CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Jenayah] Soalan UPSR Bocor - 14 individu termasuk guru sudah ditahan.

[Copy link]
Post time 16-9-2014 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
~anya~ posted on 15-9-2014 11:06 PM
Jangan jadi bodo cina tongsan... paper science bukan re sit... paper sains ditangguhkan... dan j ...

patutlah encik mahatir bilang bangsa kamu malas.

kami di sjkc tak perlu resit english paper pun kamu tak tahu then sibuk nak perkauman tuduh orang cina yang bocor soalan. petty..

dasar melayu pemalas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey posted on 16-9-2014 01:18 AM
Ummah SJKC, SJKT jujor bak kata Mahader sebab tu tak perlu re-sit?

kami di sjkc mendapat special privillege dari ketuanan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 12:02 PM | Show all posts
monreyes posted on 14-9-2014 09:15 PM
yg jual yg beli tangkap sekali...
btw perlu ke sume re-sit...
menyusahkan yg x dapat je....

I rasa UPSR ni mansuhkan je. Ganti dgn exam berbentuk hands-on eg choir, teater, public speaking etc. Kalau exam pun start focus masa darjah 3, then darjah 4 then darjah 6 style macam yg ganti PMR tu. Then those yg interested nak masuk boarding school tuh kena ambik test dan interview and pelajar2 cemerlang luar bandar kena bagi keutamaan dulu... I agree idea you tu

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 12:04 PM | Show all posts
PE-DX03 posted on 16-9-2014 10:38 AM
patutlah encik mahatir bilang bangsa kamu malas.

kami di sjkc tak perlu resit english paper  ...

Awal2 muhyidin dh habaq...sjkc sjkt tk perlu resit sbb paper bm n bi diorang tk sama dgn sekolah kebanggsaan...sepengetahuan saya....bm n bi upsr utk  sjkc n sjkt diturunkan level kesusahanya sbb nk bg fair pd student cina n india...

Sbb tu budak2 sjkt sjkc ni klau masuk sek men..walauponupsr nya dpt A?..tpi tahapnya biasa2 aja

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 12:07 PM | Show all posts
~anya~ posted on 15-9-2014 11:06 PM
Jangan jadi bodo cina tongsan... paper science bukan re sit... paper sains ditangguhkan... dan j ...

Kak anya ni tk tgk berita ker......
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 12:24 PM | Show all posts
chazey posted on 16-9-2014 01:18 AM
Ummah SJKC, SJKT jujor bak kata Mahader sebab tu tak perlu re-sit?

Kertas exam diaorg berlainan dgn sk, cikgu smk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2014 01:23 PM | Show all posts
Dari HMetro Online

Guru Besar antara empat direman

Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Putrajaya: Seorang guru besar, dua guru serta seorang lelaki iaitu ejen insurans ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung kebocoran soalan kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman itu yang bermula semalam hingga Khamis ini.

Keempat-empat lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 yang boleh membawa hukuman penjara satu hingga tujuh tahun dan denda.

Tiga guru terbabit dari Pulau Pinang dengan dua daripadanya mengajar di sekolah sama, manakala seorang lagi lelaki berasal dari Kuala Lumpur.

Mereka diwakili peguam bela Esther Tan Siew Choo.


Sebelum itu, keempat-empat lelaki berkenaan yang berpakaian lokap polis tiba di Mahkamah Majistret, di sini, pada jam 10.20 pagi dengan diiringi anggota polis.

Mereka dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan keluar dari mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari.

Sementara itu, Siew Choo berkata, semua lelaki berkenaan yang berusia antara 30 hingga 50 tahun kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya untuk membantu siasatan.

Sehingga kelmarin, polis sudah mengambil keterangan daripada 12 individu termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), lima guru dan seorang wartawan.



TIGA daripada empat yang ditahan reman.

MyMetro Online: Guru Besar antara empat direman Last edited by iskans on 16-9-2014 01:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey posted on 16-9-2014 01:22 AM
Hahaha. Lucu bab emosi tu tapi bener. Sebab tu aku selalu ingatkan stoden, pemeriksa tu manusia. K ...

Mmg manusia biasa tak akan lari Dari emosi..saya yg deal ngan student U pun boleh naik angin..tu dah sah bijak pandai..inikan pula tahap bebudak..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey posted on 16-9-2014 01:18 AM
Ummah SJKC, SJKT jujor bak kata Mahader sebab tu tak perlu re-sit?

Erm rasanya mesti ada yg bocor tp diorg pandai simpan..biar pecah perut jgn pecah mulut..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 01:36 PM | Show all posts
UPSR bocor: Jurutera ditahan di Kemaman


15 September 2014Sinar Harian :UPSR bocor: Jurutera ditahan di Kemaman

KUALA LUMPUR - Seorang jurutera ditahan di Kemaman hari ini berhubung kes kebocoran soalan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menjadikan mereka yang ditahan kini berjumlah tujuh orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata lelaki tersebut berumur 34 tahun ditahan jam 1 tengah hari.

"Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya dan akan direman esok pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini.  

Sebelum ini, enam yang ditahan terdiri lima orang guru dan seorang ejen insurans.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 01:45 PM | Show all posts
Dari Kosmo! Online.

Empat lelaki ditahan reman

PUTRAJAYA – Seramai empat orang lelaki termasuk seorang guru besar dari Pulau Pinang ditahan reman selama empat hari bagi membantu polis dalam siasatan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris.

Perintah reman yang dikeluarkan semalam oleh Majistret Nur Dahlia Azmi di Mahkamah Majistret Putrajaya yang terletak di dalam kompleks Istana Kehakiman di sini turut melibatkan dua lagi guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans di Kuala Lumpur.

Guru besar dan salah seorang guru yang ditahan reman itu bertugas di sebuah sekolah kebangsaan yang sama di Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Siapa-siapa nak peku boleh dikecikan lagi lingkungannya....

Kosmo Online:
Kertas UPSR Bocor: Empat lelaki ditahan reman

Last edited by iskans on 16-9-2014 02:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 01:54 PM | Show all posts
malaysia apa pun x bleh..

soalan exam pun leh bocor.. apatah lg rahsia2 besar kerajaan.

beza dia terkantoi dgn tidak jerk... yg ni kantoi kecoh la skjp, yg x terkantoi tu, masih2 buat x paham jerk
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kene tahan

Guru
Agen insurance
Jurutera

Apa kaitan ek...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 03:35 PM | Show all posts
UPSR: 4 termasuk guru besar, 2 guru direman


Anggota polis membawa seorang guru besar, dua guru dan seorang lelaki untuk ditahan reman bagi membantu siasatan kes soalan UPSR 2014 bocor di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam. - utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Polis terus memperhebatkan siasatan kes kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dengan menahan tiga lagi individu malam tadi dan hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, individu terbaharu ditahan ialah seorang jurutera berusia 34 tahun di Kemaman, Terengganu pada pukul 1 petang .

Beliau berkata, dua lagi individu iaitu seorang guru berusia 37 tahun serta seorang ejen insurans berusia 31 tahun masing-masing ditahan di Kuala Ketil, Kedah dan Sentul di sini kira-kira pukul 9 malam tadi bersama gajet komunikasi milik mereka

"Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah semua yang ditangkap ialah tujuh orang dengan dua daripadanya dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 6 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kong Meng, mereka yang dibebaskan ialah dua orang guru masing-masing dari Kuala Ketil dan Perak.

Lima yang masih ditahan ialah seorang jurutera, tiga orang guru termasuk seorang guru besar dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans

Sementara itu di Mahkamah Majistret Putrajaya, seorang guru besar dan dua guru dari dua buah sekolah di Pulau Pinang adalah antara empat lelaki yang ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris itu.

Guru besar terbabit bersama seorang guru yang ditahan reman itu bertugas di sekolah yang sama manakala seorang guru lagi dari sekolah yang berlainan. Ejen insurans itu pula adalah dari ibu negara.

Keempat-empatnya yang berusia di antara 30 dan 54 tahun tiba di mahkamah pukul 10.20 pagi diiringi anggota polis, direman bermula hari ini hingga Khamis.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nur Dahlia Azmi mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 iaitu kesalahan memiliki dan mendedahkan kepada umum bahan rasmi yang dikategorikan sebagai rahsia kerajaan secara salah.

Peguam Esther Tan Siew Choo yang mewakili keempat-empat mereka ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah menyatakan, pihak polis memohon tempoh reman selama tujuh hari tetapi mahkamah membenarkan empat hari sahaja.

Menurutnya, Seksyen 8 (1) akta itu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun hanya membenarkan tempoh tahanan reman maksimum selama tujuh hari.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, seramai empat guru ditahan di Pulau Pinang dan Perak semalam dalam serbuan yang bermula pada pukul 3.30 petang.

Sebelum itu, pihak polis telah merekod keterangan 12 individu iaitu lima guru, enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta seorang wartawan.

Pada 10 September lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan peperiksaan mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 UPSR yang sepatutnya diduduki pada Khamis lalu ditunda berikutan berlaku kebocoran kertas peperiksaan tersebut.

Keesokan harinya, peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 yang telah diduduki pelajar pula dibatalkan ekoran masalah yang sama.

Keadaan itu memaksa LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Susulan kejadian tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu mengumumkan Pengarah LPM, Dr. Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr. Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai




Artikel Penuh: UPSR: 4 termasuk guru besar, 2 guru direman
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 03:38 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 16-9-2014 02:03 PM
Yg kene tahan

Guru

Guru dan Guru Besar mungkin berpakat.

jurutera mungkin bapa budak menduduki UPSR dan mungkin ditahan untuk cari suspek yang membocorkan atau dia terlibat secara trus membaawa soalan ke tanahair semasa tiba dari kilang.

Speku. Sepeku....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 03:46 PM | Show all posts
iskans posted on 16-9-2014 03:38 PM
Guru dan Guru Besar mungkin berpakat.

jurutera mungkin bapa budak menduduki UPSR dan mungkin di ...

kalau guru besar tidak terlibat denganpeperiksaan (menjadi Penyelia Kawasan atau Ketua Pegawss) dia secara rasminya tidak dibenarkan menghampiri pusat peperiksaan walaupun di sekolahnya sendiri...


sian kan tengok,biasa GB ni kalau kat sekolah pakai kemeja,tie.blazer..pas2  jenis marah2 mengarah orang macm2,tiba2 kena gari,pakai baju lokup..
tak amanah sangat rasa lah..tahun2 lepas agaknya biasa dah buat xkantoi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 04:07 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 16-9-2014 03:46 PM
kalau guru besar tidak terlibat denganpeperiksaan (menjadi Penyelia Kawasan atau Ketua Pegawss) di ...

GB ni takkan jadi pengawas atau penyelia kawasan peperiksaan. Dalam kes ni aku speku GB ni nak ranking sekolah naik cara mudah dan berpakat dengan guru yang sama ditahan (dari sekolah sama). Kemungkinanmereka ditahan pasal kongsikan dengan orang lain (GB, guru atau mak pak), Dan perkara ini terus merebak dan merebak.

Sob mungkin ada yang dapat mesej tersebut dan rasa nilai kerahsiaan dan kesahihan soalan telah dirosakkan dengan penyebaran soalan bocor ni lalu buat laporan hingga tertangkapnya suspek-suspek ini.

Pendapat yang kamu bagi memang betul dan itulah yang telah diamalkan sekian lama para pengurusan sekolah. Cuma banyak kes integriti dan kehendak pada pujian serta nak cepat 'menang'. Soal wajar atau tak dan salah atau tidak dipandang remeh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tu la bile terlalu kejar prestasi Dan pangkat.. Berhala moden.. Melayu Islam ke terlibat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 04:25 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 16-9-2014 04:20 PM
Mcm tu la bile terlalu kejar prestasi Dan pangkat.. Berhala moden.. Melayu Islam ke terlibat..

Terang lagi nyata. Ya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 04:33 PM | Show all posts
iskans posted on 16-9-2014 04:07 PM
GB ni takkan jadi pengawas atau penyelia kawasan peperiksaan. Dalam kes ni aku speku GB ni nak ran ...

kalau prestasi tinggi ribu riban GB dapat...nama pun disebut2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.089899 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list