CAK: Bermesra dalam gelap
Tak senonoh sungguh penyanyi lelaki suam-suam kuku yang bakatnya dicungkil dari program nyanyian popular ini. Adakah patut ketika menonton wayang baru-baru ini, dia buat ‘wayang’. Habis hilang fokus penonton sebelah gara-gara dia buat hal.
Saksi kejadian itu memaklumkan, penyanyi itu tidak tahu duduk diam. Pada mulanya dia sangka penyanyi itu tidak selesa sebab itulah kerusi asyik bergoyang. Namun kalau dari awal hingga ke penghujung tayangan kerusi bergoyang, pasti dia pun tak boleh kompromi. Katanya kepada Sha, meng-geletis semacam penyanyi itu. Tambah pelik apabila kaki penyanyi itu pun asyik menyentuh kakinya. Nak kata kerusi di pawagam itu kecil, tak juga. Kenapa pula asyik keluar dari sempadan hingga mengganggu jiran sebelah.
Mulalah timbul macam-macam di hati apatah lagi ada bunyi-bunyi aneh datang dari penyanyi itu dan kawan lelakinya. Apabila dijengok, memang sah kedua-duanya rancak bermesra dalam gelap. Tepuk dahilah saksi. Patutlah kerusi asyik bergoyang dan menggeliat lain macam saja penyanyi itu. Rupa-rupanya tengah asyik memadu kasih.
Kalau ikut hati, mahu saja dia jerit biar satu panggung tahu aktiviti tak senonoh penyanyi itu. Ataupun buat-buat terkejut apabila ada adegan cemas dan terbangkan penampar di pipi penyanyi itu sebagai bayaran terpaksa menahan sabar dengan ‘babak tambahan’ itu.
Katanya kepada Sha, sebelum ini dia pernah dengar desas-desus penyanyi itu bercinta dengan rakan sejenis tetapi tak percaya kerana tak ada bukti. Bagaimanapun, bila dah nampak sendiri, terus hilang rasa hormatnya pada penyanyi itu.
sumber : harian metro Last edited by xanderz on 15-9-2014 11:59 AM
|