CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2155|Reply: 9

[Jenayah] Ghetto Style: Alasan miskin sanggup edar dadah

[Copy link]
Post time 4-9-2014 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Raub: Kemiskinan hidup dipercayai menjadi punca seorang lelaki sanggup menjadi pengedar dadah dengan menjadikan rumahnya sebagai markas untuk membungkus bahan terlarang itu di Kampung Gali Tengah, dekat sini, sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar apabila rumah itu diserbu pada jam 3 petang, kelmarin, menyebabkan lelaki berusia 40 tahun berkenaan ditahan ketika membungkus dadah jenis heroin dan syabu.

  Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, serbuan itu diketuai Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, Inspektor Ray Erindra Raj bersama anggotanya selepas menerima maklumat awam.

“Ketika serbuan dilakukan, pengedar itu yang terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis tidak sempat meloloskan diri sebelum polis menjalankan pemeriksaan di dalam rumahnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

  Beliau berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah suspek, polis menemui dadah jenis syabu dan heroin sebelum lelaki itu bersama bahan terlarang berkenaan dibawa ke IPD Raub untuk siasatan lanjut.

  Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua bahan terlarang yang dirampas itu dianggarkan lebih 30 gram dan bernilai lebih RM2,000.

  Wan Mohd Samsudin berkata, siasatan turut mendapati pengedar itu dipercayai membawa masuk syabu dan heroin berkenaan selepas mendapatkan bekalan melalui satu sindiket pengedaran dadah dari negeri jiran.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sejumlah wang tunai dipercayai hasil daripada kegiatan haram dilakukan sejak tiga bulan lalu.“Suspek mengakui terpaksa menjadi pengedar kerana kemiskinan hidup selain tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Alasanmiskinsanggupedardadah/Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 08:42 AM | Show all posts
hasil yang tak elok dijadikan sumber untuk menampung kehidupan......nish..ish..ish....jadi darah daging tue..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
setidak tidaknya dia berusaha untuk keluar dari kemiskinan... dia tidak mencuri, tidak meragut pecah rumah jadi tonto, tapi dia menjalankan perniagaan iaitu jual dadah. cuma dadah itu salah disisi undang2...

kenapa dadah salah disisi undang2, kenapa rokok tidak salah padahal ia membunuh juga... kenapa dadah musuh negara no 1 kenapa bukan rasuah yang jadi musuh negara no 1...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 10:15 AM | Show all posts
jual dadah lagi nak sembang miskin ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 11:13 PM | Show all posts
moga insaflah lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
zacrin posted on 4-9-2014 10:15 AM
jual dadah lagi nak sembang miskin ke

Dia jual dadah sebab dia nak keluar daripada kemiskinan .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2014 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dia pun nk meniaga utk bebaskan diri dr kemiskinan tapi dia meniaga dadah. lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cHimo posted on 5-9-2014 11:16 PM
Dia jual dadah sebab dia nak keluar daripada kemiskinan .

eh tersama lak. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2014 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
PongKang posted on 5-9-2014 11:18 PM
eh tersama lak. hehe

Kehkehkeh .. Xpe ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 01:13 AM | Show all posts
bekas pengedar dadah kelahiran ghetto paling berjaya



skang salah sorang billionaire dlm industri hiburan, kawen dgn beyonce dan berBFFkan Obama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.065621 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list