CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4873|Reply: 15

Kate Middleton hamil anak kedua

[Copy link]
Post time 16-9-2014 10:50 AM | Show all posts |Read mode
  • Kate Middleton sekeluarga.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


BAHARU sahaja mengetahui kehamilan keduanya, isteri kepada Prince William, Kate Middleton, berbesar hati untuk berkongsi berita gembira ini secara umum.

Menerusi perutusan rasmi daripada kerajaan, pasangan diraja ini diberitahu bakal menyambut kelahiran kedua tidak lama lagi.

Menurut sumber diraja, Middleton, kini sedang hamil dan kandungannya belum mencapai usia 12 minggu.





Bukan sahaja di kalangan masyarakat, malah berita gembira ini turut menarik minat Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Malah, menerusi akaun laman sosial, Twitter, miliknya, pemimpin kerajaan itu turut memberi ucapan kepada pasangan diraja berkenaan.

Pun begitu, pasangan ini belum bersedia untuk memberikan informasi lanjut mengenai kehamilan di trimester pertama itu.

Sebelum ini, Middleton baharu sahaja melahirkan anak pertamanya, Prince George pada 22 Julai tahun lalu.



Alahan teruk, Middleton dikawal doktor



Walaupun perkhabaran itu membahagiakan pasangan ini, namun Middleton tidak terlepas daripada mengalami alahan teruk.

Sama seperti kehamilan Prince George tahun lalu, Duchess of Cambridge ini masih melalui perkara yang sama seperti sesetengah wanita hamil.

Menurut laporan antarabangsa, Middleton mengalami rasa mual dan muntah yang ekstrem, iaitu sejenis alahan hyperemesis gravidarum.

Ekoran daripada itu, Middleton turut mendapatkan rawatan intensif di Kensington Palace bersama doktor istana.




Sumber memberitahu, keadaan ini adalah normal bagi ibu hamil apabila kandungannya mencecah enam hingga lapan minggu.

"Buat masa ini, dia (Middleton) berada dalam pengawasan doktor kerajaan di istana. Melihat kepada keadaannya kini, tiada apa yang merungsingkan.

"Malah, Middleton tidak perlu dibawa ke hospital kerana belum mencapai tahap serius," kata sumber itu lagi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 12:29 PM | Show all posts
tahniah Kate!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 01:07 PM | Show all posts
Zuriat ramai pon takpe...baka baik...
Tapi lahir silver spoon sebagai prince ni datang dengan tanggung jawab dan protokol. Sentiasa diperhati oleh rakyat...salah langkah kena sembur cam prince Harry...William ni very proper..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 05:58 PM | Show all posts
Wowww...cepatnya sudah lekat
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 09:14 AM | Show all posts
bestnya dapat baby lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 11:34 AM | Show all posts
taniahhhh..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2014 02:05 PM | Show all posts
anak die pmpuan ke lelaki ek yg 1st? tgk cm pakai gown plak..ker mmg baju jenis gitu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 11:14 AM | Show all posts
congrat's ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 01:39 PM | Show all posts
kosaifriks: anak die pmpuan ke lelaki ek yg 1st? tgk cm pakai gown plak..ker mmg baju jenis gitu


nama prince george...laki la tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:05 PM | Show all posts
kosaifriks posted on 17-9-2014 02:05 PM
anak die pmpuan ke lelaki ek yg 1st? tgk cm pakai gown plak..ker mmg baju jenis gitu

Tu lah.. anak first lelaki tapi nampak mcm pakai dress
maybe tu baju traditional or something kut
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:21 PM | Show all posts
kalau dapat lelaki lagi. mesti suka william....sbb tahta jatuh kat dia...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:37 PM | Show all posts
active production mereka
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:48 AM | Show all posts
Cantik nye kate
dia apa susah anak rapat2 pon bukan dia yg jaga siang malam
yang terkangkang tersiat org gaji dia lah bkn dia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 11:12 AM | Show all posts
keluarga bahagia...x sabar nk tgu kate beranak
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 03:39 PM | Show all posts
cepatnya lekat....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 07:59 PM | Show all posts
Rumah Tangga Kate Middleton Dan Putera William Dilanda Masalah?
KUALA LUMPUR: Kemunculan Putera William dan Kate Middleton di khalayak ramai menjadi perhatian pihak media dan umum kerana kemesraan yang sering dipamerkan oleh mereka berdua. Lebih-lebih lagi selepas kelahiran putera sulung mereka, George Alexander Loius yang lahir pada bulan Julai tahun lalu.

Namun baru-baru ini, berita kononnya rumah tangga mereka dilanda masalah semakin tersebar luas dan mungkin bakal berakhir tidak lama lagi.

Semuanya berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapi oleh Kate Middleton yang mengalami alahan teruk seperti muntah dan mual yang ekstrem iaitu sejenis alahan Hyperemesis Gravidarum.

Sumber terdekat di Istana Buckingham menjelaskan mereka berdua mempunyai pendapat yang berbeza dan sering berbalah lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal rumah tangga.

Keadaan tidak menentu yang dialami oleh Kate Middleton bagaimana pun sudah beransur pulih, namun hubungan dengan Putera William dikatakan semakin renggang selepas mereka berbalah mengenai perkara-perkara yang remeh.

Terbaru, Kate mengambil keputusan untuk menyambut hari Natal di kampung halamannya, Buckleburry, namun mendapat tentangan dari William dan memaksa mereka menghabiskan waktu bersama keluarga di raja sahaja.

Perkara tersebut membuatkan hubungan mereka semakin tegang selepas kedua-dua mereka gagal untuk mencapai kata sepakat dan sehingga kini mereka dikatakan tidak gembira dengan situasi yang berlaku.

Malah kemungkinan mereka berdua bakal mengakhiri perkahwinan mereka selepas kedua-duanya dilihat tidak mahu mengalah.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak istana mahupun daripada mereka berdua. Namun persoalannya adakah pasangan bahagia ini akan berpisah akibat perbalahan yang timbul?

-Astro Awani, 18 Nov 2014






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.434962 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list