CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6399|Reply: 55

[Tempatan] Gadis Beli Nasi Lemak Dan Pecut Laju Bersama Myzan

[Copy link]
Post time 17-9-2014 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Ipoh:  Seorang bapa merayu orang ramai membantu mengesan anak perempuannya Puteri Nur Sabrina, 17, yang hilang sejak 30 Julai lalu selepas keluar membeli nasi lemak di kawasan berhampiran rumahnya di Taman Klebang Utama, di sini.

Megat Kamarudzzaman Megat Talib, 45, berkata, anak perempuannya itu yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini hilang tanpa membawa sebarang beg pakaian.
  Menurutnya, anaknya itu dipercayai melarikan diri mengikut teman lelakinya iaitu seorang lelaki tempatan yang hanya dikenali sebagai Myzan berasal dari Gombak, Selangor.
  Katanya, pada hari kejadian, Sabrina memakai seluar trek berwarna gelap serta baju-T berwarna putih dan memberitahunya mahu keluar membeli nasi lemak di kawasan berdekatan dengan menaiki motosikal  Yamaha LC Ego.
“Selepas beberapa jam keluar, anak saya tidak kembali ke rumah menyebabkan saya mula mencarinya di beberapa rumah rakan sekolahnya, namun usaha itu gagal.

Saya juga cuba menghubungi telefon bimbitnya, tapi tidak berjawab.
“Kini telefon bimbit anak saya itu gagal dihubungi menyebabkan saya membuat laporan di Balai Polis Chemor pada 1 Ogos lalu.

Pelbagai ikhtiar turut dilakukan termasuk mencarinya di Kuala Lumpur, namun tidak  menemuinya,” katanya.
  Katanya, anak perempuannya itu juga pernah hilang selama beberapa hari tahun lalu sebelum ditemui semula selepas lelaki berkenaan menghantar anaknya itu ke Hentian Puduraya.
  Menurutnya, dia mengesyaki kehilangan anaknya kali ini sudah dirancang.
  Sementara itu, ibunya, Norazizian Mohd Ghazali, 43, turut merayu mana-mana pihak yang mengenali atau mengetahui di mana anaknya berada untuk menghubungi mereka atau balai polis terdekat bagi memastikan anak gadisnya itu kembali ke pangkuan.
“Pulanglah ke pangkuan keluarga dan ingatlah masa depan, peperiksaan SPM sudah makin hampir.
“Ibu mana yang tidak bimbang bila anaknya hilang, bermacam ikhtiar dan usaha kami lakukan, tetapi semuanya menemui jalan buntu, ini adalah ikhtiar terakhir kami dan diharapkan dapat maklum balas positif,” katanya.

Sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html



Last edited by GhostWalking on 19-9-2014 03:10 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 07:36 AM | Show all posts
agak dah sampai lombok belum?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
nasi lemak buah bidara laa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 07:43 AM | Show all posts
knapa la larik ...
da susah sok cari makbapak jugak..x malu ker
Nauzubillah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengah gatal mengeyam.....apa la otak budak pompuan ni pikir yer
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 07:49 AM | Show all posts
"mereka tidak faham saya" balas gadis tersebut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2014 08:07 AM | Show all posts
lari ngan boypren gi duduk mana agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Gatal bijik. Huh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 08:15 AM | Show all posts
dah hilang balik, hilang balik. kawenkan aja la makcik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:18 AM | Show all posts
dik bila dah rasa susah ngan jantan tu jangan segan silu cari mak bapak balik ya.
mak bapak akan sentiasa terima kamu buruk dan baik
kesian dia orang sekarang dik, tengah susah hati dan terpaksa buang rasa malu nak cari adik,
tu kasih sejati dik

x kesian ke kat dia orang .............
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:34 AM | Show all posts
Harap2 balik nanti masih dara lah ye...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:36 AM | Show all posts
Geram nye baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:37 AM | Show all posts
ell768 posted on 17-9-2014 07:41 AM
nasi lemak buah bidara laa ni..

sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kekasih hamba turutkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:39 AM | Show all posts
nanti dah puas main pakwe dia hantar balik la tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:40 AM | Show all posts
ngan worry...kang dah membuyung balik ler tue.....remaja skang pikirin deme hebat.....bukan pikirin panjang pun nak wat sesuatu.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts

Myzan tu bwa myvi ke.. Nama pelik sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 09:04 AM | Show all posts
dik, sedap tu sekejap je. dari buang dara dkt jantan x guna tu, baik la gi sambung belajar x pun keje ke.
ingat skit jasa mak bapak.

tp budak2 skg ni bajet dorg la bagus, dorg la up2date. ckp mak bapak x nk dengar..bila dah susah, perut kembung baru nk panggil MAK!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 09:14 AM | Show all posts
berani btl bdk ni...nk amek spm dh...sibuk nk menggatal ngan jantan...
jenis x pikir ms depan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 09:14 AM | Show all posts
---------------dabel post-----------------
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 09:15 AM | Show all posts
haryatie posted on 17-9-2014 07:43 AM
knapa la larik ...
da susah sok cari makbapak jugak..x malu ker
Nauzubillah..

jgn risau.. sok2 balik la dia tu dgn hasil tuaian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.336623 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list