CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Sektor Hartanah Dah Dok Sejuk, Tunggu Apa Lagi Turunkan Harga Kalau Nak Survive

[Copy link]
Post time 16-9-2014 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 posted on 16-9-2014 03:21 AM
Baik jangan baca sebab me malas nak layan bila U meroyan tak dapat terima apa me menulis..

Exp ...

Hehe hehe. Kelakarnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2014 07:53 AM | Show all posts
mizahanan posted on 15-9-2014 05:45 PM
Of course kita buleh berfikir begitu, itu sbb ada cetakan wang palsu.

Cetakan wang palsu yg di buat individu jumlahnya sket je , dan cepat disedari kerana tak secanggih wang asal, lalu kerajaan mana2 negara pun akan bertindak untuk hentikannya.

Tapi apabila sebuah kerajaan kuasa besar mencetak wang palsu yang secanggih wang asli , lalu kerajaan tu mengiktirafkan wang tu di pasaran dunia serta di terima semua , impaknya adalah global.

Gangguan harga berlaku di mana saja pembelian besar2an dengan wang tu di lakukan , yang boleh mengecilkan kuasa ekonomi sesebuah negara yang menjadi sasaran dalam masa yang singkat aje, dek kerana tekanan inflasi yang tinggi ya amat yang berlaku .

So once banyak negara jadi miskin kerana lambungan harga disebabkan aktiviti pembelian guna wang nih, maka kerajaan kuasa besar yang mencetaknya dapat mengekalkan kuasa ekonominya di seluruh dunia tanpa di cabar sesiapa.



Last edited by blastoff on 16-9-2014 07:59 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2014 08:24 AM | Show all posts
poison_paradise posted on 15-9-2014 07:22 PM
Ooo Baru phm.. So skang org luar bole beli yg harga 1juta keatas ye.. No wonder la harga mencanak  ...

Kau kata : Tp pembeli luar ni memilih gak lokasi.. Takat bangi, semenyih tu dorg tak nak Sgt.. Dorg byk beli area Penang airport, cyberjaya, kl..Area ceruk2 tu harga mahal buat ape la Sgt.





Kalau kau tengok balik sejarah penjajahan british di M'sia, kat mana tumpuan depa nak bina dan wujudkan penempatan depa ketika tu ? Of course lah kat kawasan yang paling banyak kemudahan dan berpotensi untuk membangun secara ekonomi dengan cepat yang depa gagau.

Lihat peninggalan sejarah bangunan depa yang banyak kat penang , kat KL , makna kata kat mana saja yang jadi tumpuan lah kan . Kat hulu baniaq dan kampung2 yang jauh dari kemudahan depa biarkan di huni masyarakat setempat aje laa.

Sama macam apa yang berlaku sekarang.Pembelian dari warga asing berlaku di bandaraya besar yang penuh dengan kemudahan , manakala rakyat cuma mampu menduduki pinggiran dan kampung aje .

M'sia nih dalam proses penjajahan semula lah nampak gayanya   . Apabila rakyat hidup tertekan secara ekonomi dan orang luar menguasai kawasan bandaraya kesemuanya kelak , maka sama balik lah macam keadaan yang berlaku waktu penjajahan british dulu tu.

Kenapa kawasan ceruk pun jadi mahal jugak sekarang ni ? Kerana kawasan ceruk tu berpotensi jadi kawasan bandar dalam masa terdekat, let's face it ada je sket kemudahan untuk menyamai di bandar maka lonjakan harga pun mulalah berlaku.

Its about menyingkirkan penduduk tempatan dari menguasai kawasan yang berpotensi dan banyak kemudahan . Itulah impak penjajahan dulu dan sekarang, sama je .

Last edited by blastoff on 16-9-2014 08:44 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2014 08:37 AM | Show all posts
xy_daen posted on 15-9-2014 06:46 PM
Betoi...hat tu aku bengang sgt...bg je 50 taun leasehold sudah...

Kerajaan tak boleh membiarkan keperluan asas untuk rakyat di beli oleh warga asing sehingga mengganggu harga yang menyebabkan tak mampu habih di beli rakyat tempatan jadinya .

Kerajaan kawal harga beras, gula dan minyak masak yang merupakan keperluan asas penduduk tempatan untuk mengelakkan lambungan harga yang berlaku oleh pembelian luar , kenapa kerajaan tak boleh lakukan perkara yang sama pada sektor hartanah ?

Kawal lah berapa keuntungan yang sepatutnya di buat developers macam kerajaan kawal keuntungan pengeluar keperluan asas yang lain . Tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia sapa pun tak dapat nafikannya.

Last edited by blastoff on 16-9-2014 08:39 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2014 09:01 AM | Show all posts
Acong posted on 15-9-2014 11:36 PM
antara penghuni neraka....

org yg memberi riba

Keuntungan amat tinggi yang bank amek yang merupakan riba tu lah antara faktor penyebab utama lonjakan kenaikan harga hartanah .

Di sebabkan developers/penjual bergantung pada pinjaman dengan bank ketika bina/beli , maka depa akan masukkan jumlah riba yang depa perlu bayar dalam harga rumah yang depa nak jual tu kelak .

Apabila di campur keuntungan bank ke atas developers , dengan keuntungan bank ke atas pembeli rumah baru tu , maka lonjakan harga berganda2 lah berlaku apabila developers dan pembeli semua pakat amek kira jumlah riba ketika menetapkan harga jualan rumah tu kelak ....

Jadinya lebih banyak rentetan jualan berlaku maka lebih banyak kos riba di masukkan dalam harga jualan, jadi lagi tinggi harga melonjak dalam masa yang singkat .

Bank2 buat untung dengan developers, dengan pembeli rumah baru, dengan pembeli rumah second hand, dan setiap orang yang membeli sesudah itu lah selagi bergantung pada pinjaman beriba . Bayangkan lah rentetan keuntungan yang tinggi yang nonstop tu.

Last edited by blastoff on 16-9-2014 09:10 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2014 09:22 AM | Show all posts
Acong posted on 15-9-2014 11:41 PM
loan islamic ke?

Loan "islamic" lagi dahsyat kaut untung melebihi apa yang di kaut loan conventional plak tu.

Bila time nak amek loan buat akad jualbeli, tapi rumah yang nak di beli tu bukannya milik bank pun ketika tu untuk membolehkan bank menjual pada pembeli tu plak, so nak akadjual beli pekejadahnya.

Depa ingat Tuhan tataw ka yang depa cuma pinjamkan duit pada pembeli tu dan bukannya jual rumah seperti yang di akadkan .
Last edited by blastoff on 16-9-2014 09:23 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-9-2014 10:17 AM | Show all posts
Dulu time Dr. M waktu berlaku manipulasi mata wang oleh orang luar negara, Dr. M bertindak pegged matawang M'sia lepas tu problem solved.

Nape Najib tak mahu guna cara yang sama untuk sektor hartanah pabila dah ketara berlakunya manipulasi harga ?

Buatlah kajian berapa modal dan berapa untung yang sepatutnya di buat developers, dan tetapkan lah harga2 rumah baru supaya semua berada pada certain range tertentu aje , agar mampu di beli penduduk tempatan supaya manipulasi harga dapat di tangani.



Last edited by blastoff on 16-9-2014 11:29 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2014 01:04 PM | Show all posts
Bank negara di Australia baru je keluarkan amaran berjaga-jaga , bank negara kat M'sia dok kata situasi ok lagi , padahal hutang rakyat kita yang tertinggi di Asia sampaikan IMF pun takut tengok dibuatnya

Sesapa yang tarak duit simpanan dalam bentuk cash secukupnya elok runsing la sekarang, jadi krisis nanti jenuh kat mana nak korek duit untuk cover segala bayaran bulanan kat bank kelak .





-------------------------------------------------

Australia central bank warns of housing bubble
CNBC – 3 hours ago

                                                     Australia's central bank warned of speculative demand in the country's real estate sector, triggered by record low interest rates, signaling that further monetary policy easing is unlikely in the near term.
  The Reserve Bank of Australia (RBA) issued the statement Tuesday in the minutes from its latest policy meeting on September 2, when it kept interest rates at 2.5 percent for a 13th straight month.
  "For investors in housing, the pick-up in housing credit growth had been more pronounced than for owner-occupiers, with investor demand particularly strong in Sydney and to a less extent in Melbourne," RBA said.
  "Members further observed that additional speculative demand could amplify the property price cycle and increase the potential for property prices to fall later," it added.
  Australia's home prices have risen more than 10 percent so far this year, driven especially by demand for investment properties.
  On the Australia dollar, the RBA maintained that the currency remains "above its fundamental value," despite the Aussie's recent dramatic fall against the U.S. dollar, dipping below the 90-cent handle this week for the first time since March.

https://my.news.yahoo.com/austra ... sing-015459022.html




Last edited by blastoff on 16-9-2014 01:24 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 02:37 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 16-9-2014 12:39 AM
Mcm dulu bukit antarabangsa..byk tanah runtuh.. Kondo athenaeum tu pnh jatuh jual 90k...lani men ...

Tau xpe...tgu masa je earthquake kat Indonesia tu kasi gegar sket...menjunam la rega kondo kat Klang valley nih..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 02:44 PM | Show all posts
blastoff posted on 16-9-2014 08:37 AM
Kerajaan tak boleh membiarkan keperluan asas untuk rakyat di beli oleh warga asing sehingga mengga ...

Setuju ngan ang blast...pusat Dan negeri Ada kuasa utk buat polisi pemilikan rumah utk kebajikan rekyatnya..kejadah bagi pemilikan pada bangsa asing....depa mmg Ada duit nk beli at whatever price pun...isu skrg rekyat sundiri tadak kemampuan nk beli rumah sbb manipulasi harga by developer Dan speculators. Gomen masih dok diam? Buat prima la rumah rekyat la...itu x selesaikan masalah sbb kualiti rumah pun so so dgn sf yg rendah...patut tgk balik dasar pemilikan...buat polisi perumahan dgn keutamaan kepada rekyat...bukannya developer...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff posted on 15-9-2014 04:48 PM
jelir lidah dan juling mata serentak tawww

Ohhh... falling in love already with miow juling mata jelir lidah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 09:57 PM | Show all posts
sekngucing bakal berpindah ke sungai buloh
bye bye kl
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 03:05 AM | Show all posts
blastoff posted on 15-9-2014 06:18 PM
Bagi pendapat haku lah, kerajaan kalau betul2 nak turunkan harga rumah di M'sia ni sehingga ke tahap ...

tak cukup.....

BAN loan terus..... wajib beli cash
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 07:41 AM | Show all posts
blastoff posted on 16-9-2014 10:17 AM
Dulu time Dr. M waktu berlaku manipulasi mata wang oleh orang luar negara, Dr. M bertindak pegged ma ...

Interesting.....

tp nak tanya, boleh ke pm buat mcm tu? I mean... Khuatir juga if kalau pegged harga hartanah at certain value akan create issues such as freedom of market driven prices etc tu? Kalau takde major issues ok la juga. Org yg suka main jual beli property ni takde la nak amik kesempatan beli rumah harga murah pastu jual gila2 mahal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 12:57 PM | Show all posts
judicata posted on 17-9-2014 07:41 AM
Interesting.....

tp nak tanya, boleh ke pm buat mcm tu? I mean... Khuatir juga if kalau pegged  ...

Kalau betul2 sektor hartanah beroperasi berdasarkan market driven forces , tentunya apabila banyak rakyat tempatan tak mampu beli sedangkan supply berlambak2 di pasaran bermakna harga patutnya turun lah.

Tapi harga terus naik walau 90% developers tak mampu jual product depa. Itu jelas memperlihatkan ada manipulasi harga sedang berlaku yang di luar konsep demand and supply dah .

Zaman dulu kala rakyat angkat senjata untuk lawan penjajah yang menduduki tanah . Zaman lani penguasa negeri perlu wujudkan akta lah untuk kawal warga luar dari menduduki tanah .

Pendudukan asing dulu kala merampas kuasa pemerintahan, pendudukan asing la apabila dah jadi majoriti one day pastinya akan lakukan perkara yang sama, mana mungkin depa suka pemerintah dari kalangan rakyat tempatan plak nak tentukan itu ini dalam hidup depa  .

Kalau di biar depa beli tanah habih semua, nescaya kuasa pemerintahan UMNO , PKR dan PAS etc etc  tu akan pupus laa apabila warga asing ni jadi majoriti di sesebuah negeri kelak nantinya , buat pe depa nak sokong UMNO atau yang sewaktu dengan nya plak .

Waktu tu cuma boleh kata padan muka je la, sapa suruh leka asyik dok jual negeri habih kat orang luar gitu .








Last edited by blastoff on 17-9-2014 01:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 01:09 PM | Show all posts
xy_daen posted on 16-9-2014 02:44 PM
Setuju ngan ang blast...pusat Dan negeri Ada kuasa utk buat polisi pemilikan rumah utk kebajikan r ...

Tengok kat Penang dah la, apabila limit harga untuk rakyat asing di naikkan jadi 2 juta dalam pulau, maka kebanyakan harga untuk landed dan luxury condo di kawasan strategik lani dah jadi 2 juta ke atas dah.

Itu bermakna tanah penang tu mainly warga asing la yang mampu beli . Jangan mimpi la UMNO akan berkuasa kembali selagi tanah habih jatuh ke tangan warga asing gitu .   

Najib kalau tak kawal harga, bukan stakat pemilikan asing akan jadi lebih hebat di masa depan , tapi hutang negara jugak akan bertambah apabila rakyat yang nak beli jugak terpaksa amek loan yang tinggi ya amat2 semuanya.

Kok mana pun negara pasti akan menerima padah la, kalau tak kerana krisis mortgage maka kerana majoriti dah jatuh ke tangan warga asing , pi mai pi mai tetap membawa bencana akhirnya .
Last edited by blastoff on 17-9-2014 01:37 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2014 01:26 PM | Show all posts
Acong posted on 17-9-2014 03:05 AM
tak cukup.....

BAN loan terus..... wajib beli cash


Kerajaan perkenalkan konsep sewa beli ni adalah untuk mengelakkan rakyat dari berhutang secara loan bank lah .




---------------------------------
http://web10.bernama.com/bernama ... eral.php?id=1067317

                               
                       

                Kerajaan Perkenal Skim Sewa Beli Untuk Pembeli Rumah PR1MA - Najib                         SEREMBAN, 9 Sept (Bernama) -- Kerajaan hari ini memperkenalkan Skim Sewa Beli bagi membantu pemohon Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman perumahan dengan bank.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata skim itu diwujudkan khusus untuk generasi muda dalam mendapatkan rumah yang mereka idamkan selama ini.

"Program ini adalah bagi membantu mereka (permohonan) yang ditolak bank, kadang-kadang yang tiada pendapatan tetap atau rekod tidak berapa elok.

"Maka kita bersetuju dengan pihak bank untuk tawar skim Rent to Own ini dengan pemohon hanya perlu membayar sewa dan dalam tempoh 20 hingga 30 tahun,  rumah itu akan jadi milik mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyempurnakan majlis pecah tanah dan projek mula kerja PR1MA Seremban di Seremban Sentral di sini pada Selasa.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan Pengerusi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Najib dalam pada itu berkata kerajaan bersetuju untuk penambahan pembinaan 2,000 unit rumah PR1MA yang akan dibina di tapak Depoh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan 10,000 unit rumah di Labu, dekat sini.

Katanya projek penambahan pembinaan itu dan projek asal Seremban Sentral membabitkan 3,196 unit pangsapuri mampu milik di belakang Stesen Kereta api Seremban itu adalah sangat perlu dan bertepatan dalam usaha kerajaan membangunkan Seremban.

Menurutnya projek itu antara lain bakal merubah wajah Seremban dan menjadi ikon baharu Negeri Sembilan yang digambarkan seakan KL Sentral, Kuala Lumpur.

Jelasnya, projek di Seremban Sentral itu dijangka siap dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun sekaligus mampu menarik minat masyarakat setempat untuk sama-sama merasai arus pembangunan dan kemajuan akan datang.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa walaupun harga rumah PR1MA di Seremban Sentral itu belum lagi dimuktamadkan namun beliau yakin ia akan dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

"Siapa yang berjaya mendapatkan rumah ini sudah untung 20 peratus. Saya percaya nilai rumah ini akan melambung tinggi kerana kawasan ini tumpuan pembangunan selepas Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya.

"Memang inilah trend pembangunan yang menghala ke Seremban dan dalam tempoh 10 tahun, kawasan ini akan pesat dengan pembangunan," jelas Najib.

Mengulas lanjut mengenai PR1MA, Najib berkata kerajaan sentiasa meletakkan keutamaan dan keperluan rakyat pada penanda aras utama kerana rumah adalah antara keperluan tinggi yang mesti dimiliki setiap rakyat di negara ini.

"Kita ada keperluan lain, tapi urutan keinginan untuk miliki rumah adalah di atas dan tertinggi. Tapi rumah bukan sebarangan rumah mestilah selesa dan berkualiti.

"Ia juga mestilah dalam lingkungan kemampuan kita, harganya yang mampu dibeli oleh kita sebagai bakal pembeli. Kumpulan sasaran kita (kerajaan) adalah 50 peratus orang muda iaitu berumur 35 tahun ke bawah termasuk bujang. Jadi lahirlah konsep PR1MA ini yang merupakan satu agenda kerajaan," kataya.

Seremban Sentral ialah projek perumahan pangsapuri berkonsepkan kehidupan bandar yang menyediakan pangsapuri mampu milik di kawasan seluas 23 hektar dan  turut dilengkapi kemudahan awam, bangunan pejabat, pusat beli-belah, perubatan, kampus pendidikan, hotel dan taman rekreasi.

PR1MA Seremban Sentral adalah perkongsian awam dan swasta iaitu antara PR1MA, Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Keretapi Tanah Melayu (KTM), kerajaan negeri dan pemaju swasta Brunsfield International Group.

Projek perumahan itu bakal dibina di pusat bandar Seremban atas tanah berkeluasan 23 hektar terletak di belakang stesen KTM Seremban sedia ada, yang dibahagikan kepada dua fasa pembinaan.

Fasa I terdiri daripada 1,504 unit manakala Fasa II terdiri daripada 1,692 unit dengan keluasan antara 805 hingga 1,214 kaki persegi.

Rumah itu dilengkapi dua bilik dengan satu bilik mandi atau tiga bilik dengan dua bilik mandi, ruang tamu dan dapur mengikut keluasan dan pembeli boleh membuat pilihan mengikut kemampuan.

-- BERNAMA



Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Acong posted on 17-9-2014 03:05 AM
tak cukup.....

BAN loan terus..... wajib beli cash

Kat indon kene beli UMAH Dan kete cash rasenyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 01:35 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 17-9-2014 01:28 PM
Kat indon kene beli UMAH Dan kete cash rasenyer..

Ada ke negara yang tak amalkan riba dalam sektor perbankan di zaman lani ? Negara gitu dah jadi macam spesis dinosaur kot , pupus, semua negara lani dikuasai spesis tamak haloba .
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff posted on 17-9-2014 01:35 PM
Ada ke negara yang tak amalkan riba dalam sektor perbankan di zaman lani ?  Negara gitu dah jadi ...

Ntah bro.. Ni dgr org ckp.. Saya pon tak pasti.. Mohon pencerahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.100376 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list