CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10927|Reply: 126

[Tempatan] Rayuan Noraini untuk buang perkataan Islam dalam MyKad ditolak.

[Copy link]
Post time 4-9-2014 01:42 AM | Show all posts |Read mode

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan seorang kerani wanita untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan beliau untuk menukar nama serta membuang perkataan 'Islam' daripada kad pengenalannya.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Linton Albert memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat apabila menolak semakan kehakiman Noraini Soon Mohamed Ivan Soon yang difailkan bagi memohon perintah certiorari untuk tujuan itu.

"Kami mencapai keputusan sebulat suara. Rayuan ditolak. Tiada keraguan perayu (Noraini) adalah seorang Islam dan kami (Mahkamah Rayuan) terikat dengan keputusan kes Lina Joy," katanya yang tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

Dalam kes itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa JPN mengenakan syarat yang munasabah meminta Lina, yang mendakwa memeluk agama Kristian, mendapatkan sijil murtad dari Mahkamah Syariah sebelum meneruskan hasrat untuk membuang perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Mahkamah Persekutuan, dalam satu keputusan majoriti, menolak rayuan Lina Joy untuk memaksa NRD membuang perkataan Islam daripada kad pengenalannya.

Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf dan Hakim Mahkamah Tinggi Vernon Ong Lam Kiat.

Noraini, 39, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 Julai tahun lepas.

Beliau turut memohon perintah mandamus bagi memaksa JPN membetulkan namanya daripada Noraini Soon binti Mohamed Ivan kepada Noraini Soon serta membuang perkataan Islam daripada kad pengenalannya.

Dalam afidavit bertarikh 22 November 2012, Noraini berkata beliau ingin menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya kerana mendakwa tidak pernah memeluk agama itu dan status agamanya tersilap tulis sebagai Islam.

Sijil kelahiran beliau mencatat ibunya ialah Yap Kui Chun @ Yap Kui Cheen seorang berbangsa Cina dan ayahnya, Mohamed Ivan Soon iaitu sebagai Cina Muslim.

Noraini mendakwa beliau dan ibunya beragama Buddha.

Beliau diwakili peguam Wong Poh Leng manakala Peguam Kanan Persekutuan Khairul Fazli Kamarudin mewakili Ketua Pengarah JPN. - BERNAMA



http://www.bharian.com.my/node/4347


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 01:44 AM | Show all posts
Ada gambo minah tu tak? Nak gak tengok lawo ke idak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 01:50 AM | Show all posts
dia mmg agama lain ker sblm ni?

betul ckp hakim tu, pi mintak dulu surat murtad, tak pun pengakuan tak pernah beragama islam dr mahkamah syariah sane..
barulah bw ke kes mahkamah sivil ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2014 01:59 AM | Show all posts
Jangan paksa jika orang dah tak suka. Sebab tu ada yang jadi munafik. Nanti group tu juga bising.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2014 02:01 AM | Show all posts
Babai posted on 4-9-2014 01:44 AM
Ada gambo minah tu tak? Nak gak tengok lawo ke idak.

Gambar tak ada lah. Mana boleh letak gambar muka dia nanti lain pulak jadinta. Dia bebas orang lain ke penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dulu ada kes sorang perempuan murtad sebab nk masuk hindu. Korang ingat lg tak nama dia?...Kes lina joy memang famous dulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2014 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat opis aku dlu ada sorg mamat ni pun sama. Nama dia mohd daniel bin abdullah. Dia mati2 suh HR dgn IT kompeni  suh letak nama dia as Danny. Ms training dia dgn selamba je dia ckp yg dia bukan islam dr dia lahir sbb mak dia chinese bapak dia chinese muslim. Yg muslim bapak dia bukan dia n mak dia. Kitorg yg dgr ni melopong je la.. Menyampah pun ada sbb beriya2 ckp dia bukan islam. Padan muka HR n IT x layan permintaan dia sbb dorg ikut prosedur iaitu refer to mykad dia. Semoga dirinya berbahagia dgn jalan yg dipilih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin jugak ayahnya convert islam after kahwin and anak isteri still maintain agama asal atau mcmnani? Tkkn dah jd mcm yindon kawin tak tukar agama!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2014 02:20 AM | Show all posts
PongKang posted on 4-9-2014 02:08 AM
Kat opis aku dlu ada sorg mamat ni pun sama. Nama dia mohd daniel bin abdullah. Dia mati2 suh HR dgn ...

Aku pun dulu ada juga kenal orang maca tu. Nama dia nordin bin abdullah. Ayah dia kahwin dengan Indian masuk Islam. Ayah dia meninggal semasa dia kecil dam family sebelah mak dia yang besar kan dia dan mak dia masuk balik Hindu. Puas ostaz suruh dia sembahyang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
LUNCH posted on 4-9-2014 02:20 AM
Aku pun dulu ada juga kenal orang maca tu. Nama dia nordin bin abdullah. Ayah dia kahwin dengan In ...

Mcm nama ex boss aku lak. Lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2014 02:25 AM | Show all posts
PongKang posted on 4-9-2014 02:21 AM
Mcm nama ex boss aku lak. Lol

Umur nordin tu sekarang lebih kurang 45. Dulu Parents dia doctor di kl.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
LUNCH posted on 4-9-2014 02:25 AM
Umur nordin tu sekarang lebih kurang 45. Dulu Parents dia doctor di kl.

Boss aku da 50an. Penang mari..hehe apa pun kita doakan lah yg baik2 utk mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
I ada experienced case macam ni. Sepatutnya kena pergi mahkamah syariah dulu utk declare yg dia bukan penganut agama islam. Ini bukan kes murtad (refer afidavit). Dia bukan org islam yg kemudiannya memeluk agama lain. Makcik noraini ni memang not raised as a muslim. If dia pergi mahkamah syariah, kena bawa saksi. Nanti saksi ni boleh la bg tahu hakim yg dia mmg sejak kecil mengamalkan cara hidup org cina, pergi tokong sembah berhala etc.

Boleh baca kes Nyonya Mansor sebagai rujukan case. Atau yg terbaru dlm tahun ni juga ada sorang perempuan cina bunuh diri dkt penang. Keluarga berebut jenazah dgn jbtn agama sebab ada yg claimed the woman masuk islam kahwin dgn laki melayu, then cerai. Pastu bersekedudukan pula dgn another laki melayu sampai dpt anak. Infact masa bunuh diri pun dia masih bersekedudukan. Hakim ambil keterangan anak2 mangsa as saksi. Anak bg tahu maknya mmg tak pernah amalkan ajaran islam and anak2 nya pun macam tu. So hakim declared shes not a muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Anyways, dah byk sgt case kecelaruan agama ni. Refer dkt comment2 atas ni pun cukup, ramai yg pernah jumpa case2 mcm ni.Byknya jadi sebab masuk islam sebab nak kahwin, tapi tak amalkan ajaran islam. Yg jd mangsa anak2 la. Somehow i faham kesusahan yg makcik noraini ni facing.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr posted on 4-9-2014 02:14 AM
Mungkin jugak ayahnya convert islam after kahwin and anak isteri still maintain agama asal atau mcmn ...

Bukan. The dad cina islam, maknya cina buddha. Maknya masuk islam sebab kahwin but tak mengamalkan ajaran islam. Dan anak pun tak dibesarkan dgn ajaran islam. And i suspect dlm case ni the dad pun tak mengamalkan ajaran islam.(provided the bapak masih bersama mak belum cerai)
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
juliez posted on 4-9-2014 03:01 AM
Bukan. The dad cina islam, maknya cina buddha. Maknya masuk islam sebab kahwin but tak mengamalkan ...

Yerp. Kebanyakn mcm tu. I knew this one guy. He converted to become a muslim from his previous marriage. Then cerai , second marriage dgn christian lady. Tp cara hidup sama mcm non muslim. I guess mungkin ayah prempuan tu prnah kawin dgn muslim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr posted on 4-9-2014 03:11 AM
Yerp. Kebanyakn mcm tu. I knew this one guy. He converted to become a muslim from his previous mar ...

Sok lagi 20thn anak2nya la yg kena turun naik mahkamah semata2 nak declare bukan muslim. Menyusahkan anak2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 03:28 AM | Show all posts
kalu aku le Hakim...luluskan aje...esok nanti pempuan sampai maso...kecoh pulak pasai kubur mano nak ditanam...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 07:51 AM | Show all posts
gigih btl ko soh buang Islam tu ye....
skg ni bole la ko mcm tu...x pe...
ko ttgu je hr akhirat nti..
nyesal x sudaahhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya awwoh..dah sampai tahap memaksa memeluk agama dah sekarang.....ummah meleis ckp demi kebaikan beliau katanya.....cant brain this.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070551 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list