CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3085|Reply: 14

Anjing kemaruk stoking

[Copy link]
Post time 6-9-2014 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Pakar veterinar yang membedah seekor anjing selepas haiwan itu dikejarkan ke hospital kerana sakit, terkejut apabila menemui 43 stoking dalam perutnya.

Anjing baka Great Dane berusia tiga tahun itu dikejarkan ke sebuah hospital haiwan di Portland, Oregon selepas pemiliknya bimbang apabila haiwan peliharaannya itu mula muntah dan murung.

Doktor menjalankan ujian sinar-X pada haiwan itu dan mendapati sejumlah besar ‘bahan asing’ di dalam perutnya.

Mereka mengambil keputusan menjalankan pembedahan.

Dua jam kemudian, doktor mengeluarkan 43 stoking daripada perutnya.

Ia sekali gus menyelesaikan misteri kehilangan stoking keluarga itu.

Jurucakap hospital, Shawna Harch berkata, mujur haiwan itu tidak mati.


43 stoking yang dikeluarkan daripada perut anjing berkenaan.

Menurutnya, ia antara kes paling ganjil dalam sejarah hospital berkenaan.

Sebelum ini, doktor di hospital itu pernah membedah seekor anjing untuk mengeluarkan glu yang ditelannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2014 01:50 PM | Show all posts
sedap sangat ke stokin....... banyak pula tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 02:17 PM | Show all posts
cmf_Kimmy posted on 6-9-2014 01:50 PM
sedap sangat ke stokin....... banyak pula tu

SEdap apa nyaa....semuanya busukkk....

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2014 07:00 PM | Show all posts
boleh pulak dia tak tercekik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 12:14 AM | Show all posts
sekor kucing aku suka benor gigit toys kecik2 and main telur.  Harap2 tak tertelan lah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 12:56 AM | Show all posts
mesti die suke bau busuk tu.. macam kucing , ade sstgh suke bau ketiak + perfume.. macam nak kuyah ketiak orang jek kadang2 LOL!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2014 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kucing aku suka dok kt celah ketiak aku. Sbb wangi kot. Hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 09:51 AM | Show all posts
Mak aiii banyaknya stoking yang ditelan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2014 12:16 PM | Show all posts
Nanti ada plak anjing yang curi coli atau seluar dalam perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 04:28 PM | Show all posts
tuan anjing x bg makan ka
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorg suka kunyah barang.. Mcm anjing jiran aku suka kunyah sampah depan umah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 09:49 PM | Show all posts
mesti tuan anjing ni selalu hilang stokin..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 05:21 PM | Show all posts
calc posted on 7-9-2014 09:49 PM
mesti tuan anjing ni selalu hilang stokin..

Tak.....dia bagi ke tuannya stoking2 yang dicurinyaaa..

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 10:31 AM | Show all posts
kn dah sakit..........
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 12:47 PM | Show all posts
adoi la budak...
ko ni takde benda lain ke nak makan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.074481 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list