albob90 posted on 10-9-2014 12:45 PM
Adam hamid ni dulu ada berlakon sitkom tv2 'kipas anggun' kan. Sekali dgn kavita sidhu. Production ...
iolz dulu suka tgk kipas anggun....
cerita ni saing2 dgn agent apa yg dee dgn cina pendek tu belakon
1 mcm angel 1 mcm devil tu?
pelakon kipas anggun ni ada sorg mati kena bunuh... dlm tahun 2001 iolz rasa
Ada satu telenovela yg mak teh suka...scarlet Ortiz jadi orang gaji....
(Dia ni Dulu yg dinobatkan sbb siti nurhaliza versi Venezuela khuenn?)
Berasal Dari kejiranan miskin di caracas.
Org jahat dia 2 org.....mastermind dia mak hayam puaka Barbara..selalu di samakan dgn ular tedung berbisa
Tapi mak teh dah ingat2 lupa sinopsis dia....tajuk pun tak in at.
nadieya posted on 10-9-2014 11:11 PM
drama or filem pinoy apa lagi yg uolz suka?
share la sbb iolz pun peminat telesyer pinoy...
samp ...
lorrr gamba si gabriel nye mane nok.....
iols suke citer filipinos, tapi mahap la name citer nye tak penah nak ingt, name pelakon pun tak bole ingat apelagi nk ckp tagalog..
yg penting2 jah, sanay wala nang wakas je yg tertanam kat hotakk.. bru ni temptation of wife.. kang jap lg lupe la sume tu..
nadieya posted on 10-9-2014 11:16 PM
iolz dulu suka tgk kipas anggun....
cerita ni saing2 dgn agent apa yg dee dgn cina pendek tu bela ...
masa awal 2000an memang trend sitcom/komedi siri girtuh
rtm
1. kipas anggun (lakonan kavita, nadia mustafar, adam hamid, show ni beberapa musim sampai 2002 je kot)
2. kelas malam (ini version malaya - mind your language...lakonan ilya sbg bangla..way before shahrul shiro dlm cakap melayulah)
3. mat despatch (yang ni paling famos, dr 1998 hingga 2003. memula ada melissa saila, pastu xde..lahirnya pelawak2 pompuan yg ada skrg la cam kak engku, shiera ijoy, syanie, enot, amyza aznan etc)
4. kopi.com.my (sitkom konon2 era IT la konon..lakonan abon)
5. salam pantai timur (mempopularkan mek nik saiyidah fatihah dr pakai tudung, cabut tudung ke pkai tudung balik)
6. mat dom teksi (ini lakonan jalaluddin hassan, janet khoo..klu x silap janet khoo menang best comedy actress kt asia tv awards)
7. kawan (ini konon2 friends la..lakonan sharifah aleya, anne ngasri, bell ngasri...kelakar, tp sendu)
8. ada-ada aje (lakonan sheira ijoy, menang best comedy actress girtuh...memang kelakar)
9. Allughatul Arabiah - sitkom kelas belajar bahasa arab..lakonan wafa, rozie rashid, betty benafe...x silap betty ada skali lg berlakon sitkom jd cikgu bhs arab tp kt astro)
media prima
1. pi mai pi mai tang tu (hujung hayat PMPMTT ramai gak retis2 jd artis undangan, antaranya sharifah aini, misha omar etc...last finale tahun 2003)
2. senario (since 1996, weekly sampai skrg ni dok ada lagi kn? ke dah xde?)
3. cecupak (ini from 1998 - 2001, alternative kpd senario...tp sitkom ni pun sendu jah)
4. gadis 3 (lakonan azean irdawaty, shaleen ceah, shuba yg mangsa mh17...2,3 season gak..location konon kt bukit bintang)
5. agent 44 dan 88 (ntv7) (lakonan Dee, 3 season je rasanya)
6. spanar jaya (ntv7) (very high rating, introduce ahmad idham dan wardina dan opie zami from 1998 - 2003)
7. phua chu kang (ntv7) (lakonan gurmit singh, afdlin shauki, singapore mari)
8. kopitiam (ntv7) ..sitkom ni dah lama..dr 1997 lagi..lakonan mano maniam, dougles lim, lina teoh...ended on 2002)
astro
1. rita & raihan (lakonan rosyam dan syanie sbg suami isteri. 1 season jah)
2. ayah kami (penampilan pertama lisa surihani, pekin & nora danish...bujang trang tang2 x abis sekolah lagi..tahun 2004-2005 sblm nora fame dgn puteri dan lisa further studies)
3. awie records (low rating, satu season jah)
ada lagi? meols x ingat dah Last edited by sepitsiput on 11-9-2014 01:11 AM
reoreoisland posted on 10-9-2014 10:25 AM
yg cerita apatcha yg uols cakap tu cite pasal tertukar anak kan? apatcha tu tertukar dgn heroin di ...
ha'ah tertukar anak..
dulu ada slot khas utk drama2 dr asia tenggara (Thai & Pilipin).. nama slot tu "Asian Potpourri" setiap hari Isnin-Khamis pukul 4ptg..
meols till now x faham why budak2 lelaki era 2000an suka sgt layan Alizee
tajuk lagu ni jen ai marre bermaksud im'fedup
tp[size=14.666666984558105px] gaya menari xde nampak fedup pun...meols byk kali delete video alizee ni dlm lappy ex bf meols zmn study dulu...tp esoknya ada balik..
putehkundor posted on 10-9-2014 11:20 PM
Ada satu telenovela yg mak teh suka...scarlet Ortiz jadi orang gaji....
(Dia ni Dulu yg dinobatkan ...
tajuknya Secreto De Amor.
kisah seorang perempuan (maria clara) yang sgt mencintai kekasihnya (carlos raul).. mereka hidup kat sebuah bandar yg agak mundur (caracas).. si lelaki bertekad nak ubah kehidupan dgn berhijrah ke bandar besar (miami).. so mereka tepaksa berpisah... dgn berbekalkan kepercayaan c perempuan tu merelakan kekasihnya meninggalkannya... tiba di miami carlos raul diterima bekerja di sebuah rumah mewah di mana dia bertemu dgn seorang wanita kaya (barbara serrano zulbaran).. tanpa diduga pertemuan mereka telah menyebabkan barbara jatuh cinta dgn carlos raul.. demi mengejar kekayaan & bukan atas dasar cinta carlos raul sanggup mengahwini barbara tanpa pengetahuan maria clara. berbulan berlalu maria clara tidak menerima kabar ttg carlos raul.. selepas kematian ibunya dia tekad utk berhijrah ke miami mencari kekasihnya itu.. dan di sini lah mula timbul konflik bila maria clara dpt tahu carlos raul telah menipunya.. so muncul lah watak2 seperti Lisandro seorang duda kesepian akibat baru kematian isteri. lisandro juga adik kpd barbara. dia telah jatuh cinta kpd maria clara yg baik hati, lembut.. maria clara pada walnya tidak dpt menerima perasaan lisandro terhadapnya krn jauh di sudut hatinya dia masih cintakan carlos raul.. ttp selepas maria clara melihat kejujuran & keikhlasan lisandro maria clara cuba memberi peluang kpd Lisandro untuk mengenal hati budinya dgn lbh rapat.. dan akhirnya mereka tlh berkahwin... carlos raul mula merasa cemburu & x keruan bila mendapat tahu berita ini... dia cuba untuk mendapatkan semula maria clara, sementara maria clara merasakan perkahwinannya dgn lisandro tidak memberi makna buatnya krn cintanya sgt kuat terhadap carlos raul.. dan barbara mendapat tahu suaminya carlos raul cuba mengejer maria clara. dgn perasaan cemburu & takut ditingggalkan.. pelbagai helah digunakannya untuk memastikan carlos raul tidak meninggalkannya antaranya rancangan jahat menyingkirkan maria clara dr hidup carlos ra termasuk cuba menipu kehamilan (letak bantal kat perut), .. ttp akhirnya kantoi.. so carlos raul tingggalkan barbara.. manakala lisandro sedar bahawa maria clara tidak mencintainya.. ttp mencintai carlos raul. so dia ceraikan maria clara.. dan carlos raul akhirnya hidup bahasia semula bersama maria clara... dan barbara jd gila & dimasukkan ke rumah sakit jiwa..
p/s: sinopsis ni seingat i lah.. kalo salah tolong betulkan...