CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2078|Reply: 7

PKR Tarik Balik Kenyataan Berhubung Surat Istana

[Copy link]
Post time 4-9-2014 02:04 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Saifuddin Nasution Ismail.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik balik kenyataan mendakwa Istana Selangor tidak menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, 20 minit selepas ianya diedarkan.
[size=0.98em]Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengedarkan kenyataan media mengenai perkara itu kira-kira pukul 9.30 malam Rabu sebelum meminta media menarik balik kenyataan tersebut.

Ketika dihubungi Saifuddin berkata kenyataan tersebut ditarik balik kerana 'beberapa maklumat' perlu ditukar dan kenyataan terbaharu akan diedarkan pada Khamis.

Dalam kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel kepada pelbagai agensi media, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengingatkan media supaya tidak menyiarkan kenyataan tersebut.

Kenyataan asal PKR sepatutnya merupakan maklum balas terhadap surat dari Istana Selangor yang mengingatkan parti itu supaya menghantar lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan Sultan Selangor sebagai menteri besar.

PKR turut merakamkan penghargaan kepada Istana kerana mengesahkan penerimaan surat bertarikh 1 September yang menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut.

Saifuddin berkata, berdasarkan pemahamannya mengenai isi kandungan surat tersebut, tidak ada penolakan terhadap nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

PKR turut menyatakan Istana turut mengingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 03:23 AM | Show all posts
Its ok. ABU katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:50 AM | Show all posts
Pkr tak payah jadi mb lah, bodoh memanjang
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 4-9-2014 03:23 AM
Its ok. ABU katanya.

Best idea.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 03:04 PM | Show all posts
kelam kabut sungguh pkr nie..dgn aku skali pening..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 09:45 AM | Show all posts
uiiii cepatnya berubah.... ngerinya even nak fikir cemana lah nnt dia org nak tadbir negeri tu...
hari ni boleh... eh pastu jap berubah tak boleh.. pastu boleh balik......
ruginyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2014 12:01 PM | Show all posts
amirgo posted on 5-9-2014 01:50 AM
Pkr tak payah jadi mb lah, bodoh memanjang


PKR cuma layak londeh seluar rakan-rakan sesama parti.
dpt satu negeri, riuh rendah. betul2 tak da perasaan malu. ptuuuuih.

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:35 PM | Show all posts
Poland-Ukraine posted on 10-9-2014 12:01 PM
PKR cuma layak londeh seluar rakan-rakan sesama parti.
dpt satu negeri, riuh rendah. betul2 tak ...

Siap buat fitnah kepada tan sri khalid , teruk akhlak puak pkr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.605697 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list