CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1092|Reply: 0

Bila Khalid Samad bersuara!!!

[Copy link]
Post time 9-9-2014 12:29 PM | Show all posts |Read mode








Kesian tengok Khalid Samad..otak makin tua makin biol..makin bahalol..makin tak boleh pakai..sebab terlalu zulmat..hitam pekat hati bila pergaulan dengan kafirun yang otaknya ingin hancurkan Islam..nauzubillah !!


Bila menterjemah ayat..terjemah sampai habis..bila menafsirkan ayat Allah dan Hadis Nabi saw maka terjemahan kena mengikut asbabulnuzul..bukannya dengan akal.


Rasulullah bersabda, “Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku. Dan sesiapa yang keluar dari umatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.” (Muslim)


Bagi Khalid..antara Pemimpin Jemaah dengan Pemimpin Jemaah lain..dia sendiri patuh dan taat pada pemimpin dari jemaah lain. Antara Hadi dan Anwar..Khalid bangkai ni pilih siapa?

Baca apa yang mamat ni cakap :

Baiah yang disebut-sebut dibuat oleh anggota PAS sebenarnya dilakukan untuk mengikrarkan taat setia kepada Allah dan Rasul dan bukannya mana-mana pemimpin, kata anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad.

Khalid berkata demikian dalam satu wawancara dengan Malaysiakini sewaktu menjelaskan pandangan yang mendakwa mereka yang berhujah dan berbeza pendapat dengan presiden parti dan Majlis Syura sebagai tidak taat kepada parti.

Menurut Khalid, dalam PAS kini wujud segolongan "ustaz muda" yang cuba mewujudkan persepsi bahawa perbezaan pendapat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu kesalahan - demi agenda peribadi mereka.

"Baiah itu adalah untuk memberikan taat setia kepada Allah dan Rasul - bukan kepada mana-mana pemimpin atau sokongan tanpa syarat kepada mana-mana pemimpin.

"Mereka (ustaz muda) ini tidak faham.

"Selagi mana presiden itu patuh pada ajaran Islam, ia OK.

"Namun ia bukan bermakna kita kena dengar dan patuh pada semua kata-katanya," kata MP Shah Alam.

Menurutnya, badan pembuat keputusan tertinggi (legislatif) dalam PAS sebenarnya adalah muktamar tahunan parti.

Sementara, Jawatankuasa Pusat PAS pula bertindak sebagai pelaksana (eksekutif) dan Majlis Syura pula memberikan panduan umum bagi memastikan PAS tidak terkeluar dari landasan syariah.

Menurutnya, ramai sebenarnya keliru di antara kuasa eksekutif dan legislatif dan ramai juga yang tidak sedar bahawa seorang presiden parti tidak semestinya merupakan seorang ulama.

"Kertas kerja asal penubuhan PAS memperincikan dengan jelas bahawa Jawatankuasa Pusat PAS adalah eksekutif, Majlis Syura pula adalah organisasi yang memberi panduan dan memantau legislatif sendiri iaitu muktamar," katanya.

Oleh sebab itu, keputusan bersifat polisi yang penting seperti keputusan untuk terus kekal bersama Pakatan Rakyat diputuskan sewaktu muktamar tahunan. Malaysiakini


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.051157 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list