CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 842|Reply: 5

[Tempatan] Haron Din: Cara Pilih MB Kena Sama Dengan Imam

[Copy link]
Post time 17-9-2014 05:34 PM | Show all posts |Read mode

Kaedah pemilihan ketua kerajaan mestilah mengikut syarat sepertimana pemilihan seorang imam dalam solat yang digariskan oleh Islam, tegas Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Tapi lain plak kata Mad Tyson.

Bekas MB Selangor: Azizah terlebih layak
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
17 September 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services




[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyifatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlebih layak untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau berkata, Dr Wan Azizah mempunyai latar belakang dan kelulusan yang baik untuk menjawat jawatan itu.

"Dr Wan Azizah calon terbaik. Saya pun tak ada kelulusan macam beliau. Dr Wan Azizah ni terlebih layak," katanya.

Bagaimanapun,  parti politik yang mentadbir perlu hormat dan akur dengan permintaan istana sekiranya mahu isu pertukaran Menteri Besar Selangor berakhir dengan baik.

"Kita tidak mahu isu (menteri besar) terus berpanjangan. Kalau makin banyak keluar cerita nanti akan buka pekung di dada," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 05:36 PM | Show all posts
heyykkk...sarcastic ke tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2014 06:29 PM | Show all posts
Isu MB Selangor bermula kecil
FATHIN ATHIRAH HASLI
16 September 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
1
Dr Mohd Hatta Mohd Ramli Dr Mohd Hatta Mohd Ramli
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR – Kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sebenarnya hanya perkara kecil dan tidak sepatutnya diperbesarkan.

Ketua &#8203engarah Pilihanraya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, konflik melibatkan Pas dan PR tidak akan timbul jika Pas turut bersetuju dengan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak awal.

“Isunya kecil sahaja pada mulanya, iaitu menukar menteri besar. Bukannya perkara ini tidak pernah berlaku di negara kita.

“Sepatutnya isu ini sudah lama selesai kalau kita (Pas) bersetuju untuk menukarkan penyandang jawatan tersebut dengan calon yang dicadangkan,” katanya dalam sesi soal jawab “Kemelut MB Selangor: Mampukah PR Bertahan?" yang dianjur oleh  Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), semalam.

Konflik bermula apabila PKR mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar melepaskan jawatan dan digantikan dengan Wan Azizah.

Abdul Khalid akhirnya dipecat dari PKR kerana keengganannya untuk berundur dari jawatan menteri besar, yang mana ia memberi tekanan kepada seluruh komponen PR.

Dalam pada itu, Pas pula secara terang-terangan menolak Wan Azizah dari dinamakan calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Wan Azizah bukan seorang calon yang layak untuk mentadbir negeri Selangor kerana beliau lemah dari segi kepimpinannya.

Menurut beliau, hasrat untuk menukar Menteri Besar Selangor bermula dengan rasa tidak setuju dengan kepimpinan Abdul Khalid .

Dakwanya, Abdul Khalid telah membuat pelbagai janji dan memungkiri janji-janjinya sehingga membantutkan kelancaran jentera parti-parti di negeri tersebut.

“Ini merosakkan komponen PR, kita perlu bertindak sama ada lakukan pemantauan terhadapnya atau tukar sahaja menteri besar, “ katanya lagi.

Jelas beliau lagi, konsep dua lawan satu antara Pas, PKR dan DAP menyukarkan lagi proses pertukaran menteri besar.

“Benda mudah jadi susah.. Kalau proses pertukaran itu didukung ketiga parti dalam PR pada awalnya, Abdul Khalid pasti sudah menunjukkan kesediaan untuk ditukar.

“Tapi bila beliau (Abdul Khalid) tengok ruang kecil yang dihasilkan dari pertelagahan antara PR, beliau tetap berdegil dan tidak mahu lepaskan jawatannya,” ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak jah terlebih layak? Rasa nk terkincit aku gelak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 06:40 PM | Show all posts
aku kesian kat wan azizah....aritu aku tengok dia berucap kat dewan rakyat....macam takutttt sgtttt....lepas tu tergagap gagap....mcm membaca teks tapi tak tahu apa yg dimaksudkan....bila Tanya soalan tak tahu apa2....kesian sgt dia....aku simpati.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 07:28 PM | Show all posts
MB is NOT a religious post.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.436034 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list