CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] ~ New Keyword - Post Latest

[Copy link]
Post time 14-10-2014 09:43 PM | Show all posts
Kulit Leman yang sensitif sudah beransur sembuh dan demam akibat virus penyakit bengkak kaki sudah semakin kebah menjelang sebelum Raya Korban lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
1)demam
2)Virus
3)Sensitif

Hati ibu sensitif dan pilu melihat adik yg terlantar demam di hospital akibat serangan virus Ebola lantaran sambutan hari raya aidil adha semakin hampir. Last edited by shaleena09 on 14-10-2014 11:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2014 01:44 PM | Show all posts
Task Khas - 16 Oktober 2014 - 22 Oktober 2014  

Pemarkahan : 1 gambar = 10kredit

Tema : Sewaktu aku kecil. (Karangan)



1)
2)
3)
4)
5)



Selamat Mencuba......................

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 02:11 PM | Show all posts
mehlah kekawang buat karangan simple2x jah


@sfhzuraz @teessot @Tashu @amiraira @kerasuk @fatehana @novelloverzz @anna-zara @lavender_aqua
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 02:24 PM | Show all posts
ciksurie posted on 16-10-2014 02:11 PM
mehlah kekawang buat karangan simple2x jah

tq sue sayam...
jap mira perah otak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2014 02:33 PM | Show all posts
@cmf_conan  @Nicki_Meow @Ipo

sapa nak release tension sila tulis karangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2014 02:46 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 16-10-2014 02:33 PM
@cmf_conan  @Nicki_Meow @Ipo

sapa nak release tension sila tulis karangan

siot jah... ni idea cetusan karutan komedia kat rumah ipo kah?
berapa panjang karangan mau neh?

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 02:57 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 16-10-2014 01:44 PM
Task Khas - 16 Oktober 2014 - 22 Oktober 2014  

Pemarkahan : 1 gambar = 10kredit

  Dari kejauhan kelihatan seorang budak terjatuh. Namun dalam kebingitan di padang, terdengar suara-suara yang menjerit supaya budak itu bangun nak meneruskan perjuangan sehingga ke garisan penamat. Hari yang memenatkan, tetapi sangat menyeronokkan. Sukaneka tahunan anjuran Sekolah Kebangsaan Setiawangsa telah dianjurkan dengan penuh gemilang. Semua pihak nampaknya berpuas hati dengan aturcara majlis hari ini. Namun, murid-murid sekolah yang terlibat lebih bersemangat. Terutamanya mereka yang menang, namun kepada yang kalah aku selalu titipkan pesanan, menang bukan segala-galanya, yang penting usaha dan kita seronok dengan perkara yang dilakukan.

Acara sukaneka sekolah telah membawa aku ke kenangan sewaktu kecil. Walaupun aku dibesarkan di bandar, namun setiap kali cuti sekolah, emak dan ayah tidak lupa menjenguk datuk dan nenek di kampung. Setidak-tidaknya aku terdedah dengan suasana di kampung. Sewaktu pertama kali pulang, aku terkejut dengan perbezaan gaya hidup kanak-kanak di kampung dan bandar. Di sini, mereka lebih suka dengan aktiviti luar yang menyihatkan badan dan mengeluarkan peluh. Berbanding kami anak bandar, lebih gemar menghabiskan masa bermain permainan video dan komputer. Itu kenangan 15 tahun lepas.

Di kampung, mereka gemar bermain guli. Aku sangkakan guli digunakan dalam permainan congkak sahaja, rupa-rupanya ada permainan lain menggunakan guli. Permainan guli ini lagi seronok dimainkan beramai-ramai, lebih meriah kata kenalanku di kampung. Kadang kala, di waktu yang agak panas terik, mereka lebih gemar pergi ke pantai. Ramai yang mengambil peluang berenang dan berendam di dalam air laut yang sejuk. Ada yang sempat buat pertandingan siapa boleh bertahan lebih lama di dalam air. Aku pernah cuba, tetapi aku tidak mampu bertahan lebih daripada 90 saat.

Menjala ikan dan orang kampung berpisah tiada. Bagi golongan dewasa, mereka gemar menjala ikan berdekatan kawasan sawah. Untung dapat buat lauk untuk makan malam nanti. Bagi golongan muda dan kanak-kanak, mereka lebih suka menangkap ikan laga. Untuk individu yang baru mencuba, menangkap ikan laga bukanlah sesuatu yang senang dilakukan. Kawasan kampung yang luas dengan tanah tidak dibazirkan begitu saja. Di kampung datuk, banyak pokok buah-buahan ditanam di sini. Antaranya pokok pisang, jambu dan rambutan. Paling seronok bila hendak memetik buah rambutan yang telah masak. Kalau tak ada galah panjang, alamatnya badan akan digigit kerengga.

Kenangan di kampung memang menyeronokkan. Walaupun arwah datuk dan nenek telah lama tiada, kadang kala aku masih lagi menjenguk kampung itu. Lagipun kenalan aku sewaktu kecil, masih ada yang tinggal di situ. Sungguh aku tak sangka, aktiviti lari dalam guni yang pernah aku bermain suatu masa dahulu dijadikan salah satu acara dalam sukaneka sekolah. Tidak semena-mena membawa aku kembali mengimbau kenangan lama sewaktu kecil di kampung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2014 03:43 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 16-10-2014 02:46 PM
siot jah... ni idea cetusan karutan komedia kat rumah ipo kah?
berapa panjang karangan mau  ...

5 gambar.. 5 perenggan lah



Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 03:55 PM | Show all posts
Program Latihan Kecerdasan Intelektual, Emosional dan Spiritual yang diikutinya membuatkannya mengenali identiti diri sendiri serta membentuk karisma dan menambah stamina supaya mantap dan cergas dan tidak lagi paranoid dengan mimpi-mimpi ngeri sebelum ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2014 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
zuraini posted on 16-10-2014 03:55 PM
Program Latihan Kecerdasan Intelektual, Emosional dan Spiritual yang diikutinya membuatkannya mengen ...

task khas page 27
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 07:24 PM | Show all posts
Tema : Sewaktu aku kecil. (Karangan)

Sewaktu aku berumur 12 tahun, aku menyertai sukaneka sekolah seperti lalu bawah gelung, lari dalam guni, skipping dan berlari hingga ke garisan terakhir. Akan tetapi, kejuaraan bukan milik kita pabila ku jatuh tergolek tersandung kaki sendiri  di garisan penamat. Membuatkan rakan-rakan seperjuangan menonjol kepalaku sebagai balasan atas kekalahan disebabkan insiden sadis daripadaku sendiri. Langsung tiada sekelumit mahupun sekuman simpati dihati mereka melihatkan kecederaanku akibat kejatuhanku tadi. Oh, sedihnya, kejamnya mereka. Puii...

Pulang sahaja dari kelas mengaji, aku dan adik-adik terjun jeram sebagai aktiviti suka-suka mari bergumbira dan entah suara siapa yang kejeritan bagaikan kerasukan, kesurupan membuatkan kami menghentikan membuat aksi renang berirama. Dan rupa-rupanya, adik perempuan ku yang agak ketinggalan di belakang dimamah pacat diparas paha ketika itu. Secara berjemaah aku dan 2 lagi adikku yang lain membuat rawatan kecemasan dengan ikhtiar menguis-nguis pacat dengan hujung ranting secara bergilir dan akhirnya berjaya mendiamkan adik perempuanku dari kerasukan, kesurupan tadi. Yihaaa...

Di laman rumah kami 5 beradik galak bermain baling-baling guli sehingga larut ke senja. Sampai suatu ketika, salah sorang dari adikku teradeh, adeh dari tadi. Rupanya, cuping telinga kanannya dipiat emak dan tanpa berlengah lagi, kami bertempiaran balik ke rumah dan adik lelakiku diseret emak sambil punggung dicubit-cubit ketam oleh emak. Kami berempat yang dalam kengeriaan yang nyata cepat-cepat meneroboskan diri masuk ke bilik mandi secara berhimpit-himpitan. Huhu...

Pulang di kampong adalah yang paling syiok sekali bila tiba musim cuti persekolahan. Kami 5 seberadik sekawan berkubang ala kerbau di sawah sesambil mencekup ikan keli sawah buat lauk tengahari itu. Walaupun kami berjasa membawa balik ikan keli untuk mak dan nenek masak, berbirat juga tangan-tangan kami disesah emak gara-gara kekotoran melekat kerak lumpur pada baju kami .  Breeze pun tak mampu menanggalkan kesan degil akibat kedegilan kami jua. Ahai...

Wah, tibanya musim buah, begitu ramai anak-anak beruk spesis manusia berpaut-pautan, bergayut-gayutan dan bersahut-sahutan memanjat pokok sambil bertempik minta jatuhkan buah-buahan yang ada sebanyak mungkin. Apabila seronok panjat-memanjat nak tunjuk pula aksi siapa panjat paling tinggi dan mampu terjun ke bawah seberani yang boleh. Maka selesai sahaja musim buah, masing-masing mengukur tangan sesama sendiri dan disedari betapa panjangnya tangan kami tak seperti kebiasaan hari-hari yang dilalui sebelum ini. Miahahaha...
Last edited by sellie003 on 16-10-2014 07:26 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 07:33 PM | Show all posts
@NaylaArisha

Memenuhi syarat ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 02:07 AM | Show all posts
Tema : Sewaktu aku kecil. (Karangan)

Detik ini,ku duduk sepi di tepi bendang ini sambil mengimbau kenangan indah ketika zaman kanak-kanakku. Zaman kanak-kanakku terisi dengan pelbagai aktiviti kenakalanku juga. Arghhh..banyak sungguh kenangan manis pahit masin sedih payau sewaktu aku kecil dahulu. Sebut sahaja apa saja aktiviti,pasti aku ada kisahnya. Kanak-kanak zaman sekarang mana ada macam kita dahulu. Bagi mereka, bermain permainan di gadjet sudah cukup mencabar. Rugi sungguh rugi.

Berlari dalam guni antara yang paling aku suka. Habis comot-comot ku dibuatnya. Manakan tidak, seteru ku semuanya budak lelaki. Di kerahnya aku berlari di dalam guni untuk berlawan dengan mereka. Tapi sungguh pun aku budak perempuan yang comel aku tetap handal. Wahhh..memang handal, handal menangis bila kalah. Tapi aku seronok.

Lain pula kisahnya tika aku di kejar emak dengan rotan kerana pergi mandi-manda di muara. Habis sekampung aku di kejar bila kakakku mengadu pada emak yang aku mengalahkan budak lelaki kerana membuat terjunan papan anjal dijeti ala penerjun Rosatimah Muhammad. Ohhh..bahagianya dapat mandi-manda dengan kawan-kawanku. Mahu ku ulang kembali detik itu.

Bermain guli juga kehandalanku sewaktu aku kecil dahulu. Hahaha. Semua aku handal. Kalah pun ku anggap handal. Permainan ini biasanya di lakukan ditanah lapang. Ketelitian yang penuh dan jitu di perlukan kerana lontaran yang tepat mesti mengenai sasarannya. Aku selalu kalah kerana heroin mestilah mengalah dengan hero. Dan dendanya aku kena pergi kedai beli aiskrim potong.Tapi tak mengapa, aku gembira.

Di bendang ini juga ada kisahnya. Menangkap ikan puyu dan ikan sepat merupakan kemahiran yang tinggi di zaman kanak-kanakku. Biasanya bila air sawah sudah mengering memang banyak ikan-ikan kelihatan. Masing-masing menunjukkan handal siapa yang dapat menangkap lebih banyak. Kadang-kadang hasil tangkapan ini kami bawa pulang ke rumah. Ada juga ketikanya,kami lepaskan ikan-ikan itu di dalam parit.Bendang ini memang banyak kenangan kepadaku. Di gigit lintah juga kenangan indah.

Di tepi bendang ini ada sebuah pokok rambutan. Dulu bila aku ikut abah ke bendang, aku rajin jadi tarzan sambil menikmati kemanisan keenakan kenikmatan rambutan itu. Hahaha. Tiada yang lebih indah bila ku dapat panjat dan mengait rambutan itu. Manis-manis dan tebal isinya. Ku petik banyak-banyak sambil makan di atas pokok. Kemudian aku akan menangis sambil menjerit memanggil abah kerana aku spesies yang pandai panjat tak pandai turun. Sungguh aku rindu kenangan zaman kecilku.

Mahu ku putar waktu jika boleh ku kembali ke zaman sewaktu ku kecil. Memori indah itu sungguh mahal untuk di lupakan.
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah




Last edited by AinHazwan on 17-10-2014 02:10 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 10:06 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 16-10-2014 02:33 PM
@cmf_conan  @Nicki_Meow @Ipo

sapa nak release tension sila tulis karangan

Huuuu. Karangan kat benang sendiri pun sangkut, lagi nak buat karangan kat sini


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
@cantleyi ni kat sini nak wat karangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2014 10:45 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 17-10-2014 10:42 AM
@cantleyi ni kat sini nak wat karangan

apa keyword untuk minggu ni?

masih yang sama ka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
cantleyi posted on 17-10-2014 10:45 AM
apa keyword untuk minggu ni?

masih yang sama ka

keyword dia gmbar tu leyi ada 5 gmbar
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 10:53 AM | Show all posts
ciksurie posted on 16-10-2014 02:11 PM
mehlah kekawang buat karangan simple2x jah

tq ciksu tag....nov main broadcast tp x tgk lgsg intipati...

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:11 PM | Show all posts
ciksurie posted on 16-10-2014 02:11 PM
mehlah kekawang buat karangan simple2x jah

kalau akak wat karangan nnt nay gelak ler riri sbb karangan akak serupa budak darjah 1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.093188 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list