CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 661|Reply: 0

Ada udang disebalik batu, apa motif PKR dan DAP mohon ampun?

[Copy link]
Post time 11-9-2014 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Ada udang disebalik batu, apa motif PKR dan DAP mohon ampun?



Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempertahankan bahawa ia mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dalam soal pencalonan bagi jawatan Menteri Besar yang baharu dan memohon ampun kepada Sultan Selangor jika langkah itu mengguris perasaan baginda.

Penasihat PKR, Anwar Ibrahim berkata, amalan menghantar satu nama calon Menteri Besar kepada Sultan merupakan amalan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

"Pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (convention) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," katanya dalam kenyataan yang dipetik daripada akaun Facebook parti itu.

Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ing-kar dengan titah baginda pada 27 Ogos lalu supaya mereka mengemukakan lebih daripada dua nama calon daripada parti masing-ma-sing untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.



Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dilaporkan berkata bahawa tindakan PKR dan DAP itu menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan perbuatan derhaka kepada titah baginda.

Dalam kenyataan di akaun Facebook itu, Anwar juga berkata, PKR mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Mela-yu dan institusi raja berperlembagaan sebagaimana yang telah ditegaskan dalam surat-surat Presiden parti itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kepada Sultan Selangor.

Dalam perkembangan lain, DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng hari ini turut memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin kerana turut mengambil langkah sama apabila menghantar hanya satu nama calon untuk jawatan Menteri Besar.

Lim Guan Eng berkata, keputusan DAP menyenaraikan hanya nama Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor dibuat selepas rundingan bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Keputusan itu juga mengikut konvensyen yang dipersetujui sebelum ini berkaitan dengan pelantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada tahun lalu.

"Keputusan ini juga beserta sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Selangor yang menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

"Ini juga adalah kata sepakat pakatan pembangkang bahawa calon Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR," katanya.-UMO



Read more: http://belantan.blogspot.com/2014_09_01_archive.html#ixzz3Czk4OVEP

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.062044 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list