CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 1

SI KETUM KEJAR KE HOSPITAL LEPAS SAKIT JANTUNG!!!

[Copy link]
Post time 10-9-2014 05:59 PM | Show all posts |Read mode
SI KETUM KEJAR KE HOSPITAL LEPAS SAKIT JANTUNG!!!
POSTED BY SEMUT HITAM ON 8:34 PTG WITH 8 COMMENTS SO FAR


*Harap - harap, puak - puak PKR tu berhati - hati sikit dengan Si Ketua Penipu tu. Takut nanti dia diserang sakit jantung pulak lepas baca laporan ni!!! Di tikam dari belakang ni lagi sakit dari kena liwat!!!


Kuala Lumpur – Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu Jumaat ini.


Mengikut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka akan memberi perkenan untuk melantik Iskandar untuk menerajui kepimpinan negeri bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah hilang sokongan  majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Saya difahamkan, tindakan PKR dan DAP yang engkar titah Sultan itu telah menyebabkan baginda kecewa dan murka.

“Atas alasan itu, Baginda dikatakan akan melantik salah seorang ADUN dari kalangan PAS bagi menggantikan Khalid dan antara nama yang disebut-sebut ialah YB Iskandar” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Sekiranya Sultan Selangor berpuas hati, pihak Istana dijangka akan mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan tarikh untuk angkat sumpah.


Ketika ditanya mengenai undi tidak percaya yang akan mungkin diusulkan Ahli Dewan Undangan sekiranya Iskandar gagal mendapat sokongan majoriti, sumber itu mendakwa ia tidak berbangkit pada ketika ini.


“Pada ketika perkembangan pentadbiran negeri hanya difokuskan untuk melantik Menteri Besar yang baharu dan perkara itu perlu dibangkitkan kerana berbagai kemungkinan boleh berlaku” katanya lagi.


Sumber portal Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, tiga Exco PAS akan dipanggil menghadap Sultan Selangor mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir.


Ia kemudianya diikuti dengan Sallehen yang merupakan ADUN Sabak pada keesokannya dan Ahmad Yunus (Sijangkang) pada Rabu, menurut sumber.


Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Ketiga-tiga exco dari PAS itu dinamakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat pertamanya kepada istana yang dihantar pada 2 September lalu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2014 03:39 PM | Show all posts
huan jee jah @ ah jee jah....... ????? saborlah ek kak kipas oii..........

apa diharap padi seberang..
entahkan masak entahkan tidak..

ha sambung.. sambung....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.389805 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list