CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1542|Reply: 7

[Dunia] Satu kematian bunuh diri setiap 40 saat

[Copy link]
Post time 11-9-2014 12:52 AM | Show all posts |Read mode
Seorang individu bunuh diri setiap 40 saat. Jumlah itu lebih tinggi daripada mangsa perang dan bencana alam serta membabitkan golongan berusia, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam laporan berhubung bunuh diri itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunding jari terhadap laporan media yang melaporkan kematian selebriti bagi menangani masalah.
"Bunuh diri adalah masalah kesihatan awam. Terdapat satu kematian akibat bunuh diri setiap 40 saat, ia satu angka yang besar. Terdapat 1.5 juta kematian akibat keganasan setiap tahun berlaku di dunia, yang mana 800,000 adalah bunuh diri," kata Shekhar Saxena, Pengarah Bahagian Kesihatan Mental WHO ketika membentangkan laporan di Geneva.
Laporan itu menyebut kadar kematian bunuh diri adalah di timur Eropah dan di Asia dengan 25 peratus berlaku di negara-negara membangun.
Kaum lelaki didapati bunuh diri dua kali lebih banyak berbanding wanita dengan cara kematian menggantung diri, menembak diri sendiri dan di kawasan pedalaman kebanyakannya mengambil racun serangga.
Kadar kematian bunuh diri global adalah tinggi dalam kalangan yang berumur 70 tahun ke atas. Di sesetengah negara lain, kadar kematian berlaku dalam kelompok golongan muda.
Jumlah kematian kedua global terbesar membabitkan mereka yang berumur antara 15 hingga 29 tahun.
Alexandra Fleischmann, seorang daripada pengarang bagi laporan itu menyalahkan publisiti meluas diberikan kepada selebriti terkenal seperti Robin Williams, yang bunuh diri akibat tekanan.
Presiden Persatuan Menangani Bunuh Diri Antarabangsa, Ella Arensman berkata, selepas menerima berita kematian Williams, beliau menerima lima emel yang baru sahaja berjaya mengatasi daripada kemahuan untuk mengambil nyawa sendiri  memberitahu mereka sedang berfikir untuk membunuh diri sekali lagi.
"Bunuh diri bukan satu perbuatan glamor dan perlu disensasikan," kata Fleischmann dan meminta media tidak melaporkan punca kematian bunuh diri dalam awalan laporan tetapi meletakkan punca itu di bawah.
WHO yang menyifatkan bunuh diri sebagai masalah kesihatan awam terbesar telah melakukan kajian di 172 buah negara untuk menghasilkan laporan tersebut yang mengambil masa sedekad.
Katanya, pada tahun 2012, negara yang memiliki pendapatan tinggi merekodkan kadar bunuh diri tertinggi - 12.7 orang setiap 100,000 populasi, berbanding 11.2 orang di negara miskin dan berpendapatan sederhana.
Asia Tenggara termasuk Korea Selatan, India, Indonesia dan Nepal mencatatkan satu pertiga daripada angka tahunan.
Bunuh diri dan cubaan bunuh diri dikenal pasti sebagai perbuatan jenayah di 25 buah negara iaitu di Afrika, Amerika Selatan dan Asia.
Guyana mencatatkan kes bunuh diri paling kerap iaitu 44.2 bagi setiap 100,000 populasi diikuti Korea Selatan dan Korea Utara masing-masing 38.5 dan 28.9.
Diikuti Sri Lanka (28.8), Lithuania (28.2), Suriname (27.8), Mozambique (27.4), Nepal and Tanzania (24.9 each), Burundi (23.1), India (21.1) dan South Sudan (19.8).
Selain itu Russia dan Uganda (19.5), Hungary (19.1), Japan (18.5) dan Belarus (18.3).
PBB merancang untuk mengurangkan kematian bunuh diri sebanyak 10 peratus menjelang tahun 2020.
"Ia adalah cabaran besar. Kebanyakan mangsa bunuh diri adalah daripada kumpulan populasi terpinggi dan kebanyakan mereka miskin dan mudah tertekan," kata laporan yang sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2014 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
2015..tahun tekanan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap trend ni tak terlalu teruk kt Malaysia.. huhuh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 02:58 AM | Show all posts
hmm...thread ni bagus

cer baca oh cari kat science direct
on Preston Curve ...hehe GDP versus Mortality rate
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah.. Rip
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 05:55 AM | Show all posts
Sesapa rasa nak bunuh diri, pegila berperang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2014 07:36 AM | Show all posts
nawaitu pun dah salah..pergi perang masuk neraka buat apa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2014 08:43 AM | Show all posts
kalau dh bunuh diri perlu ke sebut RIP?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.069214 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list