CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4710|Reply: 23

Surat terbuka : Datuk Zahid benarkah nilai 5 jam tangan kamu mencecah RM1.5j ?

[Copy link]
Post time 12-9-2014 04:10 PM | Show all posts |Read mode
http://chegubard.blogspot.com/20 ... zahid-benarkah.html

4 September 2014


Surat terbuka buat ;

YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,

Menteri Dalam Negeri.


  • Surat ini tidak ada kena mengena dengan tindakan angkuh YB. Datuk Seri mutaakhir ini yang bertindak dalam kes akta hasutan mahupun bertindak terhadap Pasukan Peronda Sukarela bawah Kerajaan Pulau Pinang sebaik sahaja sukarelawan tersebut selesai menyelia bantu dan menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri.
  • Pada 29 Ogos  (Jumaat) lalu jam 1.13 ptg ketika Jalan Tun Razak sangat sesak kedengaran siren polis mengasak semua ketepi kerana ada Menteri yang menggunakan Velfire hitam dengan no daftar KDN 38 hendak lalu. Ketika itu jalan terlalu sesak tidak membenarkan kenderaan ke kiri atau ke kanan termasuk ke depan. Namun konvoi menteri tersebut angkuh ingin lalu segera sehingga pengawal peribadinya yang bermotorsikal berkuasa besar menendang dan memukul beberapa buah kenderaan termasuk kenderaan yang saya naiki. Namun sesungguhnya surat terbuka ini bukan juga berkenaan hal tersebut.
  • Saya difahamkan oleh teman - teman bahawa YB Datuk Seri punya koleksi kereta mewah dan cukup minat dengan motor berkuasa besar. Namun itu hanya saya dengar dan tidak tahu kesahihanya.  Surat terbuka ini adalah kerana saya tertarik dengan penampilan kemas dan bergaya YB Datuk Seri  khususnya koleksi jam tangan mewah bergaya yang hampir setiap kali muncul dikhalayak jam tangan berbeza digayakan.
  • Di teliti 5 koleksi gambar yang diperolehi 4 dari media tempatan dan 1 dari media negara jiran memperlihatkan jam mewah yang sangat bergaya. Oleh kerana minat saya cuba
    kenal pasti jenis jam tersebut dan dikenal pasti harganya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2014 04:11 PM | Show all posts
  • Setelah diteliti gambar dan jam tangan yang digunakan dikenal pasti tiap gambar tersebut YB Dr. memperagakan jam tangan mewah.


  • 1) IWC PERPETUAL CALENDER Retail Price: USD $41,100




    2) RICHARD MILLE RM011 LE MANS ROSE GOLD Retail Price: USD $120,000


    3) RICHARD MILLE RM011 ASIA BOUTIQUE EXCLUSIVE  Retail Price: USD$109,000


    4) RICHARD MILLE RM028 DIVER ROSE GOLD Retail Price: USD$145,000


    5) RICHARD MILLE RM033 EXTRA THIN Retail Price: USD$80,000



  • Harap YB Dr. tak tersinggung dengan surat terbuka ini. Saya mengumpulkan gambar dan menyelidik koleksi jam tangan YB Dr. kerana minat saya dan terpegun dengan koleksi jam mewah YB Dr. Harapnya saya tidak disiasat dibawah akta hasutan atau dikepung oleh gangster di stesen minyak seperti Amir Bazli Abdullah hanya kerana surat terbuka ini.

    Hanya ingin bertanya benarkah benarkah model jam yang saya cuba padankan dengan yang YB Datuk Seri Dr. gayakan. Saya andaikan tak mungkin seorang Menteri menyokong usaha pemalsuan barangan dengan memakai barang tiruan. Maka jika benar modelnya maka jumlah koleksi 5 jam tangan tersebut mencecah RM1.5 juta nilainya.

    Persoalanya ialah banyak wang YB Datuk Seri Dr. ya ? Itu baru 5 jam tangan dan banyak lagi gambar YB Dr. muncul dengan jam tangan berbeza, saya yakin pasti ada puluhan lagi koleksi jam tangan mewah dalam koleksi, maka berapa nilai semua jam tangan sahaja ? Bagaimana dibeli atau siapa yang hadiahkan ? atas urusan apa hadiah jam mewah sebegitu harganya ?

    Ketika rakyatberkira wang syiling untuk membeli barang, adakah wajar YB Datuk Seri Dr. memiliki dan memperagakan koleksi jam tangan mewah ? Itu baru jam belum diteliti lagi yang lain.

    Adakah rakyat sahaja harus ubah cara hidup dan dihimpit kesusahan sedangkan pak Menteri dan keluarga terus memperagakan kemewahan.

    Jika benar maka teringatlah saya dengan cerita bagaimana YB Datuk Seri menjadi panglima kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika awal pemecatanya dan selepas didera di dalam ISA, YB Datuk Seri telah kendur dan berpatah balik ke pangkuan Umno. Mujurtidak tahan tekanan dan berpatah balik jika tidak pasti koleksi mewah ini terlepas untuk saya nikmati diperagakan YB Datuk Seri.


senarai harga jam mewah  sila klik untuk mendapat imej jelas

  • Amat mengharapkan respon positif dari YB Datuk Seri atas  pertanyaan saya dalam surat ini dimana saya juga merupakan peminat jam, cuma seperti marhaen biasa kami cuma ada minat tetapi hanya dapat menikmatinya dengan melihat digayakan ditangan Menteri seperti YB Datuk Seri dan keluarga
Sekian.


che'GuBard


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 05:15 PM | Show all posts
dia hanya menikmati limpahan kemakmuran yang dibawa oleh kerajaan BN selama-lama ini.
Takda salahnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 05:20 PM | Show all posts


kisah jam tangan zahid.  yeaayyy.

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 06:06 PM | Show all posts
UMNO mmg bangsat. masuk neraka dalam neraka. makan duit rakyat. sebab tu UMNO ni banyak golongan bebal jadi racist dan macai umno
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 06:54 PM | Show all posts
Tu kau dari hujung kaki hingga hujung rambut
ape org yg dibenci pakai
musti hendak dihisab selayak-layaknya

kampung sungguh blog politik gini
tidak ada nilai ilmiah
nyettt malu
apa nyett nk bg tau keturunan nyett nanti
pabila mureka bertanya
'apa yg nyett baca sambil bertwifi di atas pokok'

bile nk move on manusia of malaysia
kalu sumber bacaan sungguh hazabbedah dikk oiiii
hendak disuapkan masyarakat dgn sesuatu yg habuk
bagi persaingan sesama masyarakat dunia dari segi idealistik/futuristik/stik-stik-stik
nk main lestik-lestik?
kalu ini halnya terjadi dgn manusia di malaysia
bagaimana pula nyett hendak bersaing dengan golongan-golongan genius chimpanzi luar negara
warghhhh nyett tak rela ditapakkakikan...

ternyata bloggers politik msia tempatan
berfikiran minda rakyat setempat terlalu low class sangat
sampaikan serangan dari segi pemilikan harta benda didedah dan ditayang berkali-kali
tak muak ke, ajak rakyat merhein mencaci hari2

aku dah buringgg sgt tolongglah cerdik sikit manusia walu hakikatnya bengap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2014 07:08 PM | Show all posts
popjack posted on 12-9-2014 06:54 PM
Tu kau dari hujung kaki hingga hujung rambut
ape org yg dibenci pakai
musti hendak dihisab selay ...

macai umno detected. rembat duit rakyat janji dicapati rakyat dibahulukan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mungkin jam tangan tersebut disewa ataupun pemberian sahabat kroni atas nama hadiah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2014 12:28 PM | Show all posts
Bergaya sakan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 12:22 AM | Show all posts
adess.. aku mmg sikit pun xpcaya muka2 umno ni daripada tukang cuci kat pejabat umno cawangan kampung dusun sehingga la ke jawatan menteri..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 05:09 AM | Show all posts
kaya lak indon nie
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 05:46 AM | Show all posts
dio adoh tak jam Rolex macang si nuar.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 01:03 PM | Show all posts
tengok org indon pun mampu berjaya dan bermewah di negara malaysia yg makmur ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 06:03 PM | Show all posts
Kaya pemimpin indon dtg curi harta malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:52 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 12-9-2014 11:08 AM
macai umno detected. rembat duit rakyat janji dicapati rakyat dibahulukan

nyett pulas telinga panda kasi putus nk..

nyett neutral dlm politician
nyett tidak akan berpaut
pada satu dahan sahaja
dikhuatiri tumbang bila bergayut
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 09:12 PM | Show all posts
popjack posted on 17-9-2014 08:52 PM
nyett pulas telinga panda kasi putus nk..

nyett neutral dlm politician

mak ayah bagi nama elok2, kau panggil diri kau monyet?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 01:32 AM | Show all posts
Lepas ni dedah pulak berapa puluh bijik motor besar yg dia miliki
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 09:39 PM | Show all posts
wak indon
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 02:23 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 17-9-2014 01:12 PM
mak ayah bagi nama elok2, kau panggil diri kau monyet?

nyeet adalah nyett
nyett bukan monyet
kikikikikih
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 11:43 AM | Show all posts
Sila pakai jam tangan casio saja lain kali Datuk Seri!! Pemimpin Malaysia tak layak pakai barang mahal!! Please take note!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.084869 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list