CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3551|Reply: 43

[Tempatan] Kutip botol tanggung anak

[Copy link]
Post time 5-9-2014 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Saudah dan anak-anak bersama Sharifah (kanan) ketika ditemui di rumahnya.


        SUNGAI PETANI - "Mata masih kabur lagi, pada sebelah siang nampak silau dan sebelah malam agak kelabu," luah Saudah Mohamad, 38, berhubung masalah mata yang ditanggungnya sejak sekian lama.

        Saudah dari Kampung Kurnia Jaya, Bedong berkata, walaupun tahap penglihatan berkurangan namun dia masih melakukan kerja mengumpul botol plastik di pusat pelupusan sampah bagi memperoleh pendapatan.

        Menurutnya, hanya itu sahaja pekerjaan yang mampu dilakukan bagi menampung kehidupan dia bersama dua anak, Mohd Firdaus Abdullah, 6, dan Nor Syazwani Aziz, 11.

“Rutin kerja bermula pada jam 8 pagi iaitu berjalan ke pusat pelupusan sampah di Bedong untuk kutip barangan plastik,” katanya.

        Saudah berkata, apabila selesai kerja mengutip dilakukan, dia akan mengasingkan botol mengikut kategori.

        Katanya, sekiranya tiada sesiapa yang dapat menjaga Mohd Firdaus, anaknya itu akan dibawa bersama ke tempat pelupusan sampah sehinggalah kerjanya selesai kira-kira jam 8 malam.

       "Walaupun kehidupan kami serba kekurangan, tetapi persekolahan Nor Syazwani tetap berjalan lancar," katanya.

        Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Thye Eng, Sharifah Abdullah berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kisah keluarga itu sebelum ini.

“Kes ini sudah dibawa ke pengetahuan beberapa pihak sebelum ini termasuk wakil rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan turut membantu.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga hadir sama menyampaikan bantuan segera RM300 kepada Saudah dalam kunjungan terdahulu,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kutip-botol-tanggung-anak-1.314031

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2014 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Puan Botakchinpeng "Ini mesti ummah Indon ataupun Cina miskin yang menyamar orang Melayu. Melayu tuan yang kaya."
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tin mahal woo
Plastik orang buang buang je
Padahal kalo jual dpt juga duit tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 12:58 PM | Show all posts
ibu.. sanggup laku kan apa ja untuk anak2

Walaupun kehidupan kami serba kekurangan, tetapi persekolahan Nor Syazwani tetap berjalan lancar," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 04:19 AM | Show all posts
itu JKKK..selama ni...buek apoh selama ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 04:48 AM | Show all posts
what 's wrong with her vision?

tak pi hospital  sg petani ke check mata ?

any thoughts on this?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2014 07:48 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 6-9-2014 04:19 AM
itu JKKK..selama ni...buek apoh selama ni...

JKKK tu keja dia pergi pagi minum , lepas tu break, lepas tu
lunch , lepas tu merokok, kalau ada org nak minta bantuan
kena isi borang berjela2 hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 06:52 AM | Show all posts
sueism posted on 6-9-2014 07:48 AM
JKKK tu keja dia pergi pagi minum , lepas tu break, lepas tu
lunch , lepas tu merokok, kalau ada ...

Hmmm...macang tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
300 ringgit da x relevan... Harga brg naik
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
siannya.. aku doakan dia cepat sembuh dan diberi bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 02:10 AM | Show all posts
Patutnya bagi bantuan yg dia blh dpt manfaat utk jangka pangka panjang. Heran betul byk agensi yg ada mcm takde satu pun yg cerdik skit.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 02:12 AM | Show all posts
Mana laki dia ye? Bukan setakat bg duit tp bw dia keluar dr belenggu kemiskinan, bagi dia jalan. N mata tu tawarkan rawatan mata utk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga makcik dibantu secukupnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 02:48 AM | Show all posts
Keja dr 8 pagi sampai 8 mlm, ya ampun work-life ballance tak ada. Mana masa utk anak2 family n benda2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 02:55 AM | Show all posts
Sedihnya, ni kg sedara mara aku dulu2, dah berkurun tak singgah, daifnya keluarga ni. Balu dekat rumah aku ni mcm relax jah tak kerja dgn anak dua. Agaknya banyak dpt bantuan kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 06:14 AM | Show all posts
moga anak2 ni berjaya dalam pelajaran....bantu mak bila besar nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 06:38 AM | Show all posts
noor2 posted on 9-9-2014 06:14 AM
moga anak2 ni berjaya dalam pelajaran....bantu mak bila besar nanti...

Kalau tak bantu mak bila dah berjaya nanti, wajar kah anak anak ini di C4 kan?

What say you?

Kah3X...otak melayu........

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 06:39 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 6-9-2014 04:48 AM
what 's wrong with her vision?

tak pi hospital  sg petani ke check mata ?

Nanti bila aku dah buat house visit...will update you.....ok?



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 06:41 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 9-9-2014 02:55 AM
Sedihnya, ni kg sedara mara aku dulu2, dah berkurun tak singgah, daifnya keluarga ni. Balu dekat rum ...

Sedara mara nko dulu pun mengutip botol sebagai mata pencarian?

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat ibu ni....mesti dah bercerai dgn laki dia...anak pun bin dan binti lain2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.084435 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list