CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4834|Reply: 85

Akta hasutan: Minda malaysian caprut masih tegar dijajah

[Copy link]
Post time 3-9-2014 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Akta Hasutan mula diperkenalkan oleh Kerajaan Kolonial British sebagai Ordinan Hasutan (Sedition Ordinance) pada tahun 1938 sebagai salah satu cara untuk mereka membendung penentangan rakyat terhadap kerajaan penjajah dan menyekat gerakan kemerdekaan rakyat yang mula bangkit.

Pada tahun 1947, Ahmad Boestamam, pemimpin Angkatan Pemuda Insaf (API) telah menjadi mangsa pertama Ordinan Hasutan ciptaan penjajah British.

Angkatan Pemuda Insaf (API) ialah sebuah gerakan politik kiri yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak. Buku "Testament Politik API" telah menggariskan matlamat API untuk "berjuang mencapai kemerdekaan bangsa dan tanahair dengan segala jalan yang terbuka, dengan lembut jika boleh, dengan keras jika terpaksa."

Pada 13 Mac 1947, Ahmad Boestamam telah ditangkap dan ditahan oleh polis dan Special Branch di bawah Ordinan Hasutan.

Boestamam telah dihadapkan ke mahkamah atas 3 tuduhan:

PERTAMA: Pada 21 Disember 1946, mengeluarkan sebuah buku kecil bertajuk "Testament Politik API" di Kuala Lumpur yang mengandungi perkataan-perkataan menghasut dan juga mengeluarkan kenyataan "Merdeka Dengan Darah", yang berbaur hasutan.

KEDUA: Menerbitkan buku kecil "Testament Politik API" yang berbaur hasutan.

KETIGA: Mencetak buku kecil "Testament Politik API" yang berbaur hasutan.

Boestamam telah didapati bersalah atas ketiga-tiga tuduhan dan hakim telah menjatuhkan hukuman denda $1,000 atau 6 bulan penjara kerjaberat untuk tuduhan pertama, $200 atau 1 bulan penjara untuk tuduhan kedua, dan $200 atau 1 bulan penjara untuk tuduhan ketiga. Dengan bantuan wang dari rakan-rakan seperjuangannya, beliau memilih untuk membayar denda bagi mengelak dari dipenjara.

Disebabkan pendakwaan terhadap Boestamam di bawah Ordinan Hasutan ini, Gabenor Malayan Union, Edward Gent telah bertindak mengharamkan Angkatan Pemuda Insaf (API) pada 16 Julai 1947. Setahun kemudian Ahmad Boestamam telah ditangkap dan dipenjarakan oleh penjajah British selama 7 tahun di bawah Undang-undang Darurat.

Ordinan Hasutan telah dikekalkan oleh Kerajaan Perikatan yang menggantikan Kerajaan Kolonial British pada tahun 1957.



credit penulis page FB pusat sejarah rakyat


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2014 08:25 AM | Show all posts
Akta hasutan: Malaysia masih dijajah — Mohd Zharif Shafiq Badrul Hisam
AUGUST 21, 2014

  
   Google +  

TOOLS
  • [url=]INCREASE TEXT[/url]
  • [url=]DECREASE TEXT[/url]
  • [url=]RESET TEXT[/url]
  • PRINT ARTICLE


21 OGOS — Akta Hasutan telah diperkenalkan pada tahun 1948 oleh penjajah British dan masih berkuatkuasa hingga hari ini. Undang-Undang yang diperkenalkan oleh penjajah kita ini, telah mendapat sokongan golongan-golongan yang mendakwa dirinya sebagai nasionalis atau cintakan agama, bangsa, negara.


Sebuah undang-undang yang diperkenalkan oleh penjajah disokong oleh mereka yang cintakan agama bangsa dan negara? Itu satu persoalan yang hingga kini saya belum temukan jawapannya.

Masih relevan?

Bagi mereka yang menyokong akta kolonial ini, pendirian mereka berasaskan alasan bahawa ia sangat penting untuk mencegah huru-hara, menjaga kestabilan dan keamanan negara dan sebagainya.

Benarkah begitu?

Dalam kes Oh Keng Seng pada tahun 1979, mahkamah memutuskan bahawa dalam kes akta hasutan, pendakwa tidak perlu membuktikan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh tertuduh itu benar atau salah atau menyebabkan huru-hara dan ketidakstabilan negara.


Ini bererti jika kenyataan tersebut tidak mempunyai unsur-unsur mengancam keamanan negara, ia masih boleh dikira sebagai hasutan. Nah, apakah itu relevan untuk menyatakan bahawa akta kolonial ini penting untuk menjaga kestabilan negara?

Kes Surendran

Saudara N.Surendran dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan menghasut melalui kenyataan media yang bertajuk ‘’ Court of Appeal’s Fitnah 2 written judgment is flawed, defensive and insupportable’’.

Apabila seseorang dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan di bawah akta hasutan maka prinsip-prinsip ini akan digunapakai berdasarkan kes-kes akta hasutan sebelum ini:

i.    Niat tertuduh tidak perlu dibuktikan

ii.   Tidak perlu dibuktikan bahawa kenyataan yang dikeluarkan bersifat menghasut atau boleh mengancam keamanan negara

iii.  Pendakwa tidak perlu menyatakan secara spesifik kecenderungan menghasut yang manakah relevan untuk digunakan terhadap tertuduh

iv.  Apa yang perlu dibuktikan oleh pendakwa ialah kenyataan tersebut dibuat oleh tertuduh. Itu sahaja.

Berdasarkan bacaan saya di media, terdapat dua respons yang diberikan oleh saudara N.Surendran:

i.    Kenyataan media tersebut adalah berdasarkan hujah-hujah yang menjadi sebahagian daripada hujah rayuan yang akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

ii.   Hanya mengkritik fakta penghakiman tersebut.

Mengkritik keputusan mahkamah adalah sesuatu yang normal dalam dunia undang-undang bahkan itu adalah sebahagian daripada silibus pelajar undang-undang dan dijadikan salah satu bentuk soalan dalam kertas peperiksaan. Justeru adakah ia wajar diklasifikasikan sebagai berkecenderungan untuk menghasut?

Lebih buruk lagi, kenyataan media tersebut adalah berdasarkan hujah-hujah yang menjadi sebahagian daripada hujah rayuan yang akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Apakah hujah-hujah tersebut dikira menghasut atau punya kecenderungan untuk menghasut?

Akta Hasutan yang sudah begitu ‘ajaib’ isi kandungan dan modus operandi, kini digunapakai dengan ‘logik’ yang sangat ‘ajaib’ juga. Maka di sini, inginlah saya bertanya kepada pembaca sekalian,

Apakah Malaysia masih memerlukan Akta Hasutan?

* Ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Malay Mail Online.


- See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.yvGsPACD.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Singapore cina bukit pon buat begini juga... ada akta sebegini juga.... komplen sket, kena saman sampai bankrap...so????

Melayu fefeling werl terpengaruh suda saje yang tak ngaku keperluan akta sebegini...anda nak buta... butalah sorang... jgn suruh orang yang celik jadi buta seperti anda juga...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 08:29 AM | Show all posts
kaum peguam sila beri pencerahan... kami dok belajo.. takot silap comment... sila yg arif utk komen...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 08:31 AM | Show all posts
kalau masih tahap begini kebanyakkan minda orang melayu dan rakyat malaysia ne,

akta hasutan memang sangat2 perlu..

kebanyakkan orang malaysia belum mampu untuk berfikir sendiri ..

baru kena angin haaaa, amok dia bukan main lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 08:31 AM | Show all posts
~anya~ posted on 3-9-2014 08:28 AM
Singapore cina bukit pon buat begini juga... ada akta sebegini juga.... komplen sket, kena saman sam ...

Akta Hasutan perlu utk hapuskan PAPA KATUM di Malaysia.... Muahhahahahaha..

P/S : Pegi MAMPOS sama Anwart Mat Jebow..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 08:31 AM | Show all posts
~anya~ posted on 3-9-2014 08:28 AM
Singapore cina bukit pon buat begini juga... ada akta sebegini juga.... komplen sket, kena saman sam ...

Singapore & kokusen buat takpe....tu tindakan urban
i really hope LGE or any chinese jd PM, then this pejuang kebebasan ni akan tau apa makna sebenar kebebasan yg depa perjuangkan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 08:36 AM | Show all posts
Kes Prof. Azmi Sharom dikira sebagai menghasut atau mempunyai kecenderungan untuk menghasut? — Zharif Badrul
SEPTEMBER 2, 2014

0
  0 Google +0  0

TOOLS
  • [url=]INCREASE TEXT[/url]
  • [url=]DECREASE TEXT[/url]
  • [url=]RESET TEXT[/url]
  • PRINT ARTICLE


2 SEPT — “When the justification no longer exists for banning fair comment on matters of public interest, the Sedition Act will be removed’’ Justice Ong in the case of Melan Abdullah.


Hari ini, kebebasan berintelektual dicabar sekali lagi dengan kebobrokan Akta Hasutan 1948 yang sudah melampaui batas norma-norma sebuah negara yang demokratik. Seorang profesor, ahli akademik, telah didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berunsurkan hasutan. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof. Azmi Sharom yang telah menyebabkan beliau didakwa di bawah Akta Hasutan:

“You don’t want a repeat of that, where a secret meeting took place,” the University of Malaya lecturer said, referring to the Perak crisis.

“I think what happened in Perak was legally wrong. The best thing to do is do it as legally and transparently as possible.”

Kenyataan Prof. Azmi ini merujuk kepada fakta kes Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin [2010] 2 MLJ 285 perenggan 18 hingga 20 iaitu:

‘‘At about 10am on the same day, the then Deputy Prime Minister Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, in his capacity as the chairman of the Perak BN, had an audience with His Royal Highness [HRH].


At this meeting, the Deputy Prime Minister presented HRH with a letter of support from the 28 members of the Legislative Assembly [LA] who are aligned to the BN and that of the Behrang and Changkat Jering assemblymen and Jelapang assemblywoman. The letter stated that the signatories will support whoever that will be named by YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak as the candidate for the new MB.

On 5 February 2009 at about 11.15am, the then Deputy Prime Minister brought in all 31 members of the LA including Encik Jamaluddin bin Mohd Radzi, Encik Mohd Osman bin Mohd Jailu and Madam Hee Yit Foong to Istana Kinta to meet with HRH. All 31 members of the Perak LA pledged their support to the BN.’’

Secara keseluruhannya, Prof. Azmi tidak bersetuju bahawa fakta kes ini dijadikan sebagai justifikasi penghakiman bahawa undi tidak percaya boleh dibuktikan di luar sesi persidangan Dewan Undangan Negeri lebih-lebih lagi hanya 31 ahli DUN yang terlibat sedangkan jumlah ahli DUN Perak ketika itu ialah seramai 59 orang.

Prof. Azmi berpendapat, undi tidak percaya harus dilakukan dalam sidang DUN, bukannya dengan menggunakan cara lain (extraneous means).

Adakah ini dikira sebagai menghasut atau mempunyai kecenderungan untuk menghasut? Adakah komen dari segi akademik oleh seorang pensyarah undang-undang wajar dijadikan sebagai menghasut?

Pandangan sebegini adalah lazim dalam dunia perundangan bahkan ia menjadi salah satu bentuk soalan dalam peperiksaan. Apakah ia wajar dikira sebagai menghasut?

Apabila kebebasan akademik dan intelektual sudah mula dibayangi dengan Akta Hasutan, saya berpendapat sudah tiba masanya Akta Hasutan ini dimansuhkan atas tiga perkara:

Draconian — Tertuduh tidak perlu ada niat dan perbuatannya tidak perlu dibuktikan bahawa ianya mendatangkan ancaman atau huru-hara.

Outdated — Ia diperkenalkan oleh British pada tahun 1948. Kita sudah merdeka selama 57 tahun tetapi masih menggunakan undang-undang kolonial ciptaan tuan penjajah selama 66 tahun.

Abusive — Apa sahaja perkataan boleh dikira sebagai ‘menghasut’ kerana perkataan tersebut tidak perlu dibuktikan mempunyai unsur-unsur menghasut. Malah, Pendakwa hanya perlu membuktikan perkataan itu disebut oleh tertuduh.

Pada masa yang sama, saya menggesa agar Cadangan Rang Undang-Undang Harmoni Nasional segera dibentangkan dan menggantikan Akta Hasutan ini kerana terdapat dua elemen penting dalam akta tersebut yang tidak dimiliki oleh Akta Hasutan.

Perlu niat — kesalahan menimbulkan kebencian atau contempt ke atas institusi raja-raja atau provokasi berasaskan kaum dan agama perlu dibuktikan bahawa tertuduh mempunyai niat untuk berbuat demikian.

Undang-Undang Rakyat: Input cadangan tersebut adalah hasil daripada perbincangan dan diskusi bersama masyarakat awam baik secara online mahupun diskusi meja bulat. Ia merangkumi pelbagai pihak dari segenap lapisan masyarakat.

Justeru, saya dengan ini menyokong kempen #MansuhAktaHasutan yang sudah mula digerakkan oleh Bar Council’s National Young Lawyers Committee atas kesedaran bahawa kebebasan akademik dan intelektual tidak perlu dirantai dan disekat dengan Akta Hasutan yang hanya membantutkan percambahan intelektualiti dan golongan akademik di negara ini.

* Zharif Badrul is a Law Research Associate at Global Movement of Moderates Foundation (GMM).


- See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.VKY3LrmQ.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 08:37 AM | Show all posts
mansuh akta hasutan, kembalikan I.S.A...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 08:37 AM | Show all posts
Apabila kebebasan akademik dan intelektual sudah mula dibayangi dengan Akta Hasutan, saya berpendapat sudah tiba masanya Akta Hasutan ini dimansuhkan atas tiga perkara:
Draconian — Tertuduh tidak perlu ada niat dan perbuatannya tidak perlu dibuktikan bahawa ianya mendatangkan ancaman atau huru-hara.
Outdated — Ia diperkenalkan oleh British pada tahun 1948. Kita sudah merdeka selama 57 tahun tetapi masih menggunakan undang-undang kolonial ciptaan tuan penjajah selama 66 tahun.
Abusive — Apa sahaja perkataan boleh dikira sebagai ‘menghasut’ kerana perkataan tersebut tidak perlu dibuktikan mempunyai unsur-unsur menghasut. Malah, Pendakwa hanya perlu membuktikan perkataan itu disebut oleh tertuduh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 08:37 AM | Show all posts
NURMIMIE posted on 3-9-2014 08:31 AM
kalau masih tahap begini kebanyakkan minda orang melayu dan rakyat malaysia ne,

akta hasutan mema ...

akta hasutan perlu utk menyelamatkan caprut sikit2 terhina dan kaki ngamuk ye kak
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 08:39 AM | Show all posts
akta hasutan penting.. utk pemerintah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 08:41 AM | Show all posts
atira posted on 3-9-2014 08:37 AM
akta hasutan perlu utk menyelamatkan caprut sikit2 terhina dan kaki ngamuk ye kak

itu tak penting..

yang penting adalah orang2 di keliling mereka.. yang selalunya tidak bersalah itu..

banyangkan caprut2 yang sikit2 terhina, sibuk buat demo itu ini, dan berlaku pula kejadian amuk,

kesian rakyat2 yang tak ada kena mengena di sekeliling mereka turut kena tempiasnya.. kalau takat tempias tak apa lah.. kalau kena libas terus jadi berita hangat.. dan kita pakat2 kata malaysia masih aman kah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:53 AM | Show all posts
dia kalo hasut rakyat benci pembangkang bolehhhh..jgn hasut rakyat benci pemerintah jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2014 11:15 AM | Show all posts
kecimpret posted on 3-9-2014 10:53 AM
dia kalo hasut rakyat benci pembangkang bolehhhh..jgn hasut rakyat benci pemerintah jer

hipokrit ngalahkan yahudi zionist kekdahnye
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:19 AM | Show all posts
zahid dgn unit amal pas pon kecut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2014 11:45 AM | Show all posts
cak! posted on 3-9-2014 11:19 AM
zahid dgn unit amal pas pon kecut

yg dok cakap berdegar2 tu mmg selalunye pengecut
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
~anya~ posted on 3-9-2014 08:28 AM
Singapore cina bukit pon buat begini juga... ada akta sebegini juga.... komplen sket, kena saman sam ...

Sokong!!!!

ISA revive!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
atira posted on 3-9-2014 11:45 AM
yg dok cakap berdegar2 tu mmg selalunye pengecut

Yg cakap retorik tu lagiiiii.....hmmm....hahaha je laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:33 PM | Show all posts
~anya~ posted on 3-9-2014 08:28 AM
Singapore cina bukit pon buat begini juga... ada akta sebegini juga.... komplen sket, kena saman sam ...

singapore yg korang kutuk2  jahat,anti melayu tapi last2 korang gak ikot pangai yahudi dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.310786 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list