CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6770|Reply: 46

[Tempatan] Cara penjenayah curi TAC perbankan Internet

[Copy link]
Post time 3-9-2014 09:54 PM | Show all posts |Read mode
Ramai mungkin menyangka perbankan Internet selamat, namun ia sebenarnya masih mempunyai 'lubang' yang boleh disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Guangming Daily melaporkan seorang peniaga dari Damansara dekat Kuala Lumpur kehilangan lebih RM100,000 apabila akaun perbankan Internet untuk syarikatnya diceroboh.

Penceroboh tersebut bertindak mencuri identiti mangsa dan membuat laporan kehilangan telefon bimbit kepada syarikat telekomunikasi.

Tujuan penjenayah tidak lain untuk memperolehi kad sim baharu bagi nombor telefon yang dimiliki mangsa, sekali gus membolehkannya menerima kod transaksi (TAC) yang diperlukan untuk urusan perbankan Internet.

Mangsa kes tersebut menyedari gangguan perkhidmatan untuk dua telefon bimbitnya pada Rabu lalu dan membuat aduan kepada syarikat telekomunikasi.

Syarikat telekomunikasi pula memaklumkan bahawa perkhidmatan telefon telah dihentikan atas permintaan pengadu tetapi perkara itu dinafikan mangsa tersebut.

Mangsa berpuas hati apabila mendapati perkhidmatan telefonnya disambung semula tetapi tidak menyangka ia merupakan petanda awal kepada satu penipuan.

Keadaan itu hanya disedari mangsa pada pagi Jumaat apabila akaun syarikatnya kekurangan lebih RM100,000.

"Hasil pemeriksaan dengan bank, saya diberitahu bahawa sebanyak 20 transaksi telah berlaku tanpa pengetahuan saya dari pukul 11 malam Khamis sehingga pukul 1.19 pagi Jumaat.

"Bank memberitahu bahawa semua transaksi diluluskan selepas TAC yang betul diberikan," kata mangsa yang bernama Chen.

Memeriksa semula kandungan dalam telefon, Chen berkata, syarikat telekomunikasi pada kira-kira pukul 10 malam Khamis lalu pernah menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung permohonan penukaran kad sim.

"Saya pada masa itu sudah tidur dan hanya sedari sms itu pada pagi Jumaat," katanya.

Mangsa percaya penjenayah mencuri identitinya untuk membatalkan kad sim asal pada malam Khamis untuk memperolehi TAC yang dihantar ke kad sim baharu.

Ia dilakukan pada waktu lewat malam ketika mangsa sudah tidur dan tidak mengendahkan sms yang dihantar oleh syarikat telekomunikasi.

Mangsa turut menghubungi syarikat telekomunikasi dan diberitahu bahawa permohonan kad sim baharu untuk telefonnya telah diuruskan seorang ejen.

Permohonan kad sim baharu disahkan dilakukan pada pukul 10.08 malam Khamis iaitu semasa mangsa sudah tidur.

Mangsa mempertikaikan bagaimana pembatalan kad sim lama dan penggantian kad sim yang baharu dapat dilakukan tanpa kad pengenalannya.

Mangsa turut mempercayai kemungkinan berlaku orang dalam yang bersubahat untuk melakukan penipuan.

Mangsa telah membuat laporan polis di Petaling Jaya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 09:55 PM | Show all posts
orang dalam laa tu talibarut nyer
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:02 PM | Show all posts
Syd posted on 3-9-2014 09:55 PM
orang dalam laa tu talibarut nyer

kan tak logik la telco tu batal sesuka hati.... atleast ade 3 soalan pengesahan.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:04 PM | Show all posts
biasa TAC ni nk curi mudah, beli master simkad (amazon,ebay, online store,), ambil port cucuk kt computer. boleh install number handphone.

yang buat cmni biasa indon. sebab tu duit transfer ke indon.

cara paling selamat elak keylogger pada computer. elak trojan pada komputer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:04 PM | Show all posts
Klu dlm akaun ada 100k berbaloi la..klu ada ratus2 je?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai akaun syarikat
Transaction limit sehari 100 k ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2014 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bijak bijak...akaun syarikat pakai perbankan internet.
Ni geng kedekut la ni nak ulang alik gi bank buat transaction
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:19 PM | Show all posts
akhirnya aku faham bgaimana ia berlaku.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn soon mmg bnm suh pakai online transaction for business purpose kah... Tok elak processing fee per cheque yg kita issue nnti..
Bila jd camni.. Masih leh percaya g ke n online banking? Kalau salah jgn lahar .. Heeee
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:28 PM | Show all posts
Setau aku lah. Kalau kita tukar sim card atau tukar network henpon, kita kena re-register balik kita punya TAC mobile number. Kdg2 kat ATM pun akan re-confirm kita punya nombor henpon utk mengelakkan mereka drpd salah antar TAC.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
aku baru tkar kad baru pasal ketirisan maklumat e banking ni..lahabau betul. tapi nasib skit je yg kena curik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
aku xpenah ada online banking... old skool kan aku. lol
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
@dino aku pun pelik nak tukar sim kad buat malam2 buta. Nampak sgt ada ikan di situ.  

Dan masih ada loophole lain berkenaan net banking yg masih belum dibuat org. So pandai2lah nak buat apa yang perlu untuk memastikan keselamatan masing2.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 12:17 AM | Show all posts
mulalah cuak
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybank2u ni , skg ada trx dia minta tac , ada yg tak minta tac , ada update on thie service ke
Bbrp bln lps semua trx regardless amt senua req tac
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 12:45 AM | Show all posts
ladyxez posted on 4-9-2014 12:24 AM
Maybank2u ni , skg ada trx dia minta tac , ada yg tak minta tac , ada update on thie service ke
Bbr ...

Kalau maybank2u ada security question. Lepas kita masukkan tac, dia akan tanya question yang dah set cuma kita je yang tahu. Ada certain amount yg akan tanya question tu.

tapi kalau dia kata akaun syarikat. supposedly Then maybank2e. Kalau maybank2e Ada dongle. Kita pegang dongle tu.

Tapi dia mention request tac. Hmmm consufe pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 12:46 AM | Show all posts
rospinki posted on 3-9-2014 10:53 PM
aku baru tkar kad baru pasal ketirisan maklumat e banking ni..lahabau betul. tapi nasib skit je yg k ...

Bank apa tu ros?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 12:48 AM | Show all posts
Max transaction m2u pun rm10k kalau tak silap. Tu pun per day. Or org tu dah buat bbrp hari? Then another question, kalau org tu tukar simcard, and dapat tac, cam mana org tu tau password internet? Misteri betul kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 12:51 AM | Show all posts
Lagi satu misteri syarikat telco bukak kaunter pukul 10 malam? Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 01:05 AM | Show all posts
macamana dia boleh dapat username ,password semua tu .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.081882 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list