CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 861|Reply: 0

Azizah anggap kenyataan Hadi serangan peribadi?

[Copy link]
Post time 11-9-2014 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Azizah anggap kenyataan Hadi serangan peribadi?
Presiden Parti Keadilan Rak-yat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kenya-taan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau tidak mempunyai kebolehan untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sebagai satu serangan peribadi.

Beliau juga mengakui terguris dengan serangan peribadi berkenaan tetapi mendakwa tidak timbul kemarahan dan menerimanya sebagai satu teguran.

"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun menghormati pendapat Abdul Hadi mengenai kebolehan dan kemampuan saya,'' katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi dalam Majlis Dialog dan Penjelasan Isu Semasa di Marang, Terengganu baru-baru ini menjelaskan penolakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor antara lain kerana syarat hukum Islam mesti seorang yang layak dan mampu untuk memikul jawatan ketua kerajaan.



Katanya, Presiden PKR itu tidak layak dari awal lagi dan penolakan tersebut bukan disebabkan beliau seorang wanita...!!!

Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita PKR, Azura Aziz berkata, Hadi Awang telah mengkhianati dan mendurhakai kepercayaan Pakatan Rakyat kerana keputusan flip-flopnya dalam isu Menteri Besar Selangor. Menurutnya lagi, Presiden PAS itu benar-benar mengecewakan PKR apabila turut menghasut ahli-ahli parti dan memperkecil-kecilkan usaha PKR untuk menggulingkan Khalid Ibrahim.

Kepercayaan telah dikhianati, kata Azura. Seorang pemimpin menurutnya, perlu patuh kepada kata-katanya sendiri agar orang di bawah lebih menghormatinya. Namun Hadi Awang gagal berbuat demikian.

PKR jelas terkejut dengan tindakan last minute PAS membuat U-Turn dan kemudian cuba menghalalkan tindakannya dengan memberikan pelbagai alasan.

“Mana integritinya sebagai Presiden parti politik yang berasakan Islam?” tanya Azura.

Sebelum itu, pada Khamis lalu, Hadi di hadapan ahli-ahli PAS menerangkan, keputusan PAS untuk menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor bukanlah berdasarkan jantinanya tetapi berdasarkan keupayaannya sebagai seorang pemimpin.



Menurut Hadi, Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar kerana Wan Azizah tidak mempunyai keupayaan untuk memperbahaskan persoalan-persoalan di Parlimen mahupun di DUN Selangor, sepertimana yang telah berlaku sebelum ini.

Azura kemudiannya menuduh Hadi Awang bersikap chauvinist kerana menyatakan kebenaran tentang Presiden PKR yang tidak layak sebagai Menteri Besar Selangor.

“Siapa dia untuk mengatakan Datuk Seri Dr. Wan Azizah tidak berkeupayaan?” tanya Azura dalam satu kenyataan media, semalam.

“Hadi tidak sahaja mengkhianati kepercayaan sekutu Pakatan Rakyatnya, tetapi dia juga cuba memberikan alasan untuk membenarkan tindakan menamakan tiga orang ADUN dari PAS berbanding apa yang telah dipersetujui sewaktu mesyuarat Pakatan Rakyat. Pendirian tidak tetap PAS ini tidak boleh diterima lagi. Ini tidak selari dengan semangat rakan perkongsian.”

Menurut Azura lagi, PAS seharusnya mengisytiharkan diri keluar dari Pakatan Rakyat memandangkan PAS sudah tidak dapat bersama-sama dengan keputusan-keputusan Pakatan Rakyat.
Pada Jumaat lalu, Hadi Awang menegaskan, PAS masih merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan menambah sesiapa yang mahu mewujudkan parti baru, dipersilakan.



Read more: http://belantan.blogspot.com/2014_09_01_archive.html#ixzz3CzhP04Bu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.305870 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list