CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2096|Reply: 3

Lebih 400,000 mangsa banjir masih terperangkap di India

[Copy link]
Post time 12-9-2014 03:46 PM | Show all posts |Read mode
MANGSA banjir menaiki sebuah bot untuk berpindah di Srinagar, India kelmarin.


Advertisement










NEW DELHI - Lebih 400,000 orang masih terperangkap selepas banjir melanda wilayah Kahsmir yang ditadbir India, menurut beberapa laporan semalam.
Situasi getir itu berlaku ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus untuk sampai kepada mangsa bagi mengagihkan makanan dan air.
Kira-kira 215 orang meninggal dunia sejak minggu lalu selepas wilayah Jammu Kashmir dilanda banjir terburuk dalam tempoh satu abad.
"Kami tidak pasti jumlah sebenar korban melainkan jika banjir surut sepenuhnya dan pasukan penyelamat dapat sampai ke kawasan yang terjejas," kata seorang pegawai tempatan di ibu negeri wilayah Jammu, Srinagar.
"Paras air sungai utama, Sungai Jhelum turun satu meter tetapi cabaran getir kami masih di Srinagar yang mana lebih 400,000 orang terperangkap," kata seorang pegawai lain yang dipetik agensi berita IANS.
Sebahagian besar Srinagar masih ditenggelami air manakala lebih ramai petugas penyelamat yang dibantu Tentera Laut India dihantar untuk membantu operasi menyelamat.
Sejumlah mangsa terpaksa menunggu di bumbung kediaman mereka selama berhari-hari untuk diselamatkan susulan hujan lebat yang turun sejak awal bulan ini. - dpa




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2014 03:47 PM | Show all posts


banjir besar melanda india
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 04:14 PM | Show all posts
banjir besar
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 05:21 PM | Show all posts
Harap2 tak ada le pelancong yang terperangkap sama dan kalau ada harap mereka cepat diselamatkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.056607 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list