CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1366|Reply: 0

EKSKLUSIF: "Dia Hanya Boneka Suami, Itu Maksud Hadi" - @Suraya_Yaacob

[Copy link]
Post time 10-9-2014 05:52 PM | Show all posts |Read mode
EKSKLUSIF: "Dia Hanya Boneka Suami, Itu Maksud Hadi" - @Suraya_Yaacob
3:00 pm  KedahNews.com  3 comments


Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob mendakwa bahawa kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah selama ini hanyalah berdasarkan menjadi "boneka" suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bukannya atas sifat dirinya memiliki nilai kepimpinan yang tinggi.

Katanya, pandangan Presiden PAS yang menolak isteri Anwar itu untuk menjadi Menteri Besar adalah berdasarkan penilaian Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Wan Azizah dan bukannya disebabkan alasan gender atau jantina beliau.

"Prestasi (Wan Azizah) selama ini pun hanya menurut perintah suami, ia ada perbezaan.. ini bukan berdasarkan gender,

"Sebab dia tidak pernah ada pendirian sendiri.. nak jadi Menteri Besar dia perlu ada keupayaan untuk berfikir sendiri.

"Kalau apa saja pendirian beliau itu semua atas arahan, pujukan orang, terutama suami, baik letak suaminya jadi Menteri Besar," katanya ketika ditemubual KedahNews.com secara eksklusif di Wisma Darulaman, semalam.

Mengulas mengenai kenyataan balas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyelar Abdul Hadi dan mendakwa Wan Azizah pernah diiktiraf sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen pada tahun 2008, Suraya menegaskan ia hanyalah kerana mahu meraih "undi simpati".

Suraya menjelaskan bahawa tindakan meletakkan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang ketika itu bukan kerana mereka mengiktiraf isteri Anwar dan daya kepimpinannya, namun lebih kepada strategi meraih undi simpati dari keadaan wanita itu yang kononnya "lemah".

Tegasnya, meletakkan Wan Azizah ketika itu bukan satu pengiktirafan atas nilai kepimpinan kerana ia jelas bersifat tidak ikhlas dan isteri Anwar itu tidak lebih dari menjadi satu lagi episod beliau "dibonekakan" oleh barisan pembangkang di Parlimen.

"Itu kerana nak raih undi simpati.. nak menggambarkan setiap kali dia (Wan Azizah) bangun (dalam Parlimen), orang boleh gambarkan suami dia dengan sedihnya berada dalam penjara,

"Itu yang cuba dimainkan oleh pembangkang, bukan kerana mereka (pembangkang ketika itu) nak sangat endorsekan dia sebagai Ketua Pembangkang.. ini semua mainan politik mereka nak dapatkan undi simpati, nak tunjuk betapa Wan Azizah berkorban.

"Tengok cara dia bercakap...tengok saya..anak menangis, nak tengok suami dalam penjara.. sedangkan dia dapat layanan istimewa dalam penjara, dia dapat melawat bila-bila masa pun, yang itu dia tak cerita, kan?" katanya mendedah permainan politik kotor pihak pembangkang ketika itu.

Suraya berkata, Abdul Hadi mungkin menilai Wan Azizah sejak tahun 1997 lagi di mana wanita itu dilihat sering menjadi "boneka" kepada suaminya yang menjadi "director" pada setiap tindakan isterinya itu.

"Ini yang Hadi maksudkan," ujarnya lagi menjelaskan pendirian dan rasional Presiden PAS itu untuk menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Justeru itu, bagi meleraikan kekusutan krisis Menteri Besar Selangor itu, Suraya menyarankan agar semua pihak akur pada keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berdasarkan hak dan landasan kuasa perlembagaan yang dimiliki baginda. -KedahNews.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.214059 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list