CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1243|Reply: 2

MOHON MAAF ANWAR HANYA MAIN-MAINKAN TITAH SULTAN SELANGOR..! JANGAN PERCAYA!!!

[Copy link]
Post time 10-9-2014 05:48 PM | Show all posts |Read mode
MOHON MAAF ANWAR HANYA MAIN-MAINKAN TITAH SULTAN SELANGOR..! JANGAN PERCAYA!!!Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest






Semalam, PKR dan DAP merafak sembah memohon ampun dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah... Rasanya semua maklum pasal perkara ni... kan?

Kalau diteliti permohonan maaf dari DAP di sini dan PKR di sini, terdapat kelainan yang sangat ketara antara dua parti sekutu setan tu...

Nak tahu di mana bezanya? Jom kita perati sama-sama...



Kalau kita teliti permohonan ampun DAP sila baca kat sini... kita akan dapati bahawa DAP sedar kesalahan depa yang tak faham titah Tuanku Sultan yang mahu depa kemukakan LEBIH DARI DUA nama calon MB Selangor...Maksudnya, DAP sedar di mana salah depa...

Paling best, DAP berikan alasan bahawa depa buat kesalahan tu disebabkan "rundingan dengan Anwar Berahim".. cuba baca betul-betul kenyataan Guan Eng tu... Maksudnya, DAP menyalahkan Anwar Berahim dalam kesalahan yang DAP buat...kan? Heh!

Jom kita tengok permohonan maaf Anwar pulak... sila klik kat sini...

Dia kata, dia hanya mohon maaf jika Sultan Selangor terguris dengan tindakan PKR yang mematuhi "Undang-Undang Tubuh Negeri dan amalan ('convention') sejak 1957"... dia takdak sebut pun minta ampun sebab hantar satu nama calon MB sahaja...kan?

Maksudnya, Anwar tak mintak maaf pun kat Sultan Selangor. Dia hanya minta maaf sebab guris hati Tuanku Sultan! Anwar dan PKR tak mengaku salah pun hantar satu nama calon. Anwar tak sedar pun PKR salah tak ikut titah Tuanku Sultan Selangor!

Itu satu perbezaan yang sangat ketara antara permohonan maaf PKR dan DAP..!

Lepas tu, Anwar cuba nak salahkan Najib... kononnya BN hanya serah satu nama saja pada Sultan sejak merdeka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar...

Ya memang betul BN hanya serah satu nama saja. Nak tahu kenapa? Sebab BN sememangnya memiliki ramai pemimpin yang layak dan berkaliber untuk jadi MB di mana-mana negeri sekali pun. BN tak tandus kepimpinan macam PKR..! Heh!

Tapi, kalau Sultan tak mahu endorse pemimpin yang dipilih BN untuk menjadi Menteri Besar di negeri tertentu, misalnya di Terengganu, Perlis atau Johor macam sebelum ni, BN akan ikut kemahuan sebagaimana yang dititahkan.

Maksudnya, kalau Sultan mintak 2 nama, maka BN akan beri 2 nama. Kalau Sultan titah kemukakan 5 nama, maka BN akan kemuka 5 nama. Pokok pangkalnya, BN faham dan hormati hak dan faham titah Tuanku Sultan...

Hang faham ke tidak ni Anwar Berahim? Sebab tu la saya katakan... Anwar Berahim dan PKR ni memang tak makan saman... tak reti hormat Sultan dan tak sedar diri... sorry to say that sebab apa yang depa buat memang mencerminkan begitu pun... itu fakta...!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2014 05:48 PM | Show all posts
DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor?
7:30 pm  Shahir Shukor  No comments



Shah Alam – DAP memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana parti itu telah menyebabkan baginda berasa dukacita akibat tindakan mereka yang tidak mematuhi titah tuanku dalam mengemukan nama tiga calon bagi jawatan Menteri Besar di negeri berkenaan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP akan sentiasa taat setia terhadap Sultan Selangor walaupun parti itu gagal mematuhi permintaan Sultan Selangor dalam mengemukakan tiga nama selain  Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Datuk seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana telah menyebabkan tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Keputusan DAP itu telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013," katanya dipetik Sinar Harian dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Merujuk kepada laporan semalam, Sultan Selangor berasa sangat dukacita terhadap tindakan PKR dan DAP yang enggan mengikut titah baginda apabila bertegas menghantar nama Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor , Datuk Mohamad Munir, tindakan yang dilakukan oleh dua parti tersebut jelas membuktikan satu perbuatan yang biadap terhadap institusi raja kerana menderhaka kepada titah baginda.

Tambah Mohamad Munir lagi, Sultan Sharafuddin sudah menerima senarai calon bagi jawatan Menteri Besar daripada Pakatan Rakyat namun hanya PAS yang akur dengan titah baginda dengan menyenaraikan tiga nama.

Sementara itu, Guan Eng berkata, DAP akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu tersebut.

"DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi dan akan berunding dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang titah Tuanku DYMM Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit Tuanku," ujarnya. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2014 05:49 PM | Show all posts
Anwar Mohon Ampun Jika Sultan Terguris
8:45 pm  KedahNews.com  No comments


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor.

"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata beliau.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng semalam memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru. -Malaysiakini


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.053498 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list