dan di ban memanjang post sesapa yang dok maki hamun dan mencarut .

Malah peraturan forum mana pun atau organisasi mana pun tak pernah membenarkan memana pun peraturan forum atau organisasi di cabar atau di putarbelit/salah tafsir kok mana pun kannnn .

Apa yang pemimpin hampa buat , memutar belit dan mencabar perlembagaan negara, kat amerika pun tarak ahli politik sana yang pernah buat and get away with it scott free tawww   , pasti ada je tindakan di ambil untuk menghentikan perbuatan tu oleh kerajaan Amerika.

Mana ada negara mana pun yang membenarkan ? Tunjuk mai kat aku mana ?

Hampa dan pemimpin hampa ni nak hidup di alam fantasi laa, yang mana tarak sapa mau ikut hampa dok mengelamun mengimpikan perkara yang tak masuk di akal  .


Last edited by blastoff on 3-9-2014 01:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 01:29 PM | Show all posts
kecimpret posted on 3-9-2014 12:29 PM
kalo hasut rakyat benci PR bolehhhhhhhhhhh

Kalu Anwart tu tak payah orang hasut aku pon takpe... memang aku dengan sendirinya jadik benci bila dia cakap UMNO korup Nepotisma bagai, tapi dia pon buat sama benda yang dia kata kat UMNO tu.... KhaarrrkkkkTHUIII!!!

P/S : Pegi MAMPOS sama Mat KETUM...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada akta pun perangai hamjad apa lg kalau takde..puiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2014 01:34 PM | Show all posts
Btw, pemimpin2 PR dok saman ke hulu saman ke hilir tu sebab apa ?

Tentunya untuk protect kredibiliti dan maruah depa kan , yang depa anggap telah di cemar oleh orang yang membuat tuduhan liar kat depa , yang depa anggap sebagai fitnah semata-mata .

Habis tu apabila kerajaan bertindak di bawah akta hasutan untuk protect perlembagaan dan maruah serta kredibiliti pemimpin untuk menghentikan tuduhan liar yang berbaur fitnah yang di lemparkan, kenapa plak pemimpin PR nak terloncat2 kemarahan ??

Sedangkan depa pun dok ambil tindakan yang sama ke atas orang lain jugak walau guna akta berbeza tapi matlamatnya sama saja .



Last edited by blastoff on 3-9-2014 01:36 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff posted on 3-9-2014 01:34 PM
Btw, pemimpin2 PR dok saman ke hulu saman ke hilir tu sebab apa ?

Tentunya untuk protect kredibi ...

Macai je yg terlompat berlebihan tu...perasan bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 01:44 PM | Show all posts
somehow aku suka ISA ......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 01:56 PM | Show all posts
magnus posted on 3-9-2014 01:35 PM
Macai je yg terlompat berlebihan tu...perasan bagus..

Kalau depa rasa depa betul sangat, depa try lah cabar dan putar belit peraturan Forum Cari yang tertera dalam "Important Notice" kat bawah page ber font merah tu , kena tindakan kang boleh lah depa join anwar meroyan " penjajahan berlaku di forum Cari sendiri kerana kami di larang bersuara mencabar peraturan forum " .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.087087 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list