Layak bergelar pelakon senior, ternyata nama Ziela Jalil masih lagi gah berdiri sama tinggi bersama lambakan pelakon baru yang kini membanjiri industri hiburan tanah air.
Malah, nama Ziela Jalil pun dianggap ‘tak nak kalah’ dengan artis baru bila dia juga kerap kali dihambat dengan kontroversi panas. Ala.. sebelum ni wanita yang masih meletop ni pernah dikritik kerana dikatakan bergambar terlebih mesra dengan pelakon kacak, Keith Foo.
Tapi, apa yang kami perolehi menerusi kiriman aplikasi whatsapp semalam pun boleh tahan panasnya. Foto tersebut dipercayai dimuat naik oleh Ziela di laman Instagramnya semalam. Ha.. siap ‘blur’ kan baju di bahagian dada pulak tu!
Kami pun kurang pasti apa yang mahu dikaburkan oleh Ziela Jalil di. Mungkin busana yang digayakan agak ketat di bahagian tersebut dan ia dikaburkan tersebut dilakukan demi mengelak kritikan orang ramai lagi.
Tapi, apa yang diperkatakan oleh followersnya ini ada kebenarannya juga. Daripada dok ‘blur’ kan bahagian itu, baik terus jangan upload kan?
Apapun, setelah kami tinjau Instagram Ziela, ternyata foto tersebut sudah dipadm dan digantikan dengan foto di bawah. Tapi, ada pula yang mengatakan bahawa tangan dan kaki juga merupakan aurat wanita.
Aish..Tak beranilah kami nak komen lebih-lebih. Setiap manusia pasti akan ada khilafnya dan kita sentiasa disuruh untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri. Betul tak?
*Gambar versi tak censored...selambak cuollss...
http://www.ohbulan.com/opsss-ziela-jalil-tengah-cover-apa-tu/
*Updated :
Hari ini menerusi Harian Metro, Ziela Jalil merungkaikan segala misteri mengenai teknik pengkaburan yang dilakukan olehnya. Kata Ziela Jalil:-
Baju jarang? Bukan jarang sebenarnya. Baju itu nampak dada jadi saya ambil tindakan untuk kaburkan bahagian dada sebelum muat naik gambar itu di Instagram. Tapi nampaknya sesetengah orang kita ini memang suka tengok gambar yang tak dikaburkan itu. Selepas itu nak kritik dan hentam pula.
Kalau orang muat naik gambar saja, sibuk nak tengok bahagian-bahagian yang tak perlu. Kalau gambar itu kecil pun sanggup ambil (screenshot) supaya boleh zoom dan jadikan isu.
Last edited by RatuDunia94 on 18-9-2014 10:33 AM
|