CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1097|Reply: 3

[Tempatan] Ranking universiti Malaysia meningkat

 Close [Copy link]
Post time 17-9-2014 06:52 AM | Show all posts |Read mode

[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


SINGAPURA - Ranking universiti Malaysia semakin meningkat berdasarkan senarai QS World Universiti Rankings 2014, apabila tiga universiti berada dalam kelompok 300 universiti terbaik dunia.

Menurut senarai terbaru itu, Universiti Malaya (UM) berjaya memperbaiki kedudukannya daripada tangga ke-167 pada tahun lepas, kepada 151 pada tahun ini,  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-259 daripada 269 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meningkat ke tangga 294 daripada 355.





Kedudukan Universiti Sains Malaysia (USM) juga bertambah baik, daripada 355 kepada 309; Universiti Putra Malaysia (UPM) di tangga ke-376 daripada kedudukan 411-420, manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kekal dalam slot yang sama (501-550) seperti pada tahun lepas.





Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga memperbaiki kedudukannya, berada dalam kategori 651-700 berbanding tahun lepas 701+.
Berdasarkan senarai itu, bermakna Malaysia kini mempunyai lima universiti berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia.

Penilaian QS World University Rankings berdasarkan empat tonggak utama - penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan.   




Keseluruhannya, laporan itu berkata QS World University Rankings meletakkan fokus kajian saintifik dan teknologi berimpak tinggi sebagai tonggak kemajuan kepimpinan.

Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat (AS) berada di tangga teratas dalam kelompok 10 institusi terbaik dunia bagi tahun ketiga berturut-turut.





Ia diikuti University of Cambridge (United Kingdom), Imperial College London (UK), Harvard University (AS), University of Oxford (UK), UCL (University College London) (UK), Stanford University (AS), California Institute of Technology (AS), Princeton University (AS) dan Yale University (AS).   

Mengulas keputusan ranking itu, Ketua Penyelidikan QS Ben Sowter dalam kenyataan dari London berkata: "Berikutan kemelesetan ekonomi, pihak kerajaan dan sektor swasta memberi penekanan dalam penyelidikan STEM berimpak tinggi, yang kebanyakannya dijalankan di institusi khas.





"Institusi berasaskan teknologi, tumpuan utama perlumbaan inovasi global. Memandangkan peruntukan belanjawan daripada sumber awam yang semakin berkurangan, pihak institusi memberi tumpuan lebih kepada penyelidikan berpotensi dalam bidang sains, teknologi dan perubatan," katanya.   

QS World University Rankings adalah jadual liga tahunan universiti terbaik dunia yang paling terkenal dan diiktiraf.

Ia disusun oleh Unit Perisikan QS selepas mengadakan perundingan dengan lembaga penasihat akademik terkemuka antarabangsa. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 09:39 AM | Show all posts
USM tuu....USM KKj kira sekali ka
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 09:58 AM | Show all posts
ums bertekad cumerlang tangga brapa???... Last edited by OmJualGas on 17-9-2014 11:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:30 PM | Show all posts
ok la tu.. as expected paling bagus UM..lepas tu UKM, UTM, USM and UPM.. ada jugak masuk dlm top 400 uni terbaik... UIA, UUM terus terlungkup tak dak dlm senarai top 400 pun... semoga uni2 tersohor malaysia ni terus bekerja keras utk maju ke depan..(bukan ke blkg..)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055581 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list